Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI MALAYA

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

KUPASAN KARYA KLASIK


HIKAYAT PUTERA JAYAPATI

NAMA: SURINA CHEW KIM ZHUA

NO MATRIK: JEA080145

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN


MUHAMMAD

NAMA TUTOR: CIK NURUL


Falsafah berasal daripada perkataan Yunani atau Greek purba iaitu ‘philosophia’.

‘Philo’ bermaksud cinta dan ‘sophia’ pula membawa erti hikmah atau kebijaksanaan.

Istilah ini digunakan pada abad ke-7 oleh ahli falsafah Yunani iaitu Pythagoras.

Secara umumnya, falsafah merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan tujuannya

adalah untuk mendapatkan kebenaran. Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan

sebagai memikirkan sesuatu dengan mendalam dan berfikir secara falsafah. Falsafah

merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Hal ini kerana manusia secara

semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderong kepada kebenaran.

Daripada sudut bahasa, falsafah bermaksud ‘cinta akan hikmah’. Manakala

daripada sudut praktis, falsafah membawa maksud ‘alam berfikir atau fikiran secara

mendalam tentang hakikat sesuatu’. Seterusnya, daripada sudut perbezaan falsafah

berbanding dengan ilmu lain ialah falsafah melihat alam sebagai satu kesatuan tetapi ilmu

lain membataskan skop. Selain itu, falsafah menyelidik hakikat iaitu apa, dari mana dan

ke mana, manakala ilmu lain pula mengkaji sebab dan akibat.

Saya telah memilih sebuah cerita hikayat sebagai tugasan mengupas petikan dari

segi falsafah. Hikayat dapat ditakrifkan sebagai salah satu bidang kesusasteraan melayu

silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai

seseorang atau sesuatu kejadian yang penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah

warisan dari penceritaan secara lisan. Cerita hikayat menceritakan tentang kelahiran

seorang putera dalam keadaan yang luar biasa. Seterusnya, putera tersebut mempunyai

ilmu dan kuasa yang ajaib. Cerita hikayat biasanya ditamatkan dengan pertabalan putera

tersebut sebagai sultan dan hidup bahagia dengan permaisurinya.


Hikayat Putera Jayapati yang tergolong dalam genre sastera hikayat telah menjadi

tajuk pilihan kupasan saya. Hikayat ini mengisahkan seorang anak raja bernama Putera

Jayapati yang dilarikan oleh seekor kuda emas, kemudian beliau berguru dengan

Bagawan Narada dan mempelajari pelbagai ilmu sakti, berperang dan menewaskan jin,

dewa dan raksasa. Putera Jayapati kemudian jatuh cinta dengan Puteri Cendera Nurlaila

yang telah bertunang dengan anak raja peri. Walau bagaimanapun, tunang tuan puteri

berjaya dikalahkan oleh Putera Jayapati yang kemudian mengahwini puteri tersebut.

Hikayat ini berakhir dengan Putera Jayapati diangkat menjadi raja setelah kembali

bertemu ayah bondanya.

Petikan yang menjadi pilihan saya ialah petikan dari halaman lima hingga halaman

enam. Petikan ini menceritakan tentang kesedihan yang dirasai oleh raja dan permaisuri

apabila mengetahui bahawa putera yang baru dilahirkan tidak akan kekal berada di sisi

mereka. Mereka tidak ingin perkara sedemikian berlaku kerana mereka masih belum

sempat menyayangi putera tersebut. Kesedihan yang dialami oleh mereka dapat

ditunjukkan apabila mereka sentiasa bersedihan mengenang nasib mereka yang bakal

ditinggalkan putera. Raja dan permaisuri turut bersedih apabila memikirkan nasib putera

yang akan kehilangan kasih sayang dan lindungan daripada mereka pada usia yang kecil.

Selain itu, petikan ini turut mengambarkan kepiluan dan kesengsaraan hati raja dan

permaisuri yang terpaksa berpisah dengan putera kesayangannya. Hal ini dapat

dibuktikan apabila raja dan permaisuri amat sedih sekali setelah mengetahui bahawa

putera tersebut tidak akan berada lama dengan mereka. Penderitaan dan kepiluan hati

terasa setiap kali teringat akan perpisahan yang bakal tiba. Hal ini terbukti apabila
permaisuri pengsan serta tidak sedar diri setelah mendengar berita atau cerita buruk

mengenai perpisahan yang bakal diterimanya. Permaisuri tersentak dengan cerita tersebut

sehingga pengsan. Permaisuri tidak sanggup menerima hakikat bahawa mereka akan

berpisah dengan putera mereka. Tambahan pula, permaisuri sedih apabila mengenangkan

nasib putera yang terpaksa berpisah dengannya pada usia yang masih muda. Beliau

berasa pilu apabila memikirkan waktunya bersama putera amat terhad. Berita sedemikian

sememangnya mengejutkan permaisuri yang baru bersalin. Permaisuri tidak sangka yang

beliau tidak dapat hidup dengan puteranya. Beliau berasa susah hati apabila mengenang

nasib malang putera mereka yang tidak dapat membesar dalam jagaannya. Malah, putera

juga tidak dapat merasakan kasih sayang seorang ibu serta bermanja dengan permaisuri.

Kesayuan hati permaisuri dapat digambarkan dalam petikan ini apabila beliau

menangis sambil menyatakan yang beliau tidak tahu akan hala tuju puteranya pada masa

depan. Hal ini kerana kawasan-kawasan negeri adalah amat luas. Beliau tidak tahu cara

hendak mencari puteranya yang akan meninggalkannya. Permaisuri juga menyatakan

bahawa beliau tidak dapat mengusahakan apa-apa kerana beliau hanya seorang wanita

yang lemah. Permaisuri tidak sanggup berpisah dengan puteranya dan keadaan ini dapat

ditunjukkan apabila permaisuri telah sedar dan terus memeluk dan mencium puteranya.

Beliau tidak sanggup melepaskan anaknya itu dari dakapannya. Malah, putera yang

berada di dalam dakapan permaisuri itu dipeluk dan dicium dengan penuh kasih sayang.

Keadaan permaisuri yang sayu dan bersedihan itu telah meyebabkan orang-orang yang

datang menghadap mereka berasa sedih dan rasa belas kasihan terhadap permaisuri.

Mereka turut merasakan kepiluan hati permaisuri dan rasa bersimpati dengan keadaan

beliau.
Petikan ini juga mengambarkan masyarakat yang taksub dengan kepercayaan

terhadap tilikan nasib seseorang bayi oleh ahli nujum. Perkara ini dapat ditunjukkan

apabila raja memerintahkan ahli-ahli nujum dan sasterawan supaya menilik nasib putera

yang baru dilahirkan. Keadaan tersebut telah menyebabkan mereka bersedih atas tilikan

ahli nujum dan sasterawan mengenai nasib yang bakal menimpa puteranya. Tilikan ahli

nujum dan sasterawan telah mendukacitakan raja dan permaisuri. Ekoran daripada

kepercayaan yang kuat terhadap tilikan tersebut, raja dan permaisuri tidak menggunakan

pemikiran yang rasional dan mempercayai tilikan ahli nujum. Akibatnya, mereka

terpaksa bersedih menerima berita yang disampaikan oleh ahli nujum dan sasterawan.

Seterusnya, petikan tersebut juga mengambarkan hormat dan taat permaisuri

terhadap raja. Keadaan ini dapat ditunjukkan apabila permaisuri tidak mengingkari

arahan raja. Setelah mengetahui hakikat bahawa putera akan meninggalkan mereka,

permaisuri tidak bertindak melakukan sesuatu yang di luar jangkaan dan menghormati

raja. Mereka sedar bahawa mereka tidak dapat menafikan kata-kata ahli nujum.

Walaupun permaisuri menangis kerana terpaksa berpisah dengan putera, namun beliau

tetap tidak mampu mengubah kenyataan tersebut. Raja dan permaisuri terpaksa

menerima hakikat bahawa putera mereka tidak dapat hidup bersama mereka. Mereka

terpaksa redha dengan takdir sedemikian walaupun terpaksa menanggung kesedihan dan

kesakitan atas perpisahan yang tidak diingini. Permaisuri hanya mampu mendoakan

kebahagiaan dan kesejahteraan anaknya yang tidak dapat berada di sampingannya.


Kesimpulannya, petikan tersebut menceritakan tentang kepiluan hati dan kesedihan

hati ibu bapa apabila terpaksa berpisah dengan anak mereka. Perpisahan sering

mengundang kepiluan hati dan kesedihan. Apatah lagi perpisahan tersebut merupakan

perpisahan yang tidak diingini. Raja dan permaisuri tidak ingin berpisah dengan putera

mereka. Oleh itu, mereka sentiasa bersedihan dan menangis apabila memikirkan nasib

mereka yang tidak dapat hidup bersama anak mereka.

Selain itu, petikan tersebut menceritakan tentang kasih sayang yang mendalam oleh

ibu bapa terhadap anak mereka. Kasih sayang yang lahir dari hati oleh ibu bapa terhadap

anak adalah amat tulus dan ikhlas. Ibu bapa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan anak

mereka walaupun berjauhan antara satu sama lain. Hal ini kerana mereka ingin anak

mereka berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan bahagia. Permaisuri amat

mengasihi tuan puteranya dan ingin menjaga puteranya dengan baik. Namun setelah

mengetahui hakikat yang sebenar, permaisuri terpegun sehingga pengsan. Keadaan ini

mengambarkan dalamnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Permaisuri juga

menangisi perpisahan yang bakal menimpanya dan puteranya.

Seterusnya, petikan hikayat tersebut turut mengambarkan kepercayaan manusia

pada zaman dahulu. Mereka mempercayai tilikan ahli nujum mengenai nasib dan masa

depan mereka. Malah berita yang disampaikan oleh ahli nujum juga dipercayai dan

diamalkan oleh mereka. Hal yang sedemikian telah menyebabkan mereka terpaksa

bersedih apabila menerima berita yang buruk daripada ahli nujum. Raja dan permaisuri

merupakan contoh dalam petikan ini apabila mereka mempercayai kata-kata yang

disampaikan oleh ahli nujum mengenai nasib putera mereka. Akibatnya, mereka terpaksa

menanggung kesedihan dan penderitaan atas berita yang disampaikan oleh ahli nujum.
Bibliografi

1. Hikayat Putera Jayapati Wahyunah

Abd. Gani(penyelenggara)

2. Takrifan ‘Falsafah’ dari Wikipedia

Bahasa Melayu,Ensiklopedia Bebas.

3. Falsafah dan Logika Melayu oleh

Prof. Dr. Awang Sariyan

4. Takrifan ‘Hikayat’ dari Wikipedia

Bahasa Melayu,Ensiklopedia Bebas


Lampiran
Hatta maka haripun malamlah.Maka baginda pun berangkatlah masuk ke dalam

istana.Setelah sudah,maka segala ahlil nujum dan sa(s)terawan itu pun menyembah

baginda seraya bermohon kembali ke rumahnya.Maka permaisuri pun bertanya kepada

baginda, “Ya kekanda,sudahkah dinamai anak kita ini.”

Maka titah baginda. “tiadalah kekanda namai lagi kerana kata segala ahlil nujum

itu akan anak kita ini tiada kononnya berapa lamanya bersama-sama dengan kita.”Maka

permaisuri pun serta mendengar khabar demikian itu,maka hatinya pun berdebar-debar

seraya berkata, “Ya kekanda,bagaimana gerangan tiada lama dikata ahlil nujum

itu?Khabarkanlah,boleh adinda tahu serta sedap adinda ini halnya tiada lama anakanda itu

bersama-sama kita.”Maka baginda pun tercetera sekalian segala kata-kata ahlil nujum itu

pada permaisuri.

Setelah sudah didengarnya oleh/permaisuri kata demikian itu,maka permaisuri pun

pengsanlah tiada khabarkan dirinya menengar anaknya tiada bersama-sama dengan dia

itu.Maka segera ditolong oleh segala isi istana akan permaisuri itu.Maka permaisuri pun

ingatlah akan dirinya daripada pengsan itu,lalu dipeluk dan dicium akan anakanda

baginda itu serta ditangisinya.

Demikian bunyinya, “Wah anakku dan buah hatiku dan cahaya mataku,di mana

gerangan bonda hendak cahari tuan kelak dan di mana gerangan bonda tanyai tuan dan di

laut mana geangan bonda renangi dan di pantai di mana gerangan bonda berjumpa

dengan tuan.Ke mana gerangan bonda sampai kerana bonda ini percaya perempuan

aduh!,biji mata bonda”.


Setelah sudah,maka lalu dipeluk dan diciumnya kepala anakanda baginda itu.Maka

sagala orang yang menghadap semuanya itu pun belas dan kasihan hatinya melihat

kelakuan permaisuri itu serta menengar perkataannya itu.Maka semuanya pun merataplah

seperti baginda.

Anda mungkin juga menyukai