Anda di halaman 1dari 7

TAJUK : PENDIDIKAN 

RENDAH PERLU DIBERI PENEKANAN

Pengenalan
Menurut  Prof. Datuk Ishak Haron dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Malaysia , Universiti  Pendidikan Sultan Idris, isu kelemahan akademik dan prestasi di
kalangan Bumiputera  tidak memberansangkan walaupun ia dibincang dan dikaji dari
semasa ke semasa sejak beberapa dekad lalu.  Beliau menekankan  bahawa pembelajaran
peringkat rendah yang menjadi asas pendidikan kerana masalah pembelajaran pada  tahap
rendah akan berterusan ke peringkat menengah dan tinggi. 
Menurut kajian yang dijalankan di sekolah kebangsaan terutama di luar bandar
menunjukkan bahawa kegagalan murid bumiputera dalam UPSR adalah berpunca
daripada kelemahan menguasai kemahiran asas pada Tahun Satu.
Salah satu faktor utama yang menjadi punca isu ini ialah keadaan sosio-ekonomi pelajar
yang rendah.  Kedaifan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan kerana kurang atau
tiada pendidikan menyebabkan sikap tidak endah terhadap pendidikan anak-anak
mereka.  Baka juga menjadi faktor penyebab kelemahan akademik dan prestasi pelajar
bumiputera .  Sub-budaya seperti malas membuat kerja rumah dan ataidak menumpukan
perhatian turut mempengaruhi prestasi pelajar.  Sekolah dianggap sebagai tempat
menghabiskan masa.  Bukan hanya keluarga menjadi punca penyebab kelemahan pelajar
tetapi juga masyarakat.  Masyarakat persekitaran atau setinggan yang kurang
menggalakkan pendidikan menjadikan pelajar pasif dan tidak berminat terhadap ilmu.
Penduduk di kawasan luar bandar mempunyai kurang pendidikan terhadap
perkembangan semasa.  Kedudukannya yang kurang strategik tidak memberi peluang
kepada para pelajar mengikuti kelas tuisyen.
Memang tidak dapat disangkal lagi, kelemahan pelajar bukan hanya bergantung kepada
faktor sosio-ekonomi sahaja, malah institusi pendidikan turut memainkan peranan. 
Kelemahan dan ketidaksedaran guru, kefahaman guru yang rendah tentang kandungan
kurikulum , latihan yang tidak setimpal serta sikap guru yang pasif turut menjejeaskan
prestasi murid.  Faktor sekolah bukan sahaja tertumpu kepada guru semata-mata. 
Pentadbiran sekolah yang diterajui oleh guru besar yang berpandangan sempit dan tidak
bermotivasi juga menjadi punca .
Memandangkan kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera
berada pada tahap yang tidak memuaskan, maka beberapa langkah positif telah
diutarakan sebagai mengatasi masalah ini.  Langkah jangka panjang perlu digariskan bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar bumiputera bermula dari pendidikan peringkat
rendah dan menengah supaya pelajar bumiputera di IPTA boleh bersaing dengan pelajar
lain dalam meningkatkan prestasi. Bilangan pelajar bumiputera yang melanjutkan
pelajaran di IPTA  mestilah mempunyai kelayakan yang sepatutnya supaya pelajar yang
berkualiti benar-benar mendapat peluang.  Langkah jangka pendek yang memakan masa
antara tiga hingga lima tahun yang boleh dijalankan oleh IPTA ialah meningkatkan
kualiti pembelajaran pelajar di IPTA sekarang.
Usaha-usaha ini patut diberikan perhatian serius dan dilaksanakan dengan berkesan
supaya isu ini dapat ditangani dalam jangka waktu yang singkat.
 
3. Pengenalan
Sesuatu bidang boleh dikaji dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teori.  Demikian 
juga dengan bidang kajian sosiologi.  Sosiologi pendidikan melihat masalah sosial
melalui dua pendekatan iaitu pendekatan makro dan miro.  Pendekatan makro merupakan
kajian tentang masyarakat secara keseluruhan, manakala pendekatan mikro berkaitan
dengan kehidupan manusia yang dibentuk melalui proses interaksi yang kecil di dalam
individu itu sendiri bukan dalam suatu kumpulan masyarakat yang besar.
Pendekatan makro boleh dikaji menggunakan dua teori iaitu teori fungsionalis dan teori
knflik.  Pandangan teori konflik ialah masyarakat berada di dalam keadaan berubah-ubah,
berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing.  Teori
fungsionalis pula mengkaji funsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. 
Berdasarkan kepada isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi, teori fungsionalis
didapati lebih menonjol peranannya.  Merton (1949) menyokong teori ini dengan
membahagikan kepada dua elemen iaitu fungsi nyata dan fungsi tidak nyata. Fungsi nyata
merujuk kepada aktiviti yang ditetapkan seperti pengajaran guru sementara fungsi tidak
nyata ialah aktiviti-aktiviti yang tersirat seperti kurikulum tersembunyi.

4. Analisis isu berdasarkan teori fungsionalis


 Kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi menjadi isu masyarakat yang serius
kerana setiap individu  mempunyai  fungsi yang dipersetujui  untuk mencapai  matlamat
yang sama.  Di dalam hal ini, aktiviti yang dipersetujui masyarakat ialah menjadikan
individu berpendidikan supaya mesyarakat yang berpendidikan serta mampu mengikuti
perkembangan semasa dapat dicapai.  Bila prestasi pelajar luar bandar menurun, ia
mencerminkan masyarakat luar bandar yang kurang prihatin terhadap pendidikan.
 Faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi pelajar ialah keadaan
sosio-ekonomi keluarga yang merupakan sebahagian daripada institusi masyarakat.  Teori
fungsional membincangkan variasi kelas sosial dalam pendidikan menyebabkan
perbezaan peluang hidup.  Peluang pelajar kelas sosial rendah mendapat prestasi yang
tinggi adalah kurang andainya dibandingkan dengan pelajar kelas atasan.  Pelajar yang
mempunyai latar belakang sosio-ekonomi  yang tidak menggalakkan, mempunyai banyak
kekangan yang perlu diatasi untuk bersaing dengan pelajar kelas atasan.  Keadaan hidup
yang serba kekurangan kerana wang menjadi penghalang bagi mendapatkan  makanan,
tempat tinggal yang selesa dan peralatan yang secukupnya memudarkan minat murid
terhadap pendidikan yang agak mencabar bagi tahap perkembangan mereka.
 Sosio-ekonomi  rendah adalah disebabkan oleh pendidikan yang rendah
atau tiada pendidikan.  Bila ibu bapa tiada pelajaran, maka mereka juga tidak
 mengambil  berat mengenai pencapaian anak-anak mereka.  Anak-anak juga
 tidak boleh mengharapkan pertolongan dari segi akademik daripada ibu bapa mereke. 
Pendekatan  fungsionalis menekankan kepentingan pendidikan di sekolah dan di rumah. 
Jika sekolah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak adalah
tidak wajar.  Pengukuhan dan penekanan perlu disalurkan juga di rumah.  Malangnya ,
ibu bapa yang tidak berpendidikan tidak mampu membantu anak-anak mereka yang
akhirnya menjadikan prestasi pelajar bumiputera lemah pada peringkat asas, menengah
dan juga IPT.
Para pelajar yang hidup dalam suasana persekitaran yang tidak menggalakkan
pendidikan, tidak mempunyai “role model” yang boleh menjadi dorongan kepada
mereka.  Secara tidak langsung , motivasi luaran yang kurang atau hampir tiada
menenggelamkan motivasi intrinsic mereka.  Ini menyebabkan pelajar kurang berminat
terhadap pendidikan. 
Walaupun, istilah keluarga iaitu salah satu institusi  yang diberi keutamaan dalam teori
fungsionalis gagal berfungsi, institusi pendidikan boleh mengambilalih tanggungjawab
tersebut untuk menjadikan masyarakat mempunyai kemahiran-kemahiran asas.
Kewujudan masyarakat bumiputera luar bandar yang mempunyai prestasi yang tinggi
merupakan tanggungjawab bersama institusi keluarga dan institusi pendidikan.  Institusi
keluarga di masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya sepertimana
institusi keluarga di dalam masyarakat bandar.  Oleh itu, institusi pendidikanlah harus
memikul tanggungjawab dengan serius untuk meningkatkan prestasi pelajar .  Guru-guru
di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi dalam mengajar pelajar-pelajar mereka. 
Latihan yang mencukupi dan bahan mudah diperolehi perlu digunakan seperti yang
dilakukan oleh guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat mengambilberat
tentang prestasi pelajarnya.
Subbudaya belajar secara positif perlu sentiasa ditekankan terhadap murid dan institusi
keluarga serta masyarakat perlu memberi kerjasama supaya subbudaya lain tidak
mempengaruhi para pelajar ini.  Subbudaya seperti ponteng, malas, tidak memberi
tumpuan dan tidak berminat terhadap pendidikan inilah yang bersemadi dalam jiwa
pelajar ini sehingga terbawa-bawa ke peringkat IPT.  Subbudaya sebegini menyebabkan
pelajar bumiputera di IPT  tidak dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain.  Oleh itu,
langkah-langkah perlu juga diambil untuk mengatasi masalah ini di peringkat IPT.
Langkah utama yang sewajarnya diberi tumpuan ialah penekanan pendidikan rendah
yang kukuh. Justeru itu, persefahaman dan kerjasama dari semua pihak diperlukan dalam
memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat tertentu seperti yang
diutarakan dalam teori fungsionalis. 

5. Definisi Konsep Institusi Sosial             


Kesedaran mengenai ilmu sosiologi amatlah berguna bagi memahami masalah sosial dari
perseptif sosial.  Beberapa konsep asas diperkenalkan bagi memudahkan kajian yang
dijalankan ke atas masyarakat.
Konsep utama yang sesuai bagi mengkaji isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar
bumi ialah konsep institusi sosial.  E.Chinoy (Society , 1962) berpendapat bahawa istilah
institusi perlu dikhususkan kepada pola tingkahlaku yang telah dipersetujui seperti
undang-undang.  A.W.Gouldner dan H.Gouldner ( Modern Sociology ) melihat institusi
sebagai cara yang standard untuk mengatasi masalah .  Malinowski menganggap institusi
sebagai konsep utama memahami masyarakat dan kebudayaan.
Sosial adalah berhubung dengan interaksi dalam masyarakat.  Institusi sosial bolehlah
dirangkumkan sebagai pola tingkahlakku yang menjadi kebiasaan atau satu pola
hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu.  Institusi sosial utama
ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi pendidikan, institusi ekonomi dan
institusi agama.  Peranan institusi sosial adalah seperti agen-agen penentu dan pengawal
yang memastikan masyarakat  berjalan dengan lancar.
 
5.1 Konsep Institusi Sosial
 Institusi keluarga dan pendidikan adalah lebih diketengahkan kerana ia mempunyai
hubungan secara langsung dengan isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar
bumiputera .  Peranan keluarga dalam menentukan pencapaian pendidikan perlu
dipertingkatkan dan diberi penumpuan yang lebih.  Walaupun ibubapa tidak
berpendidikan, mereka boleh duduk bersama pelajar, melihat kerja mereka ,
menggalakkan mereka belajar, menyedarkan kepentingan pendidikan dan perubahan
status yang mampu dicapai  menerusi pendidikan dan pastikan anak-anak mereka
menyedari hasrat dan impian ibubapa terhadap mereka.  Dorongan sebegini dengan
sendirinya mampu menarik minat terhadap pendidikan.  Ibubapa juga harus memberi
pujian dan ganjaran supaya anak-anak mereka berusaha dengan lebih gigih lagi.  Awasi
kumpulan rakan yang mereka sertai dan beri bimbingan yang sewajarnya.  Pelajar-pelajar
di luar bandar tidak mempunyai “role model” yang sewajarnya untuk dijadikan contoh. 
Oleh litu, ibubapa mestilah mengetahui siapakah mereka ingin teladani.
Institusi pendidikan harsulah memahami masalah ibubapa di luar bandar dan cuba sedaya
upaya mereka untuk mengajar dengan sebaik mungkin.  Luar bandar atau bandar tidak
harus menjadi halangan bagi seseorang guru itu menjalankan tanggungjawab mereka. 
Guru telah dilatih dan diberi pendapatan yang agak tinggi supaya dpat merealisasikan
matlamat masyarakat dan negara iaitu  menyediakan pelajar yang berkaliber dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam FPK.

Di samping itu, institusi pendidikan juga mempunyai tanggungjawab menjalankan fungsi


tidak nyata seperti menyerapkan norma-norma dan nilai-nilai yang perlu dijadikan
ikutan.  Melalui teladan dan peraturan sekolah, pelajar-pelajar dengan sendirinya
mempelajari nilai-nilai yang baik.  Sekolah di luar bandar juga haruslah menjalankan
aktiviti-aktiviti yang mengikuti perkembangan semasa seperti kempen kesihatan, kempen
motivasi dan kempen pengguna.  Guru perlu memberi peluang yang sama kepada pelajar
luar bandar untuk bersaing dengan pelajar bandar dalam semua aspek.  Pelbagai bentuk
pertandingan harus dijalankan supaya pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang mampu
digunakan di peringakt IPTA.

5.2 Konsep Sosialisasi


 Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada
seseorang dalam  institut sosial.  Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan
sepanjang hayat. Konsep sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan
menerima nilai, sikap , kemahiran dan peranan uang dapat membentuk personalitinya dan
menyatukannya ke dalam kelompok masyarakat.  Terdapat tiga peringkat sosialisasi iaitu
permulaan (primer) , peryertaan ( sekunder) dan sosialisasi semula ( resosialisasi).
 Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari
konsep kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa.  Di
peringkat ini,  ibubapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana
pada usia ini, anak-anak mudah menerima dan mempelajari.  Nilai-nilai positif ini yang
menentukan tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan.  Sosialisasi sekunder
pula berlaku di luar keluarga.  Budaya dipindahkan kepada individu oleh agen-agen
seperti rakan sebaya, sekolah, media massa  dan juga persatuan. Apabila seseorang
berhadapan dengan sesuatu yang baru di suasana yang baru , dia perlu menyesuaikan diri
dengan keadaan tersebut.  Individu tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian
dengan dirinya.  Individu haruslah dapat membuat pertimbangan yang sesuai dengan
suasana barunya.  Pelajar bumiputera perlu mendapatkan dan mengikuti perkembangan
positif yang dilihat dalam masyarakat kaum Cina, misalnya kecerdikan dalam bidang
perniagaan.  Individu patut mengubah sikap yang kurang realiti supaya mampu bersaing
dengan individu lain.  Pelajar perlu sedar pendidikan sekolah rendah menjadi asas ke arah
kecemerlangan hidup.  Oleh itu, usaha yang berpatutan oleh semua pihak harus
dilaksanakan.
Resosialisasi pula merujuk kepada pengagihan konsep kendiri dan cara hidup yang sedia
ada kepada yang baru iaitu mengikut perubahan yang dikehendaki oleh masyarakat. 
Pelajar di IPTA perlu mengikis segala sifat negatif supaya tidak ketinggalan.  Kejutan
budaya memang berlaku di situasi yang baru tetapi pertimbangan yang sewajarnya perlu
diambil supaya dapat mengekal dan meningkatkan prestasi.  Budaya yang sedia ada perlu
dicorak semula bersesuaian dengan keperluan institusi pendidikan.
Oleh itu, pelajar bumiputera haruslah cuba menyesuaikan diri dan cuba memperbaiki
kekurangan diri supaya prestasi di peringkat IPTA dapat dipertingkatkan.

5.3 Konsep Kelas Sosial


 Kelas sosial merujuk kepada segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang
sama dari segi kuasa politik , kekayaan, pendapatan, status,  pekerjaan atau hubungan
dengan punca-punca pengeluaran.  Menurut Karl Marx , kelas sosial adalah kategori
individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta
hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran.
Marx mengkategorikan masyarakat kapitalis kepada dua golongan iaitu bourgeoise yang
memiliki punca pengeluaran dan proletariat yang hanya mempunyai tenaga kerja.  Class-
in-self akan menjadi class-for-itself apabila anggota-anggotanya mempunyai kesedaran
kelas itu, menyedari identiti, kepentingan seta peranan sosial. 
R.J.Stalcup ( 1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai :
A level in society made up of people who consider themselves equal due to similarities in
family background, level of education, occupation, race and
 attitudes toward social issues. 
Sementara itu, Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara  definisi kelas sosial,
ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa
yang sama.
 Kelas sosial para pelajar selalu dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian pelajar-
pelajar di sekolah.  Dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi
terhadap perangai dan pencapaian.  Banyak pandangan yang mengaitkan pencapaian
pelajar dengan struktur kelas sosial masyarakat.   Latar belakang budaya keluarga
mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah 
bersama keluarga.  Mereka telah disosialisasikan dalam budaya keluarga yang mungkin
berbeza dengan budaya sekolah.  Ada juga mengatakan bahawa masalah di sekolah
adalah refleksi masalah di rumah.  Para pelajar mempunyai nilai-nilai sendiri yang
dibawa ke sekolah. Terdapat juga tanggapan bahwa kelas sosial rendah tidak
mementingkan kelulusan akademik.  Guru harus sedar bahawa disiplin yang berkesan
adalah seiring dengan pengajaran yang berkesan.  Lebih-lebih lagi, profesion perguruan
bukan semata-mata untuk mengajar subjek tetapi juga mendidik manusia.  Individu dari
kelas sosial perlu dididik dengan sabar kerana mungkin rasa rendah diri mereka menjadi 
penghalang sehingga tiada motivasi kendiri.  Kelas sosial rendah tidak sepatutnya
menjadi kekangan malah individu atau pelajar perlu mempunyai sikap positif untuk
membuktikan bahawa  pelajar dari kelas sosial rendah juga mampu mempunyai prestasi
akademik yang tinggi dan mampu bersaing denan pelajar kelas sosial atasan.  Masyarakat
perlu berikhtiar untuk meningkatkan prestasi di kalangan pelajar dengan memberi
kerjasama yang sewajarnya kepada pihak sekolah.

6. Cadangan dan Kesimpulan


 Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu menapis dan
menambah kualiti pelajar bumiputera yang diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran
di IPTA.  Langkah yang drastik perlu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah ialah
pemantauan prestasi pelajar secara berterusan dari Tahun 1 supaya produk jangka
panjangnya memuaskan.  Pendidikan prasekolah dapat membantu dalam menangani
masalah ini. Kira-kira 40 peratus daripada 500 000 kanak-kanak yang berusia lebih lima
tahun di seluruh negara belum berpeluang mengikuti pendidikan prasekolah.  Program
pendidikan prasekolah Kementerian Pendidikan yang diperkenalkan pada 1992, akan
diperluaskan dengan tambahan 1 500 kelas setiap tahun mulai 2003 hingga 2006 dan 
1 600 kelas pada 2007 untuk memberi pendidikan berkualiti.
 Penekanan dan pendedahan yang lebih efisien perlu diberikan kepada para pelajar
supaya minat dalam bidang Matematik dan Sains dapat dipertingkatkan. Menurut 
Dr. Ibrahim dalam kertas kerja”Strategi kebangsaan untuk mengorientasi semula
kecenderungan pelajar ke arah sains dan teknologi” , “peranan patut dimainkan oleh
setiap rakyat, bukan sahaja guru,tetapi juga ibubapa dalam masyarakat keseluruhannya ..”
dalam menigkatkan prestasi dalam Sains dan Matematik.   Peruntukan khas untuk
sekolah rendah luar bandar haruslah dipertingkatkan untuk memudahkan pembelian kit
pembelajaran dan CD interaktif pendidikan.  Masyarakat luar bandar tidak mampu
menyediakan peralatan yang canggih sebegitu rupa.
 JKKK kampung di kawasan luar bandar perlu memberikan penekanan kepada
pendidikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana pendidikan
bermula dari rumah.  Langkah ini dapat menambahkan minat dan menyedarkan
kepentingan pendidikan.
 Walaupun pelbagai usaha diambil, pendidikan rendah yang mantap menjadi penentu
kepada pendidikan peringkat tinggi.  Kukuhkan asas, maka kukuhlah kehidupan..
 
 

Senarai Rujukan
Amir Hasan Dawi ,2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan – Edisi kedua,
 Tanjong Malim,Quantum Books.

Ibrahim Shah ,1994. Perspektif Sumber Manusia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020,
  Kuala Lumpur,  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo Phon Sui ,1983. Fikiran-fikiran Mengenai Pendidikan di Malaysia,


 Kuala Lumpur, Utusan Publication dan distributors.
Olive Banks ,1987. Sosiologi Pendidikan , Kuala Lumpur, 
 Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Mohd. Hashim ,1993. Persoalan, Penyelesaian dan Harapan,


 Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Mohd. Hashim ,1999. Pengisian Misi Pendidikan – Edisi kedua, 


      Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Mark Disney ,January 2001. Malaysian Business: Education and the K-economy

Mohd Salleh Lebar ,1998.Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,


    Thinker’s Library, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai