Anda di halaman 1dari 12

MANUAL

Pelbagai Jenis Kusyen Segiempat

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my


MANUAL
Jahitan Kusyen Segiempat

Kandungan Halaman

Topik 1 : Pengenalan 1

1.1 Objektif Pembelajaran

Topik 2 : Bahan dan Peralatan


3
2.1 Objektif Pembelajaran

Topik 3 : Merajah Pola


5
3.1 Objektif Pembelajaran
Topik 4 : Mengunting dan Menyusun
6
4.1 Objektif Pembelajaran
Topik 5 : Mencantum dan menjahit
7
5.1 Objektif Pembelajaran

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 1


MANUAL
Jahitan Kusyen Segiempat

Topik 1
Pengenalan
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Menerangkan bentuk kusyen segiempat
Menerangkan kegunaan kusyen segiempat

Pengenalan
1. Terdapat pelbagai corak kusyen segiempat
2. Sesuai digunakan sebagai hiasan:
di atas katil
di atas sofa
di dalam kereta

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 2


MANUAL
Jahitan Kusyen Segiempat

Topik 2
Bahan dan Peralatan
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengenal pasti dan menyenaraikan bahan dan peralatan yang
diperlukan

Bahan

Benang Fiber Kekabu Fabrik Polister

Fabrik Kaliko Fabrik netting Fiber keping

*Tips
• Warna benang yang sesuai ialah warna yang sedondon dengan warna fabrik.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 3


MANUAL Topik 2
Jahitan Kusyen Segiempat Bahan dan Peralatan

Peralatan

JarumJahitan Pensil Pembaris

Gunting Mesin Jahit Jarum Peniti

Kapur Tukang Jahit Pita ukur Kertas Kuning

Pembentuk

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 4


MANUAL
Jahitan Kusyen Segiempat

Topik 3
Merajah Pola
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Merajah pola yang diperlukan
Menerangkan cara merajah pola

Pola dirajah kertas kuning

Lakar segiempat sama 18 inci x 18 inci


A -> B = B -> C = C -> D
= A -> D = 18 inci
Gunting pola yang telah siap dirajah.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 5


MANUAL
Jahitan Kusyen Manggis

Topik 4
Mengunting dan Menyusun
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengunting dan menyusun fabrik
Menerangkan cara mengunting dan menyusun fabrik

Mengunting

Lipat dua fabrik polister dan letak pola di atas fabrik


Semat dengan jarum peniti
Rajah semula pola
Gunting fabrik mengikut draf pola
Ulangi proses yang sama untuk fabrik kaliko dan fiber keping
Anda akan mempunyai 2 keping fabrik polyster, 2 keping fabrik kaliko dan 2
keping fiber keping

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 6


MANUAL Topik 4
Jahitan Kusyen Segiempat Mengunting dan Menyusun

Menyusun

Ambil sekeping fabrik kaliko


Letakkan sekeping fiber keping di atasnya
Letakkan pula sekeping fabrik polister
Semat ketiga-tiga bahan tadi dengan jarum peniti
Cantumkan ketiga-tiga bahan dengan jahitan serong tegak
Ulang proses yang sama untuk kepingan kedua setiap jenis fabrik

Anda akan mempunyai dua cantuman kepingan fabrik untuk dijadikan:


bahagian bawah kusyen
bahagian atas kusyen

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 7


MANUAL
Jahitan Kusyen Segiempat

Topik 5
Mencantum dan Menjahit
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mencatum dan menjahit fabrik
Menerangkan cara mencantum dan menjahit fabrik

Mencantum

Ambil satu kepingan cantuman fabrik


Terbalikkan dengan fabrik kaliko di bahagian atas
Tandakan 9 inci antara AB, BC, CD dan AD dan labelkan
E, F, G dan H
Lakar garis lurus dari E ke G dan H ke F
Tandakan 4 ½ inci antara AE, EB, BF, FC, CG, GD, DH dan
HA dan labelkan I, J, K, L, M, N, O dan P

Lakar garis lurus dari I ke M, J ke N, K ke O, L ke P, A ke C


dan B ke D
Jahit pada setiap garis yang dilakar
Dari titik tengah jahitan, tandakan 8 inci pada AB, BC, CD
dan AD dan labelkan Ea, Fa, Ga dan Ha
Lakar garis lurus sepanjang Ea, Fa, Ga dan Ha
menjadikan ukuran kusyen 16 inci x 16 inci
Tanda basi jahitan selebar ½ inci pada garis Ea, Fa, Ga
dan Ha dan gunting basi fabrik

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 8


MANUAL Topik 5
Jahitan Kusyen Segiempat Mencantum dan menjahit

Jahit kemasan tepi jahitan dan buka jahitan jelujur serong


Sediakan 2 keping kain netting dengan ukuran 17 ½ inci panjang dan 6 inci
lebar
Sematkan kain netting pada fabrik plister dengan jarum peniti secara
menyerong dari A ke C dan B ke D
Ulangi langkah yang sama untuk kepingan cantuman kedua

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 9


MANUAL Topik 5
Jahitan Kusyen Segiempat Mencantum dan menjahit

Menjahit

Temukan kedua-dua bahagian fabrik polister


Semat dengan peniti dalam keadaan kedua-dua bahagian fabrik kaliko
berada di sebelah luar
Ukur dan tandakan 6 inci pada garis A ke B untuk mulut kusyen
Jahit mesin pada keliling kusyen mengikut garisan basi jahitan kecuali pada
bahagian mulut

Gunting dan buang lebihan fabrik pada basi jahitan


Gunting sedikit di setiap bucu kusyen
Terbalikkan hasil jahitan melalui mulut kusyen agar fabrik polister berada
di sebelah luar
Masukkan fiber kekabu melalui mulut kusyen sehingga penuh
Tutup mulut kusyen dengan jahitan sembat

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 10


MANUAL Topik 5
Jahitan Kusyen Segiempat Mencantum dan menjahit

Dengan menggunakan dua lembar benang yang disimpul hujungnya,


cucuk pada titik tengah AB, BC, CD dan AD bahagian pertama tembus ke
sebelah titik tengah AB, BC, CD dan AD bahagian sebelah lagi
Tekan pada titik tengah tersebut menjadi lekuk yang agak selesa dan
dalam jarak yang terlalu sedikit, cucuk semula jarum menembusi hingga ke
bahagian sebelah lagi dan matikan jahitan
Hiaskan kedua-dua bahagian titik tengah dengan butang hiasan

*Tips
• Jarum yang sesuai di gunakan adalah bersaiz 15

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 11