Anda di halaman 1dari 3

(Lampiran 2)

Contoh Karangan 2

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan


kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak
sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam


pembentukan sahsiah anak-anak (No.2/2005)

‘Anak soleh, keluarga bahagia’. Itulah impian dan


harapan setiap ibu bapa. Anak-anak yang bijak dan soleh
datangnya dari sebuah keluarga yang penuh dengan kasih
sayang. Tetapi, apa yang dapat kita lihat dewasa ini di muka
hadapan akhbar-akhbar, terpampang muka-muka anak kita
yang terlibat dengan kes juvana serta gejala sosial. Kes terbaru
yang hangat diperkatakan ialah membuang bayi oleh anak
remaja kita. Tanpa rasa belas kasihan, bayi-bayi ini dibuang
seperti sampah sarap. Selain itu, kes rogol juga semakin
menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Di manakah letaknya
moral anak-anak kita? Siapakah yang patut dipersalahkan?
Dalam hal ini, ibu bapalah yang seharusnya memainkan
peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.

Keluarga memainkan peranan penting dalam


mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-
anak sebenarnya bermula di rumah. Anak-anak diibaratkan
sebagai selembar kain putih yang bersih lagi suci. Kita sebagai
ibu bapa yang prihatin yang seharusnya mencorakkan mereka
samaada menjadi insan yang berguna atau sebaliknya. Ibu
bapa kini lebih mengejarkan kebendaan lalu mengabaikan
tanggungjawab mendidik anak-anak. Mereka beranggapan
bahawa anak-anak mereka boleh menjaga diri sendiri dengan

1
baik. Jadi, peranan ibu bapa amatlah penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak.

Di sekolah, ibu bapa tidak boleh menyerahkan


sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru.
Ibu bapa haruslah sama-sama berganding bahu bersama guru
dalam membentuk sahsiah anak-anak. Pelajaran anak-anak
amatlah penting sebagai hala tuju masa depan anak-anak. Kes-
kes samseng dan buli di sekolah kebanyakkan dilakukan oleh
anak-anak yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa
dan keluarga. Janganlah dibiarkan begitu sahaja anak-anak
tergapai-gapai tanpa bimbingan dan dorongan daripada ibu
bapa dan keluarga.

Luangkanlah sedikit masa bersama anak-anak.


Tinggalkanlah sebentar urusan kerja di belakang. Anak-anak
sebenarnya inginkan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya
daripada ibu bapa. Fahamilah jiwa anak-anak kita. Dengarlah
apa kehendak mereka. Anak-anak zamn sekarang tidak sama
seperti anak-anak dahulu. Anak-anak di zaman sekarang
banyak berubah sealiran dengan kemajuan sains dan teknologi.
Berilah penghargaan atas kejayaan yang diperolehi anak-anak.
Isikanlah jiwa anak-anak dengan belaian dan kasih sayang
daripada ibu bapa dan keluarga.

Selain itu, ibu bapa juga turut berperanan dalam


mengawasi tingkah laku anak-anak. Jangan biarkan mereka
terkontang kanting tanpa perhatian ibu bapa. Ambil berat
tentang aktiviti anak-anak. Ambil tahu juga dengan siapa dia
berkawan, kemana ingin dia pergi dan pada pukul berapakah

2
dia akan pulang. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, kita
sebagai ibu bapa tidak boleh tindakan berat dengan memukul
atau menghukum atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
Sebaliknya kita disaran menggunakan pendekatan yang bijak
dengan menasihati dan menggunakan cara yang lemah lebut.
Dengan cara ini, anak-anak tidak akan merasa dirinya
terkongkong dan tertekan.

Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa keluarga


sangat memainkan penting dan besar dalam kehidupan anak-
anak. Keluarga juga berperanan dalam pembentukan sahsiah
anak-anak. Anak-anak adalah amanah Tuhan kepada setiap ibu
bapa. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita hendaklah
menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan agar dapat
melahirkan anak-anak yang bijak dan soleh seterusnya dapat
membentuk sebuah institusi keluarga yang bahagia.

Habis/