Anda di halaman 1dari 9

Agen moral,guru memegang amanah dan untuk memastikan pelajar diberi equal treatment

setelah penjaga mematuhi equal surrender. Pendidik juga diberi kepercayaan bahawa pelajar akan
selamat daripada kemudaratan fizikal dan mental jika berada dalam jagaan mereka.Selain itu, pendidik
berpengaruh dalam membentuk karakter anak didik mereka.

Guru juga mempunyai akauntabiliti di mana mereka mempunyai obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan. Secara amnya sebagai penjawat awam, kita amat terikat dengan kod
etika professional yang menjadi ‘alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai panduan dalam
mendisiplinkan diri kearah yang lebih beretika. Ia berfungsi sebagai:

a. Inspirasi dan panduan dalam menjalankan tugas rasmi


b. Disiplin dan pencegahan penyelewengan
c. Memelihara maruah profesion dari dicemari oleh penyelewengan
d. Memelihara Keharmonian untuk mengelakkan conflict of interest antara orang awam dan
peribadi
e. Sokongan sekiranya berlaku unsur yang membolehkan pertikaian itu berlaku

Selain etika professional tadi, guru juga terikat dengan Etika Perguruan yang bermaksud satu set
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat
dan ibu bapa pelajar. Kod etika perguruan dianggap penting kerana:

1. Ia menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.


Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Menjelaskan tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.


Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. –
Ia membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat
dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

4. Dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,
serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi.

Peranan Pemimpin sebagai Ketua Agen Moral untuk membentuk Institusi Moral

Sebagai pemimpin sekolah, pengetua seharusnya dapat melaksanakan pelbagai usaha dalam
menerapkan lima Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kecemerlangan
sekolah. Prinsip tersebut ialah Niat Yang Betul, Perlakuan Yang Baik, Pengerak Ke Arah
Kebaikan, Memperkata Apa Yang Dikata serta Berdisiplin Dan Beradab.

1. Niat Yang Betul


Niat yang betul dalam Prinsip Etika Kerja Kementerian pendidikan Malaysia
bermaksud melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul sebagaimana yang dituntut
oleh ajaran agama (KPM,1999) Dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
perkhitmatan seperti amanah, benar, bijaksana, sentiasa bersyukur,dedikasi,ikhlas , tidak
riak atau menunjuk, bekerja bukan kerana terpaksa dan penyayang akan mendorong guru-
guru dan staf sokongan melaksanakan tugas pada landasan yang betul. Pada mesyuarat
awal tahun, penekanan peri pentingnya guru mengamalkandengam ikhlas dan jujur nilai-
nilai tersebut dan menjadikan kerja sebagai satu ibadah yang dituntut oleh
agama.Pengetua perlu menjelaskan kepada guru-guru dan staf bahawa sebagai penjawat
awam, guru-guru dan staf hendaklah memperbetulkan niat bekerja daripada bekerja untuk
mendapatkan gaji dan faedah kewangan semata-mata kepada konsep kerja sebagai amal
ibadah untuk diri dan masyarakat.Pendapatan hasil daripada niat yang betul akan
mendapat kerahmatan kerana ia halal.Daripada pemerhatian dan pemantauan yang
dilakukan, didapati berlaku perubahan tingkahlaku hasil kesedaran yang mendalam
terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul Berjaya menghasilkan kualiti dan
keberkesanan dalam tugas. Tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna dan tepat pada
waktunya.Penerapan nilai-nilai Islam yang diterapkan ini juga dapat diterima dan
bersesuaian dengan kepercayaan dan anutan agama dalam kalangan guru-guru bukan
Islam. Seterusnya dalam kalangan guru-guru baru, mereka dikehendaki melafazkan Aku
Janji bagi memastikan meraka memahami serta menghayati matlamat sebenar menjadi
seorang guru.Selain mesyuarat awal tahun,mesyuarat bulanan pentadbir,mesyuarat
bulanan guru-guru, staf dan kursus profesionalisme bagi meningkatkan kecemerlangan
mereka. Pengetua sentiasa menekankan aspek kualiti dan keberkesanan kerja sebagai
satu budaya yang perlu diamalkan secara berterusan dan istiqamah.Untuk mengamalkan
budaya kerja cemerlang, ia bermula dengan niat yang betul, konsep ilmu yang
betul,amalan yang betul,dinilai dan ditambah dengan amalan rohani yang secara
berterusan.

2. Perlakuan Yang Baik


Perlakuan yang baik merujuk kepada melakukan tugas dengan sempurna ke arah
mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi.Sebagai
pemimpin, penegtua sentiasa menekankan tentang perlakuan yang baik perlu diamalkan
pada setiap masa.Guru, staf sokongan dan murid sentiasa ditegaskan agar sentiasa
bertutur dengan baik, penampilan diri yang kemas, bersih dan bersopan sepanjang masa
agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan,menghargai dan bertanggungjawab
terhadap hasil usahanya dan organisasi.Sebagai pemimpin di sekolah, pengetua dapat
menerapkan prinsip perlakuan yang baik dengan melaksanakan ‘Kempen Budi Bahasa
Budaya Kita’ setiap tahun pada bulan Mac.Melalui kempen serupa ini warga sekolah
dapat mengamalkan budaya berterima kasih terutama dalam kalangan guru,staf dan
murid-murid terhadap segala usaha-usaha dan pencapaian yang telah dicapai oleh
mereka. Budaya berterima kasih ini bukan sahaja diamalkan di dalam kelas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan dihargai sekurang-kurangnya
dengan ucapan terima kasih dan tahniah. Budaya berterima kasih juga perlu diterapkan
dalam kalangan guru-guru dan staf sokongan serta staf swasta bagi mewujudkan
keharmonian di tempat kerja.Pengetua perlu memahami bahawa keupayaan, kemampuan
dan tahap pendidikan, kematangan serta penerimaan kakitangan adalah berbeza-beza.
Oleh itu pengetua perlu mengamalkan pendekatan yang berbeza bagi memastikan
kakitangan dapat menjalankantugas dengan sempurna. Dalam melaksanakan tugas,
pengetua perlu mempunyai kebolehan mengurus pelbagai peranan yang mereka perlu
mereka lakonkan dalam proses pelaksanaannya ( Small, 1974 ). Oleh yang demikian,
kemahiran pengetua dalam ‘membaca’ segala aspek dari guru dan staf sokongan adalah
penting . Pengetua boleh boleh menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan cara
berdiplomasi , logic dan boleh diterima oleh mereka. Selain itu budaya hormat-
menghormati seperti ucapan salam dan selamat sejahtera kepada kakitangan dan murid-
murid.Begitu juga pelanggan yang hadir, mereka juga dilayan dengan sopan dan berbudi
bahasa oleh pentadbir, guru-guru,staf sokongan dan murid-murid. Dengan itu, imej
diberikan kepada staf sokongan untuk memantapkan penghayatan dan amalan tersebut
dalam kehidupan seharian di tempat kerja. Amalan kebersihan fizikal dan minda
merupakan perlakuan yang baik untuk diterapkan di sekolah.Program Pertandingan
Kebersihan dan Keceriaan kelas pada setiap minggu juga jadi perangsang kepada semua
guru dan staf sokongan mencontohi perlakuan tersebut.
3. Pengerak Ke Arah Kebaikan
Prinsip Penggerak Ke Arah Kebaikan bermaksud menampilkan diri sebagai
seorang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan
kebaikan. Sebagai seorang pengetuabdan pemimpin sekolah hendaklah berusaha agar
hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti
yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat. Selain itu juga pengetua juga
harus sentiasa menjadi pekerja yang terbaik (KPM,1999).Pengaruh dan kecekapan
pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kecemerlangan sekolah di bawah
kepimpinannya. Pengetua sekolah adalah kakitangan terpenting di peringkat
sekolah.Pengetua adalah jawatan tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah
dan persekitarannya (Jemaah Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan,KPM, 1993). Selaku
pemimpin sekolah, pengetua mestilah dapat menjelaskan hala setuju melalui visi dan misi
sekolah.Visi dan misi sekolah mestilah difahami, dihayati dan dikongsi oleh semua warga
sekolah. Penjelasan tentang visi dan misi sekolah boleh dilakukan pada mesyuarat awal
tahun persekolahan dan juga semasa perhimpunan sekolah. Visi dan misi sekolah juga
perlu dipaparkan di semua tempat strategic seperti di pejabat, dewan, bilik guru, makmal,
bilik-bilik mesyuarat, makmal dan juga dipaparkan di blok-blok bangunan yang strategik
serta dipaparkan dalam Laman Web Rasmi Sekolah agar dapat dikongsi oleh semua
warga sekolah dan stakeholder.Setiap anggota organisasi perlu mengetahui dan
menghayati visi dan misi serta bidang tugas dan tanggungjawab serta akauntabiliti
masing-masing.Diyakini, jika seluruh warga sekolah jelas tentang wawasan sekolah dan
tindakan untuk mencapainya, sudah pasti kecemerlangan sekolah akan dapat dicapai.
Standard atau piawaian organisasi dan sasaran pencapaian juga perlu dijelaskan. Kriteria
Anugerah Perkhitmatan Cemerlang dan tindakan tatatertib atas salahlaku anggota juga
dijelaskan. Visi sekolah boleh dicapai melalui kecemerlangan akademik, ko-kurikulum
dan sahsiah murid. Bagi merealisasikan visi tersebut pengetua mestilah dapat
menterjemahkan melalui perancangan strategic sekolah yang telah dirancang melalui
kerja sepasukan.

4. Memperkotakan Apa Yang Dikata


Memperkotakan apa yang dikata dalam prinsip Etika Kerja Kementerian
Pelajaran Malaysia bermaksudkan pengetua, sebagai ketua pentadbir sentiasa berusaha
melaksanakan apa yang dikata. Justeru itu, warga KPM hendaklah sentiasa menunjukkan
ketekalan dalam tanggapan pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau
orang lain. Pengetua sebagai role model haruslah memberi contoh yang baik kepada
guru-guru dan staf sokongan baik dari segi penyampaian bahasa, gerak-geri, cara
berpakaian dan ciri-ciri lain yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pentadbir. Dengan
mempunyai sifat sedemikian, suasana harmoni yang terjalin menjaminkan kesejahteraan,
ketenteraman dan keselesaan murid-murid untuk belajar dan guru untuk mengajar serta
staf yang meyumbang kepada kelancaran dan kesempurnaan system penyampaian kepada
pelanggan di sekolah. Memperkukuhkan hubungan silaturrahim amat dituntut agama
bagi menjamin kesejahteraan dan keseronokan bekerja di tempat kerja. Dengan merasai
keseronokan bekerja, guru-guru dan staf sokongan akan merasai gembira dan ingin kekal
lebih lama dalam perkhitmatan di tempat kerja dan seterusnya memberi sumbangan bakti
kerana dilayan dengan penuh hormat samada dari segi tuturkata ataupun gerak geri. Apa
yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan dan sentiasa menepati apa yang
dikatakan dalam piagam pelanggan. Pelanggan di sekolah ialah murid-murid, ibu bapa
dan masyarakat. Dengan mendahului keperluan pelanggan ialah tanggungjawab utama.
Sifat hormat-menghormati perlu ditonjolkan terutama sekali semasa Hari Pemuafakatan,
Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah, mesyuarat tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG). Pengetua perlu menunjukkan cara berpakaian yang dianggap sebagai satu
perkara yang amat serius. Pakaian formal lelaki ialah penggunaan baju kemeja berlengan
panjang atau pendek dan berseluar panjang. Pakaian formal perempuan ialah baju kurung
atau baju kebaya, baju blaus lengan pendek atau panjang dan berskit melepasi lutut.
Memakai pakaian batik juga digalakkan pada hari Khamis. Pemakaian baju atau kostum
mengikut kaum masing–masing juga digalakkan pada hari Jumaat. Pakaian
mencerminkan keperibadian mulia. Sebagai pemimpin transformasi, pengetua sentiasa
memberi sokongan secara individu dengan menunjukkan rasa hormat dan penghargaan
kepada guru-guru dan mengambil berat staf sokongan. Pengetua juga sentiasa
menunjukkan sifat keterbukaan untuk membuat keputusan dan menanamkan sifat
kepimpinan kepada guru-guru.Pengetua juga sentiasa menunjukkan sifat keterbukaan
untuk membuat perubahan berdasarkan idea-idea atau kefahaman baru . Sifat –sifat ini
perlu ditunjukkan oleh pengetua bukan setakat di mulut sahaja malah ditunjukkan melalui
perbuatannya.Guru-guru dan staf sokongan boleh berjumpa untuk menyatakan
pandangan,permasalahan atau berbincang mengenai tugas pada bila-bila masa kerana
pintu pejabat sentiasa terbuka untuk mereka.

5. Berdisiplin dan Beradab


Berdisiplin dan Beradab mulia dalam Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran
Malaysia merujuk kepada mematuhi peraturan dan arahan perkhitmatan dan sentiasa
menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama. Pengetua haruslah
melakukan aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab kerana ia adalah
penting untuk melahirkan warga KPM yang cemerlang. Justeru itu, warga KPM
hendaklah sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.Sekolah
sebagai sebuah organisasi pendidikan di mana pengetua bertanggungjawab atas jatuh
bangunnya disiplin dan adab mulia sesebuah sekolah itu. Kepimpinan pengetua adalah
merujuk kepada kebolehan pengetua mempengaruhi, memotivasi dan mengubah sikap
dan tingkah laku guru-guru, staf sokongan dan murid-murid supaya bersikap lebih
berdisiplin dan berdap mulia untuk melaksanakan dasar dan program-program sekolah
dan bagi mencapai visi, matlamat dan aspirasi sekolah. Sebagai pemimpin, pengetua
sangat mementingkan ketepatan waktu dalam kalangan guru dan staf sokongan. Semua
subordinat mesti mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan ketika masuk kelas,
makmal, bengkel, mesyuarat dan juga majlis –majlis rasmi serta kursus-kursus di luar
sekolah. Sebagai pemimpin, pengetua juga hendaklah memastikan kehadirannya ke
sekolah lebih awal. Dengan kehadiran awal ini pengetua mempunyai masa yang cukup
untuk memantau kehadiran guru-guru,staf dan murid-murid ke sekolah. Sekiranya guru
dan staf dating lebih awal, proses pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan tepat
pada waktunya dan seterusnya waktu instruksional dapat dilindungi. Ini amat penting
bagi memastikan bagi memastikan waktu hak murid dapat diberikan kepada mereka dan
murid dapat menerima ilmu dan kemahiran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
Pekeliling Iktisas Bilangan 2/1981.Pengetua akan bersama-sama dengan guru bertugas
memantau kehadiran di pintu masuk utama sekolah.Selain daripada dapat memantau
kehadiran mereka keselamatan murid yang menjadi aspek utama dalam sesebuah sekolah
untuk mengelak daripada kejadian yand tidak diingini. Selain itu, pemantauan melalui
‘management by walking about’ ke semua kawasan sekolah yang dilaksanakan
memudahkan pengetua memantau ke seluruh kawasan sekolah.Tindakan serta merta
perlu diambil sekira terdapat kelas-kelas yang tidak ada guru atau guru yang lambat
masuk kelas.Penggunaan Buku Rekod Pengesanan Murid Ponteng Kelas dapat
mengurangkan kes ponteng kelas.Pengetua juga menegaskan tentang perlunya semua
guru dan staf sokongan mematuhi ketepatan waktu penghantaran surat atau laporan atau
kepada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Jemaah Nazir Sekolah atau
Kementerian Pelajaran dan agensi-agensi lain yang berkaitan.Pengetua juga perlu
sentiasa beradab mulia seperti yang terdapat pada ajaran agama dan kepercayaan masing-
masing.Pemantapan adab mulia dan nilai murni diperkukuhkan lagi dengan Program
membudayakan Al-Quran bagi guru,staf Islam dan murid-murid Islam manakala Program
Penerapan Nilai-nilai Murni kepada guru-guru dan murid-murid yang bukan Islam.
Keimanan kepada Tuhan akan mendorong mereka melakukan pekerjaan yang terbaik.
agar diredai dan dirahmati oleh Allah.

Secara amnya, pengetua sebagai agen moral perlulah benar-benar mahir, yakin
dan berkemampuan untuk menjadikan halangan sebagai satu cabaran, peluang sebagai
satu kemudahan dan perubahan sebagai landasan kecemerlangan institusi moral.
Sesebuah sekolah itu bukan sahaja cemerlang dari segi aspek kurikulum,pengurusan ko-
kurikulum, pengurusan am sekolah, pengurusan kewangan dan pengurusan prasarana dan
penyelengaraan sekolah tetapi aspek moral amat dititikberatkan. Seperti yang telah
dibincangkan daripada nota Profesor Abdul Rahman Maarof (2010), pengetua
melaksanakan pelbagai usaha dalam menerapkan lima prinsip Etika Kerja KPM iaitu Niat
Yang Betul, Perlakuan Yang Baik, Penggerak Ke Arah Kebaikan, Memperkota Apa
Yang Dikata serta Berdisiplin Dan Beradap mulia.Melalui penerapan prinsip-prinsip ini
seterusnya akan merealisasikan menjadian murid menjadi insan yang harmonis dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya menjadi modal insan kelas pertama
sebagaimana yang diharapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010.

Anda mungkin juga menyukai