Anda di halaman 1dari 9

SENARAI KANDUNGAN

ASPEK MUKA SURAT

1.TAJUK KAJIAN

2.SENARAI KANDUNGAN

3.PENGHARGAAN

4.OBJEKTIF KAJIAN

5.KAEDAH KAJIAN

6.HASIL KAJIAN

7.RUMUSAN

8.LAMPIRAN

9.RUJUKAN
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk
dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan
dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli
keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama
sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka

Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
__________________selaku pengetua SMKSR yang banyak memberi sokongan kepada
para pelajarnya.
Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan
kepada_________________________ selaku _____________________ saya yang
terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang
proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan
syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja
Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang
telah dianugerahkan oleh-Nya.ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat
ayah__________________________dan
ibu____________________________________.terima kasioh atas segalanya

Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin
saya akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini..

Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua ______________________ yang


terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS
ini.

Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua
hamba-hamba-Nya yang banyak membantusaya dala menyiapkan KERJA KURSUS ini.
Amin.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia
yang menghargai dan bersyukur kepada ALLAH terhadap apa yang dikurniakan
kerana HARI RAYA AIDILFITRI adalah hari kemenangan umat Islam seluruh
dunia.

2. Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai
kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti hari Raya Aidilfitri, Hari Raya
Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Depavalli dan Cristmast.

3. Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan
konsep Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan
keagamaan dan ia disambut sebagai satu ibadat.

4. Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu
bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk
kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang
berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.

2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku


ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan
sekolah-sekolah lain.

3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu
dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber yang
menjdi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.

4. Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini
melalui majalah-majalah yang berkaitan.

RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme
yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya
seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan
perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan
perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan
yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di
Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan
perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara
kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa
perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini
terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara
yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara
Malaysia. Salam Satu Malaysia.
RUJUKAN
Elemen 3
TUGASAN 2;

SOALAN:

BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM


DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM
KALANGAN RAKYAT MALAYSIA?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum
yang ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun
Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Cristmast oleh kaum India atau
Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan


mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di
Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung
mengunjungi di antara satu sama lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan
kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat
muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang


menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan
bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang
berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat
menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong
Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan


bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama
dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung
menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut
perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun
kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab
kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru
itu Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai
rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum
diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini
dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai