Anda di halaman 1dari 2

Dalam OSHA

Seksyen 15 Kewajipan am majikan:

1. Pengadaan dan penyelengaraan loji dan system kerja yang, setakat yang praktik,selamat dan
tanpa risiko tanpa kesihatan
2. Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik,keselamatan dan ketiadaan risiko
kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian,penanganan,
peyimpanan, dan pengangkutan loji dan bahan
3. Pengadaan maklumat, arahan, latihan dan peyeliaan sebagaimana yang perlu untuk
memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya
4. Pengadaan dan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya serta
kemudahan bagi kebajikan pekerjanya.

Seksyen 16 Kewajipan membentuk dasar keselamatan dan kesihatan (polisi)

1. Adalah menjadi kewajipan dan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri
untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis
dasar amnya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa
bekerja.

Seksyen 24 Kewajipan am pekerja

1. Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan diri dan orang lain.
2. Bekerjasama dengan majikan atau orang lain dalam menunaikan kewajipan menjaga
keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
3. Memakai alat perlindungan diri sepanjang masa kerja dijalankan.
4. Mematuhi apa-apa arahan atau langkah-langkah keselamatan yang diperkenalkan oleh
majikan.
 Mana-mana pekerja yang melanggar boleh didendan tidak lebih dari satu ribu ringgit atau
penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 29Pegawai keselamatan dan kesihatan(PKK)

1. Seseorang penghuni suatu tempat kerja yang baginya seksyen ini terpakai,hendaklah
mengambil kerja seorang orang kompeten untuk bertindak sebagai pengawai keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja.
2. Arahan ini semata-mata untuk menjamin pematuhan wajar di tempat kerja akan peruntukan
undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja
3. PKK hendaklah memiliki apa-apa kelayakan atau telah menerima latihan yang telah
ditetapkan oleh menteri dari semasa ke semasa.
4. Seorang penghuni yang melanggar peraturan ini boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit,atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 30 Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

1. Perlu menubuhkan jika:


 Terdapat 40 orang atau lebih diambil kerja di tempat kerja.
 Ketua pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian

2. Tiap-tiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan


bagi membuat dan menyenggarakan perkiraan yang akan membolehkannya dan pekerja2
lain bekerjasama dengan berkesan dan membentuk langkah2 keselamatan.
3. Seseorang yang melanggar peraturan ini boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali

Seksyen 31 Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

1. Mengkaji semula langkah2 yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan
orang2 di tempat kerja.
2. Menyiasat apa2 ditempat kerja:
 Yang dianggap tempat kerja yang tidak selamat atau yang merupakan risiko kepada
kesihatan
 Yang telah dibawa kepada perhatian majikan
3. Hendaklah berusaha untuk menyelesaikaan apa2 yang berkaitan dengan perenggan (2).

Anda mungkin juga menyukai