Anda di halaman 1dari 31

Bab 4

PEMBANGUNAN
EKONOMI DAN
HUBUNGAN ETNIK:
PEMODENAN DAN
PROSES PEMBINAAN
NEGARA
KONSEP PEMBANGUNAN DAN
MODENISASI
Maksud pembangunan
merujuk kepada usaha mengubah
masyarakat atau negara daripada keadaan
mundur kepada orang yang lebih maju.
Konsep pembangunan negara
 asas kepada dasar-dasar pembangunan
negara
 falsafah dan matlamat, jenis-jenis program,
arah serta kesan pembangunan negara
merujuk kepada konsep ini.
KONSEP PEMBANGUNAN NEGARA

Pembangunan Dasar dan Program

Politik sumber fizikal dan sumber manusia


Sosial aspek kebendaan
Kebudayaan dasar kebudayaan nasional
Psikologi Keperluan-keperluan asas seperti
makanan, tempat tinggal dan pakaian.
Perkhidmatan Asas seperti
pendidikan, keselamatan, ksihatan
dan hak kemanusiaan.
Pembangunan Dasar danProgram

Ekonomi Dasar-dasar
Pembangunan Negara –
Falsafah dan matlamat
Jenis-jenis program
Arah dan kesan
pembangunan
MODENESASI
satu proses untuk merobah atau mentransformasikan
kehidupan masyarakat dari segenap sudut.

Ukuran modenisasi
perubahan dan pencapaian yang berlaku dalam
masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial, sains
dan teknologi.

Kejayaan dan kegagalan


falsafah pemikiran dan matlamat pembangunan yang
didokong.
Jika pembangunan hanya menekankan aspek material semata-
mata dengan mengetepikan aspek spiritual, maka matlamat
pembangunan dalam ertikata sebenarnya tidak akan tercapai.
 dari sudut realitinya dalam tempoh lebih
kurang dua ratus tahun yang lalu, konsep
pembangunan dan modernisasi masih terikat
kuat dengan tradisi sekularisme barat.
 Asas utama kepada modenisasi iaitu
pembangunan ekonomi dan pembangunan
politik.
KOMPONEN EKONOMI MATLAMAT,
METOD DAN UKURAN PENCAPAIAN
 komponen, matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ekonomi juga
seringkali berubah dan berbeza mengikut ideologi yang didokong.
 Contohnya ekonomi kapitalis adalah berbeza daripada ekonomi
marxisme.
 Komponen ekonomi merangkumi aspek pengeluaran, pertukaran,
pengagihan harta kekayaan, peralatan yang digunakan dan
sebagainya.
 Jika matlamat ekonomi itu adalah untuk meningkatkan pendapatan
negara, maka kaedah yang boleh menambahkan pendapatan rakyat
akan digunakan. Ini adalah kerana hasil pendapatan negara dikatakan
sangat berkait rapat dengan hasil pendapatan rakyat jelata.
 Sekiranya matlamat ekonomi itu untuk membawa kepada
keseimbangan sosial dalam masyarakat, maka kaedahnya pula sudah
tentu berbeza dengan di atas, begitu juga dengan ukuran
pencapaiannya.
 Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih bermakna jika
matlamat atau tujuan ditetapkan dan mengambil nilai-nilai yang ada
dalam masyarakat.
KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD,
UKURAN PENCAPAIAN
Politik memainkan peranan dalam
 menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang
memerintah
 membangunkan sosio-ekonomi
 membina negara (state-building) dan negara-bangsa (nation-state).
membina dan membangunkan negara dan negara-bangsa
merupakan masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara
selepas mencapai kemerdekaan.
Bukan mudah untuk mewujudkan semangat ‘kenegaraan’ sebuah
negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum
Komponen-komponen yang ada seperti ekonomi,sosial, politik,
pendidikan dan sebagainya boleh digunakan untuk mencapai
matlamat ini.
melalui pembentukan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi
keutamaan kepada kepentingan nasional.
Kejayaannya boleh diukur sama ada secara kualitatif ataupun
kuantitatif berdasarkan tahap integrasi nasional yang dicapai
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Perkembangan Ekonomi Pada Zaman


Sebelum Penjajahan
sistem dan pembangunan ekonomi
masyarakat Melayu adalah berkisar kepada
sektor pertanian dan juga perikanan,
pemungut hasil hutan dan bahkan ada juga
yang melibatkan diri dalam mengeluarkan
hasil-hasil bumi. menjalankan urusan
pertukaran barangan (barter) keperluan
dengan pihak-pihak lain.
menjadi pembekal utama hasil-hasil tersebut
kepada saudagar-saudagar Arab, India,
China dan seterusnya kepada pedagang-
pedagang Eropah seperti Belanda dan
Portugis.
Contoh kecemerlangan orang Melayu dalam
perdagangan; Melaka sebagai pusat
perdagangan.
Sistem dan pembangunan Ekonomi Serta
Matlamatnya Semasa Penjajahan British.
 Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada
industri getah dan bijih timah.
 Membawa masuk buruh dari China dan India.
 Orang Melayu masih kekal dalam pekerjaan tradisi mereka.
 polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and rule)
-telah membawa perubahan kepada struktur kekuasaan politik di
Semenanjung Tanah Melayu
-menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat
yang bersatupadu
-Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan sektor
pekerjaan mengikut kaum telah menyebabkan ketidak-
seimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan
kemajuan di antara wilayah.
 Wujud Dwiekonomi @ ekonomi Dualisme
Ekonomi Moden Ekonomi Tradisional

Tumpuan Bukan Masyarakat Majmuk Tumpuan Melayu


Melayu
India Melayu
Cina

 Negeri-negeri Pantai Timur kurang alami


perubahan.
 Jurang ekonomi amat ketara antara melayu
dan bumiputera dengan bukan melayu dan
bumiputera. Juga antara bandar dan luar
bandar
FASA RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA
TAHUN NEGARA (1956-2010)
Rancangan Pembangunan Negara Fasa 1 (1956-70)
-Rancangan Malaya 1 (1956-60), ke 2 (1961-65) dan
Rancangan Malaysia 1 (1966-70)

Rancangan Pembangunan Negara Fasa 2 (1971-90)


-Rancangan Malaysia ke 2 (1971-75), ke Malaysia 3
(1976-80), ke 4 (1981-85) dan ke 5 (1986-90)
Rancangan Pembangunan Negara Fasa 3 (1991-2010)
-Rancangan Malaysia ke 6 (1990-95), ke 7 (1996-2000), ke 8
(2001-2005) dan ke 9 (2006-2010)
Rancangan Pembangunan
Negara Fasa Pertama
 usaha-usaha kerajaan merancang dan
melaksanakan perancangan dan pembangunan
negara bagi mengatasi masalah-masalah yang
berkaitan dengan politik dan sosioekonomi.
 Usaha pemulihan ekonomi selepas Merdeka
 Pembangunan luar bandar.
 Pelbagaikan Asas Ekonomi (perkenal komoditi
tambahan)
 Kemajuan pertanian, perusahaan, kemudahan asas
dan perkhidmatan.
 NAMUN; gagal hapus ekonomi Dualisme, kadar
kemiskinan dan pengangguran.
Rancangan Malaya 1 (1956-60)
-Tumpuan Pembangunan Luar Bandar, pulih getah.
2 matlamat:
1. Bangun ekonomi luar bandar, rapatkan jurang
antara bandar dan luar bandar.
2. Kurangkan kadar kemiskinan.
 Penekanan sektor ekonomi, perkhidmatan
sosial dan awam.
 Agensi Utama: RIDA (kini MARA) dan LKTP
(kini FELDA).
 1959, tubuh Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar.
Rancangan Malaya Ke 2 (1961-65)
Rancangan yang lebih menyeluruh dengan
penyertaan dari pihak pemerintah hinggalah ke
rakyat biasa. Perbanyak kemudahan asas dan
kepelbagaian ekonomi luar bandar.
4 matlamat:

1.Kurangkan beza taraf hidup antara kawasan.


2. Peluang pekerjaan
3. Penyediaan kemudahan asas
Pelbagai kegiatan ekonomi.
-Strategi galakan penyertaan rakyat dalam
program pembangunan dan pelaksanaan
kerajaan atas keperluan masyarakat
setempat.
-Sistem Bilik Gerakan
Mengadakan kawalan rapi terhadap
pembangunan ekonomi dengan
mengumpulkan semua maklumat tentang
perangkaan, peta dan carta yang menunjukan
kemajuan sesuatu kawasan.
Rancangan Malaysia 1(1966-70)

- Pembangunan negara menyeluruh kesemua


bidang ekonomi. Bersepadu dengan Sabah dan
Sarawak.
 Matlamat:

1.Pelbagai ekonomi dalam sektor perindustrian


2.Perbanyak peluang pekerjaan
3.Peningkatan pendapatan dan guna sumber
4.Percepat integrasi
 Tumpuan pembukaan tanah besar-an dan
penyediaan kemudahan.
 Bantuan kredit luar bandar
 Institusi Lembaga Pertubuhan Peladang,
Bank Pertanian, Koperasi LUar Bandar,
FELCRA(Lembaga Pemulihan dan
Penyatuan Tanah), MARDI (Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian)
 Perindustrian: lulus akta Pelaburan 1968,
MIDA dan memberi taraf perintis industri-
industri baru.
Rancangan Pembangunan
Negara fasa Kedua(1971-1990)
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama
(RRJP1)
Rancangan Malaysia Ke 2 (1971-75)
-Perbaiki kedudukan ekonomi tidak seimbang antara
kaum dan wilayah.
-Matlamat DEB: capai perpaduan melalui;
1. Basmi Kemiskinan
2. Susun semula masyarakat.
-Lima usaha basmi kemiskinan ialah:
1. Peluang kerja diisi oleh semua kaum.
2.Kurang jurang perbezaan pendapatan antara
kaum dan wilayah
3.Peningkatan daya pengeluaran dan pendapatan
4. Perbaiki taraf dan kualiti hidup
5.Wujudkan suasana pekerjaan dari komposisi
kaum.
-DEB usaha wujudkan masyarakat perdagangan
dan perindustrian.
-wujudkan pusat pertumbuhan ekonomi melalui
pembukaan rancangan tanah bersepadu)
seperti KEJORA dan DARA.
-Bagi percepatkan DEB, agensi PERNAS, UDA,
RISDA dan LPP ditubuhkan.
Rancangan Malaysia Ke 3 (1976-80)
-peringkat ke 2 DEB dan RRJP1.
-Rancangan Pembangunan Wilayah, buka bandar
baru; bina KESEDAR dan KETENGAH.
-Getah,kelapa sawit, pertanian dan perindustrian.

Rancangan Malaysia Ke 4(1981-85)


-Perkemas RMK 1 dan 2. Tika ini ekonomi dunia
lembap.
-Penekanan perusahaan berat, teknologi tinggi
dan tenaga kerja mahir. HICOM ditubuhkan.
-Buka kaw.perusahaan baru, bina PNB dan Skim
ASN(1981).
Rancangan Malaysia Ke 5(1986-1990)
-Memaksimumkan penggunaan tanah, sumber
manusia dan peluang latihan kemahiran.
-Strategi sektor perusahaan:
1. Peranan sektor swasta dan kecekapan
agensi kerajaan.
2. Giatkan perusahaan pembuatan.(bina
PROTON)
-Hasil: kepesatan ekonomi mampu menghadapi
kemelesetan ekonomi dunia.
4.4 Rancangan Pembangunan
Negara Fasa Ketiga (1991-2000)
RRJP ke-2
Rancangan Malaysia Ke 6(1991-1995)
-Kekal dan seimbangkan ekonomi dalam DPN.
-Strategi:
1.Tingkat daya saing, penglibatan sektor swasta.
2.Kurangkan penyertaan sektor awam.
3.Dasar liberalisasi dan perbaiki iklim pelaburan.
4.Galakan perindustrian teknologi canggih.
5.Kukuh pasaran kewangan dan modal.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991), lanjutan DEB. Objektif:
Pupuk perpaduan, pembangunan seimbang, penglibatan swasta
dalam susunatur masyarakat dan pembangunan sumber manusia

Rancangan Malaysia Ke 7(1996-2000)


-Menyokong dan kekalkan proses pembangunan.
-Tingkat pertumbuhan potensi keluaran, peralihan
struktur dan pembangunan seimbang.
-Peningkatan produktiviti dan kecekapan (swasta).
-Strategi:
1. Stabilkan ekonomi makro
2. Tingkat produktiviti
3. Tabungan dalam negara maju
4. Kurangkan defisit akaun semasa imbangan
pembayaran
RRJP ke 3(2001-2010)
Rancangan Malaysia ke 8 (2001-2005)
-Dasar WAWASAN NEGARA: Menjamin
pertumbuhan mapan, kukuh daya tahan ekonomi
dan masyarakat bersatu dan saksama.
-Wawasan 2020(28/2/1991)menjadi negara maju
dgn acuan sendiri. 9 cabarannya: negara bersatu
padu, masyarakat berjiwa bebas, demokratik,
bermoral etika, liberal, saintifik, progresif,
penyayang, adil dan makmur.
-Gabung DEB+DPN = tingkat keutuhan dan daya
saing negara.
-Strategi RMK 8:
1.Mantap ekonomi makro dan dasar kewangan
berhemah
2.Tingkat kemantapan ilmu, kemahiran,
kepakaran,penyelidikan, sains dan teknologi.
3. Tingkat daya saing dan ketahanan ekonomi.
4.Luaskan penggunaan ICT.
5. Semai nilai murni dan positif masyarakat dgn
sistem pendidikan, sosial, agama dan media.
Rancangan Malaysia ke 9(2006-2010)
-Peringkat 2 RRJP3 dan fasa 2 Wawasan 2020
-Pembangunan INSANIAH. Cabarannya:
1.Tingkat prestasi negara
2.Kukuh daya saing, tahan dan Inovasi.
3.Daya pengeluaran dan pengetahuan ekonomi.
4. Bangun sumber manusia.
5. Kemiskinan sifar.
Kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
-Strategi:
1.Keseimbangan Optimum dan saksama.
2.Rakyat termiskin sifar.
3.Tingkat prestasi agihan (ekuiti,pendapatan)
4.Kemudahan dan khidmat berkualiti.
5.IKS peneraju pertumbuhan ekonomi.
6.Imbangan belanjawan
7.Keberkesanan penswastaan.
8.Urus sumber semulajadi secara berhemat.
-Keutamaan ialah kepada projek kukuhkan daya
saing, penuhi keperluan sosioekonomi segenap
masyarakat,projek yang ada kesan berganda dan
struktur bersifat fungsian juga projek yang
menyebabkan kebocoran dalam ekonomi.
-Masalah:
1.Kurang pelaburan swasta
2.Kurang tenaga mahir
3.Import teknologi, mahir urus dan jentera.
Kesimpulan

Berlakunya peralihan identifikasi


sosioekonomi kaum dan pembentukan
negara maju berasaskan dasar dan
pelaksanaan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai