Anda di halaman 1dari 7

LAWAK TAK SEDAR DIRI

Diceritakan di dalam sebuah hutan ini tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun

dalam banyak-banyak binatang ini terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi

dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Ishh, boring la pulak kan kerbau..

Kerbau : A’Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kite

ini

Babi : Haa, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku

lukis muke kau.

Kerbau : Hmm, ok jugak. First kau lukis muke aku dulu lepas itu aku pulak lukis muke

kau.

Babi : Ok. Kau duduk diam-diam.

5 minit kemudian……

Babi : Hah, dah siap, nah..

Kerbau : Waa.. lawanya kau lukis.. Ok sekarang aku pulak lukis muke kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..

5 minit kemudian…

Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..

Babi : (Muke tiba-tiba jadi merah) (lalu marah kat anak kerbau) Ape yang kau lukis ini

Kerbau???
Kerbau : Laa betul la ape yang aku lukis tu. (Kerbau tak puas hati)

Babi : Ini bukan muke aku… Ini muke BABI ..


BABA PUNYA

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaanya kepada seorang

pelajar kolej. Dia menanyakan kepada pelajar tersebut tentang produk yang dipakai

oleh pelajar tersebut.

“ Sabun mana yang anda gunakan selama ini ?”

Pelajar itu dengan selamba menjawab, “ Sabun Baba”.

“ Kalau deodorant, deodorant mana pulak ?”

“ Deodorant Baba”, jawab pelajar tersebut.

“ Minyak wangi ?”

“ Minyak wangi Baba”.

“ Shampoo ?”

“ Shampoo Baba ”.

Akhirnya, dengan perasaan kecewa, si salesman pun bertanya lagi, “ Ok..adakah

jenama Baba ini tempatan ataupun luar negara kerana saya belum pernah dengar?

Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat ”.

Pelajar itu menjawab “ Bukan jenama tempatan ataupun luar negara. Baba itu rakan

sebilik saya”..
KELAHIRAN

4 orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah

hospital. Kegelisahan jelas diriak wajah mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang

pertama, “Tahniah!! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki

yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki

kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!!”

“Apa? Kembar tiga!! Saya bekerja dengan 3D Corporation ”, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,

“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu

dengan tenang.

“Kembar empat!. Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four

Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.


Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa

hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang

merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven”…


KAHWIN

Kadi : Hassan..

Hassan : Saya ustaz...

Kadi : Dengar baik- baik ya Hassan... Aku nikahkan dikau dengan Fatimah binti

Ahmad dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii....

Hassan : Aku terima nikahnya Fatimah binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 80

tunaiiii...

Kadi : Sah ??? ( tanya tok kadi pada saksi pertama )

Saksi Pertama : Sah..Sahh !!!

Kadi : Sah ??? ( ditanya pada saksi kedua )

Saksi Kedua : Sah..sangat sahh!!!

Kadi : Sah??? ( ditanya kepada saksi ketiga )

Saksi Ketiga : Errr.. lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar ape yang awak

cakap.. pitching awak berterabur ke laut.. jiwa awak kosong.. tak ada feel.. low note pun

tak sampai.. high note awak pun tak ada kawalan.. sepatutnya ditahan.. falsetto awak

lemah.. saya nak awak gali lagi yee..

p/s KINI SEMUANYA INGIN MENJADI PENGKRITIK....


RESTORAN RAHSIA

Satu hari ade mamat ni sorang name dia Ahmad...dia rasa sangat lapar..pastu dia pergi

laa kat satu tempat ini ..name restoran ini ialah RESTORAN RAHSIAA !! ..ikuti lah

perbualan mereka..

Pelayan : Selamat datang ke restauran rahsia...Encik nak makan ape??

Ahmad : Rahsia

Pelayan : Ooo..tepat pilihan Encik...Encik nak yang goreng ke rebus??

Ahmad : Rahsia...

Pelayan : Encik nak makan sini ke bungkus??

Ahmad : Arrr..rahsia jugak.. tak nak cakap..

Pelayan : Encik ..encik nak makan ke tak ??

Ahmad : Biarlahh Rahsiaa....

Anda mungkin juga menyukai