Ict Dalam Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

ICT DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

ICT atau Information and Communication Technology juga dikenali sebagai Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Penggunaan ICT telah lama bertapak di Malaysia dan ianya
sekarang sudah menjadi satu kemestian di dalam kehidupan manusia. ICT boleh digunakan
dalam pelbagai aspek seperti perhubungan, pembelajaran, perdagangan, perubatan dan
pelbagai lagi.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT


secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan
pembelajaran. Selaras dengan peredaran zaman, teknologi semakin hari semakin mengembang
dengan pesat. Dengan ini, adalah sangat baik sekali jika kita dapat mengaplikasikan teknologi
bersama pendidikan dan digunakan bersama-sama untuk kebaikkan bersama.

KEKUATAN

Kekuatan ICT adalah untuk menangkap perhatian murid-murid di dalam kelas.


Mendapatkan perhatian murid di dalam kelas merupakan satu perkara yang agak sukar
diperolehi. Jika sebelum ini, proses pembelajaran yang hanya melibatkan papan hitam, kertas
mahjong, dan beberapa peralatan yang digunakan sebelum ini dapat menarik perhatian murid-
murid tetapi dengan penggunaan ICT, ianya mampu menarik perhatian murid-murid dengan
lebih berkesan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid-murid ini ialah dengan menggunakan
pemancar cahaya LCD di dalam sesi pembelajaran mereka. Konsepnya yang lebih kurang sama
tetapi jauh bezanya dengan OHP atau overhead projector, mempunyai banyak kelebihan. Di
dalam pembelajaran dan pengajaran, satu aplikasi yang sering digunakan dan sangat sesuai
adalah menerusi aplikasi Microsoft Power Point dari Microsoft Office. Penggunaan Microsoft
Power point ini mempunyai banyak kelebihan kerana ianya lebih interaktif, mempunyai
gambar-gambar, pergerakan huruf dan gambar yang boleh membentuk animasi, bunyi-bunyian
dan video yang dapat ditayangkan kepada murid-murid.

OHP tidak dapat menawarkan perkara-perkara di atas untuk berlaku. Malah, ianya statik
dan membosankan. Murid-murid ini memerlukan pembaharuan didalam sesi pembelajaran
mereka ini. Kekuatan ICT tidak berhenti di bawah kategori sesi pembelajaran kelas yang
melibatkan Microsoft Power Point sahaja. Penggunaan Internet juga mampu membuka minda
mereka dengan lebih luas lagi. Internet mempunyai pelbagai maklumat yang senang untuk
diperolehi dengan kata kunci yang mudah. Kuasa internet ini juga telah bertapak di Malaysia
lebih dari 10 tahun dan berkembang dengan sangat laju pada kadar 2 kali ganda dalam masa
100 hari. Ini membuktikan tersangat luas maklumat-maklumat yang terdapat didalam Internet.

Kadar penggunaan Internet di kalangan murid-murid semakin hari semakin berkembang


walaupun peningkatannya tidak terlalu tinggi. Minat mereka terhadap Internet adalah sangat
tinggi dan ini merupakan satu proses pembelajaran yang dianggap pasif atau tanpa disuruh.
Mereka boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang percuma melaluinya. Seiring dengan
Celik huruf, Internet juga menawarkan mereka menjadi celik IT, menjadikan mereka lebih
mudah untuk mengenali dunia Internet ini.

Selari dengan itu, ini akan meningkatkan kemahiran mereka didalam menggunakan
komputer, mereka turut diajar mata pelajaran ICT di sekolah. Meningkatkan kemahiran di
dalam bidang komputer. Seperti apa yang kita tahu, zaman kini, penggunaan komputer adalah
salah satu kemahiran am yang perlu ada di waktu dewasa nanti. Ini akan memudahkan mereka
sewaktu mereka menjejakkan kaki di alam universiti dan pekerjaan nanti.

Proses pembelajaran melalui penggunaan ICT dan digabungkan dengan cara pengajaran
yang lama juga masih boleh dilakukan. Cuma ianya perlu disusun dengan rapi terlebih dahulu
supaya ianya mudah dikendalikan dan mudah difahami oleh murid-murid.
KELEMAHAN

PELUANG

BAHAYA

Anda mungkin juga menyukai