Sumbangan Islam Dalam Bidang Astronomi
Sumbangan Islam Dalam Bidang Astronomi
by Anon
ASTRONOMI
Pengenalan
Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law of the stars".
Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi
merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai
perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi . Astronomi juga sering dikaitkan dengan
astrofizik.
Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah
pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-Quran ke
atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu dorongan
yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Ilmu falak atau astronomi mendapat
perhatian yang serius pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah sehingga diletakkan ke
tahap yang ketiga selepas ilmu tauhid serta fiqh dan kedoktoran dari segi kepentingannya
.
Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat
khusus saja. Ia sebagai asas kepada perkembangan bidang sains lain seperti ilmu pelayaran,
pengembaraan, ketenteraan dan pemetaan.
Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan
sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke dalam Bahasa Arab pada tahun
155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi nama
"Zij",diikuti dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani. Antara saintis-
saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-
Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam.
Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan
Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di
bandar-bandar Islam yang lain.
Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang
tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.
Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab
yang membolehkan yang berfungsi sebagai :
2. Al-Khawarizmi
Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah
yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang
dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.
4. Nasiruddin al-Tusi
Beliau merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai
pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau
menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda
penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China.
5. Ibn al-Zarqiyali
Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk
menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam
juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan
perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat.
6. Al Bategnius
Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun (Turki) dan mati di
Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan
musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan lintang buruj di garisan khatulistiwa. Beliau
juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau
merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga
penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.
bukunya “ Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-
cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim,
ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Karangan– karangan
beliau yang lain ialah “Zaiju al Ralqani" , “Syarah Arbau’u Maqolat Li Batlimous", “ Kitab Ta’ dil
Kawakib" , “Kitab Ma’rifatul Matoli’u al Buruj fima Baina Arba’i al Falak"dan beberapa rencana
di bidang geografi. Beliau merupakan seorang yang genius dalam bidang astronomi Islam kerana
mampu menyatukan ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori astronomi sehingga
digelar Batlimous Arab.