Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Kerajaan Rom mengikut lagenda dikatakan bermula pada 753 S.M.Proses kemunculan

Tamadun Rom adalah sama dengan kewujudan Tamadun besar dunia.Tamadun Rom terletak

atau diasakan di berhampiran sungai Tiber yang di diami masyarakat Latin pada abad ke 8

sebelum.masihi1. Tamadun Rom diasaskan oleh Romulus. Rom terletak di Lembah Latium

yang luas yang penduduknya terdiri daripada masyarakat Latin. Mereka ini bertutur dalam

bahasa Latin2.” Romulus yang menubuhkan kerajaan Rom  dikawasan gunung

Palatine  berhampiran  tempat tinggal Faustulus,Rom lain dalam bentuk persegi telah

didirikan  oleh Romulus dan  Remus lebih kuno dari ini”3.Ini menunjukkan Rom diasaskan

Romulus berhampiran sungai Tiber di lembah Latium dan berhampiran bukit Palatine.Rom

bermula dengan Pemerintahan beraja namun mereka telah menghapuskan pemerintahan

beraja danmenubuhkan Republik4.Pemerintahan Beraja ini dibawah orang-orang Ectrusan

yang menggantikan pemerintahan Beraja sebelum ini dibawah orang-orang

Latin.Pembebasan Rom dari kerajaan Beraja dikatan dilakukan oleh Junius Brutus yang

akhirnya membawa Era baru iaitu Republik di Rom5.Kejatuhan Republik di Rom bermula

apabila Julius Caeser yang cuba menistiharkan dirinya Pemerintah mutlak dan ingin

hapuskan Republik namun akhirnya telah dibunuh,beliau telah digantikkan oleh Augustus

Caeser yang akhirnya membawa era Empayar di Rom sebagai pemerintah berkuasa

mutlak6.Augustus Caeser atau nama sebenarnya Julius Caeser Octavianus merupakan

pemerintah pertama empayar Rom dari tahun 27 S.M hingga 14 S.M 7.J.C Stobart dalam

bukunya”Augustus Telah mengasaskan empayar Rom yang Berjaya sekali kekal utuk tempoh

1
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik,Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm:48
2
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd., 2002, hlm:35
3
Cassius Dio,Roman History,London,The Leob Classical Library Edition,1914,hlm 17
4
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm 1
5
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik,Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm 51
6
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm hlm 2
7
Ibid hlm 59
500 tahun”8.Ayah beliau bernama M.Attiu Balbus manakala ibunya ialah Attia iaitu kakak

Julius Caeser,beliu berasal dari Valeteri dari wilayah Voscian,Augustus Caeser telah dihantar

ke Appolonia untuk mendapat pendidikan dalam ketenteraan9.

Pada 16 Januari 727 S.M Augustus Caeser telah diberikkan gelaran Augustus

atas cadangan seorang senat iaitu Munatius Plancus atas jasa Augustus bawa keamanan

kepada Rom.Ini jelas menunjukkan kehebatan Augustus dalam bangunkan Rom 10.Beliau

telah membawa pelbagai perubahan kepada Empayar Rom terutamanya pentadbiran.Beliau

telah memacu Rom ke zaman keagungan Rom yang dikenali Pax-Roamana.

Kecekapan Jentera Pentadbiran yang Diwujudkan Augustus Caeser

Sebelum saya membincangkan mengenai apa yg dimaksudkan dengan jentera

pentadbiran yang cekap saya ingin nyatakan pandangan saya sebagai pengkaji soalan ini.Bagi

saya apa yang cekap dalam pentadbiran yang dijalankan Augustus Caeser ialah mengelakkan

Perang Sivil melalui pembentukkan sistem pentadbirannya,sebab sebelum ini sistem

pentadbiran Rom bawah Republik sudah cekap Cuma sering berlaku perang Sivil yang

menyebabkan kerajaan Rom goyah.Dibawah pemerintahan Augustus telah membawa sinar

baru kepada Rom untuk bangkit mencapai keamanan dan kegemilangan . Pada zaman

pemerintahan Augustus beliau ialah pemerintah yang berkuasa mutlak dalam semua hal.

Di zaman Republik sistem pemerintahan di tangan dua orang konsul yang masing-

masing dipilih oleh senat.Hal ini banyak menimbulkan masalah dalam membuat

keputusan.Di bawah Augustus Caeser,segala jabatan penting kerajaan di bawah beliau,dia

menentukan siapa layak menjadi senator dan siapa tidak layak 11.Yang menarik ialah beliau

8
Ibid hlm 59
9
Cassius Dio,Roman History,London,The Leob Classical Library Edition,1914,hlm 409
10
J.B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus Aurelius,London,Open
Library,1967,hlm 1
11
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm 4
teruskan sistem Republik lama dengan seorang konsul yang dipilih bersama beliau setiap

tahun namun hanya pada nama tetapi tiada sebarang kuasa.Bijaknya Augustus,beliau

memiliki kuasa tertinggi dalam legislatif,eksekutif malah belaiu mengelarkan dirinya pontifex

maximus atau ketua agama12. Dalam pentadbiran lain seperti ketenteraan beliau ialah

Impretor(ketua tentera)di mana semua tentera mesti taat kepada perintah beliau dan bukan

kepada Jeneral.Beliau turut berkuasa dalam hal ehwal kewangan negara13.

Pentadbiran zaman Augustus,Empayar Rom dibahagikan kepada empat bahagian

iaitu Prefecture of the East(syiria,judash), Prefecture of IIIyricum(wilayah di kepulauan

adriatik seperti Greece,mecadonia),Prefecture of Italy dan Prefecture of the

Gaul(Sepanyol,Perancis,Belgium,dan Switzerland).Prefacture tersebut kemudiannya

dibahagikan kepada Diocese yang ditadbir oleh seorang Vicar di bawah kawalan Prefect .

Manakala setiap Diocese pula dibahagikan kepada beberapa provinsi yang ditadbir oleh

Kounselor atau Presiden yang bertanggungjawap kepada Vicar14 . Sistem Empayar Rom jelas

menunjukkan maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam kerajaan dan kata pemutus setiap

keputusan yang dibuat.

Pentadbiran wilayah Rom dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu yang pertama,

wilayah imperial yang ditadbir sendiri oleh Augustus. Negara-negara seperti Mesir, Syria,

Galatia, Pannonia, Aquitania, Rhaetia, Dalmatia dan Jerman adalah termasuk dalam wilayah

imperal, dan setiap kawasan tersebut dilantik seorang wakil dari masyarakat tempatan yang

bertanggungjawap kepada Augustus. Bentuk seterusnya ialah terdapatnya Dewan Senat yang

menjadi badan memerintah wilayah tertentu seperti Utara Afrika, Semenanjung Itali,

Macedonia dan Asia Kecil .Wilayah senat ini pula dilantik seorang gabenor untuk mentadbir

yang mempunyai pengalaman kerana terdiri dari bekas Majistret. Pentadbiran wilayah yang
12
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm 7
13
Ibid hlm 7
14
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur,Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd., 2002 hlm 42
akhir pula ialah di mana, wilayah-wilayah telah mengakui pertuanan Rom dan menjadi klien

atau lindungan empayar Rom seperti Thace, Lycia, Pontos dan Armenia15

Di bawah Augustus ,Maharaja juga diberikan pengaruh yang besar terhadap

perlembagaan senat .sesorang yang ingin menjadi senat bergantung pada quaestorship itu

dan quaestorship bergantung pada vigintivirate(satu badan kerajaan). Aturannya adalah

bahawa hanya mereka yang berasal dari peringkat senator boleh menjadi calon untuk

vigintivirate. Di zaman Augustus,Maharaja memiliki hak memilih calon vigintivirate bukan

dari kelas senator, dengan menganugerahkan ke atas mereka clavus latus. Jadi seorang ksatria

muda, tidak lahir dari keluarga senator, mungkin, dengan menyokong Maharaja, masukkan

dalam kerjaya senator dan menjadi ahli senat. Penyair Ovid, yang lahir dalam keluarga

Equesterian adalah contoh yang terkenal. Maharaja tampaknya juga mempunyai kuasa

memberi hak yang membolehkan orang-orang yang tidak pernah vigintiviri menjadi

quaestors. Ini harus diamati bahawa dalam kerjaya senator (honorum cursus) latihan

ketenteraan (umumnya untuk satu tahun dalam satu legion) itu perlu. Langkah-langkah yang

biasa adalah (1) vigintivirate, (2) tribunate tentera, (3) quaestorship, (4) aedileship atau

tribunate, (5) praetorship, (6) konsulat16.Ini membolehkan Augustus memilih ahli senat bukan

dari kalangan senator yang taat kepada beliau.

Yang menarik mengenai pentadbiran Augustus yang cekap dalam elakkan wujud

pegawai wilayah yang berkuasa yang mampu gugat kekuasaannya dan cetuskan Perang Sivil

ialah melalui perlantikkan pegawai di setiap wilayah.Bagi elakkan Senat merasa terpinggir

dan membuktikkan dakwaan beliau pemulih sistem Republik beliau terus memberikkan

Institusi Republik seperti nafas baru sedangkan realitinya kuasa ditangan beliau 17.Beliau

15
Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. hlm.
63-64
16
J.B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus Aurelius,London,Open
Library,1967,
17
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm 4
membenarkan senat berbincang mengenai dasar-dasar kerajaan,malah pegawai bawahan turut

di galakkan bertemu dan berbincang18.Bagi wilayah pula terdapat wilayah yang diberikkan

senat untuk mentadbir tapi wilayah itu tidak memiliki tentera19.

Di bawah Augustus terdapat dua sistem dalam perlantikan pegawai di peringkat

Gabenor wilayah iaitu yang dilantik senat(Pro Konsular) dan yang dilantik Maharaja(Pro

Paetore).Dibawah system ini pegawai yang di berikkan kuasa untuk senat mentadbir berkuasa

memilih pegawai mereka yang akan dibantu Legati(Pegawai Undang-Undang) dan Questor

atau(Pegawai kewangan) dan hanya untuk tempoh setahun berbeza dengan gabenor pro

praetor yang dilantik Maharaja(Augustus Caeser) dan berkuasa sehingga dihentikkan

perkhidmatan oleh Maharaja dibantu Legati dan Questor yang juga dipilih Maharaja.bagi

wilayah senat Augustus punyai kuasa campur tangan sedangkan Senat tiada kuada campur

tangan di wilayah Maharaja20.Namun sistem ini dilihat bertujuan mengambil hati senat.

Dibawah Augustus turut diwujudkan pelbagai Jabatan-jabatan kerajaan yang

berperanan dalam menjalankan tugas mengikut bidang Jabatan masing-masing.Antara jabatan

yang diwujudkan ialah Cura Aquqrrun(Jabatan Akuadak)yang berperanan dalam

menyelenggara dan memeriksa sistem saluran air,Cura Varium(Jabatan Jalan)yang

berperanan dalam memastikkan jalan di Rom dalam keadaan baik dimana seorang Curator

diletakkan bertugas dijalan-jalan untuk membaiki jalan yang rosak, aerarium

Saturni(Perbendaharaan Negara)mengurus harta Negara,dan aerarium

militate(Perbendaharaan Ketenteraan) diama 3 orang prefecti dilantik bagi

menguruskannya21.Terdapat banyak lagi jawatan seperti Prefectus Anamea atau Pegawai

Pasar.

18
Ibid hlm 6
19
Ibid hlm 7
20
J.B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus Aurelius,London,Open
Library,1967,hlm 5
21
Ibid hlm 18
Satu badan comitia tribute atau satu majlis yang berperanan dalam membincangkan

mengenai perlantikkan Hakim dan penggubalan undang-undang turut dibentuk bawah

Augustus Caeser.Malah beliau turut mempunyai kuasa lex  de  imperio yang berkuasa

memanggil senat bersidang bila-bila masa dan pelbagai kuasa,beliau turut memperkenalkan

apa yang dipanggil perjumpaan Perhimpunan Senator,perhimpunan ini diwakili hakim dan 50

orang senat yang dipih setiap 6 bulan22.

Cukup menarik dalam pentadbiran Augustus ialah bagaimana beliau membuka

ruang kepada golongan hamba bebas terlibat dalam pentadbiran dan meningkatkan kelas

mereka dalam masyrakat.Menurut T Walter Wallbank”Perlantikkan pegawai awam dikatakan

lebih terbuka zaman Augustus Caeser dimana tidak tertumpu pada satu golongan sosial saja

seperti golongan bangsawan malah rakyat hina turut terlibat dalam politik dengan mengundi

atau terlibat dalam tentera Rom secara sukarela 23.Dalam menjayakan usaha ini satu badan

yang dikenali Augustustales talah ditubuhkan,dalam majlis ini terdapat 6 orang Sexviri

Augustustales yang dipilih setiap tahun yang mempunyai tugas seperti Hakim(magisterial

functions)setelah setahun berkhidmat mereka akan digelar Konsular24.

Augustus cuba membentuk satu pentadbiran yang cekap dengan melantik pegawai-

pegawai yang berwibawa.Beliau mengantikkan pegawai provinsi yang gagal menjalankan

tugas dengan baik dengan pegawai baru yang cekap yang dilantik oleh Maharaja dan

bertanggungjawab terus kepada gabenor25.Augustus turut mewujudkan satu sistem kutipan

cukai yang efisien dengan melantik Pegawai Pengutip cukai yang betul-betul jujur,malah

pegawai tersebut cukup faham bahawa hukuman yang setimpal akan dikenakkan Augustus

22
J.B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus Aurelius,London,Open
Library,1967,hlm 20
23
Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. hlm.
63
24
Ibid hlm 23
25
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur,Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd., 2002 hlm 43
jika mereka melakukan penyelewengan berbeza dengan zaman Republik yang mereka tidak

bimbang kerana senat turut melakukan penyelewengan yang sama26

Ini Jelas menunjukkan kecekapan Augustus Caeser dalam membentuk satu jentera

pentadbiran yang cekap yang Berjaya mengekalkan keamanan Rom.Dalam usaha pentadbiran

beliau jelas memperlihatkan bagaimana beliau menjaga golongan atasan dengan terus

mengekalkan sistem republik dan peranan senat,serta mengambil hati golongan bawahan

dengan benarkan mereka terlibat dalam memikul beban mentadbir Negara.Isac Asimov

menyatakkan bahawa Augustus sedar selagi beliau mampu kekalkan keamanan Rom dan

elakkan Peranag Sivil maka dia akan terus diterima rakyat27.

Membentuk pasukan ketenteraan yang cekap

Di bawah Augustus Kesetiaan ini diperoleh dengan mewajibkan setiap tentera

supaya berikrar dan menghalakan taat setia kepada kuasa mutlak Rom, bukan kepada

pemerintah28. Pembaharuan ketenteraan turut diperkenalkan dibawah Augustus Caeser di

mana beliau menubuhkan Pasukan khas yang bertujuan melindungi beliau iaitu Praetorian

Guard iaitu tentera pribadi Augustus Caeser.Terdapat juga pasukan polis khas seramai 1500

orang yang bertugas sebagai polis di Rom29 . Askar-askar Rom disebut legion, di mana setiap

legion terdiri daripada 10 cohort, dan setiap cohort pula terdiri daripada 600 orang. Legion

ini diletakkan di semua wilayah terutama sekali di bahagian sempadan. Augustus sendiri

mempunyai 9 cohort yang terdiri dripada 1000 orang di bawah pemerintahannya untuk

melindungi dirinya dan kawasan pentadbirannya. Di wilayah-wilayah utama Rom, 4 cohort

disebut urban, bertugas sebagai polis, manakala 7 cohort disebut watch cohort, bertugas

sebagai pasukan tentera30. pasukan askar berkuda juga ditubuhkan dan askar ini seramai 120
26
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm 9
27
Ibid hlm 7
28
Ibid, hlm:207
29
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm 5
30
Stobart, J. C., The Grandeur That Was Rome,London,1971 hlm: 193
orang, serta angkatan kecil diletakkan di kawasan perairan bagi melindungi Rom dari

ancaman lanun. Kemampuan Augustus membayar gaji kepada bala tenteranya didorong oleh

kekayaannya yang diperoleh melalui kejayaan beliau menakluk belbagai wilayah seperti

Mesir, Sepanyol, dan Gaul. Mesir,dan kekayaan yang diwarisi dari julius Caeser31

Augustus Caeser telah membentuk dua unit baru ketenteraan iaitu yang saya

bincangkan di atas tadi iaitu Praetorian Guard dan auxiliary yang merupakkan tentera

simpanan yang direkrut dari wilayah provinsi. Auxiliary ini dibahagi kepada dua cohort yang

terdiri dari tentera pejalan kaki dan tentera berkuda32.Pembentukan pasukan tentera simpanan

Auxiliary menunjukkan keterbukaan pentadbiran Augustus kerana setelah melalui banyak

perang sivil itali tidak lagi mampu bekalkan tentera yang cukup.Jadi wilayah provinsi Rom

mengatasi masalah ini,malah Augustus sanggup menerima orang yang sanggup jadi tentera

yang baik dan faham budaya rom,pandai menulis dan bercakap latin ataupun yakin mampu

pelajarinya secepat mungkin33

Waktu perkhidmatan untuk seorang askar legion adalah tetap (5 AD) iaitu dua

puluh tahun, untuk Auxilia pula dua puluh lima tahun. Kerajaan akan memberikkan tentera

yang bersara tanah untuk pertanian atau jumlah wang. Ini menjadi kebiasaan, namun untuk

beberapa askar, setelah bersara mereka, untuk meneruskan perkhidmatan negara, di divisi

khusus, dan dengan hak istimewa khusus. Bahagian ini dikenali sebagai veteranorum Vexilla,

dan hanya digunakan dalam pertempuran34.

Isaac Asimov menyatakkan bagaimana bijaknya Augustus ialah beliau meletakkan

tenterannya yang ramai di persempadanan yang sering di serang orang gasar ,dengan cara ini

31
Ibid hlm 143
32
J.B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus Aurelius,London,Open
Library,1967,hlm 32
33
M ROSTOVTZEFF,THE SOCIAL AND ECONOMIC HISTORY OF THE ROMAN EMPIRE,OXFORD,The Clarendon
Press1926,hlm 42-43
34
J.B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus Aurelius,London,Open
Library,1967 hlm 33
tentera akan sentiasa sibuk berperang dan beliau pula selesa dibawah Praetorian Guard di

pusat pentadbiran.

Sistem Perundangan

Sistem perundangan Rom yang diamalkan terbahagi kepada tiga bentuk antaranya

undang-undang Sivil , undang-undang Rakyat dan Natural Law . Undang-undang Sivil dibuat

untuk warganegara dan wujud dalam bentuk bertulis dan tidak bertulis . Undang-undang ini

mengandungi peraturan-peraturan senat dan dikri-dikri prinsip. Undang-undang rakyat pula

undang-undang yang sama bagi semua rakyat tanpa mengira kewarganegaraan mereka .

Undang-undang ini membenarkan pemilikan harta persendirian, menggariskan prinsip

membeli dan menjual , kontrak dan rakan kongsi . Seterusnya melalui Natural Law pula

menegaskan bahawa manusia sama disisi undang-undang dan berhak terhadap beberapa hak

asasi dan kerajaan tidak berhak campur tangan 35. Cicero ialah bapa kepada Natural Law yang

menegaskan bahawa undang-undang ini wujud sebelum kewujudan Negara dan pemerintah

yang menentangnya dengan sendirinya menjadi Tyrant36.

Memperkukuhkan Ekonomi Rom

Zaman Augustus sekali lagi membuktikan keagungan Rom melalui

ekonomi yang kukuh dan terancang.Pada awal Empayar Rom perdagangan antara Empayar

Rom dengan Negara luar tidak begitu penting kerana perdagangan dalam Empayar Rom

sendiri sudah mencukupi kerana luasnya Empayar Rom37. Ketenteraan dan dasar perluasan

kuasa di Rom sememangnya berkait rapat dengan kekuatan ekonominya. Keadaan yang aman

serta politik yang stabil menggalakan perdagangan bebas antara Laut Hitam dan Sepanyol.
35
M. Grant, The World of Rome, London: Weidenfeld and Nicolson, 1960, hlm 23-67
36
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, hlm .46
37
M ROSTOVTZEFF,THE SOCIAL AND ECONOMIC HISTORY OF THE ROMAN EMPIRE,OXFORD,The Clarendon
Press1926,hlm 65-66
Malah, ekonomi Rom tersebar luas hingga ke benua Asia. Betapa kuatnya pengaruh Rom

sehingga keadaan politik dan ekonomi negara lain bergantung kepada keadaan di Rom38.

Zaman Augustus memberikan perdagangan bebas ke atas pelayar dan pedagang yang datang

ke Rom39. Hal ini kerana, Augustus menjalankan dasar ekonomi laissez faire iaitu tidak

membezakan taraf seseorang, warna kulit, mahupun kadar cukai. Selain itu, dengan adanya

Laut Mediterranean yang menjadi pelabuhan penting menghubungkan kawasan tengah

empayar Rom, telah memudahkan urusan perdagangan dijalankan. Tambahan lagi, beberapa

langkah penting telah dilakukan dalam ekonomi Rom iaitu dengan penyusunan semula sistem

wang kepada emas, perak dan logam40.

Dari kesimpulan buku yang saya baca iaitu karangan ” M ROSTOVTZEFF,THE SOCIAL AND

ECONOMIC HISTORY OF THE ROMAN EMPIRE” menceritakkan bagaimana Empayar Rom yang

luas telah menyediakan Rom dengan semua keperluan ekonomi dari Provinsi-Provinsi milik

Rom seperti Itali sendiri wilayah seperti Etruria yang hasilkan Tembikar seramik

merah,Capua hasilkan pingan perak dan gangsa dan Puteoli dan Aquileia pusat penting

perdagangan di Itali.Di Mesir menghasilkan keperluan ekonomi Rom seperti lada hitam,kain

bermutu,pingan perak,gading gajah dan minyak wangi,.Kayu kayu dibekalkan Itali dan

wilayah Gaul.Semua barang dagang boleh didapati di Empayar Rom

Disebabkan faktor tersebutlah, bandar-bandar Rom menjadi tumpuan para pedagang

asing terutama sekali dari Syria, Greek, Sepanyol, dan Afrika. Antara barang dagangan yang

menjadi tukaran adalah seperti gading, emas, bulu haiwan dari Timur Afrika; hamba, batu

marmar dari Utara Afrika; kain bulu, permaidani, dan keluli dari Syria; mutiara, kapas,

rempah ratus, lada hitam dari India; gelas bermutu dari Mesir; dan logam, perak dan bahan

pencelup dari Sepanyol41. Selain hasil jualan barang dagangan, Rom juga memperoleh hasil
38
Bailey, C., The Legacy of Rome, hlm: 145
39
Ibid, hlm: 143
40
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, (ed. ke-2), hlm: 325
41
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, hlm: 47
ekonomi dari kadar cukai 10 peratus yang dikenakan ke atas hasil pertanian seperti bijirin,

jagung dan gandum. Hasil kekayaan Rom ditambah pula dengan harta warisan yang

diperoleh daripada pemerintah terdahulu.Ini menunjukkan bagaimana hebatnya zaman

Augustus memerintah Rom

Sumbangan Augustus Caeser dari aspek Pembangunan Sosial

Aspek sosial pertama yang akan saya bincangkan berkembang pesat zaman Augustus

ialah kesusasteraa. Augustus seperti yang dinyatakan turut berminat dalam bidang ilmu dan

kesusasteraan dimana beliau aktif dalam mempromosi dan menggalakan kegiatan

kesusasteraan dan menjadi penaung kepada ahli ilmu.Augustus sendiri mendirikan pustaka

dia Portico Of Octavia dan satu lagi di Temple Appolo di bukit Palatine.Beliau sendiri

menulis karya seperti Exhortations to Philosophy dan sajak Sicilia”.

The Monumentum Ancyranum and the Breviarium totius imperii 42.

Jadi tidak hairanlah ramai tokoh sastera yang muncul zaman Augustus dengan

pelbagai karya dan kebanyakannya mempopularkan Augustus dan alat propaganda kejayaan

Augustus.Antara tokoh sastera yang muncul ialah Publius Virgilius Maro(Virgil),antara

karya beliau ialah Eclogeus ,Georgics(kehebatan kehidupan petani),Aeineid(berkaitan kisah

adaptasi karya Homer berkaitan pahlawan Trojan43).Horace atau Quintius Horatius Flancus

yang aktif dalam penulisan puisi44 .Antara petikkan puisinya yang menyerap ke dalam ramai

masyarakat Rom hingga mengukuhkan kedudukan Augustus ialah”Augustus ialah tuhan

yang lahir seperti Mercury atau Apollo atau Hercules yang muncul dalam kalangan

manusia.Dia ialah penyelamat dan pembawa keamanan kepada kekuatan empayar

42
J.B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus Aurelius,London,Open
Library,1967
43
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm 25-26
44
Ibid hlm 27
Rom”45.Dan yang juga terkenal ialah Publius Ovidius Naso(Ovid) bukunya yang terkenal

ialah Metarmorphoses,Penulis prosa yang terkenal yang muncul zaman Augustus ialah Livy

atau Titus Livius yang menulis sebanyak 142 buku atas permintaan Augustus yang

menceritakan sejarah Rom46

Aspek kedua ialah pembangunan bandar dan infrastruktur turut berkembang pesat

zaman Augustus caeser. Kebanyakan bandar yang telah dimajukan telah dibina rumah, jalan

raya, sekolah, dan tempat mandi awam. Perbelanjaan pembinaan bangunan-bangunan

tersebut ditanggung sendiri oleh ahli-ahli munisipal yang menjadi penaung bandar. Selain itu,

golongan atasan turut memainkan peranan dalam memajukan empayar. Kekayaan mereka

disalurkan untuk membina kuil, tempat mandi awam, panggung, forum, jalan raya, sarkas dan

rumah persendirian serta hotel yang dilengkapi pemanas air 47. Selain itu, diwujudkan juga

pasukan polis, pusat kesihatan, kejuruteraan, pembinaan bangunan, serta sistem bekalan air48.

Contohnya di Pompei, walaupun hanya sekadar bandar kecil malah tidak berapa dikenali, ia

dipenuhi dengan kuil, tempat mandi awam, teater, dan dewan besar teater 49.Di Wilayah

Provinsi antara pembangunan yang menarik ialah satu patung yang dibina di Carthage

bernama Gens Augusta yang mengambarkan bagaimana Augustus duduk atas timbunan

senjata dan ini gambarkan bahawa tiada lagi peperangan dan Rom telah aman 50. Pembinaan

kuil  Apollo, bermula pada 36 SM selepas berakhirnya perang dengan Sextus Pompius dimana

terdiri dari lapan tiang pilar,batu marmar putih dan karya seni yang dibina di bukit

Palatine51.Di selatan bukit Palatine dibina Circus Maximus dan terdapat Kuil Diana yang

45
M ROSTOVTZEFF,THE SOCIAL AND ECONOMIC HISTORY OF THE ROMAN EMPIRE,OXFORD,The Clarendon
Press1926,hlm 44
46
Ibid hlm 27-28
47
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, hlm: 48
48
Stobart, J. C., The Grandeur That Was Rome, hlm: 243
49
Ibid, hlm: 244
50
Ibid hlm 44
51
J .B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus Aurelius,London,Open
Library,1967
dibina oleh L.Cornificius di bawah arahan Augustus Caeser.Pentheon turut di bina di zaman

Augustus di bawah kendalian Agrippa dan pembinaan beberapa akuadak iaitu saluran

bekalan air untuk rakyat rom52.Malah penyelengaraan akuadak turut diperiksa rapi melalui

penubuhan Jabatan Khas yang telah saya bincangkan dalam pentadbiran Augustus,antara

Akuadak yang dibina di zaman beliau ialah Juliana.Campus Martius turut di bina yang

digunakkan untuk pungutan suara dan bangunan ini dihiasi dengan patung wira-wira zaman

Republik.Malah pembanguana

Kesimpulannya

Augustus Caeser telah Berjaya membawa Empayar Rom ke zaman Pax Romana yang

berjaya menyatukan penduduk pelbagai bangsa dan puak dibawah satu pusat pentadbiran .

Zaman kegemilangan Rom terdapat banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dan di

teruskan maharaja-maharaja Rom lain dari segi politik, ekonomi dan sosial. Keagungan Rom

membawa kesan kepada masyarakat. Keadaan ini dapat dilihat menjelang abad ke-5 sebelum

masihi Rom telah meninggalkan pengaruhnya kepada Eropah Barat, Itali, Perancis, dan

Portugis adalah dari aspek bahasa latin . Kegemilangan ini berakhir dengan kematian Marcus

Aurelius (180M).Namun selepas berakhirnya zaman keamanan(27S.M-180M), Rom telah

mengalami kejatuhan. Kejatuhan Rom telah diterajui oleh dua orang pemerintah iaitu

Maharaja Dioclection(284-305M) dan Constantine(306-337M).

52
Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967 hlm 38
Bibliografi

1. E. Gibbon, The Decline and Fall of the Roman Empire (abridged edn. Ed. D.A.

Saunders)

2. J. C. Stobart, The Grandeur That Was Rome, London: Sidgwick & Jackson, Third

Edition revised by F. N. Pryce.

3. M. Grant, The World of Rome, London: Weidenfeld and Nicolson, 1960.

4. Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Utusan Publications &

Distributaors Sdn. Bhd, Terbitan Pertama 2002.


5. Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2002.

6. Isaac Asimov,The Roman Empire,US,Houghton Mifflin Company Boston,1967

7. M ROSTOVTZEFF,THE SOCIAL AND ECONOMIC HISTORY OF THE ROMAN

EMPIRE,OXFORD,The Clarendon Press1926

8. J .B Burry,A History Of Roman From its Foundation To The Death Of Marcus

Aurelius,London,Open Library

9. C.Dio,Roman History,London,The Leob Classical Library Edition,1914

10. http://www.third-millennium-library.com/readinghall

11. Bailey, C., (1937). The Legacy of Rome. London: Oxford.

Anda mungkin juga menyukai