Anda di halaman 1dari 7

Fungsi Wacana

2 years ago

• Email
• Favorite
• Download
• Embed
• Zipcast
• More…

×
Like this presentation?
0 comments
Top of Form

Embed Video Subscribe to comments


Post Comment
Bottom of Form

Fungsi Wacana - Presentation Transcript


1. WACANA ANALISIS RENCANA PENGARANG : AHLI KUMPULAN : NOR
HANIZA KHALID NUR ZURAINIE MOHD FAUZI NURUL AIN ZELKIFLE
2. FUNGSI - FUNGSI PENANDA WACANA
3.
○ 1) Sebagai penghubung tambahan.
○ contoh:
○ “ Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel
berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan dan
jaringan keselamatan untuk mereka. ”
4.
○ 2) Sebagai penghubung urutan
○ contoh:
○ “ Selepas dua tahun dan tiga bulan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK)
dibentangkan, semalam rakyat diberitahu mengenai perkembangan yang dicapai
sepanjang tempoh tersebut. ”
5.
○ 3) Sebagai penghubung contoh
○ contoh:
○ “ Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan,
program pembasmi kemiskinan, pendidikan, perumahan kos rendah dan
keselamatan awam mendahului senarai keutamaan. ”
6.
○ 4) sebagai penghubung waktu
○ contoh:
○ “ Kini segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana
komitmen kerajaan mengangkat taraf hidup mereka dan menyatakan sokongan
supaya projek-projek tersebut dapat diteruskan. ”
7.
○ 5) Sebagai penghubung pertentangan
○ contoh:
○ “ Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar dalam
laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat. ”
8. JENIS PENANDA WACANA
9.
○ Penanda leksikal
○ i ) pengulangan penuh:
○ “ Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan rakyat dan
menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat diperlukan. Tanpa
sokongan rakyat , segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas
tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. ”
○ - Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan rakyat .

10. ii) Pengulangan kata bersinonim “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai
keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan
kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan
mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel
berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau
jaringan keselamatan untuk mereka.” Perkataan minyak serta perkataan petrol dan diesel
merupakan perulangan kata yang bersinonim atau sama makna.
11. iii) pengulangan hiponim “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai
keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan
kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan
mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel
berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau
jaringan keselamatan untuk mereka.” Berdasarkan contoh di atas, minyak merupakan
superordinat, manakala petrol dan diesel merupakan hiponim.
12. iv) Pengulangan kolokasi “ Antaranya kejayaan mengekalkan kadar pertumbuhan
ekonomi negara pada kadar yang membanggakan iaitu 6.1 peratus setahun. Begitu juga
dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal negara , penurunan
kadar kemiskinan serta pengurangan jurang ekonomi antara wilayah dan antara Bandar
dan luar bandar . ” Pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal negara, kadar
kemiskinan dan jurang ekonomi antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar
merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama, iaitu
ekonomi .
13.
○ 2) Penanda penghubung
○ i) Penghubung tambahan
○ “ Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan defisit
fiskal Negara, penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan jurang ekonomi
antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar. ”
14.
○ ii) Penghubung tentangan
○ “ Ternyata komitmen kerajaan untuk terus memberi keutamaan kepada projek
rakyat termasuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih luas adalah
jawapan bagi meringankan beban rakyat dan memelihara kualiti hidup yang baik.
Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan rakyat dan
menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat diperlukan. ”
15.
○ iii) Penghubung tempoh
○ “ Kini segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana
komitmen kerajaan mengangkat taraf hidup mereka dan menyatakan sokongan
supaya projek-projek tersebut dapat diteruskan. ”
16. KEUTUHAN WACANA
17.
○ Berdasarkan analisis keutuhan wacana yang pertama ialah berdasarkan petikan
yang terdapat dalam rencana pengarang dapat dilihat seperti contoh :

○ “ Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar dalam
laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat. Antaranya kejayaan
mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang
membanggakan iaitu 6.1 peratus setahun. ”

○ Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini
mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan sebab dan hasil .
Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat iaitu “ laporan Kajian Separuh
Penggal. ” merupakan sebab manakala ayat “ mengekalkan kadar pertumbuhan
ekonomi negara ” merupakan hasil.
18.
○ “ Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan rakyat dan
menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat diperlukan. Tanpa
sokongan rakyat, segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas
tidak akan dilaksanakan dengan berkesan. ”

○ Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini
mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan syarat dan hasil .
Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat di atas “ sokongan padu rakyat
amat diperlukan ” merupakan syarat manakala contoh hasil ialah “ segala projek
serta program yang amat sempurna di atas kertas tidak akan dilaksanakan dengan
berkesan. ”
19.
○ “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai keutamaan adalah tepat
terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga
minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan mereka.
Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel
berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau
jaringan keselamatan untuk mereka.”

○ Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini
mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu hubungan memperkuatkan isi .
Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat di atas.
20.
○ “ Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan defisit
fiskal Negara, penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan jurang ekonomi
antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar. ”

○ Berdasarkan ayat di atas, terdapat penanda wacana yang digunakan yang
menjadikan ayat ini dianggap sebagai wacana yang dilihat berdasarkan hubungan
dari aspek gramatikal . Kata serta dan dan ialah penanda wacana jenis tambahan
yang berperanan sebagai penghubung ayat dengan ayat yang sebelumnya.
21.
○ “ Rakyat juga mesti bijak menilai kesungguhan kerajaan untuk memastikan
keharmonian Negara yang rakyatnya berbilang kaum ini terus dipelihara. ”
○ Contoh ayat di atas adalah sebuah wacana yang dilihat melalui hubungan dari
aspek fonologis . Perkataan mesti menunjukkan penegasan dalam ayat.
22. KESIMPULAN
23.
○ Berdasarkan analisis keutuhan wacana dari petikan rencana pengarang Utusan
Malaysia, saya dapati petikan ini adalah sebuah wacana yang utuh . Ini kerana
petikan ini mempunyai ciri-ciri wacana yang utuh.

○ Terdapat lima keutuhan wacana di dalam petikan rencana pengarang ini.
Antaranya, mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan sebab dan hasil
serta kaitan syarat dan hasil . Selain itu, terdapat juga hubungan memperkuatkan
isi , hubungan dari aspek gramatikal dan hubungan dari aspek fonologis .

○ Rencana ini mempunyai wacana yang utuh kerana rencana ini dikarang dengan
kemas dan tersusun lancar .Setiap ayat dan perenggan terjalin rapi dan kait-
mengait. Selain itu, ketepatan isi-isi yang dikemukakan dalam petikan erat
pertautannya dengan tajuk perbincangan .

nur zurainie + Follow


5237 views, 0 favs, 1 embed
Related

• Dasar Awam 2 9814 views

• teori kitaran tamadun _ tamadun melayu 2885 views

• E Module Bm 2009 4265 views


• Che Guevara 1616 views

• Peristiwa 13 mei 10907 views

• Kertas Kerja 2906 views

• Skema Bm Kertas1 Set3 8110 views

• Skema Bm Kertas1 Set3 4993 views

• Contoh Bahan Kempen Selangor2004 3556 views


About this presentation
Usage Rights
© All Rights Reserved
Stats
• 0 Favorites
• 0 Comments
• 158 Downloads
• 5,212 Views on
SlideShare
• 25 Views on
Embeds
• 5,237 Total Views
Embed views
• 25 views on http://www.slideshare.net
Accessibility
View text version
Additional Details
• Uploaded via SlideShare
• Uploaded as Microsoft PowerPoint
Flag as inappropriate
File a copyright complaint
Categories
• Technology
• Education
Follow SlideShare
• Twitter
• Facebook
• SlideShare Blog
0 tweets
3 shares
WordPress
Blogger
More

Beri Nilai