Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
22200 BESUT, TERENGGANU

PERTANDINGAN PERMAINAN SUKAN TRADISIONAL


KAUM INDIA

TARIKH
26 MAC 2011

TEMPAT
DATARAN BINA INSAN GURU, IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

ANJURAN
PISMP SAINS 1 DAN SAINS 2
SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2009
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

1.0 PENDAHULUAN

Projek Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di


bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk memenuhi
kredit 4 jam bagi subjek ini.

Permainan tradisional adalah sebahagian daripada kehidupan yang


dilalui oleh nenek moyang kita masing-masing. Setiap kaum mempunyai
permainan tradisional masing-masing dan ianya semakin dilupai seiring
dengan dunia yang semakin maju dan serba moden ini. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh
ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.

Oleh sebab itu kami menganjurkan permainan tradisional ini untuk


mengenali dan menyemai semangat bermain permainanan tradisional dengan
lebih dekat lagi kepada ahli masyarakat. Pada masa yang sama,dapat
mengeratkan hubungan antara semua kaum seperti mana yang terdapat
dalam gagasan 1Malaysia.

Kami berharap anjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini dapat


memberi dedahan dan pengalaman kepada kami untuk menjadi bakal tenaga
pengajar yang lebih berkaliber , sistematik dan bertanggungjawab terhadap
amanah yang diberikan. Pada masa yang sama juga kami berharap
pertandingan ini mampu menjalinkan perhubungan yang erat antara kita
semua.
2.0 MATLAMAT

Matlamat penganjuran pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi


dedahan dalam cara mengelola sesuatu pertandingan dan pada masa yang
sama memperoleh pengalaman baru dalam menguruskan sesuatu
pertandingan agar dapat diaplikasikan dan dijadikan panduan kepada bakal
pendidik di sekolah kelak. Diharapkan supaya permainan tradisional dapat
dihidupkan kembali di sekolah kelak di masa hadapan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memartabatkan dan menghidupkan semula sukan tradisional warisan
negara.
4.2 Memupuk perpaduan pelbagai kaum dan etnik dalam kalangan guru
pelatih.
4.3 Merapat dan mengukuhkan hubungan baik, perpaduan, kerjasama dan
semangat persaingan sihat dalam kalangan guru pelatih dan
pensyarah IPG.
4.4 Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan
guru pelatih.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Tempat : Dataran Bina Insan Guru ( Big )


Masa : 8.30 Petang – 12.00 Tengahari
Tarikh : 26 Mac 2011
Hari : Sabtu

6.0 JENIS PERMAINAN DIPERTANDINGKAN


Permainan tradisional India :
6.1 Anjung (Indoor) : Nau Keti Keta ( Anjuran 5 PISMP Sains 1 )
6.2 Laman (Outdoor) : Kho-Kho ( Anjuran 5 PISMP Sains 2 )
*Sila rujuk Lampiran 1.1 dan Lampiran 1.2

7.0 PESERTA

Peserta berbilang kaum yang terdiri daripada guru-guru pelatih 2 PPISMP


TESL 1 / 2 dan PJ seramai 56 orang.

8.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

*Sila rujuk Lampiran 2.1 dan Lampiran 2.2

9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Tempat Aktiviti

08.30 pagi Dataran BIG Pendaftaran peserta

08.45 pagi Dataran BIG Ketibaan tetamu jemputan

08.50 pagi Dataran BIG Upacara perasmian

09.00 pagi Dataran BIG Permainan bermula

10.30 pagi Dataran BIG Berehat


*tertakluk kepada perubahan

11.45 pagi Dataran BIG Penyampaian Hadiah

12.00 tengahari Dataran BIG Tamat


10.0 BELANJAWAN

Butiran Anggaran Kos

Minuman :
1) Permainan Kho – kho RM 1.50 / Seorang Peserta
Bilangan Peserta 60 orang
= RM 1.50 x 60
= RM 90.00

RM 1.50 / Seorang Peserta


2) Permainan Nau Keti
Bilangan Peserta 40 orang
Keta
= RM 1.50 x 40
= RM 60.00

RM1.50 / Seorang Penganjur


3) Penganjur
Bilangan penganjur 41 orang
= RM 1.50 x 41
= RM 61.50

Jumlah
= RM 211.50
(Tanggungan Institut)

Hadiah Tanggungjawab Institut

11.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharap agar penganjuran Kejohanan Sukan Tradisional 2011


antara unit PISMP Sains 1 dan 2 Semester 5 akan mendapat penyertaan
yang menyeluruh daripada para pelatih dalam mengangkat martabat
khazanah warisan kesenian negara disamping penerapan nilai-nilai murni
kepada para peserta. Semoga penganjuran kejohanan kali ini akan berjalan
dengan lancar dan menjadi acara tahunan yang termaktub dalam kalender
pengajian peringkat institut.
Disediakan oleh :

……………………………………...
(NORAZLAILI BT MOKHTAR)
Setiausaha
Pertandingan Permainan Tradisional
5PISMP Sains 2
IPG Kampus Sultan Mizan.

Disemak oleh:

................................................
(ENCIK ROS’HAIMI B. MOHD.YUSOFF )
Pensyarah Pendidikan Jasmani
IPG Kampus Sultan Mizan.

Diluluskan oleh:

..............................................
(DR. HJH. SAMSIAH BT MUSTAFFA)
Pengarah
IPG Kampus Sultan Mizan.
Lampiran 2.1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL


KALI 1 / 2011

Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi Wan Muhamad Shukri Bin Wan Ahmad
Naib Pengerusi Mohd Badrul Hisham B. Abu Bakar
Setiausaha Norazlaili Binti Mokhtar
Penolong Setiusaha Nur Hidayah Bte Misroh
Bendahari Nurul Hidayah Binti Mohammad
Penolong Bendahari Bibi Fazreena Bt. Fazal Mohamed

Ahli Jawatankuasa

Mohamad Faiz B. Mohamad Hassan


Muhammad Faris Bin Ahmad Khair
Alex Jay A/L Robert
AJK Keselamatan Aina Bazilah Bt. Abd Rashid
Siti Zaleha Binti Jusoh
Shafiqah Binti Fauzi
Syahidatul Fadzlina Binti Jamaluddin
Zarina Bt Othman

Mohammad Ashraf Bin Hashim


Mohd. Zulhairi Bin Paiman
AJK Peralatan Muhammad Hafiz B. Atan
Sayed Mizanuddin B. Sayed Mohamad
Zulhairi Bin Osman

Asyraff Nazreen Haikal Bin Zulkifli


Muhammad Kameel B. Md Zukery
AJK Tempat Nor Mastura Aida Bt. Mohd Isa
Nur Jasmin Bt. Abd Halim
Raihanah Bt. Mohd Fauzi
Tuan Nurhasana Bt Tuan Aziz

Rahimah Binti Na’ain


Norizan Bt. Abdullah
Noraini Bt. Mat Sapia
AJK Hadiah Nor Jazilah Bt. Abas
Nornazlia Bt. Abd Rashid
Nurul Shuhada Bt Mohamed
Sharifah Hazwani Bt. Syed Ab Rahim
Syafika Izumi Binti Abdul

Ahmad Aufa B. Azman


Mohd. Azam Bin Ab Aziz
Pertandingan dan Mohd. Saifuddin Bin Ahmad Khalil
Pengadil Mariatun Nabila Binti Nordin
Nurul Syuhada Bt. Mat Hussin
Putih Fairuz Hanna Bt. Mohd Jamil

Siar Raya Muhammad Amalul Arifin B. Anuar


Natasha Binti Mohamad Idris
Lampiran 2.2

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi / 1) Mempengerusikan semua mesyuarat dan


Naib Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
2) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan
yang sewajarnya.
3) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha / 1) Menguruskan segala bentuk permohonan kepada


Penolong Setiusaha pihak-pihak tertentu.
2) Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada
individu tertentu atau badan-badan tertentu.
3) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras
aktiviti.

Bendahari / 1) Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.


Penolong 2) Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan.
Bendahari

Ahli Jawatankuasa

AJK Keselamatan 1) Mempastikan keselamatan ahli dan orang lain


menjalankan aktiviti.
2) Mempastikan setiap ahli memberi kerjasama.
3) Mempastikan barangan keselamatan projek lengkap.

AJK Peralatan 1) Menyenaraikan segala peralatan yang perlu dibawa.


2) Menyediakan peralatan yang perlu dibawa.
3) Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak hilang.
4) Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
AJK Tempat 1) Menyediakan tempat sebelum dan selepas
pertandingan.
2) Menyediakan kemudahan asas tempat.

AJK Hadiah 1) Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan,


menyelaras dengan Jawatankuasa Pertandingan
2) Menyusun hadiah dan cenderamata.
3) Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Pertandingan & 1) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras


Pengadil aktiviti projek.
2) Bertanggungjawab mengadili pertandingan
3) Menyediakan sistem pemarkahan.

Siar Raya 1) Membuat pengumuman acara, nama peserta, nombor,


pasukan, lorong dan saringan.
2) Menghebahkan keputusan acara