Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104
KARYA MELAYU KLASIK:PANTUN BUDI
NURUL NADIA BINTI ABD GHANI
JEA 080191
PROF DR. AMRAN BIN MUHAMMAD
SEM 1 SESI 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

PANTUN BUDI
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Jika belayar ke tanah Aceh


Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat


Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Baik-baik bertanam padi


Jangan sanpai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sanpai badan binasa

Tingkap papan kayu bersegi


Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tanpan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Pergi ke sawah menanam padi


Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan

Anak angsa mati lemas


Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin.

Cuaca gelap semakin redup


Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang.

Anna Abadi membeli ginseng


Singgah di pasar mencari kari
Jangan ikut budaya samseng
Kelak menyesal di kemudian hari.

PENGENALAN
Pantun ialah pengucapan kemelayuan. Dalam pantun terkandung seluruh jiwa, seni,

kebujaksanaan, budi bahasa, dan pandangan dunia Melayu. Pantun memiliki dua bahagian utama

iaitu pembayang dan maksud, atau sampiran dan isi tetapi kedua-dua bahagian tersebut bertaut

secara integratif sehinnga menjadi pengucapan yang indah. Dua bahagian tersebut ibarat dua

struktur yang saling melengkapi, zahir dan batin, luar dan dalam, tertaut menjadi satu menjadi

pantun. Pantun dekat dengan orang Melayu kerana ia menggunapan unsur-unsur alam yang

digunakan oleh orang Melayu dalam kehidupan seharian. Pantun ini juga tergolong dalam sastera

lisan kerana pengucapannya disampaikan oleh mulut ke mulut. Seterusnya pantun budi

menerangkan perlakuan dan percakapan yang perlu dijaga. Pantun budi ialah pantun yang

memperlihatkan seseorang mestilah mempunyai budi dalam dirinya dan mengamalkannya dalam

kehidupan seharian. Pantun budi mempunyai kebaikkan yang perlu ada pada setiap orang iaitu

budi bahasa dan budi pekerti yang menjadi lambang identiti diri dan bangsa Melayu. Pantun ini

juga memperlihatkan budaya dan cara hidup yang diamalkan oleh orang Melayu. Selain itu,

pantun budi juga mengangkat imej dan martabat sesuatu bangsa terutamanya orang Melayu.

Pantun budi juga hidup dalam diri setiap orang dan membentuk jati diri serta peribadi setiap

orang.

HURAIAN PANTUN

Rangkap pertama mengupas tentang tenang-tenang air laut, sampan kolek mudik ke

tanjung ialah seseorang yang berbudi akan disebut-sebut dan dikenang di dalam hati oleh semua

orang. Seseorang yang berbudi akandisanjung dan dikagumi oleh orang lain kerana perlakuannya
dari segi pertuturan dan tingkah laku yang baik. Seseorang berbudi akan diingati walau di mana

jua dia berada. Falsafah Plato meneliti hakikat mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik

sifat luarannya iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan inti pati seperti mengangkap darjat

seseorang yang berbudi.

Rangkap kedua membincangkan seseorang yang pergi ke tempat lain, hendaklah sentiasa

berbicara dengan baik dan berkelakuan baik supaya orang lain akan suka dan mengasihi serta

menganggapnya sebagai orang yang mempunyai budi bahasa yang terpuji. Selain itu, orang

yang berbicara dengan baik seperti sopan, lemah-lembut dan dengan nada yang rendah

akansentiasa disayangi oleh orang tampa mengira keturunan, bangsa dan agama. Falsafah

mengikut al-Ghazali (1058-1111) aspek kalbu atau roh menerima petunjuk daripada Allah yang

dapat menbezakan baik atau buruk seperti orang yang berbudi kerana tahu dan dapat petunjuk

daripada Nya.

Rangkap seterusnya hina besi kerana karat sepertilah sikap atau sifat manusia yang tidak

berbudi. Seseorang akan dipandang hina oleh masyarakat danbagi orang Islam pula tidak diberi

pahala dan tidak diredhaiNya kerana tidak berbudi. Seseorang yang tidak berbudi akan merasa

tidak tenang dan sentiasa gelisah dalam hidupnya. Manusia yang tidakberbudi adalah manusia

yang mementingkan diri sendiri kerana hatinya yang tidak dapat petunjukNya.

Falsafah kritis ialah membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Membuat pertimbangan untuk

mengupas sesuatu perkara seperti memilih melakukan perkara yang baik

Rangkap keempat menerangkan setiap manusia perlulah berhati-hati apabila menerima

budi yang berlebihan kerana orang yang berbudi itu akanmeminta balasan balik. Oleh itu,

keadaan ini menyusahkan orang yang menerina budi. Orang yang terlalu menerima banyak budi

akanmenyebabkan dirinya malas dan tidak mahu untuk berusaha. Seseorang yang menerima
budi perlulah menerima dengan cara yang betul iaitu tidak mementingkan diri apabila orang

yang berbudi mengalami kesusahan. Falsafah John Dewey (1859-1952) berpendapat bahawa

kebaikan yang praktikal yang mendapat hasil bagi perbuatan yang dinilai kebenarannya.

Rangkap kelima menghuraikan seseorang itu tidak dinilai berdasarkan rupa parasnya

sebaliknya seseorang itu dinilai dari budi pekerti dan lebih baik apabila mempunyai kedua-

duanya itu. Rupa parastidak menggambarkan kebaikkan atau keburukkan serta isi hati seseorang

itu. Budi bahasa yang baik yang baik mencerminkan betapa tingginya martabat dan darjat

seseorang. Masyarakat akanmemandang tinggi terhadap seseorang yang berbudi. Oleh itu,

masyarakat akanturut sama berbudi. Falsafah teoria membuat pandangan dengan sekadar

melihat. Jadi manusia harus membuat penilaian terhadap seseorang dari dalamannya dan bukan

hanya luaran semata-mata.

Rangkap keenam menbincangkan setiap manusia perlu menjalani hidup berlandaskan

budi yang baik kerana itu akan dijaminkan balasan di dunia dan di akhirat. Budi dapat

membentuk seseorang individu yang bersifat baik. Seseorang itu tidak boleh sombong dan

angkuh kerana membawa kepada kemusnahan masyarakat.

Seseorang yang mempunyai sifat sombong tidak mahu membantu orang lainyang di dalam

kesusahan. Budi dapat menghapuskan sifat sombong dalam diri seseorang. Seseorang yang

mempunyai harta akan menyebabkan dirinya bersifatsombong terhadap orang lain sebaliknya

harta yang dimiliki tidak akan kekal. Falsafah al-Ghazali (1058-1111) aspek kalbu atau roh

menerima petunjuk dari Allah yang dapat membezakan kebaikkan dan keburukkan.

Rangkap kelapan menghuraikan tentang setiap insan mestilah mengamalkan budi bahasa

dalam kehidupannya. Apabila seseorang insan berbudi dalam hidup, maka akan mendapat pujian
dan dibanggakan dan dihormati oleh oorang lain. Percakapan atau bahasa yang baik apabila

berbicara menjaga maruah diri seseorang. Hidup seseorang itu akansejahtera dan diberkati oleh

Allah serta membawa kepada kebahagiaan di dumia kerana disayangi dan disukai oleh orang.

Falsafah World View iaitu pandangan hidup di mana manusia mengamalkan budi dalam hidup.

Rangkap kesembilan mengupas setiap individu haruslah menjauhi budaya samseng

kerana budaya itu ialah bersikap kasar, sombong, bongkak, angkuh, suka bergaduh dan biadap

terhadap orang lain. Lantaran itu akan membawa kepada kemusnahan masyarakat dan Negara

serta membawa kepada kehilangan nyawa atau kematian. Budaya samseng ini akan membawa

kepada penyesalan di kemudian hari yang tiada gunanya lagi. Contoh seseorang yang suka

bergaduh di sekolah dan akhirnya akandibuang sekolah. Masa depannya akan musnah kerana

mempunyai rekod yang tidak baik atau disenaraihitamkan dan akan mendapatkan balasan yang

setimpal. Falsafah illaf iaitu sebab dan musabab seperti seseorang yang melakukan samseng

akam menyesal di kemudian hari.

KESIMPULAN

Pantun pada masa sekarang masih dihasilkan dan gaya bahasanya lebih mudah difahami.

Selain itu, pantun pada masa dahulu dihasilkan untuk menaikkan semangat nasionalisme

dikalangan rakyat tetapi berbeza dengan sekarang di mana pantun dihasilkan untuk pembelajaran

dan majlis-majlis rasmi. Pengaruh falsafah dalam pantun ialah dapat menanam nilai-nilai yang

baik dalam diri seseorang pembaca. Pantun pada masa dahulu banyak menggunakan unsur-unsur

alam tetapi zaman sekarang pantun dihasilkan menggunakan unsur-unsur di sekeliling mereka

seperti bangunan, jalan raya, kenderaan dan sebagainya. Lantaran itu, dengan adanya falsafah,

manusia terutamanya orang Melayu dapat memahami dan lebih mendalam sesuatu pantun dan
makna disebaliknya. Pantun dapat membentuk jati diri dan melambangkan orang Melayu itu

sendiri dari dulu sampai sekarang. Daillie (Daillie Francois Rene, 1990 : 131) menyebut kedua-

dua struktur ini ibarat body and soul atau jasad dan roh, tetapi menyedari falsafah Descartes,

jasad dan roh tidak wujud sebagai kesatuan iaitu dualisme, kerana kedua-duanya berasal

daripada sumber yang berbeza.

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahman Kaeh dan Mohd Yusof Mohd. Noor. 1985. Puisi Melayu Tradisi. Petaling Jaya :
Penerbit Fajar Bakti.
Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur : Synergymate
Sdn. Bhd.
Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. Kuala
Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
http://melasayang.com/pantun.
.