Anda di halaman 1dari 6

PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

KERTAS KERJA
LAWATAN PENGAWAS PSS
ke
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
dan
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011
anjuran
Kelab Pusat Sumber Sekolah
SMK DATO’ KAMARUDDIN

PENDAHULUAN
Pengawas Pusat Sumber merupakan golongan pemangkin setiap pusat sumber sekolah yang boleh
diibaratkan sebagai tunjang sesebuah sekolah yang dilihat sebagai peneraju dan penggerak aktif
kepada tampuk pengurusan pusat sumber pada masa akan datang. Dalam hal ini untuk memastikan
aspirasi ini tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari semangat
setiakawan dan semangat kerjasama yang tinggi perlu dimantapkan untuk melahirkan kumpulan
pengawas pusat sumber yang lebih dinamik dan kukuh semangat kerjanya. Bertitik tolak daripada
usaha untuk memantapkan pengetahuan pengawas pusat sumber, meninggikan martabat ilmu,
memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka lawatan perkongsian ilmu ke Perpustakaan
Negara Malaysia dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk para pengawas pusat sumber
bakal dilaksanakan untuk berkongsi pengetahuan dalam perluasan ilmu perpustakaan. Malah
program ini bertujuan memperkukuhkan ikatan perhubungan sesama pengawas dalam bekerjasama
menaiktarafkan pusat sumber sekolah. Justeru, satu badan jawatankuasa telah dibentuk bagi
menjayakan program ini.

MATLAMAT
 Memberikan pengetahuan baru kepada kumpulan sasaran supaya memperolehi ilmu
asas berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah.
 Untuk melahirkan pengawas yang bermaklumat dalam menghadapi apa jua masalah
yang datang semasa menjalankan tugas atau di dalam kehidupan rutin.
 Melahirkan kumpulan pengawas yang mengamalkan semangat kerja berpasukan yang
kuat untuk mengurus sesebuah pusat sumber sekolah.

1
PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

OBJEKTIF

 Menyediakan diri dengan pengetahuan rakan pengawas dari sekolah lain dalam
mengendalikan pusat sumber untuk membantu melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai ahli pusat sumber sekolah dalam menentukan hala tuju
sekolah.
 Berkongsi maklumat asas pengurusan pusat sumber yang lebih berkesan untuk
pembangunan setempat.
 Menanam serta menyemai semangat kerja berpasukan dalam mengurusi sesebuah
pusat sumber.
 Menyediakan peserta sebagai pengawas pusat sumber yang benar-benar berkualiti
untuk pembangunan sekolah dan seterusnya negara.
 Menanamkan sikap kepimpinan yang baik serta amanah, sabar, yakin dan
sebagainya.

TEMA
`Asas Pengetahuan Berkesan Wahana Kejayaan Pusat Sumber Cemerlang’.

TEMPAT
Perpustakaan Negara Malaysia dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC)

TARIKH DAN MASA


Tarikh : 29 dan 30 April 2011 (Jumaat dan Sabtu)

ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk Lampiran 3

KUMPULAN SASAR
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
Jumlah Sasaran Peserta : 40 orang

2
PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

PENUTUP

Lampira Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar
yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan
manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan
pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

HASNIDA BT MAT ISA


Guru Perpustakaan dan Media
SMK DATO’ KAMARUDDIN

Disahkan oleh,

JUNAIDAH BINTI HJ JAFFAR


Pengetua
SMK DATO’ KAMARUDDIN

3
PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

Lampiran 1
STRUKTUR ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARAS
PN HASNIDA BINTI MAT ISA

J/KUASA PENDAFTARAN
CIK NORFASLIZA BINTI SAHAK

J/KUASA KESELAMATAN
ENCIK MOHAMAD SHAHRIZAL BIN MOHD SALIM

J/KUASA CENDERAHATI
CIK NOR IDAYU BINTI HJ SHAMSUDDIN

J/KUASA BROSUR DAN BAHAN EDARAN


CIK ROJWANA BINTI ABDULLAH SANI

J/KUASA PENGANGKUTAN
CIK MARIATUL SALMAH BINTI HJ ISMAIL

4
PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

Lampiran 2

TENTATIF
29 April 2011
7.00 - 7.30 Pg : Pendaftaran Peserta
7.45 Pg : Bertolak ke Kuala Lumpur
12.00 – 2.00 : Tiba di Kuala Lumpur/ Makan / Solat
2.30 – 4.30 Ptg : Perpustakaan Negara Malaysia

4.30 – 6.00 Ptg : Muzium Negara


6.00 ptg : Check in di Hotel Noble, Kuala Lumpur

30 April 2011

8.00 – 12.00 tgh hari : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC
5.00 ptg : Bertolak pulang ke SMK Dato’ Kamaruddin

12.00 – 2.00 ptg : Makan / Solat


2.00 – 4.00 ptg : Menara Kuala Lumpur
4.00 – 6.00 : Makan / Solat
6.00 ptg : Bertolak balik ke SMK Dato’ Kamaruddin

5
PUSAT SUMBER SEDAKA 2011

Lampiran 3

IMPLIKASI KEWANGAN
1. Sumber Kewangan

Bayaran Penyertaan (RM 90.00 X 40) RM 3600.00


Peruntukan PCG Kokurikulum (RM 12.00 X 40) RM 480.00
Peruntukan PCG PSS RM 500.00

Jumlah RM 4580.00

2. Anggaran Perbelanjaan

Bayaran Bas dan Hotel RM 90.00 x 40 = RM 3600.00

Makanan Pelajar RM 480.00

Rencam = RM 300.00

Jumlah RM 4580.00