Anda di halaman 1dari 3

RIBA

Takrif

Menurut bahasa Arab, riba merujuk kepada lebihan, pertambahan dan perkembangan.
Firman Allah:

‫ت‬
ْ َ‫ت َو َرب‬ ‫ض َه ِام َدةً فَِإذَا أ‬
ْ ‫َنزلْنَا َعلَْي َها املاءَ ْاهَتَّز‬
َ َ ‫َوَتَرى األ َْر‬
َ
Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menrunkan hujan menimpanya,
bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur
membusutlah ia. (al-Haj:5)

Maknanya, bumi ini bergerak, meningkat dan bertambah berbanding sebelum hujan
turun.

‫أَن تَ ُكو َن أ َُّمةٌ ِه َي أ َْرىَب ِم ْن أ َُّم ٍة‬


Disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. (al-Nahl:92)

Maknanya, bertambah dari segi jumlah dan kuasa.

ِ ‫ند‬
‫اهلل‬ َ ‫َّاس فَالَ َي ْربُواْ ِع‬
ِ ‫َو َما ءَاَتْيتٌم ِّمن ِّربَا لَِّي ْربُ َواْ ىِف أ َْم َو ِال الن‬
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya
bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-sekali akan
kembang di sisi Allah. (al-Rum:39)

Maknanya, semua bayaran tambahan kepada modal yang kamu berikan kepada pemakan
riba akan menambah dan mengembangkan harta mereka tetapi Allah akan menghapuskannya
dan tidak akan memberkatinya.

Menurut istilah para fuqaha, riba ialah kontrak yang dimeterai sebagai pertukaran
barangan tertentu tetapi pada ketika kontrak dimeterai pertukaran ini tidak diketahui
kesamarataannya menurut ukuran syara’ ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua
barangan tersebut dilewatkan.

‘Barangan tertentu’ di sini merujuk kepada harta yang terbabit dengan riba (barangan
berunsur riba) dan ini akan dibincangkan nanti.
‘Tidak diketahui kesamarataan’ bermaksud salah satu barangan tidak sama dengan
barangan satu lagi atau pun tidak diketahui persamaannya.

‘Ukuran syara’’ merujuk kepada sukatan bagi barangan yang disukat ataupun timbangan
bagi barangan yang ditimbang.

Tujuan dikaitkan dengan ‘Pada kontrak dimeterai’ ialah untuk menunjukkan ia tetap
kontrak riba walaupun kesamarataan antara kedua-dua barangan diketahui selepas kontrak
dimeterai. Contohnya, penjual menjual seguni tepung ditukar dengan seguni yang lain tetapi
tidak diketahui kadar setiap guni tersebut. Kontrak ini adalah kontrak riba dan terikat dengan
hukum riba yang akan dinyatakan nanti. Walaupun selepas kontrak tersebut dimeterai kedua-dua
barangan ini disukat dan ternyata sebagai sama. Ini kerana persamaan ini tidak diketahui pada
ketika memeterai kontrak.

‘Penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan’ bermaksud tidak
berlaku penyerahan barangan antara kedua-dua pihak yang berkontrak ketika kontrak dimeterai
atau pun kontrak tersebut menetapkan tempoh tertentu untuk penyerahan.

Barangan Berunsur Riba

Riba berlaku apabila membabitkan enam barangan berikut:

Emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam. Semua barangan ini ada dinyatakan
dengan jelas oleh nas.

Al-Bukhari, Muslim dan yang lain meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

ِ ِ
َ َ‫البٌّر بِالُْبِّر ِربًا إِالَّ َهاءَ َو َهاءَ والشَّعريُ بِالشَّع ِري ِربُا إِالَّ َهاء‬
َ‫وهاء‬ ُ ‫ب ِربًا إِالَّ َهاءَ َو َهاءَ َو‬ َّ ِ‫الذ ّهب ب‬
ِ ‫الذ َه‬
ُ
َّ
ِ ِ ِ
َ‫َوالت َّْمٌر بالت َّْم ِر ربًا إالَّ َهاءَ َو َهاء‬
Emas dengan emas adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil, gandum dengan gandum
adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil, barli dengan barli adalah riba kecuali secara
ambil dengan ambil dan tamar dengan tamar adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil.

Dalam riwayat yang lain disebut:

ِ ٍ ِ ِ َّ ِ ِ
َ‫الْ َور ُق بالذ َهب ربا إالَّ َهاءَ َو َهاء‬

“Perak dengan emas adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil”
Maksud secara ambil dengan ambil di sini ialah kedua-dua pihak hulur-menghulur
barangan yang dijual beli ketika memeterai kontrak dan berlaku penerimaan dalam majlis
tersebut.

Terdapat banyak nas iaitu dalam hadith-hadith yang akan diperkatakan selepas ini yang
menyebut barangan-barangan ini dan juga garam sebagai barangan berunsur riba.

Selain enam barangan tersebut, unsur riba juga turut wujud dalam barangan-barangan
lain. Ini kerana, hokum yang ditetapkan pada barangan yang disenaraikan tadi sebenarnya
berpandukan kepada sebab (illah) tertentu. Dengan itu barangan lain perlu dipadankan dengan
sebab (illah) yang diterima pakai ini bagi menentukan kewujudan unsur riba.

Anda mungkin juga menyukai