Anda di halaman 1dari 5

Pilih penulisan angka / lambang bilangan yang betul dalam ayat di

bawah.

1. Ahmad menonton drama itu sampai tiga kali.

2 Ayah memesan tiga ratus telur ayam.

3. Sani berjaya mengumpul tiga ratus lapan puluh satu mata


dalam pertandingan itu.

4. 98 orang memberikan persetujuan, 15 suara tidak bersetuju dan


5 orang tidak mengundi.

5. Lima belas orang terkorban dalam kemalangan itu.

6. 15 orang terkorban dalam kemalangan itu.

7. Profesor Ghazali mengundang 250 orang tetamu.

8. Dua ratus lima puluh orang tetamu diundang oleh Profesor


Ghazali.

9. Kerajaan baru sahaja mendapat pinjaman sebanyak 250 juta


ringgit

10. Kerajaan baru sahaja mendapat pinjaman sebanyak 250 000


000 ringgit.

11. Di dalam almari itu tersimpan 80 (lapan puluh) buah buku.

12. Saya lampirkan resit terima sejumlah $999.00 (Ringgit


sembilan ratus sembilan puluh sembilan sahaja .
PENULISAN ANGKA DAN LAMBANG BILANGAN

1. Lambang bilangan yang dapat dinyatakan dengan satu atau dua kata
ditulis dengan huruf kecuali jika beberapa lambang bilangan digunakan
secara berurutan seperti dalam pemerincian dan pemaparan.

2. Lambang bilangan pada awal ayat ditulis dengan huruf. Jika perlu,
susunan ayat diubah sehingga bilangan yang tidak dapat dinyatakan
dengan satu atau dua kata tidak terdapat lagi pada awal ayat.

Contoh : Tujuh belas orang terkorban dalam kemalangan itu.


Bukan : 15 orang terkorban dalam kemalangan itu.

Pak Sako mengundang 250 orang tetamu.


Bukan : 250 orang tetamu diundang oleh Pak Sako
: Dua ratus lima puluh orang tetam diundang oleh
Pak Sako.

3. Angka yang menunjukkan bilangan yang besar dapat dieja sebahagian


supaya lebih mudah dibaca.

380 ribu juta

4. Kecuali dalam dokumen rasmi seperti akta, undang-undang, bilangan


tidak perlu ditulis dengan angka dan huruf sekaligus dalam teks.

5. Jika bilangan dilambangkan dengan angka dan huruf, penulisannya harus


tepat.

$ 888 (Ringgit lapan ratus lapan puluh sahaja)

6. Penulisan lambang bilangan yang mendapat akhiran -an ditulis seperti


berikut

tahun 50-an atau tahun lima puluhan


wang 5000-an atau wang lima ribuan

Ayat Dasar
Ayat Dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat
jenis iaitu :

Frasa Nama + Frasa Nama


Shamsuddin + peguam

Frasa Nama + Frasa Kerja


Ibu mereka + sedang bekerja

Frasa Nama + Frasa Adjektif


Anak itu + sihat

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama


Pejabat saya + di Universiti Multimedia

Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang
mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat.

Contoh : Dia ke Kuala Lumpur pagi tadi.


Ke Kuala Lumpur dia pagi tadi.

Anak itu diciumnya.


Diciumnya anak itu.

 Semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata.


 Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah, ayat seruan dan sebagainya.

Jenis-jenis Ayat

1. Ayat Penyata
2. Ayat Tanya
3. Ayat Perintah
4. Ayat Seruan

Ayat Penyata

Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan, memberi keterangan tentang sesuatu hal.

Contoh : Dia pensyarah


Ahmad sedang tidur

Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

(a) Ayat tanya tanpa kata tanya


(b) Ayat tanya dengan kata tanya

Contoh : Adik masih menangis ?


Kereta Kenari itu cantik ?

Contoh : Apakah benda itu ?


Benda itu apa ?

Siapa gurunya ?
Gurunya siapa ?

Ayat Perintah

Ada empat jenis iaitu :

Ayat Suruhan
Ayat Larangan
Ayat Silaan
Ayat Permintaan
Ayat Suruhan

Contoh : Keluar dari bilik ini !


Awak siapkan kerja itu sekarang.
Ayat Larangan

Contoh : Jangan duduk di sini


Usah ditanyakan siapa orang itu.

Ayat Silaan

Contoh : Sila datang ke rumah saya.


Jemput minum.

Ayat Permintaan

Contoh : Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.


Tolong tutup pintu itu.

Ayat Seruan

Contoh : Amboi, garangnya!


Aduh, bisanya tikamanmu itu!

Anda mungkin juga menyukai