Anda di halaman 1dari 15

PERANAN PENGETUA & GURU BESAR:

Kalau setiap ketua, biar ketua besar atau kecil, ketua tua atau muda, ketua lelaki atau
perempuan, dapat melaksanakan tugas bersama-sama dengan orang di bawah jagaannya,
seperti saranan Perdana Menteri, “Bekerja dengan saya bukan bekerja untuk saya” maka
apa juga masalah yang dikesan bukan lagi menjadi masalah orang lain atau orang
bawahan kita tetapi masalah kita bersama. Kita tidak akan lagi tuduh-menuduh sekadar
melindungi diri dan lari atau ponteng daripada masalah yang sebenar.

Posted by sivam75 at 6:23 PM 2 comments

PERANAN IBU BAPA & PENJAGA

Kalau setiap ibu bapa meluangkan sedikit masa yang lebih, biar dalam apa jua keadaan,
untuk mengetahui gerak-geri anak-anak kita, mengetahui perkembangannya di sekolah
dan melibatkan diri dengan aktiviti di sekolah tentunya kita tidak akan dipanggil oleh
pihak sekolah apabila anak kita tidak pergi kesekolah. Jangan sekali-kali membandingkan
wang ringgit pekerjaan dengan masa depan anak-anak.

Posted by sivam75 at 6:18 PM 2 comments


PERANAN GURU :

Kalau setiap guru meluangkan sedikit masa yang lebih, biar dalam keadaan yang sibuk
dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, lebih
waspada dengan perwatakan dan tingkah-laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya,
masalah ponteng akan dapat dikesan dan dibendung terlebih awal.

Jangan tunggu kita dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah kita hendak
mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar, lakukan sahaja asalkan kita
seorang guru, cikgu. Jangan ditunggu arahan ketua bidang, pengetua, pegawai pendidikan
bahagian, pengarah pendidikan mahupun menteri pelajaran, lakukan sahaja apa yang baik
untuk pelajar. Itu memang tugas kita.

Posted by sivam75 at 6:13 PM 0 comments

Posted by hyelbaine @ 10/17/2004 06:43 PM PDT

Can you blame them for skipping school? While there those who really skip school for the
wrong reasons, some actually skip because they don't learn anything in school.When the
quality of teaching is bad and slow compared to the tuition or home schooling that some
of the kids go through, what other benefit do they have lugging around bricks for bags to
school?Cheers!!! :D

Posted by sivam75 at 6:10 PM 0 comments

Ini adalah pandangan seorang guru :Posted by ali allah ditta @ 10/18/2004 01:58 AM PDT

Saya setuju dengan pandangan tentang guru yang tak pandai mengajar sebagai salah satu
punca ponteng sekolah.Sememangnya tiap2 sekolah terdapat hampir antara 20-35% guru
yang tak tahu mengajar atau tak ada teknik mengajar yang sempurna. Mereka ini ibarat
deadwood yang hanya tunggu masa untuk berhenti atau diberhentikan.Masalah appraisal
yang dibuat oleh Pengetua sememangnya tidak memperlihatkan keadaan yang sebenar
kerana terikat dengan birokrasi pentadbiran. Sekolah tak ada kuasa untuk buang cikgu
yang malas. Dan cikgu yang malas pun tahu dia tidak boleh di apa2kan.Jika itu
keadaannya sampai bila pun sistem pengurusan sekolah tidak akan maju.Menteri,KPPK &
kesatuan2 guru lain hanya pandai berkokok saja tapi situasi sebenar di sekolah hanya
pengetua & sekolah itu saja yang tahu.

Posted by sivam75 at 6:06 PM 1 comments


Mungkinkah pelajar merasakan sekolah tidak memberikan input yang diinginkan.

Posted by sivam75 at 5:44 PM 0 comments

Mungkinkah pelajar merasakan sekolah tidak memberikan input yang diinginkan.

GURU CONTOH TERBAIK KEPADA MASYARAKAT

Profesion perguruan amat mulia dipandang. Mereka bertanggungjawab memimpin dan mendidik masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari
ini, guru telah menyumbang khidmat bakti dalam pembanggunan bangsa dan Negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar.

Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini,
Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan, "Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar.
Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang
menghargai watak berbudi luhur ini."

Dari satu sudut lain, Abdul Al-Muhammadi(1991) menjelaskan, guru ialah agen keberkesan pendidikan. Waima sebaik manapun sistem
pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika agen yang menyampaikannya tidak efektif.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan
keluhuran peribadinya. Panduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh
dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan 4 strategi utama untuk memartabatkan profesion perguruan iaitu :

" Memantapkan aspek pemilihan bakal guru dan latihan

" Memantapkan kareir perguruan

" Memperbaiki persekitaran kerja guru

" Meningkatkan keyakinan dan rasa bangga guru terhadap profesion perguruan

Dalam Islam guru adalah murabbi, muallim, muaddib, mudarris atau ulama. Islam juga memberi penghormatan tinggi kepada guru.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu." (Surah Faatir, ayat 28)

"Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikanlah sedikit ruang dalam majlis, maka berikanlah ruang,
nescaya Allah mneluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan
ingatlah Allah itu maha Mengetahui terhadap apa-apa sahaja yang kamu kerjakan."

"Katakanlah ,adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.?" (Surah al-Zumar, ayat 9)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam memberi penghormatan tinggi kepada ahli ilmu. Oleh itu, golongan pendidik haruslah
menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada insan yang memerlukan. Bagi guru atau pendidik , mereka tidak mengharapkan ganjaran atau
balasan. Niat mereka suci dan murni iaitu untuk memajukan anak bangsa. Demikian antara peranan guru. Mereka bukan sahaja menjadi
Qudwah Hasanah(contoh terbaik) kepada masyarakat malah peranan mereka terbukti apabila Negara ini mampu melahirkan sumber
tenaga manusia dalam pelbagai bidang. Kesimpulannya profesian perguruan tetap akan disanjung ke akhirnya.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa guru ialah orang yang bertanggungjawab membentuk tamadun manusia di dunia menerusi
penyebaran ilmu kepada masyarakat. Dengan yang demikian, semua guru mesti menyedari tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama
baik selaku pendidik dan pemimpin masyarakat yang menjalankan tugas secara ikhlas dan jujur.

S
aid Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata:
“Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah
termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.”

Pendahuluan

Peristiwa keganasan remaja yang membakar kelas dan rumah guru, bilik makmal
sekolah, memukul guru serta melakukan vandalisme sering dikaitkan dengan
keupayaan guru mendidik para pelajar. Lebih jauh kemelut sosial, politik dan
ekonomi yang dihadapi oleh negara sekarang ini juga dikaitkan dengan kelemahan
sistem pendidikan sekular serta pencapaian guru.

Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana


peranan mereka yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Meskipun
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia telah
diperkenalkan dan mempunyai pengaruhnya yang besar namun ia tidak dapat
menafikan status dan peranan utama guru dalam membentuk warganegara.

Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu
penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik
cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:

Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah,


Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.

Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah, ciri-ciri utamanya, apakah traits nilai di
rangkumi olehnya, apakah ciri seorang guru muslim dan bagaimana membangun
ciri-ciri tersebut, inilah antara persoalan yang akan kita huraikan dalam
kesempatan ini

Maksud Sahsiah
Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang
mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti
individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya
hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti,
persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”,
sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam
seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.
Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat,
sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti
bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok
Soon Sang, 1994:1).

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud
tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah;
hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan
lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak
tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan
sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan
meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi
moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru.
Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan
sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada
pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka.

Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim
hendaklah merangkumi:

(a) Sifat Rohaniah

1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna


2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain

(b) Sifat-Sifat Akhlak

1. Benar dan jujur


2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Hilm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani

i. Sifat Mental

1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)


2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan


1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila
mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Fizikal

1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih

Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara
–negara maju terdapat senarai yang menerangkan sifat-sifat yang diingini oleh
pelajar. Antara sifat guru yang dikehendaki ialah guru tersebut :

1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)


2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’
17. Mempunyai kemahuan yang kuat
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
23. Suara yang baik-serak-serak basah
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala
31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
33. Suka memberikan kerjasama
34. Bersemangat riadah atau kesukanan

Guru Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang
mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan
memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan
guru-guru yang baik personaliti mereka.

Etika Guru Muslim

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai
oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini
boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah
oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion
keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah:

Tanggungjawab Terhadap Allah

Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:

1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan


kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi
amalan harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.

4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama


Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya
dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa
kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.
Tanggungjawab Terhadap Diri

1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari
aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta
ditingkatkan dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak
mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti
profesion sebagai seorang guru.

Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru muslim hendaklah :


1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu
yang berkaitan.
5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi
spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan
keamanan umat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap Profesion

1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan
para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak
kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit
mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang
tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik
terhadap pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian
terhadap para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para
pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar


dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam
mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang


kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan
dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality,
kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan harian dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.


2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,
dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan
membantu keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran
guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan
maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan
mencapai puncak matlamat yang digariskan.

Maksud Keberkesanan Pendidikan Islam

Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula
bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru
samada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan
degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Keberkesanan Pendidikan Islam tidak hanya bergantung kepada teknologi


pendidikan atau pendekatan sistem tetapi lebih jauh dari itu, ia memerlukan asas
falsafah pendidikan yang Islamik dari yang sedia ada sekarang - baik di peringkat
tadika, rendah, menengah mahupun di peringkat tinggi. Kita memerlukan falsafah
pendidikan yang menyeluruh dalam segenap bidang, baik dalam bidang pendidikan
guru, vokasional, ketenteraan, kesihatan, keusahawanan mahupun dalam
pendidikan politik, kesenian, kesukanan dan sebagainya. Di samping itu ia perlu
dibingkai oleh dasar-dasar negara yang Islamik juga; samada dasar pembangunan
ekonomi, dasar pendidikan, dasar belia, dasar penerangan, dasar pembangunan
wanita dan dasar-dasar lain.
Suatu bentuk reformasi yang meyeluruh hendaklah dilaksanakan demi memastikan
keberkesanan pendidikan Islam dalam membentuk sahsiah generasi baru.
Reformasi tersebut harus mencakup bidang-bidang berikut:

1. Falsafah dan Konsep Pendidikan Islam


2. Kurikulum
3. Sistem Pendidikan
4. Pengajaran dan Pembelajaran
5. Sumber Pendidikan
6. Perkembangan Kakitangan
7. Pengurusan Pendidikan Islam
8. Pembinaan Potensi Pelajar dan Guru
9. Membangun Imej Pendidikan Islam

Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar


memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan
merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat
mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan
pengajaran mereka.

Antara ciri-ciri seorang guru yang baik dan berkesan adalah seperti rajah berikut:

Guru yang Berkesan Guru yang Tidak Berkesan


Adil Pilih kasih
Demokratik Autokratik
Bertimbang rasa Terbatas
Responsif Menjauhkan diri
Baik hati Kasar
Tidak membosankan Membosankan
Original Stereotype
Tangkas Tidak peduli
Menarik Tidak memberi kesan
Bertanggungjawab Bersikap dalih
Stabil Tidak seimbang
Tenang Mudah naik perasan
Yakin Tidak tentu

Penutup
Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini
bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang
semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di
sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran
generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak
memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam
pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan
berjaya menghasilkan generasi yang baik.

Anda mungkin juga menyukai