Anda di halaman 1dari 11

Bincangkan keperluan dan faedah Sekolah Bestari

1.0 Pengenalan

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah
masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, berilmu yang
berdaya saing dalam era informasi dan globalisasi maka inisiatif untuk mengintegrasikan
penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu.
Sehubungan itu, dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000), Kementerian Pendidikan
menjadikan teknologi maklumat sebagai keutamaan dalam pendidikan terutama di peringkat
sekolah.

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah
Bestari bertujuan menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti untuk meningkatkan pencapaian
Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah Bestari adalah satu daripada tujuh aplikasi perdana Koridor
Raya Multimedia atau (MSC). Sekolah Bestari adalah hasil daripada tindakan rombakan yang
sedia ada.

Konsep Sekolah Bestari ini membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya


dari segi proses pengurusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum. Sekolah
Bestari bertujuan untuk mewujudkan peluang yang sama bagi semua pelajar. Ia bukan sahaja
dibuka semata-mata untuk pelajar pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap
pelajar yang kuat atau lemah, kaya atau miskin bagi mencapai potensi sepenuhnya dalam cara
yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari
menekan pengurusan yang tidak berpusat dan berkembang dengan pembentukan staf yang
profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap bagi membolehkan sesebuah
sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Selain itu, Sekolah Bestari menggunakan aplikasi teknologi dalam pengurusan sekolah
dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri penting Sekolah Bestari adalah penggunaan
komputer sebagai alat terpenting dalam pengurusan maklumat. Ia juga berkaitan dengan
1
kepentingan teknologi untuk menghasilkan pekerja berilmu yang mampu menggunakan ilmu
dalam membuat keputusan, mencipta barangan baru dan cintakan budaya ilmu (A.B. Rahim
Selamat, 2000).

Dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, terdapat tiga aspek penting yang harus dihadapi oleh
perkhidmatan pendidikan. Pertama dalam penyediaan infrastruktur pelbagai media. Ia
merangkumi komputer dan perkakasan yang berkaitan, peralatan sliding video dan audia dan
juga infrastruktur komunikasi. Perisian pula mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet,
perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Aspek yang kedua ialah dari segi bahan kursus di mana perkongsian antara latihan
intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan
persekitaran yang baru. Hal ini penting untuk menghapuskan rasa ketidaksesuaian yang mungkin
akan wujud hasil daripada anjakan paradigma dalam perkaedahan dan peranan guru.

Manakala aspek yang ketiga adalah bahan kursus. Bahan kursus yang perlu disediakan
mestilah bahan kursus yang baru, terkini, dan mencukupi bagi semua mata pelajaran dan
pelbagai jenis pelajar. Bahan kurusu perlu  mempamerkan ciri-ciri seperti interaktif, mencabar
daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri dan penyediaan bahan yang bersesuaian
untuk pelajar yang lemah.

Pada awal pelaksanaannya, empat mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains telah diperkenalkan di Sekolah Bestari menggunakan teknologi
terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan adalah dalam bentuk perisian, direka oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tenaga
pengajar yang dipilih akan diberi latihan dalam perkhidmatan khasnya dalam bidang pedagogi
bagi menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari. Perkembangan Sekolah Bestari
telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam
reformasi pendidikan di Malaysia.

2.0 Konsep Sekolah Bestari

2
Perkembangan teknologi dan ledakan maklumat memerlukan kita mengkaji semula dan
seterusnya membuat anjakan paradigma dalam pendidikan khususnya berhubung dengan identiti
sekolah dan fungsi sekolah untuk mengubah proses pengajaran dan pembelajaran, persekitaran
pembelajaran, peranan guru, peranan pelajar dan pengurusan kurikulum selaras dengan
perkembangan era tersebut. Dengan ini, wujudlah gagasan Sekolah Bestari sebagai sebuah
organisasi yang dinamik. Terdapat beberapa definisi diberikan kepada konsep Sekolah Bestari.
Menurut Fiske (1991) dalam bukunya “Smart School, Smart Kids”, Sekolah Bestari adalah
sekolah yang berwajah baru yang menggambarkan cara-cara baru dalam menguruskan
persekolahan, pentadbiran sekolah, pengurusan bilik darjah, pengurusan masa dan penilaian
pelajar.

Manakala konsep Sekolah Bestari yang diutarakan oleh Perkins (1992) dalam bukunya
“Smart Schools: Better thinking and learning for everychild” menegaskan “smart schools wide
awake to the opportunities of better teaching and learning”. Beliau juga telah memberikan tiga
cirri utama Sekolah Bestari iaitu “informed, energetic, and thoughtful” kerana ini
menggambarkan Sekolah Bestari sebagai sekolah yang “thinking-centred” dan “learning-
centred.”

Menurut Mashitoh Yaacob dan Maharam Mamat (2001), Sekolah Bestari memberi
penekanan kepada perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberikan fokus kepada
bukan pada domain intelektual semata-mata tetapi juga domain afektif. Teknologi digunakan
untuk memperluas peranan pengajaran melampaui bilik darjah, mempertingkat kualiti pengajaran
ke arah akses kendiri, terarah dan mengikut kadar pembelajaran individu (Nafishah Hassan,
2007).

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah
Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berfikiran kreatif dan kritis. Teknologi sebagai
komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi
pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi pengajaran dan pembelajaran dan
pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi cabaran zaman maklumat. Sekolah
Bestari mewakili satu penciptaan semula persekitaran pembelajaran dan pengajaran, sistem
3
pentadbiran sekolah, proses sekolah dan lain-lain. Teknologi baru juga digunakan bagi
membolehkan transformasi sekolah biasa kepada Sekolah Bestari dapat dilakukan.

Matlamat pendidikan tidak boleh dipisahkan dengan matlamat negara iaitu untuk
mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 melalui wawasan 2020. Matlamat Sekolah Bestari
adalah menjurus ke arah melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan
inovatif, penyayang dan berakhlak mulia selaras dengan tuntutan dan cabaran pada masa kini dan
masa akan dating (A.B. Rahim Selamat, 2000). Selaras dengan matlamat ini, satu transformasi
yang menuntut kepada anjakan paradigma khususnya dalam aspek kurikulum, pedagogi,
penilaian, pengurusan dan pentadbiran akan dilaksanakan.

3.0 Tinjauan Literatur Sekolah Bestari

Dalam konteks penguasaan dan pembudayaan ICT, kajian yang dijalankan oleh pasukan
penyelidik daripada Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap program rintis
Sekolah Bestari mendapati hanya 23.9% daripada pengetua Sekolah Bestari mengambil berat dan
memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program rintis Sekolah Bestari (Mohammed Sani
dan Mohd Jasmy, 2002). Dapatan yang sama juga didapati daripada satu kajian yang dijalankan
oleh Baharom Mohamad (2002) yang meninjau tentang persepsi guru terhadap kepimpinan
pengajaran dalam kalangan pengetua dan guru besar dalam celek komputer di sekolah-sekolah di
negeri Johor. Hasil kajian menunjukkan peratusan guru yang mempunyai tahap kepuasan kerja
terhadap kepimpinan pengajaran dalam kalangan pengetua dan guru besar mereka adalah rendah
iaitu 24% bagi guru sekolah rendah dan 29.4% bagi guru sekolah menengah. Berdasarkan
kepada dapatan-dapatan kajian ini, sekolah perlu banyak memberikan tumpuan kepada budaya
peningkatan ilmu dan kemahiran terkini pemimpin serta guru, strategi dan amalan-amalan
pengurusan yang mempengaruhi perkembangan sosial dan moral pelajar-pelajar, amalan-amalan
guru serta kepercayaan warga sekolah yang merupakan intipati penting bagi mewujudkan
sekolah yang berkesan.

Selain itu, di bawah Sekolah Bestari, pembelajaran akan bercorak terarah kendiri,
mengikut kefahaman individu, berkesinambungan dan reflektif. Ini mengkehendaki pelajar
4
belajar sendiri secara berkumpulan atau pembelajaran kendiri manakala guru berperanan sebagai
pemudahcara atau fasilitator (Baharum, 1997). Sekolah Bestari adalah salah satu daripada
aplikasi perdana Multimedia Super Koridor (MSC) yang mewujudkan satu anjakan paradigma
dalam dunia pendidikan iaitu perubahan budaya sekolah daripada budaya memperolehi fakta dan
penggunaan ingatan kepada budaya yang berlandaskan ilmu, berfikiran kritis dan kreatif (KPM,
1997).

4.0 Isu Sekolah Bestari

Dalam pelaksanaan Sekolah Bestari ini, wujud kelemahan di mana tidak semua pelajar
mempunyai komputer di rumah. Kekurangan ini menyebabkan ramai pelajar ketinggalan. Malah,
tidak semua pelajar mampu mengaplikasikan ilmu ICT yang dipelajari. Peluang yang diberikan
kepada pelajar perlu digunakan semaksimum mungkin kerana mereka berpeluang
membangunkan dan menyesuaikan kebolehan ICT di luar waktu persekolahan. Namun, tidak
semua pihak sekolah membenarkan pelajar berbuat demikian. Masalah ini timbul kerana
pentadbir mempunyai persepsi bahawa pelajar yang tidak mampu menggunakan akan
merosakkan kemudahan ICT yang dibekalkan di sekolah. Tindakan ini menyalahi polisi dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat mewujudkan pelajar yang seimbang dan mampu
menguruskan kehidupan selepas menamatkan pengajian (Abd Ghani Jaafar, How Lee Chan, K.
Shoba A/P C. Karuppaya dan Bazrulzaman Baharom, 2005).

Selain itu, pelaksanaan projek Sekolah Bestari memerlukan pembiayaan kewangan yang
tinggi bagi membolehkan sekolah dibina dengan kemudahan infrastruktur media, kemudahan
sekolah serta latihan kepada guru. Bukan itu sahaja, malah masa pembelajaran menjadi lebih
lama berbanding pengajaran secara tradisional. Konsep Sekolah Bestari ini agak menyukarkan
guru untuk menyelaraskannya dengan kesesuaian sukatan pelajaran dan peperiksaan.

Masalah penyelenggaraan teknologi maklumat juga ada kalanya menjejaskan proses


pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku kerana ada sebahagian Sekolah Bestari yang hanya
mempunyai seorang guru IT ataupun tidak mempunyai guru yang khusus dalam bidang IT. Kos

5
penyelenggaraan yang tinggi menimbulkan masalah kepada guru dan pihak sekolah kerana
masalah ini melibatkan wang, tenaga dan masa.

5.0 Keperluan Sekolah Bestari

Projek Sekolah Bestari berasaskan kepada keperluan negara dari segi pembangunan ekonomi dan
masyarakat. Keperluan utama adalah untuk melahirkan tenaga pekerja berilmu bagi menampung
sektor industri di Malaysia yang dijangka akan mencapai status negara maju menjelang abad ke-
21. Teknologi akan menjadi pemangkin yang akan mempercepat dan mepermudah lagi proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan. Pelbagai transformasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sekolah, aplikasi perkakasan, perisian dan bahan
kursus, pentaksiran dan penilaian telah dirancang. Perubahan-perubahan ini sudah pastinya akan
mengubah corak tenaga kerja yang terlibat secara langsung dalam proses kerja berkaitan.

Perkembangan pesat dalam bidang multimedia ini memerlukan kepakaran yang


berterusan dalam kalangan tenaga kerja di setiap bidang dan lapangan. Pelbagai strategi telah
dirancang dan akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa. Bebanan tugas ini akan dan
seharusnya dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan yang berupaya mewujudkan masyarakat
yang bukan sahaja celik teknologi malah berupaya menimba kepakaran yang secukupnya bagi
mencapai hasrat kerajaan.

Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7) Kementerian Pendidikan telah diberi


mandat untuk memenuhi keperluan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang mahir dengan
teknologi multimedia di samping berupaya merekacipta teknologi tempatan. Pelbagai perubahan
sistematik telah dirancang secara komprehensif dalam mencapai matlamat pendidikan
bersesuaian dengan keperluan tenaga kerja bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Untuk mencapai hasrat ini, pendidikan merupakan elemen penting yang harus
ditransformasikan. Budaya persekolahan akan mengalami pelbagai perubahan dan transformasi
dalam arus perkembangan teknologi yang semakin pesat. Anjakan paradigma kepada budaya
yang berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolah perlu dilakukan. Sebaliknya, budaya
mementingkan peperiksaan perlu digantikan dengan budaya cintakan ilmu, kecenderungan
6
membuat penyiastan, bersifat ingin tahu dan rajin menerokai bidang-bidang ilmu baru serta
menghasilkan penemuan baru. Dengan ini, tenaga kerja yang dibekalkan kelak seharusnya
mempunyai literasi teknologi dan daya fikir yang tinggi, sanggup bersaing dalam persekitaran
kerja yang global dan menggunkan perkakasan-perkakasan yang tersedia dalam era teknologi
maklumat kini (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm&arc=hive).

Pelaksanaan Sekolah Bestari ini akan dapat merintis usaha ke arah pengajaran dan
pembelajaran bestari yang perlu dimulakan segera bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Negara dengan memberi tumpuan kepada pembinaan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, penekanan juga diberi dalam usaha mencapai
matlamat bagi menghasilkan tenaga kerja yang mempunyai literasi teknologi yang tinggi,
perkembangan dan pembangunan keupayaan dan kebolehan individu, melaksanakan
pendemokrasian pendidikan serta penglibatan dari semua pihak (stake-holders) yang terlibat
dalam proses pendidikan (Abd Ghani Jaafar, How Lee Chan, K. Shoba A/P C. Karuppaya dan
Bazrulzaman Baharom, 2005).

6.0 Faedah Sekolah Bestari


I. Budaya pembelajaran

Kewujudan Sekolah Bestari ini menjadikan para guru menjadi lebih peka terhadap keperluan di
dalam memenuhi diri untuk menghadapi perubahan ini. Para guru selepas pembestarian sekolah
diharap dapat menyediakan diri dengan lebih banyak kepakaran seperi celik IT, penguasaan ilmu
yang mantap, penguasaan komunikasi yang lengkap, bersifat lebih kreatif dan inovatif serta
mewujudkan penglibatan yang lebih kepada pelajar.

7
Konsep Sekolah Bestari menerapkan konsep demokrasi di mana pelajar lebih berhak
menentukan apakah yang dimahukan dalam proses pembelajaran dengan cara pemikiran yang
lebih menyeluruh dan menekankan tanggungjawab pelajar terhadap apa yang dipelajarinya.
Perubahan yang dimaksudkan ini juga secara langsung mengubah daripada pembelajaran secara
ingatan ke arah pembelajaran yang boleh menjadi pemangkin ke arah berfikiran kreatif untuk
memenuhi semua kebolehan dan gaya pembelajaran.

Selain itu juga, pelajar lebih bertindak aktif dan berani dalam membuat sebarang keputusan
dan bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut. Komunikasi melalui internet membolehkan
interaksi wujud di antara pelajar dan guru dalam membantu proses pembelajaran
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm&arc=hive).

II. Guru

Keberkesanan sistem pendidikan Sekolah Bestari berkait rapat dengan peranan guru sebagai
pembimbing atau fasilitator. Penekanan terhadap peranan guru sebagai fasilitator juga telah
membuka ruang untuk memahani bahawa proses pembelajaran adalah untuk memperbaiki
kemahiran pengurusan, kepimpinan dan motivasi di dalam diri pelajar ketika proses
pembelajaran dilaksanakan. Melalui peranan ini kita dapat lihat bahawa perhubungan di antara
pelajar dan guru wujud di mana guru hanya sebagai pembuka jalan terhadap sesuatu idea, dan
pelajar adalah yang bertanggunjawab meneruskan penerokaan terhadap pencarian maklumat
tersebut.

III. Keperluan ICT dalam pembelajaran

Terdapat bantuan ICT di dalam pengajaran membolehkan guru menjadi lebih kreatif dalam
mempelbagaikan cara penyampaian untuk menarik minat pelajar mendalami dan mengambil
bahagian di dalam kelas. Pelajar akan lebih cenderung untuk bermotivasi dalam proses
pembelajaran sekiranya mereka berasa proses pembelajaran tersebut tidak membosankan.
Motivasi ini dapat dicungkil dengan bantuan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, inovatif
8
dan menarik daripada guru yang terlibat. Situasi ini sudah semestinya dapat diwujudkan
sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaran dengan bantuan bahan dan media hasil dari
kepelbagaian perkembangan teknologi.

Selain itu, komitmen kerajaan ke arah langkah memperkasakan kemahiran ICT dalam
kalangan guru bestari amat menggalakkan. Empat syarikat swasta iaitu Time Engineering,
Microsoft Malaysia, Prestariang Technology Sdn. Bhd, dan Intel Malaysia telah terlibat di dalam
memberi latihan ICT kepada guru dan sama-sama berhasrat untuk memartabatkan profession
perguruan. Oleh hal yang demikian, kepentingan ICT dan Sekolah Bestari tidak dapat dipisahkan
untuk melahirkan para guru yang dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan
teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan
kreatif (http://motivasiutusan.4mg.com/pendidikan_bertaraf_dunia.htm). Teknologi juga dapat
melahirkan guru yang mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran ICT seterusnya
dapat membantu menjayakan proses pembelajaran.

IV. Kemahiran kendiri

Sistem pendidikan bestari mengubah peranan guru sebagai fasilitator yang juga telah
memperlihatkan kepentingan kewujudan komunikasi dua hala di antara pelajar dan guru.
Komunikasi dua hala ini secara langsung telah menambahkan tanggungjawab guru untuk
melengkapkan dan memperkayakan diri dengan kemahiran komunikasi yang efektif seperti
kemahiran mendengar, dan kemahiran komunikasi antara perorangan.

Selain itu, guru juga harus melengkapkan diri dengan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritikal bagi menggalakkan proses komunikasi yang baik di dalam kelas. Kemahiran guru
berfikir secara kritikal dapat menyediakan guru ke arah menjadi seorang fasilitator yang efektif.
Komunikasi yang berkesan secara langsung dapat memastikan proses penyampaian maklumat
dijalankan dengan berkesan seterusnya pelajar dapat memperolehi ilmu dan mengaplikasikannya.

9
Sistem Sekolah Bestari juga telah melahirkan kebolehan para guru dalam teknologi dan
komunikasi ICT tanpa mengira latar belakang dan dapat memotivasikan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Marzita, 2005).

V. Pengurusan

Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan
cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajaran. Sokongan pengetua
dalam mengaplikasikan polisi-polisi untuk membantu ke arah pembentukan sekolah yang
berkonsepkan bestari adalah lebih jelas sekiranya pengetua memahami keperluan sumbernya.
Pengetua yang bestari dapat menilai keperluan latihan dan pembangunan yang diperlukan oleh
guru untuk memantapkan diri mereka dan seterusnya mengubah polisi yang sepatutnya diubah
dalam sistem pendidikan bestari ini. Bukan guru sahaja, malah keperluan staf sokongan sekolah
juga harus diambil kira bagi membolehkan mereka mengadaptasi perkembangan teknologi ke
arah pembestarian sekolah. Seterusnya, wujud perhubungan antara Sekolah Bestari dan agensi
kerajaan yang dapat membantu meringankan keperluan bagi memenuhi sumber terhad yang
mungkin dihadapi oleh pihak pengurusan.

7.0 Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan, potensi dan keupayaan ICT sebagai pemangkin kepada perubahan
membawa implikasi yang besar kepada idea semasa kita berkenaan ilmu pengetahuan, proses
pengajaran dan pembelajaran dan perhubungan serta peranan di antara guru dengan pelajar.

Kejayaan dalam melaksanakan Sekolah Bestari ini sebenarnya bergantung kepada


beberapa perkara seperti komitmen sekolah membuat anjakan paradigma dalam budaya dan
proses kerja, sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa pelajar, polisi atau dasar, norma
dan panduan yang sesuai bagi menyokong sekolah. Amalan-amalan pentadbiran yang cekap dan
berkesan di setiap sekolah, agihan teknologi maklumat (IT) yang mencukupi juga membolehkan
10
Sekolah Bestari berfungsi dengan baik (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm&arc=hive).

Idea melahirkan Sekolah Bestari telah menjadi satu manifestasi bagaimana seharusnya
proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru dan pelajar dilaksanakan bagi melahirkan
pelajar yang berdikari dan berfikiran kreatif dan berdaya maju. Pengurusan sekolah pula harus
dilaksanakan dengan berlandaskan konsep berfikir berasaskan teknologi dengan menggabungkan
sumber manusia dan sumber bukan manusia. Pelaksanaan ini menerangkan tentang anjakan
paradigma yang perlu dilakukan oleh pihak yang telibat seperti guru dan para kakitangan
sekolah. Pengwujudan Sekolah Bestari juga telah mendedahkan betapa pentingnya guru
mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif disamping memahirkan diri di dalam tugas yang
dipertanggungjawabkan. Peranan pelajar bestari semakin berkembang dengan kebolehan
mengakses maklumat dan melaksanakan pembelajaran kendiri
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm&arc=hive).
Perubahan yang berlaku ke atas guru dan pelajar sahaja tidak akan dapat menjayakan
pelaksanaan Sekolah Bestari jika tidak mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya
pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, semua pihak di dalam sistem pendidikan harus memainkan
peranan dan berhadapan dengan sebarang perubahan yang menjurus ke arah menjayakan hasrat
kerajaan mewujudkan Sekolah Bestari di dalam pendidikan negara ini.

11

Anda mungkin juga menyukai