Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A (60 markah)

1 Apakah maksud wawasan diri?


A Pencapaian terhadap diri, bangsa dan negara
B Disiplin diri untuk mencapai matlamat yang diingini
C Pandangan masa hadapan bagi mencapai matlamat diri
D Usaha yang gigih untuk mencapai kejayaan

2 Antara berikut merupakan tujuan seseorang itu memiliki wawasan diri, kecuali
A panduan bagi mendisiplinkan diri
B panduan untuk berbangga diri
C sebagai pendorong untuk mencapai cita-cita
D membantu merealisasikan wawasan negara

3 Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai wawasan diri?


I Melakukan perancangan
II Mengharapkan bantuan
III Menetapkan matlamat
IV Melaksanakan tindakan dan usaha
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

4 Antara berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan wawasan diri?


A Wawasan diri boleh diubah dari semasa ke semasa
B Kekuatan dan kelemahan diri mesti dipertimbangkan dalam membina wawasan diri
C Keupayaan mencapai wawasan diri akan memberi kebahagiaan
D Kita harus membuat penilaian dari semasa ke semasa terhadap tindakan dalam mencapai wawasan diri.

5 Perkembangan individu yang seimbang merangkumi aspek-aspek yang berikut, kecuali


A jasmani C intelek
B nilai D emosi

6 Antara berikut merupakan kepentingan perkembangan diri individu yang seimbang, kecuali
A melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang kuat
B melahirkan insan yang bersifat individualistik
C melahirkan insan yang berilmu, bermaruah, dan bertamadun
D melahirkan pemimpin yang baik dan berwibawa

7 Insan yang berilmu merupakan insan yang


A mempunyai pelbagai ilmu
B bijak menggunakan ilmu
C membiarkan ilmu tanpa dipraktikkan
D tidak menerima ilmu yang baru dipelajari

• Merupakan pemain skuasy nombor satu dunia


• Mendapat gelaran “Datuk” daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

8 Pernyataan di atas merujuk kepada


A Datuk Lee Chong Wei
B Datuk Abdul Malik Mydin
C Datuk Nicol Ann David
D Datuk Dr. Jemilah Mahmood
9 Antara berikut, pihak manakah yang bertanggungjawab untuk melahirkan insan yang seimbang dan
bersepadu dalam pelbagai aspek?
I Sekolah III Diri sendiri
II Keluarga IV Masyarakat
A I, II, dan III C II, III, dan IV
B I, III, dan IV D I, II, III, dan IV

10 Antara berikut merupakan prinsip-prinsip untuk mencapai kejayaan, kecuali


A setiap individu haruslah berani mencuba
B setiap individu haruslah lari daripada masalah
C setiap individu haruslah mempunyai perancangan masa depan
D setiap individu haruslah percaya bahawa usaha yang gigih pasti membuahkan kejayaan

11 Keluarga penting bagi masyarakat dan negara dalam aspek


A ekonomi, sosial, dan politik
B agama, ekonomi, dan sosial
C ekonomi, kemakmuran, dan kesihatan
D pembangunan, kesihatan, dan kewangan

12 Antara berikut merupakan ciri-ciri keluarga yang sihat, kecuali


A mengamalkan nilai agama dan moral
B tidak mengamalkan cara hidup yang sihat
C melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga
D tinggal di rumah yang lengkap dan sempurna

13 Antara berikut merupakan keperluan berkeluarga dari segi ekonomi, kecuali


A menyediakan tenaga kerja
B menjadi sumber pendapatan
C melahirkan pemimpin yang berkaliber
D menyediakan pasaran pengguna barangan

14 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri sebuah keluarga yang cemerlang?
A Keluarga yang hanya mengutamakan pendidikan akademik sahaja
B Keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab
C Keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang mementingkan diri sendiri
D Keluarga yang menjauhi sikap berkerjasama di antara satu sama lain

15 Antara berikut, yang manakah merupakan gejala sosial yang paling berbahaya?
A Vandalisme
B Penderaan kanak-kanak
C Penyalahgunaan dadah
D Penyalahgunaan teknologi

16 Apakah faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala sosial?


I Kurang didikan agama
II Pengaruh rakan sebaya
III Faktor persekitaran
IV Hubungan kekeluargaan yang erat
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV
17 Antara berikut, agensi manakah yang terlibat dalam menangani isu dan masalah sosial di negara kita?
I PEMADAM
II Bahagian Kemajuan Masyarakat ( KEMAS )
III Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
IV Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

Memusnahkan data yang disimpan di


dalam komputer atau merosakkan
komputer

18 Pernyataan di atas berkaitan dengan jenayah siber dalam kategori


A pencerobohan siber
B vandalisme siber
C cetak rompak siber
D undang-undang siber

19 Salah satu punca utama berlakunya penderaan kanak-kanak adalah kerana kebanyakan keluarga pada masa kini
terdiri daripada
A keluarga asas
B keluarga besar
C keluarga nukleus
D keluarga kembangan

Kerajaan menanggung kerugian kerana


terpaksa menyelenggara dan membaiki
kemudahan yang disediakan.

20 Kerugian di atas adalah disebabkan oleh perbuatan


A penyalahgunaan teknologi
B penyalahgunaan dadah
C gengsterisme
D vandalisme

21 Antara berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai aspek rohani yang teguh, kecuali
A berakhlak mulia
B terlalu berserah kepada nasib
C percaya kepada kewujudan Tuhan
D bersikap ikhlas dan jujur ketika menunaikan tanggungjawab

Berjaya berenang merentasi Selat Inggeris dalam


masa 17 jam 35 minit pada 3 Ogos 2003

22 Pernyataan di atas berkaitan dengan


A Daniel Bego
B Jeffry Ong
C Datuk Abdul Malik Mydin
D Datuk Azhar Mansor
23 Antara berikut merupakan kepentingan insan yang seimbang kepada negara, kecuali
A mewujudkan masyarakat yang bermaruah
B mewujudkan kumpulan pemimpin yang berketrampilan
C melahirkan masyarakat yang berilmu
D melahirkan masyarakat yang tidak berdaya saing

24 Insan yang bermaruah merupakan insan yang


A bijak menjaga kehormatan diri
B mementingkan diri sendiri
C sanggup menggadaikan maruah negara
D membiarkan negara diancam oleh musuh

25 Kepentingan individu yang seimbang adalah bagi melahirkan insan yang berilmu, bermaruah, mempunyai jati diri
yang kuat dan
A bertamadun
B berkeluarga
C angkuh
D beremosi

26 Apakah tujuan undang-undang jalan raya diwujudkan?


A Supaya pengguna jalan raya dapat menurunkan kadar kemalangan di jalan raya
B Supaya pengguna jalan raya boleh meningkatkan keselamatan diri dan orang lain
C Supaya pengguna jalan raya dapat mengelakkan diri daripada samseng jalan raya
D Supaya pengguna jalan raya selamat daripada kemalangan jalan raya

•Pusat pemulihan akhlak bagi pesalah juvenil


•Terletak di Telok Mas, Melaka
•Ditubuhkan pada tahun 1949

27 Pusat pemulihan di atas merujuk kepada


A Sekolah Henry Gurney
B Rumah Amal Cheshire
C Pusat Tunas Harapan
D Sekolah Pemulihan Akhlak

28 Mengapakah sebaran maklumat di dalam internet dapat dikaitkan dengan penyalahgunaan teknologi?
A Maklumat itu memberi keuntungan peribadi kepada penyebar dan orang lain
B Maklumat itu merupakan data rasmi sesebuah syarikat
C Maklumat itu berbentuk pandangan secara umum tentang sesuatu isu
D Maklumat itu merupakan pendapat yang menjatuhkan maruah seseorang

Menyebarkan perisian yang disalin secara tidak sah

29 Pernyataan di atas merupakan jenayah siber dalam kategori


A vandalisme siber
B cetak rompak
C mengubah suai maklumat
D menceroboh sistem maklumat dalam komputer
• Parut akibat sebatan
• Kesan cucuhan puntung rokok
• Tangan terseliuh
30 Kesan penderaan di atas merujuk kepada penderaan jenis
A emosi C fizikal B seksual D pengabaian

Anda mungkin juga menyukai