Anda di halaman 1dari 5

KISAH ASHABUL UKHDUD

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para
hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para
hadirin yang dihormati sekalian.

Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan


sebuah kisah yang terkandung daripada Al-Quran dan Hadis iaitu Kisah Ashabul
Ukhdud.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Syair:

Tersebutlah kisah di sebuah negara

Agama Yahudi diperintah raja

Kehebatan rajanya amat dihina

Membunuh rakyatnya amat kejamnya

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-
Buruj ayat 4-8;

4. Celakalah kaum Yang menggali parit,

5. (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran,


6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

7. Sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang
beriman.

8. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang Yang beriman itu
melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Terpuji!1

Para hadirin sekelian,

Dikisahkan daripada Suhaib al-Rumi r.a, Rasulullah s.a.w. telah bersabda


bahawa ada seorang raja pada zaman sebelum mereka. Raja itu mempunyai
seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah tua, dia berkata kepada raja,
“Sesungguhnya aku telah tua dan ajalku sudah pun hampir. Oleh itu carikanlah
untukku seorang pemuda supaya boleh kuajarkan sihir kepadanya”.

Maka seorang pemuda akhirnya dipilih untuk belajar sihir dengan orang tua
tersebut. Ketika dalam perjalanan menuju ke rumah tukang sihir dari istana
raja, dia melalui rumah seorang rahib (pendeta). Pemuda tersebut datang
kepada rahib tersebut dan mendengarkan ucapannya. Pemuda itu begitu
kagum dengan kata-kata rahib tersebut. Setiap kali apabila dia pergi ke rumah
tukang sihir, terlebih dahulu dia singgah di rumah rahib, untuk berbincang-
bincang.

Suatu hari, akibat lambat sampai di rumah tukang sihir, beliau telah dipukul.
Kemudian dia mengadu kepada rahib. Sang rahib berkata, “Jika engkau ditanya
sebab kelewatanmu dan takut dipukul tukang sihir, katakan sahaja padanya,
‘Aku terlambat kerana urusan keluargaku.’ Dan jika kamu khuatir dengan
keselamatanmu daripada dihukum keluargamu, maka katakanlah, ‘Aku
terlambat kerana belajar dengan tukang sihir.’”

Para hadirin yang saya hormati

Suatu ketika, dia telah menyaksikan seekor binatang besar yang menakutkan
menghalang jalan, sehingga tidak dapat melalui jalan tersebut. Maka pemuda
1
Surah Al-Buruj ayat 4-8
itu berkata, “sekarang aku akan mengetahui siapakah yang lebih benar dan
dicintai Allah, rahib itu atau ahli sihir.” Setelah itu dia mengambil batu seraya
berkata, “Ya Allah, jika si rahib itu benar dan engkau redai berbanding tukang
sihir maka matikanlah binatang ini, sehingga manusia dapat melepasi
halangannya.” Dia lantas melemparkan batu itu kepada binatang tersebut lalu
mati dengan izin Allah.

Maka dia memberitahu hal itu kepada rahib. Lalu rahib berkata, “Wahai
anakku, kini darjatmu telah menjadi lebih tinggi di sisi Allah daripada diriku.
Suatu hari nanti engkau akan diuji. Pada saat itu janganlah engkau ceritakan
tentang diriku dan keadaanku.”

Mulai saat itu, pemuda itu diberikan kemampuan menyembuhkan orang buta,
sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua-
dua tangannya. Pada masa yang sama, terdapat seorang pegawai raja yang
buta. Apabila mendengar tentang pemuda yang mampu mengubati pelbagai
penyakit, dia datang membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata,
“Sembuhkan aku dan kau boleh memiliki ini semua.” Pemuda itu menjawab,
“Aku tidak boleh menyembuhkan orang. Yang boleh menyembuhkan ialah
Allah s.w.t. Jika kau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada-Nya, Insya
Allah Dia akan menyembuhkanmu.” Lalu dia beriman kepada Allah dan Allah
telah menyembuhkannya.

Kemudian dia datang mengadap raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala.
Raja bertanya, “Siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?” Dia menjawab,
“Tuhanku!” Raja bertanya lagi, “Apakah engkau mempunyai Tuhan selain aku?”
Dia menjawab, “Tuhanku dan Tuhan Tuanku ialah Allah.” Raja itu lalu
menyeksanya, sehingga akhirnya dia memberitahu berkenaan pemuda
tersebut. Pemuda itu pun turut diarahkan untuk berjumpa dengan raja. Raja
berkata, “Wahai anakku, sihirmu telah mampu menyembuhkan orang buta,
sopak dan pelbagai penyakit lainnya.” Sang pemuda menjawab, “Aku tidak
mampu menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah
s.w.t”

Para hadirin sekelian,


Pemuda tersebut lalu diseksa tanpa henti, sehingga dia terpaksa memberitahu
tentang rahib. Kemudian sang rahib datang, dan raja berkata, “Kembalilah
kepada ajaran agamamu semula!” Namun dia menolak. Lalu raja meminta
pembantunya untuk mengambil gergaji. Kemudian gergaji itu diletakkan di
tengah-tengah kepalanya, lalu digergajinya kepala rahib tersebut hingga
terbelah menjadi dua.

Kemudia pegawai kerajaan yang dahulunya buta dipanggil agar menghadap


raja lalu dikatakan, “Kembalilah kepada agamamu semula!” Dia menolak. Lalu
dia dihukum dengan hukuman yang sama iaitu digergaji kepalanya hingga
terbelah dua.

Seterusnya tibalah giliran pemuda itu. Raja berkata kepadanya, “Kembalilah


kepada agamamu semula!” Dia juga menolak. Lalu raja itu memerintahkan
beberapa orang suruhan dengan berkata, “Bawalah dia ke gunung ini dan itu,
sesampainya kamu semua di puncak gunung, kalau dia mahu kembali kepada
agamanya semula, maka lepaskanlah. Tetapi jika tidak, maka lemparkan dia ke
dalam jurang.”

Mereka pun berangkat dengan membawa pemuda tersebut. Ketika sampai di


ketinggian gunung, sang pemuda berdoa, “Ya Allah, jagalah diriku daripada tipu
daya mereka, sesuai dengan kehendak-Mu.” Tiba-tiba gunung itu bergegar,
sehingga mereka tergelincir dan jatuh mati kesemuanya. Selamatlah pemuda
itu hingga kemudian dia pergi menemui raja. Raja bertanya, “Apa yang terjadi
dengan mereka?” Pemuda itu menjawab, “Allah menjagaku daripada mereka.”

Sang raja kemudian menghantarnya ke laut dengan beberapa orang pengawal


dalam sebuah perahu. Raja berkata, “Jika kamu semua berada di tengah lautan,
biarkan dia jika mahu kembali kepada agama semula. Jika tidak, lemparkanlah
dia ke dalam lautan.”

Sesampainya mereka di laut, sang pemuda berdoa, “Ya Allah, jagalah aku
daripada mereka, sesuai dengan kehendak-Mu.” Perahu itu lantas terbalik dan
mereka semua tenggelam, sementara sang pemuda dapat kembali lagi
menghadap raja. Raja pun hairan dan bertanya, “Apa yang terjadi dengan
pengawal-pengawalku?” Pemuda menjawab, “Allah menjagaku daripada
mereka.”
Akhirnya sang pemuda berkata, “Wahai Tuanku, Tuanku tidak akan dapat
membunuhku sehingga Tuanku melakukan apa yang kuperintahkan.” Raja
dengan tegas berkata, “Apa perintahmu?” Sang pemuda menjawab,
“Kumpulkanlah orang-orang di kawasan yang luas, lalu saliblah aku pada
sebatang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari sarung panahku, dan
letakkan di dada lalu ucapkan Bismillahi Robbil Ghulam ( Dengan nama Allah
Tuhan sang pemuda), dan panahlah aku. Jika Tuanku berkenan melaksanakan
perintahku bererti Tuanku dapat membunuhku.”

Maka raja pun mengumpulkan orang-orang di sebuah padang yang luas, dan
menyalibnya pada sebatang pohon, dan mengambil panah dari sarung
panahnya, kemudian meletakkannya di dadanya lalu mengucapkan, “Bismillahi
Rabbil Ghulam,” kemudian memanahnya tepat mengenai tulang rusuknya.
Pemuda itu meletakkan tangannya di bahagian yang terkena panah lalu
meninggal.

Menyaksikan tragedi ini maka orang-orang yang melihat berkata, “Amanna


Birabbil Ghulam” (kami beriman kepada Tuhan pemuda tersebut, kami beriman
kepada Tuhan pemuda tersebut, kami beriman kepada Tuhan pemuda
tersebut). Lalu seseorang datang menghadap raja dan berkata, “Tahukah
Tuanku, sesuatu yang pada masa ini Tuanku takutkan? Kini sesuatu yang sangat
Tuanku takutkan itu telah tiba, semua orang telah beriman!”

Raja lalu memerintahkan untuk membuat parit-parit (ukhdud) di beberapa


persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya, sang raja bertitah,
“Siapa yang menolak kembali kepada agamanya semula bakarlah atau
lemparkanlah ke dalam parit.” Orang-orang suruhan raja pun melaksanakan
perintah raja. Hingga tiba giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang
disusuinya. Ketika ibu tersebut teragak-agak untuk terjun ke dalam bara api,
tiba-tiba saja bayi itu berkata, “Ayuh! Wahai ibuku, sesungguhnya engkau
berada di jalan yang benar.”2

2
Hadis riwayat Muslim, 3005; Ahmad, 6/16; al-Tirmizi, 3340.