Anda di halaman 1dari 5

Kumpulan 1 – Novel Interlok – Buku 1

Ibu Seman mundur sedikit member jalan kepada dukun ituu. Kemudian dia membawanya ke
dekat suaminya yang sedang terbaring seperti mayat. Seman ikut di belakang mereka.
“ Dia batuk lagi? “ tanya dukun itu. Dia duduk di sebelah kanan Pak Musa.
“ Baru saja diam. Tadi batuknya menjadi-jadi benar.”
Seman duduk di hujung kaki bapanya. Dia mengharap bapanya sembuh dengan ubat dukun
itu nanti. Memang dulu pun mereka pernah berubat dengannya, tetapi berhenti setengah jalan
ketika orang mengatakan ada dukun lain yang pandai. Mereka beralih ubat pada dukun yang
baru itu, setengah jalan berhenti pula kerana dikatakan ada dukun lain lagi yang lebih pandai;
dan berlarut-larrutlah dari seorang dukun ke seorang dukun. Banyak juga orang minta ubat pak
Utih ini, kebanyakannya baik. Waktu kecemasan serupa ini kebanyakan orang di kampong itu
berpaling padanya meminta pertolongan; dan dia pula tidak pernah menolak. Memang dialah
dukun kampong itu yang terkenal.

“Aku mau hantar kau pergi menggaji, “ katanya dengan nada mesra.

“Ada baju baru, kain baru? tanya Seman. tangis dan esaknya secara mendadak hilang.

“Ada. Kopiah merah juga akan kubelikan,” jawabnya dengan senyum melebar.

Berita kematian Pak Musa itu dalam sekejap masa saja berkocak mengganggu ketenangan
waktu subuh. Para penghuni kampong – baik yang dekat mahupun yang jauh – sama-sama
menyampaikan berita kemalangan itu dari satu mulut ke satu mulut. Mereka memberitahu
teentang tugas yang mesti mereka hadapi pada pagi-pagi hari itu selain tugas mereka yang
biasa. Kematian menjadi salah satu rukun hidup di mana-mana saja, di kota mahupun di
kampong , di laut mahupun di darat.
Kumpulan 2 – Novel Interlok – Buku 2

Dalam dia asyik termenung melihat anaknya, dia tidak sedar Paman Kok Leng berdiri di
belakangnya.
“Apa lu buat sini, Kim Hock?”
Hatinya berdebar juga disergah serupa itu. Darah memercik keluar dari jantungnya. “Gua
melihat Cing Huat.”
“Ah, tak usah lu khuatir. Dia sudah bagus kerja sini, itu tauke bilang Cing Huat banyak rajin;
dan kalau lu mahu jual dia mahu beli.” Paman Kok Leng tersenyum lebar.
Kim Hock terasa kata-kata itu bagai menggigit hulu jantungnya.
“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman Kok leng
“ Lu punya hutang tambang kapal kita kira selesai.”
“Gua tak mahu jual gua punya anak, “ jawabnya dengan tegas. “Tambang yang gua hutang itu
gua nanti bayar seperti yang gua janji.”

Dalam mesyuarat itu Cing Huat memberikan sumbangan wang sebanyak lima ratus ringgit.
Tidak ada seorang tauke lain yang dapat mengatasinya. Tetapi Cing Huat yang sudah mahir
dalam perniagaan tahu akan tipu helah orang dagang. Untuk mencari wang mereka berlumba-
lumba supaya boleh dapat lebih banyak, tetapi untuk mengeluarkan wang seperti berderma
mereka berusaha supaya dapat memberikan seberapa yang sedikit. Cing Huat tidak
menghiraukan sangat tentang hal itu kerana dia tahu, dia yang rajin bekerja, dia yang banyak
mengumpulkan kekayaan.
Petang-petang sesudah makan, anak-anak Cing Huat yang sudah masuk sekolah itu
mengambil buku masing-masing dan membaca dengan kuat di meja makan yang bulat itu.
Kalau kedua-dua abangnya membaca, Poh Eng, anak gadis yang nombor tiga itu belajar
menulis, membuat gores dasar huruf-huruf Cina. Mula-mula dia belajar membuat gores yang
delapan – Gores mendatar, gores tegak lurus, gores condong arah ke kiri, gores condong arah
ke kanan, titik, titik ke atas (calit), gores kail, dam gor5es bengkok. Dia meniru gores-gores
dasar ini pada contoh yang telah ditulis di petak-petak dalam buku latihannya. Abang-abangnya
Yew Hock dan Yew Seng, sudah boleh menulis 18 huruf yang mesti menggunakan semua
gores yang ditunjukkan itu.
Kumpulan 3 – Novel Interlok – Buku 3

Mariama menggeleng berulang-ulang. Adakah ini fitnah? Adakah orang ini sengaja
mahu memburuk-burukkan Maniam? Tetapi, ini satu berita baru. Dia mendekatkan kepala pada
Suppiah.

“Betulkah dia sudah kahwin? Mana isterinya?’

“Betul. Dia tinggal saja isterinya itu. Dia tidak mau balik lagi. Isterinya sekarang hidup merana.”

“Ayoyo. Ini tidak boleh jadi. Dia ada anak?’

“Anak juga ada. tapi sudah mati kerana tak makan.

Dia tak pernah kirim wang.”

“Ayoyo . kasian Malini. Itu anak dalam perutnya itu tentu nanti ditinggalkan pula.” Mariana
menggeleng-geleng.

Maniam tidak nampak orang lain, dikejarnya Suppiah. Di belakang menyusul Perumal:
dan jauh di belakang menyusul pula Malini berlari-lari anak. Perumal menjerit-jerit memanggil
Maniam. Masyarakat kebun itu gempar. Beberapa orang kuli lelaki ikut Perumal mengejar
Maniam. Tetapi Maniam tidak peduli, dia sudah mabuk seperti babi gila. Dia mahu bunuh
Suppiah. Itu yang ada dalam kepalanya. Suppiah mengatur langkah seribu. Memutih tapak
kakinya. Orang sudah ramai, lelaki dan perempuan dan anak-anak. Suppiah semakin jauh
berlari. Tiba-tiba terlintas dalam fikirannya, dia mesti pergi ke rumah orang putih itu. Lebih baik
orang puitih itu memukulnya daaripada dia dipukul Maniam. Dia melencong ke kanan, dari situ
tidak jauh lagi dari rumah orang putih itu. Dia terus berlari. Maniam terus mengejarnya tanpa
berfikir apa-apa lagi.
Suppiah bermuafakat dengan kuli-kuli kebun itu untuk meminta kepada tuan kebun
supaya mengadakan sebuah sekolah berbahasa Tamil.
“ Anak-anak kita mesti diajar bahasa dan kebudayaan kita. Mereka mesti kita beritau tentang
negeri dan bangsa kita. Kalau tidak nanti mereka akan lupa negeri datuk nenek mereka.”
Semua orang bersetuju dengan cadangan itu. Lalu mereka pun membuat satu rayuan
dan meminta supaya Perumal mengetuai rombongaan yang akan menjumpai tuan besar kebun
itu untuk menyampaikan permohonan. Mula-mula Perumal menolak dengan berbagai-bagai
alas an, tetapi akhirnya dia terpaksa menerima ketika suatu lintasan fikiran dating secara tiba-
tiba. Ini kesempatan baginya untuk mengembalikan kewibawaannya yang sudah mulai pudar
itu, yang sedikit demi sedikit telah dirampas oleh Suppiah.

Anda mungkin juga menyukai