Anda di halaman 1dari 1

Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?

Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa
walaupun setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak
sesuai memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka
boleh dilatih untuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu
seperti  mekanik kereta, pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya
memandangkan kebolehan yang mereka miliki.  Ramai juga kanak-kanak autistik yang
didapati terencat akal dan mereka akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan
keupayaan intelek mereka.

Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal
pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan.  Matlamat latihan adalah
untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran
berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh.  Teknik-teknik
pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour
midification techique).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan
nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak
austisma supaya mereka sendiri  dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah. 
Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif latihan dan
rawatan untuk anak mereka. Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk
merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini,  masih belum ada ubat yang benar-benar
mujarab bagi merawat sebahagian besar kanak-kanak autistik.

Persatuan kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan
pendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-
masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak
sesuai.  Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan. Matlamat
kelas-kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta
melatih mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup
yang mungkin berguna  apabila dewasa.

Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk
terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi.  Ibu bapa yang mempunyai anak autistik
perlu mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah
yang dihadapi.

Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk


membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama
mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. 
Sekali-sekala, ibu bapa kanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama
jauh daripada anak autistik mereka. Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka
supaya mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga.

Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak
autistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-
negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai