Anda di halaman 1dari 8

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan

Literasi Komputer Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

(KAT 3013)

Ulasan Jurnal

Nama : Intan Melati Binti Ismail

No. Matrik : D20052025104

Kumpulan :A

Tempat : Taman Bernam 9

Masa : 8 – 11 a.m

Nama Pensyarah : Cik Hasnatul Nazuha Binti Hassan


REVIU KRITIKAL

Pengenalan
Artikel tulisan Sonja Sheridan dan Ingrid Pramling menerangkan tentang
penggunaan ICT yang ingin diterapkan dalam pembelajaran kanak-kanak berumur 1
hingga 5 tahun di Sweden. Ia juga ingin melihat sejauh mana pendidikan dan kecekapan
guru memberi kesan terhadap kebolehan kanak-kanak dalam mempelajari ICT. Artikel
memfokuskan kepada penggunaan komputer dan internet. Kajian dianggap penting
kerana kerajaan Sweden ingin memastikan supaya rakyatnya celik IT.
Jurnal yang bertajuk ‘Effects of a computer based beginning reading program on
young children’ pula berkaitan dengan kesan penggunaan komputer dalam program
membaca yang dipanggil ‘Funnix Program’ pada peringkat awal pembacaan.
Menggunakan khidmat ibu bapa dalam melaksanakan program. Program ingin
membantu kanak-kanak dalam memperbaiki fonem, bunyi huruf, kemahiran mendekod
dan kelancaran membaca. Program dianggap penting kerana ingin memastikan kanak-
kanak pada peringkat awal sudah boleh membaca dengan lancar.
Artikel yang bertajuk ‘Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab berasaskan web’
berkenaan percubaan mengutarakan satu alternatif yang relevan dengan perkembangan
teknologi terkini untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Arab menerusi penggunaan laman web. Ia telah diperkenalkan di sekolah rendah dan
termasuk dalam komponen program J-QAF. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti
faktor yang menghalang keberkesanan Bahasa Arab. Ia dianggap penting kerana
penguasaan bahasa arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ketiga-
tiga penulisan ilmiah ini mempunyai persamaan dari segi menitikberatkan penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya.

Perbincangan
Jurnal ‘Effects of a computer based beginning reading program on young
children’ membincangkan tentang program Funnix yang dianjurkan untuk kanak-kanak
tadika dan Grade 1 yang mana menggunakan peranan utama ibu bapa untuk membantu
anak-anak mereka membaca melalui penggunaan CD yang dimuatkan dengan ‘100
lessons’ dan mengandungi ‘phonological awareness and the alphabetic principle
(blending and decoding)’. Ibu bapa perlu mengemudi CD dalam tempoh masa 30 minit
masa pengajaran. Penyelidik ada mencadangkan kepada ibu bapa yang berminat boleh
membelinya melalui Funnix webpage kerana panduan juga disertakan. Stenhoff and Jung
(2006) mencadangkan agar perpustakaan di RMIT University Clinic perlu mempunyai
CD Funnix bagi kegunaan ibu bapa. Daripada respons yang didapati, ibu bapa menyukai
CD Funnix yang mesra pengguna, grafik berwarna-warni, bermotivasi, dan bantu kanak-
kanak menumpukan perhatian melebihi program ‘Teach Your Child to Read in 100 Easy
Lessons’. Kesan Funnix program perlu dinilai. Melalui kajian yang dilakukan penyelidik
mendapati program Funnix memberi banyak kelebihan dalam kemahiran membaca bagi
kanak-kanak tadika berbanding murid Grade 1. Ia juga membekalkan mekanisme
perlindungan kepada kanak-kanak tadika yang tidak tahu membaca. Penyelidik juga ada
mencadangkan agar program Funnix diperluas kepada kanak-kanak prasekolah.
Penyelidik juga menyatakan komentar dari ibu bapa yang mengkehendaki kemajuan anak
mereka dinilai. Selain itu, maklumat berkaitan kemahiran membaca perlulah diberi secara
komprehensif. National Reading Panel (2000) mencadangkan agar kaedah fonik perlu
diadakan dalam pengajian guru-guru. Penyelidik juga mendapati sesetengah guru tidak
disediakan dengan secukupnya untuk mengajar asas kemahiran membaca.
Artikel “Learning through ICT…..” ada membincangkan tentang perlunya
penerapan penggunaan komputer di kalangan kanak-kanak prasekolah Sweeden. Guru-
gurunya juga ada mengikuti program-program berkaitan bagi menajamkan kemahiran
ICT mereka. Penyelidik cuba mengkupas persoalan “What the conditions would allow
ICT to become a tool for a kind of learning that is the goal of preschool and school
curricula………and why are these technologies skills important for young children to
aquire?”. Artikel menyatakan ICT sebagai alat pembelajaran dan sumber pengetahuan.
Pembelajaran difokuskan melalui penggunaan ‘computer games’. Kanak-kanak juga
sepatutnya sudah boleh meneroka tentang komputer dan fungsinya. Banyak program-
program komputer yang telah dibangunkan untuk kanak-kanak. Mereka boleh meneroka
tentang penggunaan komputer secara tidak langsung melalui program-program yang telah
dibina. Jadi pemikiran akan menjadi lebih kreatif dan bebas. Penyelidik juga ada
menyatakan tentang pendidikan guru dan pandangan terhadap kanak-kanak. Aktiviti-
aktiviti di prasekolah adalah produk kompleks yang mengkombinasikan pendidikan,
kebolehan, ilmu teori, pengalaman, pandangan umum terhadap tingkah laku kanak-
kanak. Penyelidik berpandangan bahawa ICT bukanlah satu alat umum yang amat
membantu dalam proses pengajaran, jadi ia masih cuba untuk diperkenalkan dengan lebih
canggih ke dalam sistem pendidikan. Selain itu, penyelidik mengganggap bahawa guru
yang baru bergraduat kurang berpengalaman dalam penggunaan komputer.
Walaubagaimanapun, guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran ICT bagi
membolehkan mereka mengikuti arus perkembangan teknologi.
Selain itu, artikel ada menyatakan sejauh mana ICT dapat membantu kanak-kanak
dalam kemahiran menulis dan membaca. Dari sudut pedagogi, perkara yang diberi
keutamaan ialah sumbangan pendidikan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak.
Proses memperoleh ICT dan membantu kanak-kanak lebih yakin terhadap
penggunaannya akan diperbincangkan. Kualiti pedagogi boleh dibahagikan kepada 3
aspek iaitu “the structural perspective concerns the physical and material resources
related to ICT”, “the child’s perspective concerns how children experience and handle
ICT and for what uses”, “several studies show that children, both in preschool and school,
experience ICT as play and treat it as such”. Nielsen & Nielsen (1998) menyatakan
kandungan pembelajaran haruslah diberi keutamaan bukan hanya bertumpu kepada
teknik semata-mata. Ada kalanya kanak-kanak tidak berpeluang menggunakan komputer
dengan baik kerana jumlah komputer yang terhad, dan diletakkan di dalam bilik-bilik
khas, software yang tidak dikemaskini dan penerokaan yang terhad. Sepatutnya kanak-
kanak perlu dibenarkan meneroka komputer dengan kawalan guru. Artikel lebih
menceritakan tentang pengajaran ICT kepada kanak-kanak. Namun begitu, guru-guru
prasekolah mempunyai pendidikan yang memfokus kepada perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak dari perspektif teori dan praktikal. Penyelidik menyimpulkan
bahawa guru adalah faktor utama kejayaan kanak-kanak dalam kemahiran ICT.
Dalam era teknologi yang semakin pesat tidak ketinggalan Bahasa Arab yang
turut mendapat perhatian bagi mengintegrasikannya dengan ICT. Pengintegrasian adalah
menerusi penggunaan laman web. Penyelidik menyatakan dengan pengintegrasian ini
dapat mewujudkan suasana pembelajaran lebih kreatif, menarik serta mudah kerana para
pengguna mampu berkongsi maklumat yang terkandung dan pembelajaran boleh berlaku
secara bebas dan terbuka. Penyelidik berpendapat pembelajaran Bahasa Arab melalui
laman web perlu diwujudkan di kalangan masyarakat Malaysia kerana ia boleh mencapai
keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran, jangka waktu
pembelajaran yang singkat dan kos yang minima, kesejagatan sumber, mengurangkan
bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar,
membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik, dan
menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan. Terdapat laman web percuma dan
mengenakan bayaran tertentu. Terdapat juga tiga bahasa pengantar dalam mengajar
Bahasa Arab iaitu Arab, Inggeris dan Melayu. Semua ini boleh dicari di enjin pencari
google.com, yahoo.com dan lain-lain. Selain itu, pendidik perlulah memperkayakan diri
dengan maklumat ICT supaya dapat membantu murid-muridnya. Walaubagaimanapun
ada faktor yang menghalang keberkesanan Bahasa Arab dari segi infrastruktur dan
kemahiran yang terbatas serta isi kandungan perisian yang perlu diutamakan. Melalui
penelitian ketiga-tiga penulisan di atas, jelas menunjukkan isi pelajaran yang hendak
diajar adalah perkara utama yang dititikberatkan di samping menggunakan ICT sebagai
medium perantara.

Kritik
Penulis berpendapat penulisan dan kajian yang dibuat amat menarik dan boleh
menggalakkan para penyelidik akan datang meneruskan kesinambungannya bagi melihat
kesahihan hubungan di antara pengintegrasian ICT dengan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penulis amat bersetuju dengan pernyataan bahawa ibu bapa menyukai CD
Funnix yang mesra pengguna, grafik berwarna-warni, bermotivasi, dan bantu kanak-
kanak menumpukan perhatian kerana menurut teori pembelajaran multimedia yang
menyatakan pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan
seiringan berbanding dengan persembahan dengan hanya menggunakan perkataan sahaja
(Paivio, A. 1986). Melalui pembacaan penulis dalam satu artikel, ada menyatakan CD
interaktif yang berdasarkan konsep mesra murid boleh digunakan oleh murid-murid tanpa
bantuan guru atau ibu bapa.
Selain itu, penulis berpendapat supaya guru perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran ICT bagi membolehkan mereka mengikuti arus perkembangan teknologi dan
secara tidak langsung dapat mengintegrasikan ICT di dalam proses pembelajaran kanak-
kanak. Ini dibuktikan melalui kajian Jie-Qi Chen dan Charles Chang, 2006…..“to better
prepare early childhood teachers for computer use, more information about their current
skills and classroom practices is needed”. Pendidik perlulah memperkayakan diri dengan
maklumat ICT supaya dapat membantu murid-muridnya. Menurut Shelly, et al. (dalam
Ahmad Fauzi bin Mohamed, 2000) sejak dua dekad yang lalu, wujud beberapa bentuk
kekangan terhadap program pengintegrasian komputer dalam pendidikan. Antaranya
ialah (a) kekurangan guru yang terlatih, (b) masa yang singkat untuk guru membuat
perancangan, (c) kedudukan komputer di lokasi yang sukar untuk diakses, (d) peruntukan
kewangan, dan (e) keengganan untuk berubah.
“Ada kalanya kanak-kanak tidak berpeluang menggunakan komputer dengan baik
kerana jumlah komputer yang terhad, dan diletakkan di dalam bilik-bilik khas, software
yang tidak dikemaskini dan penerokaan yang terhad”. Pernyataan ini ada benarnya kerana
penulis berpendapat sesetengah komputer yang terdapat di sekolah tidak dapat digunakan
sepenuhnya. Oleh itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencadangkan Pusat Akses
Komputer ditubuhkan di mana memberikan waktu lebih banyak untuk pelajar
mendampingi komputer.
Selain itu, penulis tertarik dengan pernyataan bahawa Bahasa Arab telah
diperkenalkan di sekolah rendah dan termasuk dalam komponen program J-QAF. Namun
begitu, pada peringkat prasekolah masih belum diperkenalkan. Oleh itu, penulis
bercadang agar pembelajaran melalui laman web Bahasa Arab bagi kanak-kanak
prasekolah wajar dimulakan. Ini bagi mendedahkan kanak-kanak dengan Bahasa Arab
yang sekaligus menjadi tuntutan dalam Islam. CD -Rom Multimedia Interaktif bagi
program J-QAF telah pun dibangunkan. Kanak-kanak seawal usia tiga tahun juga boleh
dibimbing untuk menguasai asas-asas al-Quran melalui penggunaannya. Fokus utama
bahan bantu mengajar ini ialah supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran
membaca al-Quran dalam tempoh tiga bulan. Mengikut teori Dick dan Carey, proses
pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh
struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Kesemua
perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan
sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan sistematik yang
melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran
yang bersesuaian. Mungkin CD interaktif boleh diwujudkan bagi membantu guru di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan
Pemanfaatan teknologi hendaklah dilakukan semaksima mungkin agar keperluan
semasa dapat dipenuhi. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak pada peringkat awal
tidak terpinggir di dalam kepesatan perkembangan dunia teknologi maklumat dan
komunikasi. Sebagai seorang tenaga pengajar hendaklah melengkapkan dirinya dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berinterekasi secara efektif dan efesien
melalui pengunaan bahan-bahan pengajaran yang berasaskan teknologi. Pada masa yang
sama dia juga hendaklah cuba untuk melengkapkan dirinya dengan pengetahuan sama
ada dari segi teori dan praktik tentang teknologi perkomputeran dari kacamata dunia
pendidikan Adalah menjadi harapan bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat
menyedia sokongan yang sewajarnya dalam pelbagai bentuk seperti menganjurkan
kursus-kursus kemahiran teknologi, seminar-seminar teknologi dari kacamata dunia
pendidikan, dan bantuan kewangan untuk memastikan tujuan murni ini dapat
direalisasikan.
Bibliografi

CD-ROM multimedia untuk murid j-QAF (2008). Diperoleh pada Ogos 25,2008 daripada
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0728&pub=DuniaPendidik
an&sec=Berita&pg=be_01.htm

Paivio, A. (1986). Mental Representation: A Dual Coding Approach, Oxford, England:


Oxford University Press.

Jie-Qi Chen dan Charles Chang (2006). Using computers in early childhood classrooms.
Teachers' attitudes, skills and practices.Journal of Early Childhood Research, Vol.
4, No. 2, 169-188.

Zaimi Shaharani (2006). Pelajar patut didedahkan kepada ICT . Diperoleh pada Julai
25,2008 daripada
http://web.utm.my/cict/index.php?option=content&task=view&id=480&Itemid=2
46

Rahimi Md Saad, Zawawi Ismail dan Wan Nordin Wan Abdullah (2005). Pengajaran dan
pembelajaran bahasa arab berasaskan web. Diperoleh pada Julai 25,2008 daripada
www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/rahimiUM.pdf -

Sonja Sheridan dan Ingrid Pramling Samuelsson (2003). Learning through ICT in
Swedish early childhood education from a pedagogical perspective of quality.
Academic Research Library, 79 (5), 276-281.

Tara Watson and Kerry Hempenstall (2008). Effects of a computer based beginning
reading program on young children. Australasian Journal of Educational
Technology 24(3), 258-274