Anda di halaman 1dari 16

KEK NOTA TIGA PULUH

6 biji telur ayam

1 gelas gula halus

2 gelas tepung gandum

½ gelas tepung untuk digaul dengan buah-buahan

2 sudu meja vanilla

½ kati lengak

½ kati biji gajus dibelah dua

½ kati kacang hong kong /kacang tanah

½ kati ceri merah

½ kati ceri hijau

½ kati manisan kuning

1 paket manisan limau

1 paket buah badam

1 bungkus manisan kanji

Cara membuatnya:

Buah badam direndam atau dibuang kulitnya dan dibelah dua. Buah-buahan dipotong sedang
jangan terlalu halus. Gaul dengan ½ gelas tepung tadi manisan kanji dipotong dua. Kacang
hong kong dibuang kulitnya begitu juga badam. Pukul telur dengan gula sampai kembang dan
masukkan lengak dan semua buah-buahan tadi. Apabila bergaul rata masukkan tepung kacau
rata-rata dan barulah dibakar dengan api yang sederhana.

KEK BERSATU HATI

10 biji telur

16 oz mentega

1 ½ gelas gula halus

1 ½ tepung gandum

1 tin susu manis


1 bungkus ceri merah (dihiris halus)

1 bungkus ceri hijau

1 kotak big sister (kismis)

1 sudu baking powder

Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga
habis. Lepas itu masukkan tepung, baking powder dan susu gaul lagi hingga rata. Kemudian
akhir sekali masukkan ceri merah, ceri hijau dan big sister. Gaulkan hingga rata-rata, kemudian
boleh dikukus hingga masak. Untuk kek yang tahan lama boleh la dibakar.

KEK HATI LEMBU KUKUS

1 kati kismis

10 biji telur

½ tin susu

2 gelas tepung

1 ½ gelas gula

5 keping manisan limau

3 keping coklat & sedikit koko

3 oz gula hitam

Sedikit pencelup dan esen vanilla

Cara membuatnya:

Coklat dan koko ditanak. Pukul telur dan gula jangan sampai kembang. Mentega, kismis, coklat
dan manisan limau diuli di tempat yang berasingan. Masukkan ke dalam adunan telur tadi.
Akhir sekali masukkan tepung. Lepas itu, baru kukus. Apabila hamper masak, tekan dengan
tangan dan bakar sebentar.

KEK LAPIS SAMBAS

10 biji telur ayam

1 tin mentega (16 oz )

1 tin susu manis


1 mangkuk tepung gandum

1 mangkuk gula halus

1 sudu the baking powder dan vanilla

Cara membuatnya:

Telur dipukul dengan gula sampai kembang. Apabila sudah kembang masukkan tepung
gandum, baking powder dan juga vanilla. Di tempat lain mentega dan susu dikacau rata-rata.
Kalau sudah siap masukkanke dalam adunan telur tadi. Ambilkan sedikit mentega dan susu
untuk melapis. Adunan bahagikan dua. Satu adunan beri warna coklat dan satu lagi beri warna
putih. Kukuskan warna coklat dahulu, apabila sudah masak sapukan dengan mentega dan susu
buatlah hingga habis.

KEK BATIK KIRONG

1 tin mentega (16 oz)

1 tin susu manis

1 tin mentega gula halus

2 ½ tin mentega tepung gandum

6 biji telur ayam

5 sudu tepung susu

1 tin jem

2 sudu teh air wangi

2 sudu teh baking powder

Pencelup merah, hijau, coklat, putih

Cara membuatnya:

Mentega dikuarkan dengan gula sampai putih. Telur dipukul sampai kembang. Masukkan ke
dalam adunan mentega kuarkan rata-rata. Masukkan susu, air wangi, tepung gandum, baking
powder dan kuarkan rata-rata. Bahagikan empat dan berikan pencelup satunya. Masukkan
dalam acuan dan sukatnya dulu berbaris-baris. Sudah siap, kukus dan apabila masak sapukan
jem taruhkan lagi adunan dan samalah sukat lagi buatlah begitu sampai habis.
KEK KUKU BATU ARANG

6 biji telur ayam

2 gelas tepung gandum

1 ½ gelas gula halus

1 tin mentega (16 oz)

1 tin susu manis

1 tin kecil milo

1 kati kismis hitam dikisar halus

1 bungkus ceri dipotong halus

2 sudu teh paras cream of tartar

2 sudu teh baking powder

1 botol plastic gula hitam

Cara membuatnya:

Mentega dipukul bersama gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis.
Kismis digaul dengan susu di tempat lain. Gaul hingga rata baru masuk ke dalam adunan
mentega. Masuk tepung gandum, milo dan gula hitam serta baking powder dan cream of tartar
masukkan sekali buah ceri gaul rata-rata baru dikukus sampai masak selama 4 jam.

KEK LAPISAN KISMIS

10 biji telur ayam

16 ozs mentega

1 kotak prunes (buah hitam)

2 bungkus ceri

1 gelas tepung naik sendiri

½ kati buah kismis

2 gelas tepung gandum

3 gelas gula kasar

1 sudu teh vanilla

1 sudu teh bikarbonat

1 ½ sudu teh baking powder


Sedikit esen banana

Cara membuatnya:

Buah prunes dikukus hingga licek. Sudah itu dibuang bijinya dan pirit hingga halus.buah kismis
dipotong kecil-kecil, buah ceri dipotong bulat-bulat. Mentega dimasak diatas api sampai keluar
minyak atasnya. Telur dipukul bersama gula sampai kembang. Kemudian masukkan semua
tepung yang disediakan tadi. Uli hingga sebati. Sudah itu masukkan buah prunes dan esen
banana. Masukkan bersama sudah itu masukkan buah kismis dan ceri. Akhir sekali masukkan
mentega dengan api yang sederhana. Kalau tidak ada tepung naik sendiri pun bagus, beri tiga
gelas tepung gandum.

KEK LAPISAN KISMIS

10 biji telur ayam

2 gelas gula

2 ½ gelas tepung gandum

16 ozs mentega

1 sudu meja paras baking powder

½ kati kismis

Sedikit warna kuning dan hijau

1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:

Telur, gula, mentega dipukul semua sekali sampai kembang, baru dimasukkan tepung gandum,
baking powder, vanilla, kacaulah rata-rata. Adunan tadi dibahagi dua tempat. Satu beri warna
hijau dan satu lagi lagi beri warna kuning.

Cara membuat lapisan:

Masukkan adunan kuning tadi, satu lapis, tabor dengan kismis. Kukus sampai masak.
Masukkan adunan hijau sedikit, sapu rata-rata.kukus lagi dan buatlah macam itu sampai habis.
Biar sampai sejuk betul baru dibakar.
KEK CHIFON NESCAFE

1 ¼ cawan tepung

1 cawan gula halus

1 cawan teh baking powder

½ cawan minyak

½ cawan teh bikarbonat soda

Cawan air

Secubit garam

3 camca besar nescafe

6 biji telur

Cara membuatnya:

Ayak tepung dengan bahan penaik 3 kali. Asingkan telur. Ambil 5 biji telur kuning dan 6 biji
putih telur. 1 biji kuning telur tidak digunakan. Larutkan nescafe dalam air. Pukul kuning telur
dengan ½ cawan gula hingga kembang. Masukkan minyak kuar dan balik. Kemudian masukkan
pula air nescafe kuar dan balikkan lagi. Masukkan tepung, kuar rata-rata dalam bekas lain,
pukul telur hingga kembang. Kemudian masuk baki gula dan terus dipukul hingga pekat. Kuar
dan balik ke dalam adunan kek hingga sebati. Bakar dengan api yang sederhana.

KEK CHEESE

500 gram keju

3 sudu besar jus oren

¾ cawan coklet

250 gram buter

6 oz gula halus

100 gram tepung gandum

4 sudu besar air

3 sudu susu tepung

4 biji telur

Cara membuatnya:
Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur
satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan
air berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati.
masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

KEK BATIK COKLAT

1 Ketul Butter (250gm.)

¾ cawan gula pasir

1 tin susu cair

4 camb. perwarna chocolate (Gravy Browning) boleh didapati dipasaraya.

4 camb. serbuk koko

8 biji telur ayam (gred A)

500 gm. Biskut Mearie (belah 4)

Cara membuatnya:

Putar gula dengan butter hingga lunak. Masukkan telur satu persatu sambil dimesin hingga
sebati. Masukkan perwarna chocolate, serbuk koko dan susu cair, digaul hingga rata Tuangkan
kedalam kuali dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat. (PASTIKAN SENTIASA
DIKACAU). Setelah pekat masukkan biskut merry dan digaul dengan cermat hingga sebati.
Berhati-hati supaya tak hancur. Setelah adunan masak (tidak melekat pada kuali) tuangkan
kedalam bekas dan tekan supaya ia padat.Biarkan sejuk baru dimasukkan kedalam peti ais.

KEK AISKRIM

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam

1 kotak kecil butter cookies

1 kotak kecil biskut oren

125 gm mentega

Strawberi secukupnya

Bahan inti:
Aiskrim perisa strawberi

Aiskrim perisa coklat

500 gm krim putar

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.Hancurkan
butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.Tekan adunan pada bahagian bawah
tin bakar.Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.Kemudian ratakan
aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk
seperti kawah. Bekukan selama sejam.Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah
kek. Bekukan lagi selama sejam.Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.

KEK BATIK JAWA

150 grm milo

50 grm serbuk koko

1 bungkus biskut marie

1 tin susu sejat

1 buku butter

Cara membuatnya:

Pecahkan biskut mengikut kesukaan masing-masing. milo dan serbuk koko dikacau bersama
dengan susu sejat dan mentega hingga sebati. kemudian masukkan biskut, atau diselang selikan
dengan campuran coklat, dimasukkan ke dalam loyang ratakan ke dalam loyang dan diletakkan
di dalam peti ais hingga ianya beku.

KEK ASAM MANIS

1 cwn majerin  1 ½ cwn tepung biskut merry (biskut merry


1 cwn gula halus  dikisar halus) 
4 biji telur  ½ cwn tepung gandum 
beberapa bungkus asam manis ½ camca serbuk penaik 
½ camca vanila 

Cara membuatnya:
Marjerin di pukul dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu-persatu. Lepas itu
masukkan vanila,serbuk penaik & tepung biskut, gaul rata.Mula-mula letakkan 1 senduk tepung
dalam acuan, dan terus aturkan asam manis sebaris demi sebaris sampai penuh.letakan selapis
lagi adunan tepung.Buatlah begitu sampai habis.kemudian bakar pada suhu 180 darjah selama
45 minit.

TART JEM NANAS

125 gm tepung gandum  2 sudu air yang disejukkan 


Sedikit garam 2 sudu jem nenas 
45-60 gm marjerin yang beku ½ biji telur dipukul untuk glis

Cara membuatnya:

Sediakan ti pembakar dan ketuhar;- Sapukan minyak di tin pembakar dan panaskan ketuhar
200-220'c. Untuk menyediakan pastri rapuh; Ayak tepung dan garam ke dalam mengkuk
adunan. Potong marjerin yang beku menjadi ketul-ketul yang kecil di dalam tepung dan ramas
marjerin kedalam tepung perlahan-lahan dengan jari hingga adunan kelihatan halus dan peroi
seperti serbuk roti. Buat lubang di tengah adunan dan masukkan air yang desejukkan. Kacau
dengan pisau meja supaya menjadi doh yang pejal. Menyediakan Tat;-(a)Uli perlahan-lahan di
atas papan canai yang diraburkan dengan sedikit tepung.(b) Canai pastri setebal 3mm dan terap
bulat-bulat dengan penerap bergerigi.(c)Alaskan tin dengan pastri yang diterap bulat dan
masukkan sedikit jem ke dalamnya. Picit tepinya jika dikehendaki.(d)Hiaskan tat dengan
keratan-keratan dari pastri yang lebih tadi. Sapu pastri dengan telur yang dipukul. Bakar tat
dalam ketuhar yang panas hingga pastri berwarna kuning. Sejukkan di atas redai kek dan
hidangkan dalam pinggan kek yang bulat.

BADAM NESTUM

1. Butter - 250gm

2. Tepung gandum - 350gm ( Diayak )

3. Tepung Jagung - 50gm ( Diayak )

4. Gula - 200gm

5. Telur Ayam( Grade A ) - 4 Biji ( Telur Merah ). 2 biji utk dimasukkan dalam adunan, 2 biji
utk disapu keatas biskut.

6. Chocolate Rice - 50gm

7. Badam kisar - 100gm

8. Nestum - 200gm

9. Esen badam - ½ sudu teh


Cara membuatnya:

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga kembang

3. Masukkan esen badam

4. Masukkan badam kisar

5. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak tadi, gaul sebati

6. Masukkan chocolate rice dan nestume, gaul sebati, siap untuk diterap.

7. Terapkan dengan acuan pilihan anda, susun didalam dulang pembakar.

8. Sapukan diatasnya dengan telur kuning

9. Bakar dalam suhu 170 darjah celius selama 20 minit.

10. Angkat dan sedia untuk dimakan.

BISKUT BADAM BERCOKLAT

3 suku cawan gula icing

½ cawan marjerin

1 biji telur

tepung gandum secukupnya

badam biji secukupnya(bakar dalam oven)

badam hancur secukupnya

coklat cooking

mangkuk kertas kecil(hitam)

Cara membuatnya:

Putar marjerin dngan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung
gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang
ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk
kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam
coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas
biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.
KEK KUKUS ASAM MANIS

250gm btter  2 cawan serbuk biskut mary 


1 ¼ cawan gula castor  2 bungkus asam manis 
6 biji telur  Pewarna merah dan hijau
1 tsp esen vanilla

Cara membuatnya:

Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
Setelah semua sebati, masukkan serbuk biskut mary. Bahagi dua adunan. Setiap satu bahagian
di warnakan hijau dan sebahagian lagi diwarnakan merah. Sapu loyang dengan butter. Panaskan
pengukus dan di panaskan sekejap loyang. Masukkan adunan berwarna hijau dan kukus hingga
masak. Angkat dan taburkan dengan asam manis kemudian di masukkan pula adunan berwarna
merah dan kukus lagi. Lakukan begini sehingga adunan habis. Untuk adunan terakhir hendaklah
di kukus hingga 1/2 jam. Biarkan sejukkan sebelum di makan.

KEK LAPIS HORLICK

16 oz mentega

10 biji telur

1 tin susu pekat manis

1 gelas gula halus

2 gelas tepung gandum

1 botol kecil horlicks (200gm)

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu hingga habis. Pukul lagi
hingga sebati. Masukkan tepung, horlick dan susu. Gaul hingga rata dan sebati. Lenser acuan 8"
x 8" dengan minyak dan di alas dengan kertas minyak. Ratakan 4 sudu makan adunan dan bakar
dengan api bawah dahulu. Setelah masak tukar ke api atas. Ratakan 4 sudu makan lagi adunan
dan bakar dengan api atas. Bila masak ulang lagi hingga habis.

KEK LAPIS KEJU

200 gm mentega

50 gm minyak sapi
1 bungkus keju cheddar (hiris memanjang)

4 biji telur gred B

¾ cawan gula kastor

2 sudu teh serbuk penaik

235 gm tepung gandum

Cara membuatnya:

Pukul mentega bersama gula dan minyak sapi hingga kembang.Setelah itu masukkan telur satu
persatu. Masukkan tepung bersama serbuk penaik dan kacau sebati.Bakar selapis-selapis
dengan setiap lapisan ditutup dengan keju. Buat hingga habis.

KEK NENAS

50 gm mentega

1 cawan gula

2 biji telur

1 ½ cawan tepung

1 sudu teh baking powder

200 gm nenas – dicincang

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur telur sebiji demi sebiji
dan kacau. Masukkan tepung, baking powder dan akhir sekali nenas cincang dan digaul hingga
sebati. Bakar.

KEK NESTUM

10 Biji telur

12oz mentega

3 gelas nestum (nestum keluarga)

1½ gelas gula halus

3 sudu besar tepung jagung


½ tin susu pekat manis

3 sudu besar susu tepung

½ gelas air

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Maukkan pula telur satu persatu dan pukul hingga
kembang dan berkrim. Setelah sebati, masukkan susu pekat manis, nestum. Gaul hingga sebati.
Kemudian bancuh ½ gelas air dgn susu teoung dan teoung jagung. Gaul hingga sebati. Akhir
sekali masukkan baking powder dan esen vanila. Gaul hingga sebati. Akhir sekali kukus/bakar
hingga masak.

KEK OREO

Satu kotak biskut oreo (coklat/cream)  1 sudu makan milo 


asingkan intinya dan kisar halus  4 sudu makan susu manis 
12oz mentega  1 sudu teh baking powder 
4 makan gula  sedikit browning
4 biji telur 
tepung gandum (mengikut sukatan tin
mentega 12oz) 

Cara membuatnya:

Pukul telur bersama gula sehingga kembang.


Dalam tempat yang berasingan pukul
mentega bersama susu manis sehingga
kembang dan sebati kemudian masukkan initi
biskut oreo yang telah diasingkan tadi.
Campurkan bahan telur dan mentega tadi
sehingga sebati kemudian masukan tepung
gandum, oreo yang telah dikisar halus,baking
powder, milo dan browning gaul sebati.

4. kemudian tuang ke dalam dulang yang


telah dibubuh kertas minyak.

5. Bakarlah dengan kepanasan 180 degree


celcius dalam masa lebih kurang 45 minit.
KEK SISIK IKAN

BAHAN A  250gm tepung hong


10 biji kuning telur  kong 
2 biji putih telur  300gm mentega,
250gm gula halus  dipukul bersama 
1 sudu makan 4 sudu makan susu
ovallete  pekat manis 
75ml air sejuk  4 bungkus manisan
1 tin seri kaya  masam manis
½ botol kecil (Hawflakes)
horlicks

cara membuatnya:

Pukul bahan A sehingga kembang. 


Kemudian kaup balikkan tepung dan 
kacau hingga sebati.  Masukkan mentega
yang telah dikacau 
hingga rata dan sebati. Bakar 4 sudu makan
adunan hingga 
masak. Kemudian cucuk mencondong 
buah manisan ke atas lapisan kek. Kemudian
masukkan 4 sudu makan 
adunan lagi dan bakar, buat 2 lapis 
baru dicucuk lagi dengan manisan. Ulang
proses tadi hingga habis. 

KEK CHEESE OREO

1 pkt biskut Oreo

1.3 cawan mentega atau margerine


(dicairkan)

3 pkt X (8oz)@ Cream creese (dicairkan)

¾ cawan gula

1 cawan sour cream

1 sudu teh esen vanilla

4 biji telur

Cara membuatnya:

Panaskan oven 180 degree. Sementara itu


hancurcar 2/3 dari biskut Oreo & gaulkan
dengan mentega. 1/3 baki Oreo tadi dipotong
kasar sebagai hiasan atas. Ratakan di bekas
pembakar. Lebih baik jika gunakan
Springform pan.PUKUL cream cheese &
gula sebati. Masukkan sourcram & vanila
sedikit-sedikit & pukut sebati. Masukkan
telor 1 persatu & pukut rata. Bakar 1 jam
hingga naik. Masukkan peti ais sekurangnya
4 jam sebelum disedia.

AGAR AGAR BUAH LAICI

1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris


nipis) 
1 ½ cawan gula pasir 
1 peket agar-agar 
2 helai daun pandan 
5 cawan air 

Cara membuatnya:

Masak agar-agar sampai hancur, bersama


dengan simpulan daun pandan.Kemudian,
masukkan gula. Selepas gula hancur,
masukkan air laici yang telah diasingkan
tadi. 
Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah
disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan
laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak
terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

AGAR AGAR JAGUNG

1 bungkus agar-agar Pewarna kuning


tali  telur 
1 tin jagung krim  1 sudu teh esen
1 tin susu cair  vanilla 
2 cawan gula pasir 3 cawan air

Cara membuatnya:

Didihkan air dan masukkan agar-agar hingga


hancur. Masukkan jagung krim yang telah
dikisar, gula dan susu cair. Kacau rata dan
didihkan sebentar sebelum memasukkan
pewarna dan esen vanilla. 
Tuangkan agar-agar ke dalam acuan
mengikut suka dan sejukan.
AGAR AGAR OREO

1 peket agar-agar 
12 sudu besar gula 
½ tin susu sejat 
15 sudu besar milo (atau koko) 
10 ketul biskut oreo (ditumbuk jangan sampai
hancur) 
Air

Cara membuatnya:

Masak agar-agar bersama air hingga


mendidih. Masukkan gula dan susu kacau
hingga mendidih. Masukkan pula milo atau
koko dan kacau hingga sebati. Tuangkan
separuh dari bancuhan ini ke dalam loyang.
Biar seketika. (dalam 5 minit) Taburkan
biskut oreo diatasnya. Panaskan kembali baki
bancuhan tadi, dan tuangkan ke atas biskut
oreo. Sekarang agar-agar anda mempunyai 3
lapisan (agar-agar, oreo & agar-agar) Biarkan
sejuk seketika sebelum ditempatkan di dalam
peti sejuk.

Anda mungkin juga menyukai