Anda di halaman 1dari 6

IBN SINA

AVICENNA
Latar Belakang

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Husain ibn Abdullah ibn Hasan ibn Ali ibn Sina.Di Eropah Ibn Sina

disebut “Avicenna” iaitu perkataan yang berasal dari Hebrew,‘Aven Sina’.Beliau dilahirkan pada Safar 370 H

bersamaan Ogos 980 M di Kampung “Afshanah”.Walaupun beliau banyak mendapat gelaran, namun gelaran

yang biasa didengar ialah “Syeikh al –Ra’is sementara di Barat beliau digelar sebagai “Prince of

Physicians”.Ibunya bernama Satarah(Afshanah).Ibn Sina telah meninggal dunia pada hari Jumaat dalam bulan

Ramadhan tahun 428 H bersamaan ( 1037 M ) di Hamadan.Ketika itu usianya berumur 58 tahun .

Makam Ibn Sina di Hamadan, Iran


FALSAFAH KEJIWAAN IBN SINA & SUMBANGANNYA

TERHADAP PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA.


Antara karya asli Ibn Sina adalah al – Najat , al – Risalah , al – jabiyah dan al – Syifa.

Dalam bidang falsafah ,bukunya yang terkenal ialah “al – Syifa” yang dikenali di Eropah sebagai ‘The Book

of Remedy’.Buku ini telah menghuraikan falsafah Aristottle dan disesuaikan dengan Islam.Ia merupakan

Encyclopedia Falsafah yang mengandungi 18 jilid.Ia dapat dibahagikan kepada empat bahagian yang besar

iaitu logika, fizika, matematik, metafizik.

Ibn Sina banyak terpengaruh dengan Falsafah Yunani terutama daripada pemikiran Plato &

Aristottle.Kata beliau ‘ manusia harus meneliti kekurangan & kecelakaan diri agar ia dapat mengetahui , lalu

memperbaikinya’.Dalam ilmu psikologi beliau ada menyatakan tentang permasalahan jiwa atau ‘ al –

nafs’.Jiwa merupakan tempat tumbuhnya kebahagiaan .Jiwa atau al – nafs bererti jasad , darah insan , zat

sesuatu atau kebesaran , kemuliaan , cita –cita atau harapan , kelembutan dan sifat – sifat manusia.Sementara

itu dalam kamus dewan pula , jiwa bermaksud nyawa dan roh (spirit ), dalam bahasa Perancis jiwa bererti “

ame ” , bahasa Inggeris “ soul ” dan bahasa Latin “ anima ”. Perkataan psikologi pula beerti ilmu jiwa,

tentang roh, atma, sukma dan nafas hidup.Roh merupakan kompenen utama dalam diri manusia.Ia menjadi

punca kehidupan yang mengandungi ‘ al- nafs’ ‘al- qalb’ dan ‘al- aqq’.

Permasalahan remaja kini. Remaja merupakan aset penting negara untuk kehidupan masa depan.Merekalah

yang akan menentukan hala tuju negara kelak.Namun begitu, akhir-akhir ini masyarakat sering didedahkan

tentang masalah sosial remaja yang semakin menjadi-jadi.Terdapat kaedah-kaedah ikatan untuk membantu

permasalahan jiwa atau ‘al – nafs’remaja berdasarkan falsafah kejiwaan Ibn Sina yang akan dikupas dalam

tugasan ini.

Pertama ialah kaedah interaksi.Seperti yang diketahui umum jiwa remaja menginginkan kebebasan

sepenuhnya tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak.Dalam hal ini Ibn Sina pernah menyatakan keadaan jiwa

dalam qasidhnya yang dikenali sebagai ‘al- qasidah al- ainiyyah’ yang menyebut ‘habathat ilaika mina i maha,
al- arfa i’di mana beliau berpegang pada teori Plato yang menyatakan bahawa adanya jiwa di alam tinggi.(idea)

lalu turun ke dalam jasad.Jiwa dalam jasad diibaratkan sebagai burung dalam sangkar yang selalu rindu untuk

terbang bebas di udara.Demikian halnya jiwa yang terkurung dalam sangkar jasad sentiasa rindu kepada

kebebasan yang memungkinkan menyatu kembali dengan alam rohani ,iaitu alam asalnya.Setiap kali

mengingati alam asalnya ia pun menangis kerana rindu ingin kembali.

Seterusnya ikatan akidah.Remaja harus dididik dengan penuh kasih sayang dan perhatian selain daripada

didikan agama yang sepatutnya daripada ibu bapa.Oleh itu tidak hairanlah Ibn Sina menyatakan bahawa

kesejahteraan hidup berpunca daripada kedamaian hati, iaitu jiwa yang dapat menghubungkan kepada makrifah

Allah kerana sumber kebahagiaan di dunia dan akhirat datangnya daripada Allah s.w.t.Kenyataan ini diakui oleh

A.A Grill seorang psiko-analisis yang menyebut ‘individu yang benar-benar beragama tidak akan pernah

menderita jiwa sebaliknya mereka akan terlindung daripada keresahan, selalu terjaga keseimbangan dan selalu

siap untuk menghadapi segala malapetaka yang terjadi.

Ikatan yang seterusnya ialah ikatan rohani.Kesedaran dalam diri amat penting untuk membendung

penyakit sosial yang semakin serius melanda golongan remaja.Penyakit sosial bukan berasal daripada saraf

tetapi daripada faktor-faktor kejiwaan.Berdasarkan pengalaman Ibn Sina sendiri yang pernah mengubati

pesakitnya melalui kesedaran kejiwaan pesakit (bidang psikitari ).Hal ini disebabkan pengubatannya tidak dapat

dilakukan melalui ubat-ubatan zahir seperti biasa.Ibn Sina menulis iaitu:

“ Kita harus memperhatikan bahawa salah satu cara terbaik untuk mengubati orang sakit, satu yang

paling mujarab ialah memperbesarkan kekuasaan mental pesakit serta mendorongnya untuk berani

melawan penyakit ”

(Rujukan: Ibn Sina , Mabhath an al – Quwwa al –nafsiyyah , op – cit , hlm 16 )


Ikatan yang seterusnya ialah ikatan pemikiran. Pemikiran yang sihat dapat melahirkan personaliti yang

berhemah tinggi. Untuk mewujudkan pemikiran yang sejahtera , ia hendaklah melalui proses pendidikan yang

sempurna.Ibn Sina pernah menyatakan bahawa “ manusia itu berbuat dan bertindak menurut perasaannya .

Buktinya , rasa malu , tangisan dan tertawa . Kadang – kadang manusia terbawa – bawa perasaannya mengikut

perasaan orang lain dan berbuat sesuatu yang kadang – kadang tidak patut dibuat oleh emosi psikologikal.”

Oleh itu , pendidikan amat penting untuk membentuk personaliti seseorang lebih – lebih lagi di peringkat

remaja yang nalurinya sentiasa bergelora mengikut tahap emosinya . Oleh yang demikian , pendidikan perlu

diselaraskan dengan tuntutan Islam untuk membentuk jiwa remaja yang dinamik serta unggul dan tidak mudah

tergelincir dari batasan sosial.

Seterusnya ialah ikatan sosial. Ibn Sina pernah manyatakan bahawa “ seseorang itu boleh memberi kesan

mempengaruhi pembentukan ego seseorang dan gangguan – gangguan ego. Remaja kini mudah terpengaruh

dengan unsur – unsur negatif dan sering bersifat egosentrik iaitu selalu memikirkan tentang kedudukan dan

masa depan.

Selain itu ialah ikatan rekreasi.Rekreasi merupakan satu aktiviti yang boleh menyegarkan kembali tubuh

badan dan akal fikiran dengan beristirehat serta menghiburkan hati.Ikatan rekreasi mampu bertindak selaku

teknik penyelesaian konflik seperti merentasi lautan atau perkara –perkara yang disukai remaja.Sehubungan itu,

Ibn Sina pernah menyatakan bahawa salah satu cara terbaik untuk mengubati orang sakit ialah mencipta

lingkungan yang baik di sekelilinya seperti memperdengarkan muzik yang indah.

Seterusnya ialah kaedah pengawasan. Para ibu bapa dan pendidik terpaksa berlawan dengan pelbagai hal

dan pengaruh luar yang negatif untuk mengawasi remaja kini.Hal ini kerana remaja merupakan insan yang

paling banyak menghadapi masalah emosi.Menurut Ibn Sina dalam ‘al- Syifa’ beliau menegaskan bahawa

manusia itu berbuat dan bertindak menurut perasaannya malah kadang-kadang terbawa-bawa perasaannya

mengikut perasaan orang lain.

( Zulkifli Yusof. Op – cit hlm 21 )


Ibn Sina merupakan tokoh falsafah yang begitu berpengaruh dikalangan cerdik pandai Barat sehingga

meluas ke dunia Timur sampai ke hari ini. Perdampingannya yang agak rapat dalam bidang falsafah nampaknya

menterjemahkan kemampuan inteleknya dalam jurusan perunatan yang membawa kepada matlamat jumlah

kejayaannya dengan menyatupadukan serta mensistematkkan semua teori ilmiah serta amalan perubatan yang

berasal dari abad – abad terdahulu daripadanya.

Terbukti Ibn Sina adalah seorang yang mempunyai daya ‘genius’ yang amat tinggi jika ditinjau dari

penguasaannya dalan bidang ilmu pengetahuan.Pencapaiannya dalam bidang falsafah amat dikagumi di

samping bakatnya sebagai seorang penyajak,ahli geometri dan ahli falak.

Dalam menyifatkan tentang jiwa,beliau berpendapat ia merupakan penyempurnaan pertama yang bukan

berbentuk ‘madda h’ dan akan kekal selama-lamanya meskipun setelah bercerai dari jasad.Sehubungan itu,

beliau telah membezakan jiwa dengan jasmani manusia.Telah ditegaskan bahawa jiwa selamanya bukan

material tetapi ia adalah aturan dari satu bentuk (form).Walaupun jiwa ini kekal,ianya hanya terbatas kepada

manusia sahaja kerana tidak bagi binatang dan tumbuh-tumbuhan.Hal ini kerana manusia akan disoal di akhirat

kelak kerana manusia telah dianugerahkan akal untuk berfikir..


RUJUKAN:

Encyelopedia Ahli – ahli falsafah Islam . 1995 / 96. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.(API)

Ibn Sina, Mabhath an al – nafsiyyah, op –cit.halaman 16. Tahun 1994

Permasalahan Sosial Remaja. Buku Remaja KarangKraf Sdn BHD. Julai 2007