Anda di halaman 1dari 13

Kandungan Buku Skrap Sempena Minggu PPDa

1. Penghargaan
2. Pengenalan Pendidikan Penjegahan Dadah
3. VISI & MISI
4. Jenis-Jenis Dadah
5. Sebab-sebab Seseorang Mengambil Dadah
6. Kesan-kesan Buruk Dadah
7. Peranan Untuk Mewujudkan Generasi Tanpa Dadah
8. Slogan-slogan Dadah

Contoh :

1. Pengenalan
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan
dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.
Pendidikan Pencegahan Dadah boleh :
a) meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan
Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
b) membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi
di kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
c) membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar.
d) melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan
masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
e) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah
daripada terlibat dengan dadah.

2. Visi dan Misi

VISI

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012

MISI

Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan
menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah.

5. Jenis-Jenis Dadah
Heroin

Definasi

Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di
Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin.
Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari
Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas ,
cemas , takut , sunggul
Morfin
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan
bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan
menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60%
– 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas ,
sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

Candu
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia
kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat .
Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang
selera makan , sunggul

Ganja
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari
400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif
utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul
dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh
antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan
menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan
resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan ,
yuforia dan sunggul
Syabu
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu
didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti
berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah
kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku
agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah ,
hilang selera makan

Ecstacy/MDMA
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali
dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari
sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang
kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah &
resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Ketamin
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di
temasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau ,
rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak
ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

7. Sebab-sebab Seseorang Mengambil Dadah

  

1. Kerana ingin tahu .

2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .

3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari
penggunaan dadah .

4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .


5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .

6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan


rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .

7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .

8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .

9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu :

a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.

b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .

8. Kesan-kesan Buruk Dadah

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan
dan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat


suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi


songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan
bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan


dan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian ,


rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih
sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup
melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang
untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

                                                               

9. Peranan Untuk Mewujudkan Generasi Tanpa Dadah

Peranan Individu

Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara
pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di
sekeliling mereka .

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh
membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan
penyalahgunaan dadah .

Peranan Guru

Setiap masa , para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan
dadah .

Peranan Pemimpin Masyarakat

Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua
anggota masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersama-sama membasmi
dadah . Hanya pemimpin yang benar-benar komited dengan masalah ini akan berjaya dalam
membentuk generasi tanpa dadah .

Peranan Majikan
Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan
sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada
dadah .

Peranan Pekerja

Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya diminta


menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah .

Peranan Belia

Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk memimpin
negara pada masa depan . Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri untuk memikul
tanggungjawab ini .

Peranan Pelajar

Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara
yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah . Slogan ‘Katakan Tidak
Kepada Dadah’ perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada para pelajar .

Peranan Media Massa

Pihak media berperanan unmtuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai penyalahgunaan


dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan
yang muda didapati oleh pelbagai lapisan pembaca .

Peranan Pertubuhan Sukarela


Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk genarasi tanpa dadah perlu
menyumbangkan masa , tenaga dankadangkala wang ringgit untuk mencapai misi ini .
Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segalan apa cabaran memandangkan tugas untuk
membasmi dadah adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan .

10. Slogan-slogan