Anda di halaman 1dari 5

KEBELAKANGAN ini hampir setiap hari kita mendengar orang menyebut dan

memperkatakan teknologi maklumat atau IT. Apatah lagi dengan usaha kerajaan untuk
merealisasikan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Cyberjaya. Seluruh MSC akan
dilengkapi peralatan telekomunikasi, teknologi maklumat dan jaringan perkhidmatan digital
dalam semua proses perkhidmatan dan perhubungan yang mempunyai sistem infrastruktur
yang termoden. MSC ialah satu kawasan yang dibangunkan berasaskan industri IT dan
telekomunikasi. Semua urusan yang dijalankan akan menggunakan komputer.

Komputer bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat tidak kira di mana saja mereka
berada. Di mana-mana komputer boleh didapati dan tidak semestinya di pejabat saja. Malah di
kebanyakan rumah pun boleh dilihat ada komputer peribadi. Begitu juga dengan penggunaan
Internet yang kini kian menjadi ‘kegilaan’ masyarakat hari ini terutama remaja baik dalam
negara mahupun luar negara. Akibat kegilaan ini, remaja mudah lupa diri. Internet boleh
mengubah pemikiran manusia terutama mereka yang terpengaruh dengan kecanggihannya. Ia
begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat memasuki mana-mana negara di dunia seperti
tiada batasan sempadan. Internet sukar disekat apabila pintunya dibuka seolah-olah apa yang
diperkatakan mengenai kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak.

Internet bermaksud hubungan antara jaringan. Sebuah rangkaian komputer


antarabangsa yang terbesar di dunia yang mengandungi berjuta-juta komputer di seluruh
dunia. Melalui internet kita dapat berhubung antara satu sama lain walau di mana sekali pun
kita berada dan pada bila-bila masa. Percambahan saluran internet ini mendedahkan
masyarakat kepada pelbagai bentuk maklumat. Maklumat yang diperolehi ada antaranya
positif dan ada yang meninggalkan kesan negatif. Oleh itu, pengguna media perlu mempunyai
satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini. Pengguna
Internet perlu bersikap kritis supaya dapat memastikan tidak menerima sebarang maklumat
secara bulat-bulat.

Tidak semua maklumat yang diperolehi melalui internet bermanfaat walaupun


kebaikan sesetengah laman tidak boleh dipertikaikan. Bahan yang disebarkan mempunyai
kesan positif dan negatif. Nilai yang dipaparkan lebih menggambarkan nilai penghasil bahan
yang sesetengahnya terlalu asing bagi kita. Biasanya golongan remaja adalah golongan yang
mudah terpengaruh dengan aspek sebegini. Oleh itu, perlu dirumuskan satu pendekatan yang
sistematik untuk menangani kesan dan pengaruh internet ke atas masyarakat di negara ini.

Walaupun kerajaan sudah mengambil langkah seperti penapisan dan mewujudkan


peraturan bagi menangani masalah ini, langkah juga perlu diambil untuk menimbulkan
kesedaran di kalangan pengguna media khasnya internet. Mereka perlu diupayakan supaya
mampu menilai kesan dan pengaruh media secara amnya. Satu cara yang agak berkesan sekali
ialah celik media. Ia adalah keupayaan seseorang memahami sesuatu perkara atau kesan yang
diterima dari media massa. Ini mencakupi memahami proses penyediaan dalam penyebaran
maklumat oleh media. Seterusnya bagaimana menggunakan maklumat yang diperolehi
dengan bijaksana.

Seseorang yang celik media mampu mengenal pasti peranan dan kesan media dalam
kehidupan seharian. Mereka boleh menilai dan menguasai apa yang di lihat oleh mereka
daripada apa yang diberi oleh media. Mereka bukanlah pengguna media yang pasif dan
menerima apa saja yang dilihat dan dibaca. Mereka menjadi lebih kritikal terhadap apa yang
mereka perolehi atau lihat. Celik media bukan satu kempen antimedia. Ia bertujuan
mengembangkan keupayaan pengguna media untuk memanfaatkan media masa dan berupaya
memberi maklum balas mengenai apa yang patut dilakukan secara lebih berkesan.

Ini adalah daya usaha untuk memupuk kepekaan pengguna media, khususnya kanak-
kanak dan golongan remaja terhadap kesan dan pengaruh media. Ini dilakukan dengan
membina kefahaman kepada mereka mengenai kesan dan pengaruh media. Mereka dididik
supaya lebih kritikal dan mampu menilai bahan yang mereka tonton.

Sejak kebelakangan ini, kita kerap mendengar pelbagai gejala sosial yang melanda
anggota masyarakat hari ini seperti bohsia, bohjan, lepak, sumbang mahram, homoseksual dan
beberapa penyakit sosial yang lain. Sering pula kita dengar media dipersalahkan. Apakah
media saja dipersalahkan? Bagaikan satu alasan yang mudah untuk dijadikan alat untuk
menangkis sebarang persoalan.

Bila dikenangkan kembali perkembangan pada tahap awalnya, kemunculan media


dihubungkaitkan dengan usaha membangunkan masyarakat ialah Unesco sendiri memberikan
perhatian berat kepada media massa kerana berkeyakinan bahawa media boleh menyumbang
kepada pembinaan masyarakat, mengurangkan buta huruf, meningkatkan hasil pertanian, nilai
makanan dan kesihatan serta memperbaiki taraf hidup penduduk sesebuah negara yang sedang
membangun ekonominya.

Betapa besar harapan yang diletakkan kepada media sehingga dijangkakan akan dapat
menyelesaikan semua masalah pembangunan negara. Media massa boleh dijadikan sebagai
alat utama yang mampu memberi kesan dan mempengaruhi pemikiran masyarakat, baik di
kalangan kanak-kanak, remaja atau golongan dewasa.

Ada golongan tertentu yang mengambil kesempatan untuk mempergunakan media


massa dalam membawa cerita atau berita yang berunsur negatif bagi mempengaruhi
masyarakat. Penggunaan tipu daya secara halus untuk mengaburi masyarakat dengan
kebenaran. Kebanyakannya menjanjikan program yang berbentuk keganasan, keruntuhan
moral dan unsur-unsur lain yang tidak sesuai dengan norma masyarakat kita.

Sebaliknya pelajar dan generasi muda wajar melayari laman web yang informatif dan
bersifat ilmiah. Mereka sepatutnya mencari maklumat baru atau mendalami pengetahuan.
Mereka perlu dilatih sama ada di rumah atau melalui sistem persekolahan supaya lebih
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.

Disiplin diri penting untuk memanfaatkan dan menangani unsur-unsur negatif IT


kerana pada akhirnya pengguna sendiri yang perlu membuat pilihan sama ada membuang
masa dengan melayari laman yang tidak berfaedah atau memanfaatkan maklumat melalui
Internet. Pilihan terletak di tangan mereka sama ada untuk memanfaatkan IT untuk kemajuan
diri, masyarakat dan negara atau sebaliknya.

Jika generasi muda mahu terus terperangkap di bawah pengaruh unsur-unsur negatif
dalam internet yang boleh merosakkan pemikiran mereka, itu adalah pilihan mereka. Selain
budaya kuning yang diketengahkan sesetengah laman web, ada juga pihak yang menyebarkan
dakyah palsu yang menggembar-gemburkan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Dari segi penerimaan, mereka perlu menilai terlebih dahulu mesej yang dipaparkan
sebelum membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak. Soal sebegini juga
memerlukan pengetahuan yang luas yang dapat membantu mereka memilih agenda dan
maklumat yang perlu diterima atau tidak. Pengguna internet wajar membebaskan diri mereka
daripada dikongkong atau dibelenggu laman web yang boleh meracuni pemikiran, hati dan
naluri mereka.

Media bukan punca gejala sosial


Posted on the October 22nd, 2009 under Berita by danzaimar

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook 

KUALA LUMPUR: Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati masalah sosial yang
dihadapi masyarakat ketika ini bukan berpunca daripada pengaruh media massa sebaliknya
faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya dan hiburan luar.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad,
berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan
kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan.

Beliau berkata, persepsi masyarakat yang memandang negatif berhubung paparan hiburan di
media massa sehingga mampu merosakkan akhlak remaja membuatkan Yadim mengambil
inisiatif menyuruh pihak UPM membuat kajian bagi melihat kesahihan seperti didakwa
masyarakat.

credit: bharian.com.my

Media sosial seperti Twitter dan Facebook menjadi ketagihan baru dalam dunia maya kerana
pengguna Internet boleh berkongsi apa sahaja. Bermula dari Wikipedia pada 2001, ia
berkembang dengan cemerlang untuk menghubungkan semua pengguna Internet sehingga
kemunculan Facebook yang menjadi trend baru media sosial ini.

Wikipedia

Tarikan masyarakat intelek untuk memuat naik apa sahaja maklumat berkaitan politik, sosial,
pendidikan, sejarah, ekonomi dan budaya menjadikan wikipedia.com berkembang dengan
pantas. Apa sahaja topik boleh diperoleh di sini dan jangkauan penggunanya telah
mencecah kepada 270 bahasa di dunia. Wiki adalah perkataan Hawai yang bererti pantas. Ia
merujuk kepada apa sahaja yang bebas diedit oleh orang ramai.

Keupayaan Wikipedia tidak jauh beza dengan gergasi maklumat, Encyclopedia Britannica.
Kajian oleh Nature pada 2005 mencatatkan secara purata Britannica terdapat tiga kesalahan
manakala Wikipedia merekodkan empat kesalahan.
Friendster

Konsep Friendster ialah mencetuskan idea untuk berkongsi profil, menambah rakan siber
dan berkongsi minat dalam Internet. Peranan Friendster yang utama ialah membuka laluan
kepada jaringan sosial yang lebih hebat seperti hi5, MySpace, Buzz dan Facebook.
Perkembangan MySpace yang dikagumi ialah keupayaannya menjadi plartform untuk muzik
dan talam talian seperti Imeem, Lily Allen dan Secondhand Serenade.

Blog

Tahun 2004 menjadi hit untuk permulaan blog kerana ia menjadi fenomena baru dalam
menyebarkan maklumat. Melalui blog, pengguna Internet mampu membuat laman sesawang
sendiri dengan tiga langkah sahaja. Selain blogspot, terdapat puluhan blog lain yang muncul.
Impak blog kepada pengguna Internet sangat ketara kerana berbekalkan minat dan
kebolehan menulis, seseorang telah mampu berkomunikasi dengan semua orang di dunia
ini. Ada yang kaya-raya dengan memasarkan produk mereka hanya dengan blog.
Perkembangan masyarakat tidak membataskan blog kepada isu-isu tertentu malah apa
sahaja topik dapat dimuat naik dengan mudah asalkan seseorang itu memiliki kemahuan
untuk menulis.

Wikileaks

Julian Assange menjadi terkenal dengan menyebarkan maklumat sulit negara-negara utama
dunia dan institusi untuk tatapan umum. Pendedahan maklumat ini menjadi kekuatan kepada
Assange tetapi mengancam keselamatan orang lain. Wikileaks telah mengubah pandangan
orang ramai terhadap bagaimana maklumat diperolehi dan dikongsi bersama.

Youtube

Sekitar tahun 2006, YouTube belum begitu terserlah. Amat mudah bagi sesiapa sahaja
untuk mendaftarkan diri kerana penggunanya belum ramai. YouTube menjadi plartform
kepada orang muda untuk mencuba bakat dan menunjukkannya kepada dunia betapa
mereka hebat dalam nyanyian, sukan dan lakonan. Salah seorang daripada mereka ialah
Justin Bieber yang mencatatkan lebih 200 juta penonton untuk klip One Time. Selain Bieber,
seorang lagi anak muda yang mencatatkan nama di YouTube ialah Tay Zonday yang
menyanyikan lagu ‘Chocolate Rain’ yang ditiru pula oleh Chad Vader, iaitu salah satu watak
dalam filem Star Wars. Zonday menjadi terkenal dan dijemput ke sesi bual bicara beberapa
stesen televisyen di Amerika Syarikat. Uniknya bukan terletak pada lagu tetapi pada suara
pemuda berkenaan yang garau dan ada unsur ‘kejantanan’.

YouTube mula mengumpul pengguna Internet secara besar-besaran apabila Google


membeli syarikat berkenaan dan menggunakannya sebagai plartform untuk menjana
pendapatan syarikat.

Twitter

Tahun 2009 mencatatkan perubahan drastik dalam cara maklumat disampaikan. Ia mula
menjadi hangat apabila pesawat US Airways mendarat di dalam Sungai Hudson, New York.
Berita ini di’tweet’ oleh Janis Krums’ yang menarik perhatian umum seluruh dunia. Twitter
berkembang dan melepasi sempadan horizon media tradisional sedia ada. Maklumatnya
sangat pantas dan mendepani media lain untuk melaporkan sebarang perkembangan. Ia
digunakan sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin politik dalam pilihan raya untuk memberi
maklumat kepada pengundi yang dahagakan perkembangan mereka.

Facebook

Laman sesawang media sosial ini menjadi perhatian masyarakat dunia untuk berhubung di
antara satu sama lain. Tahun 2010 menyaksikan Facebook mencatatkan 500 juta pengguna
aktif dan mewakili individu, organisasi, pertubuhan dan apa sahaja yang boleh digunakan
untuk berhubung dengan orang lain. Majalah TIME memlih pengasas Facebook, Mark
Zuckerberg sebagai Person of the Year bagi tahun 2010.

Anda mungkin juga menyukai