Gempa 220211

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Gempa 220211

22FEB20113 Comments
by norhasanin in MyTazkirah Tags: Peristiwa
Saat bumi mula berantakan, tubuh ini masih lagi
sedang istirehat di atas keempukan tilam dan
kedinginan yang disapa oleh angin yang
kekadang menyelinap masuk dari celahan
lubang angin. Gegaran kali ini bukan
sembarangan kuat dan lamanya. Saat gempar
lebih dari 10 saat itu tidak lebih dari
mengangkat tangan mendoakan keselamatan
buat isteri yang sedang tungkus-lumus di
hospital, mengingatkan anak di sekolah dan
memikirkan segala-galanya perlu aku hadapkan
pada Ilahi Ya Aziz, Ya Jabbar.
Skala Richter 6.3 lebih kecil dari 4hb Sept 2010
kali ini meninggalkan kesan yang cukup besar
buat warga Canterbury yang saat ini telah
menyedari lebih 163 nyawa telah disahkan
kematian. Dengan ranapnya mercu tanda Gereja
Cathedral yang sememangnya telah sunyi dari
pengabdian KeTuhanan mereka maka hilanglah
seri sebuah bandar yang dibina atas aspirasi
keutuhan moral pendiri bandar ini. Berdasarkan
pemeriksaan bangunan setakat ini lebih kurang
25% bangunan harus diranapkan kerana tidak
lagi selamat dan lebih 10,000 rumah tidak lagi
boleh diduduki dan juga lebih 70,000 warga
Canterbury mengambil langkah meninggalkan
Christchurch buat seketika atau selama-
lamanya.
Gempa kali kedua dalam selang masa 5 bulan
boleh ditafsirkan sebagai amaran bukan lagi
peringatan. Kali pertama gempa melanda
mereka bangga dengan kehebatan kejuruteraan
yang menyelamatkan nyawa. Maka menyanyi
dan berpesta arak mereka dengan yakin Tuhan
masih sayang.
Gempa kedua yang memakan korban kali ini
masih dinafikan sebagai act of God tetapi
natural disaster dan dikatakan sebagai: ‘We are
at the mercy of mother earth’. Mungkin ada yang
ketiga yang akan menyapa menyedarkan
mereka, Ini Kuasa Tuhan.
Untuk kita yang beragama Islam, setiap kejadian
bukan gurauan Tuhan tetapi ingatan supaya
sedar dengan kekerdilan insan. Tiada yang sia-
sia dalam penciptaan dan kejadian melainkan
sebagai jalan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Teringat bait-bait lagu Ebiet yang sekadar
mempersoalkan adakah ini tanda Tuhan sudah
bosan dengan dosa-dosa kita. Peringatan ini
adalah suruhan Tuhan untuk lebih yakin
kematian itu begitu hampir dan tidak akan lewat
barang sesaat maupun cepat barang sesaat. Ini
juga peringatan untuk kita ingat hidup ini bukan
untuk dikaratkan tetapi diasahkan dengan
segala keupayaan agar bumi ini tidak tandus
dengan amalan soleh seorang insan meraih
rahmat dari Tuhan.
Moga hadir keinsafan dalam menelusuri
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai