Anda di halaman 1dari 3

Doa sewaktu bersujud & keistimewaannya

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja
di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang
biasa memanjangkan sujudnya dengan

memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba


dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang
paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam
solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar,
ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-
kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan
Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana
lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya
yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali


mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki


oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda
putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya


pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih
(berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka
(terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka


yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali
dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka
memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari
neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas
sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud


mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu
mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang
benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman


DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu
dengan keIKHLASAN hati."

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan
barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as
memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt.
dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-
sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat
kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang
paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan
sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya
sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan
lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa
mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan


kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya
dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s
selama 300 tahun sehingga ia merasa letih

dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah
pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu
seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu
lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat
dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah


S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-
Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu,


hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus
menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

*"Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk
merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga
dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya.."

Anda mungkin juga menyukai