Anda di halaman 1dari 9

http://akademik.upsi.edu.my/webportal/index.php?

option=com_content&task=view&id=36&Itemid=94

MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION INVENTORY (MEdSI)

Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan tenaga
kerja mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini
memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai
dengan bidang-bidang yang diperlukan negara. Untuk merealisasikan matlamat
tersebut, pemilihan calon guru harus dibuat dengan lebih objektif berdasarkan ujian
dan temu duga. Seperti yang diketahui umum, bukan semua individu sesuai untuk
menjadi guru.

Berdasarkan matlamat di atas, satu instrumen telah digubal oleh Jawatankuasa


Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat
Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada
pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke
program pendidikan di IPTA.

Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:

1. Personaliti
2. Minat Kerjaya

3. Nilai Integriti

4. Kecerdasan Emosi

Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan
menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai
dengan diri calon.

Pelaksanaan
MEdSI dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi memastikan calon guru yang
dipilih adalah sesuai dari segi personaliti, minat kerjaya, integriti dan kecerdasan
emosi.

Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.

HAK CIPTA TERPELIHARA


Dokumen MEdSI adalah sulit dan terkawal. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dalam apa jua
bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
MEdSI

Apa itu MEdSI?

 Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).


 Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada ada calon layak untuk
mengikuti kursus perguruan.

 Ujian ini adalah untuk memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk
mejadi guru dan mempunyai kebolehan untuk mengajar.

 Semua calon yang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda pendidikan
di universiti awam mesti melalui dua peringkat tapisan, iaitu ujian Medsi dan temu
duga mulai sesi akademi 2007/2008.

Syarat-syarat menduduki MEdSI

 Pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf yang layak, akan menghadiri ujian
MEDSI.
 Pemohon yang memenuhi Syarat AM dan Syarat Khas Program Pendidikan di IPTA
sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki Ujian MEdSI ini.

Panduan MEdSI

 Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di
laman Web www.mpm.edu.my
 NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI
ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web
www.mohe.gov.my

 SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan
Malaysia).

 TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

 MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan
1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.

 Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP
PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan
PERSONALITI GURU.

 Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1
JAM.

 JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

 Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara
AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan
pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat
program yang dipohon atau tidak.
 Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.

 Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke
Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI
(Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

4 komponen khusus MEdSI uji calon guru

1. Menyaring calon yang memiliki ciri pendidik berkualiti.


2. Personaliti sesuai sebagai guru, termasuk perwatakan dan penampilan yang
menepati keperluan profesion berkenaan.

3. Mengenal pasti calon yang benar-benar meminati bidang kerjaya berkenaan, bukan
sekadar menyertainya sebagai pilihan terakhir kerana masalah pengangguran.

4. Nilai integriti yang merupakan antara aspek penting untuk menjadi guru berwibawa
dan mampu menjana kecemerlangan pelajar.

Perbezaan Mtest, MEdSI, INSAK

 Mtest - untuk pemohon yang memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) di


bawah Maktab Perguruan
 MEdSI - untuk pemohon yang memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan/Diploma
Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI) di IPTA

 INSAK - untuk pemohon yang memohon KPLSPM di bawah Maktab Perguruan

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pemohon boleh menghubungi terus ke
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengurusan IPT, KPT di talian 03-
88835801/5802, helpline: 03-88835848 atau hotline 03-88835858

Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah telah berjuang selama 25 tahun dalam dunia
kaunseling sebagai bidang pengajian dan praktis. Dengan mengaplikasi bidang
pengkhususan sebagai perantara, beliau telah menyumbang secara ilmiah dalam beberapa
aspek kaunseling khususnya Kaunseling Kerjaya dan Penilaian dalam Kaunseling. Kini
beliau memegang jawatan Timbalan Dekan (Akademik), Fakulti Pengajian Pendidikan.
Beliau juga merupakan Ahli, Lembaga Penasihat Kaunselor Malaysia; Fello, Penyelidik
Institut Belia Negara; Pengamal Berlesen dan Kaunselor Berdaftar; Ahli Majlis Persatuan
Kaunseling Malaysia; dan Ketua Editor, Jurnal PERKAMA. Selain mengajar beliau juga telah
menghasilkan beberapa penemuan baru yang berkaitan dengan ilmu kaunseling. Beliau
telah memperkenalkan satu pendekatan baru dalam kaunseling yang dikenali sebagai
‘Kaunseling Berorientasikan Matlamat’ dan ‘Model Perkembangan Kerjaya Bersepadu’.
Beliau telah menerbitkan lapan buah bertajuk Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis,
Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling, Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan
Praktis, Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik,
Muslim Religiosity and Personality Indexing: Implication for Nation Building, Handbook on
Social Skills and Social Values in Technical Education and Vocational Training, Manual
Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan Panduan Rasmi MEdSI . Beliau
juga telah berjaya menghasilkan Inventori Personaliti Sidek (IPS), Inventori Minat Kerjaya
Sidek (IMKS), dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) dan Inventori Personaliti Warna
(IPW). Kesemua ujian-ujian ini telah digunakan secara meluas di Malaysia khususnya dalam
kaunseling kerjaya. Dalam bidang latihan dan pengembangan, beliau aktif mengendalikan
latihan dan pengembangan dalam pelbagai kapasiti, di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Ketika ini  beliau mengetuai tiga projek utama di peringkat kebangsaan iaitu
sebagai Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Ujian MEdSI; Pengerusi, Ahli
Jawatankuasa Perunding Pembinaan Ujian Malaysian University Selection Inventory
(MUnSyI) dan Ketua Projek kajian Exit Survey di bawah pembiayaan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.

http://www.educ.upm.edu.my/direktori/sidek.htm

ARKIB : 14/05/2009

Komitmen guru tingkatkan sistem pen didikan

Oleh MARZITA ABDULLAH

KUALITI sistem pendidikan tidak boleh me ngatasi kualiti guru-guru. Dengan perkataan lain
guru yang sebenarnya menjamin kualiti sistem pendidikan di sesebuah negara.

Laporan Mckinsey ini diakui oleh semua sistem pendidikan di seluruh dunia. Oleh itu,
falsafah ini selaras dengan tema Hari Guru Kebangsaan 2009 iaitu Guru Pembina Negara
Bangsa. Guru berkualiti adalah suatu ke mestian dan bukan lagi keistimewaan dalam
konteks pendidikan di negara ini.

Ini juga ditekankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan
Profesionalisme Keguruan) Datin Asariah Mi or Shaharuddin bahawa berkualiti itu mesti ada
dalam diri seseorang guru.

“Guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa
depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita perlu sentiasa
relevan dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu kemestian jika kita hendak
berjaya dan mencapai hasrat Wa wasan 2020,” tegasnya.

Kementerian Pelajaran katanya bertang gungjawab menghasilkan guru berkualiti dan kerana
guru berkualiti menjamin ‘kemen jadian’ pelajar dari segi prestasi dan sahsiah.

“Ini juga ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu kemenjadian
adalah outcome yakni kita menekankan tentang pencapaian, hasilnya bukan output.
Misalnya kita latih seratus orang kita keluarkan seratus orang tetapi outcome ataupun
kesannya adalah kepada pelajar. Kalau guru itu berkualiti maka pelajar akan menjadi insan
yang kamil dan cemerlang,” katanya.

Berdasarkan tema Guru Pembina Negara Bangsa ini juga beliau melihat peranan guru amat
penting dalam membina negara bangsa justeru pelancaran buku Standard Guru Malaysia
(SGM) pada 16 Mei ini amat penting dalam memenuhi tuntutan kualiti berkenaan.

SGM menekankan tiga stan dard yang harus menjadi pe gangan bagi guru iaitu amalan nilai
profesionalisme keguru an, pengetahuan dan kefaha man dan kemahiran pengaja ran dan
pembelajaran (P&P).

Guru akan membuat pena rafan kendiri dengan melihat instrumen, melihat dirinya ber
banding dengan standard yang telah dimaktubkan dalam SGM. Keperluan penarafan kendiri
adalah untuk guru me nambah baik kualiti diri dan tugas masing-masing.

“Mereka menggunakan ins trumen ini boleh mengetahui di mana diri dia, dia boleh berusaha
mencapai standardnya yang kita tetapkan. Guru sendiri ataupun pihak-pihak tertentu boleh
juga membuat penilaian terhadap guru,” katanya.
Namun tegas Asariah, SGM bukan suatu penilaian untuk menghukum guru dan bukan untuk
dikuatkuasakan tetapi hanya untuk diuar-uarkan bahawa guru di negara ini mem punyai
standard kualitinya sendiri seperti gu ru di negara lain terutama negara maju.

Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan akan me lihat di
mana diri mereka dalam sistem. Bagi guru yang sering tertanya tentang ‘berkualiti’, apa
standard yang mereka perlu ada maka SGM adalah petunjuknya.

Walaupun pembikinan SGM berasaskan ne gara luar namun penanda arasnya dibangun
kan dalam konteks dan budaya serta amalan nilai-nilai masyarakat negara ini.

Melahirkan guru berkualiti dan guru ce merlang pokok pangkalnya adalah bermula daripada
pengambilan calon dan latihan yang diikuti oleh guru-guru berkenaan. Justeru kata Asariah,
pengambilan guru yang ber kualiti bukan sahaja dengan kelayakan aka demik tetapi
mengenal potensi seseorang itu yang boleh digilap untuk menjadi guru yang berkesan.

“Untuk itu calon perlu me lalui ujian Malaysian Teacher Selection Test (MTest). Perkara
yang kita tekankan ialah dari segi kematangan fikiran dan dalam MTeST itu ada satu kom
ponen iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), yang me nekankan aspek yang kita kenal
pasti daripada guru-guru selain adanya Malaysia Educations Se lection Inventory (MEdSI)
oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA)’’ katanya.

Kementerian Pelajaran sen tiasa berusaha mencari jalan untuk menambah baik cara
pengambilan guru-guru baru dan mengenal pasti calon yang ada potensi untuk dibangunkan
sebagai insan guru yang berkesan.

Selain daripada ujian ini, calon-calon juga dikehendaki menghadiri temu duga untuk
mengenal pasti kebolehan berkomunikasi, kematangan berfikir, cara menyampaikan idea
dan berhujah dan ini telah diperke nalkan sejak 10 tahun yang lalu.

Kini Kementerian Pelajaran sendiri amat berbangga bahawa trend permohonan guru tidak
lagi menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan akhir. Apatah lagi baru-baru ini bagi
permohonan bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) banyak
calon yang memohon adalah mereka yang mempunyai keputusan SPM cemerlang malah
memperoleh keputusan 13 1A.

“Mereka meletakkan pilihan keguruan se bagai pilihan pertama berbanding lapan pi lihan
yang lain. Bagi saya, itu telah mem perlihatkan kejujuran dan keikhlasan mereka untuk
menjadi guru,” katanya.

Jika di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru menjalani latihan dan apabila mereka
keluar menjadi guru baru, mereka terus dinilai melalui Program Jaminan Kua liti yakni
apabila ditempatkan di sekolah. Di sana mereka wajib meminta dinilai oleh guru besar dalam
tempoh enam bulan pertama mereka ditempatkan di sekolah.

Mereka dinilai daripada personaliti, P&P, kokurikulum dan aspek pengurusan dan dari
semasa ke semasa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan memantau prestasi guru.

“Selepas enam bulan guru besar akan me mulangkan semula borang penilaian kepua san
pelanggan kepada IPGM dan kita me nganalisis, apakah pandangan Guru besar terhadap
prestasi guru-guru ini selama enam bulan,” katanya.
Dan untuk itu IPGM telah menetapkan kualiti standard bahawa guru baru mesti melepasi
sekurang-kurangnya 80 peratus da ripada standard kualiti guru permulaan yang ditetapkan.

Pada 2008, guru keluaran IPGM telah me lepasi standard kualiti guru permulaan yang
ditetapkan dan ini memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000 Kementerian Pelajaran.

Menyedari latihan praperkhidmatan itu ti dak boleh menjamin seorang guru untuk kekal
berkualiti berkhidmat dalam tempoh 30 tahun akan datang maka program latihan dalam
perkhidmatan guru amat penting agar mereka sentiasa mempertingkatkan kema hiran dan
pengetahuan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Kemen terian Pelajaran menyediakan peluang untuk guru
menambah ilmu, mendapatkan kema hiran dan kursus motivasi agar mereka peka tentang
tugas dan tanggungjawab dan ke cintaan mereka terhadap profesion ini.

Mulai tahun lalu, Ketua Pengarah Pela jaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sendiri telah
mengarahkan peruntukan terus kepada sekolah untuk melaksanakan latihan dalam
perkhidmatan berasaskan sekolah.

Tahun ini sahaja, kira-kira RM47 juta telah diperuntukkan kepada semua sekolah untuk
sekolah menjalankan latihan di samping kur sus yang diadakan oleh IPGM dan pihak lain.

Dengan peruntukan itu guru besar melalui jawatankuasa latihan perkhidmatan peringkat
sekolah akan membuat analisis keperluan la tihan dalam kalangan guru mengenai bidang
yang diperlukan oleh guru dan pada pandangan Guru besar memang guru itu
memerlukannya.

Mereka boleh mendapat khidmat dari IPGM atau pensyarah untuk datang ke se kolah
melaksana kursus atau menghantar guru mengikuti kursus yang diperlukan.

Kata Asariah, cabaran untuk melahirkan guru yang berkualiti adalah tanggungjawab
bersama dan masyarakat tidak boleh me letakkannya kepada satu-satu pihak sahaja
sebaliknya semua pihak bertanggungjawab, misalannya pihak IPGM bertanggungjawab
melahirkan guru permulaan yang berkualiti.

Apabila guru ini ditempatkan di sekolah, sekolah pula perlu menyambut dan menyo kong
agar guru ini dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Justeru IPGM me ngalu-
alukan maklum balas daripada guru besar dan pengetua mengenai perkara yang perlu
ditambah baik.

“Ini kesedaran kita. Setelah keluarkan pro duk kita, kita hantar kepada pelanggan. Pe
langgan beri maklum balas apa yang perlu ditambah baik dan kita mengharapkan pihak
sekolah terus membimbing guru.

“Maklumlah guru yang baru ini, walaupun sudah menjalani latihan selama empat tahun
mereka perlu masa menyesuaikan diri. Untuk itu mereka memerlukan bimbingan yang
berterusan daripada pihak sekolah,” katanya.

Menurut beliau, latihan permulaan tidak mencukupi sebaliknya guru perlu latihan berterusan
untuk pengetahuan, kemahiran dan sikap tentang cara mereka perlu ber depan dan
menangani cabaran semasa.
Justeru, kata Asariah, sokongan, komit men, kerjasama dan keterbukaan semua war ga
pendidik menyahut cabaran itu merupa kan kunci kejayaan warga pendidik dan sis tem
pendidikan itu sendiri. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0514&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Negara kurang guru?

BAGI memenuhi keperluan yang semakin mendesak, kerajaan akan menambah jumlah
pengambilan guru ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari semasa ke semasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan menambah
pengambilan guru itu diambil berikutan keperluan guru semakin mendesak terutama di
kawasan bandar yang mengalami kadar pertumbuhan pesat penduduk.

Namun, persoalannya, adakah benar kita masih mengalami kekurangan guru walaupun
setiap tahun, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG)
melakukan pengambilan baru. Apatah lagi, kerjaya sebagai pendidik memang popular di
negara ini.

Justeru, ke mana hilangnya bakal guru yang ditawarkan mengikuti program pendidikan IPTA
dan IPG itu? Adakah mereka berkemungkinan 'kecundang' sebelum layak untuk menjadi
pendidik?

Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa, berkata sememangnya negara masih mengalami
masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG
dilakukan.

Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang


dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

"Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500
pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini.

"Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi
kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya.

Jika dilihat bilangan pelajar yang diperlukan untuk mengisi jawatan guru sekolah menengah
empat tahun lagi, ia sangat mencukupi dan masalah kekurangan guru seharusnya tidak
berlaku.

Namun, menurut Zakariah, masalah kekurangan guru tetap dihadapi disebabkan tidak
punya calon yang sesuai dan benar-benar boleh menjadi guru yang diinginkan.

"Ketiadaan calon ini bukan disebabkan ketiadaan pelajar yang menghantar permohonan,
namun ia disebabkan kegagalan mereka melepasi tahap saringan ditetapkan.

"Contohnya, mereka yang ditawarkan untuk mengikuti program perguruan di UPSI perlu
lulus Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia (MEdSI) sebelum sesi temu duga khas.

"Kegagalan mereka di ujian MEdSI itu secara tidak langsung mengurangkan jumlah
pengambilan dan calon yang diunjurkan kementerian bagi mengisi kekosongan jawatan guru
empat tahun akan datang tidak menepati apa yang diinginkan," katanya.

Kegagalan calon melepasi saringan itu secara tidak langsung mengurangkan jumlah
pengambilan pelajar diperlukan.

"Selain itu, selepas menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah, mereka secara
automatik di bawah seliaan kementerian dan sekali lagi perlu lulus Ujian Inventori Sahsiah
Keguruan (Insak) sebelum dihantar ke mana-mana sekolah.

"Andai ujian itu gagal, mereka tidak akan bergelar pendidik dan ia menjadikan jumlah guru
yang dikehendaki tidak tercapai serta menyebabkan masalah guru berkurangan," katanya.

Faktor kekurangan guru disebabkan graduan memilih subjek yang akan dikendalikan
mereka tidak benar sama sekali.

Ini kerana, sepanjang mengikuti pembelajaran, mereka diberi dua subjek mengikut
kelayakan dan kementerian tidak akan mengarahkan mereka mengajar subjek yang bukan
dalam bidang kepakaran mereka.

Zakariah berkata, negara mengalami masalah kekurangan guru juga disebabkan sikap
pemohon yang sambil lewa dalam pemilihan kursus.

"Masalah yang sering kita hadapi bagi pelajar lepasan IPTA yang mahu mengambil Diploma
Perguruan di UPSI ini adalah kesilapan memilih kursus.

"Sebagai contoh, di IPTA, pengkhususan yang diambilnya adalah Sains Pertanian dan
apabila memohon, dia mahu mengambil subjek Sejarah. Apabila masalah ini berlaku, kita
tidak akan memproses permohonannya," katanya.

Menurutnya, masalah kekurangan guru itu juga berpunca daripada ketidaksesuaian calon
untuk mengajar sesuatu mata pelajaran. Kuota pengambilan guru untuk subjek agama
misalnya, cukup sukar dipenuhi disebabkan calon tidak memenuhi kriteria kelayakan.

"Bagi mengelakkan masalah kekurangan guru daripada berterusan, pemohon perlu memilih
subjek yang diingini berdasarkan kelayakan masing-masing di samping minat terhadap
subjek pengajaran bagi mengelakkan mereka sendiri berasa tertekan apabila bergelar guru
kelak," katanya.

Menariknya, menurut Zakariah, masalah guru yang berhenti selepas dihantar ke kawasan
pedalaman bukanlah sesuatu yang ketara. Ini kerana, guru berkenaan sudah diberi
pendedahan awal mengenai bidang pengajaran di pedalaman menerusi latihan persediaan.
Di UPSI misalnya, calon guru diberi pendedahan dengan dihantar ke kawasan pedalaman
terlebih dulu bagi membiasakan mereka dengan kawasan terbabit sebelum mula mengajar.
Justeru, masalah keengganan mengajar di kawasan pedalaman bukanlah sesuatu yang
membebankan calon guru berkenaan sehingga rela melepaskan jawatan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20090622085117/Article
/index_html

Anda mungkin juga menyukai