Anda di halaman 1dari 22

Kegemilangan & Kejatuhan

Kerajaan Abbasiyah

Ahli Kumpulan
 Izzat
 Hasif
 Nizam
Corak Pemerintahan

Penggal Tempoh Pengaruh Parsi &


Hijrah Masihi Turki

Pertama 132 – 232 750 – 847 Penggal Pengaruh


Parsi Pertama
Kedua 232 – 332 847 – 945 Penggal Pergaruh
Turki Pertama
Ketiga 332 – 447 945 – 1055 Penggal Pengaruh
Parsi Kedua
Keempat 447 – 590 1055 – 1194 Penggal Pengaruh
Turki Kedua
Kelima 590 – 656 1194 – 1258 Penggal Bebas Dari
Pengaruh Parsi Dan
Turki
Kegemilangan Kerajaan
Abbasiyah

 Penggal pertama Kerajaan Abbasiyah diperintah oleh


khalifah-khalifah terkenal seperti Abu Jaafar Al-Mansur,
Al-Mahdi, Al-Hadi, Harun Al-Rasyid, dan Al-Makmun
 Mereka memainkan peranan utama dalam memajukan
Kerajaan Abbasiyah
 Dasar-dasar yang diperkenalkan mereka menjadikan
Kerajaan Abbasiyah maju dalam aspek, iaitu
 Aspek Pentadbiran
 Kerajaan Abbasiyah mengamalkan sistem pentabiran
berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh
khalifah.
 Keperluan dan bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dari
semasa ke semasa agar bersesuaian dengan keperluan.
 Contohnya, Dewan Al-Barid (Jabatan Pos) diluaskan
fungsinya sebagai Jabatan Pos dan Jabatan Penerangan.
 Juga diwujudkan beberapa jabatan baru seperti Dewan Al-
Mazalim (Jabatan Kehakiman), Dewan Al-Zimam (Jabatan
Audit dan Kawalan)
 Aspek Ekonomi
 Kerajaan Abbasiyah memberikan tumpuan kepada tiga sektor
utama iaitu pertanian, perindustrian, dan perdagangan.
 Inisiatif yang diambil oleh khalifah seperti mengurangkan
cukai tanah serta menaik taraf saliran dan tali air
menggiatkan lagi sektor pertanian.
 Hasil Pertanian meningkat tinggi sehingga mendominasi
pasaran antarabangsa.
 Kepelbagaian barangan keluaran serta ketinggian kualiti
dapat meningkatkan sektor perdagangan ke peringkat
antarabangsa.
 Kota Baghdad muncul sebagai pusat perdagangan dari Timur
dan Barat.
 Aspek Kebajikan
 Kekayaan yang diperoleh melalui aktiviti ekonomi
dimanfaatkan untuk menyediakan infrastruktur fizikal dan
mental kepada rakyat seperti hospital, sekolah,
perpustakaan, pusat perniagaan, hotel, dan lain-lain.
 Hasilnya, pencapaian umat Islam dalam bidang fardu ain
dan fardu kifayah meningkat
 Aspek Pertahanan
 Langkah drastik diambil dalam mengukihkan sistem
pertahanan.
 Keanggotaan tentera dibuka kepada bangsa bukan Arab
seperti Parsi dan Turki untuk membina integrasi antara
pelbagai kaum.
 Dasar Pertahanan negara diubah kepada perluasan kuasa
kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam
terutama daripada pihak Syiah dam penyembah berhala.
Faktor Kegemilangan Kerajaan
Abbasiyah

 Kestabilan Politik
1. Kerajaan Abbasiyah memberi perhatian kepada
pembasmian pemberrontakan dan perbalahan puak.
Contohnya pemberontakan Syiah di Baghdad yang diketuai
oleh Yahya dan Idris bin Abdullah dan perbalahan antara
puak utara dan selatan Syria.
2. Pemberontakan dan perbalahan berjaya dikawal oleh Harun
Ar-Rasyid bersama panglimanya Yajya bin Khalid Al-
Birmaki dan anaknya Al-Fadhl Al-Barmaki.
3. Kestabilan politik memberi peluang kepada pemerintahan
membangunkan negara.
 Dasar Politik Kerajaan Abbasiyah
1. Kerajaan Abbsiyah memberi layanan yang adil kepada
semua rakyatnya tanpa mengira bangsa dan keturunan.
2. Kerajaan Abbasiyah juga menjalinkan hubungan
diplomatik yang baik dengan negara-negara luar.
 Kedudukan Baghdad Yang Strategik
1. Pemilihan Baghdad sebagai pusat pemerintahan telah
memajukan Kerajaan Abbasiyah terutama dalam bidang
perdagangan kerana kedudukannya yang berada di tengah-
tengah laluan para pedagang Timut dan Barat.
2. Sungai Dajlah telah menjadi laluan kapal-kapal
perdagangan
3. Baghdad juga menjadi tempat pertemuan sarjana dari
Timur dan Barat.
 Perpaduan Antara Kaum
1. Rakyat Kerajaan Abasiyah tediri dari pelbagai bangsa
terutama Arab, Parsi, dan Turki.
2. Krajaan Abbasiyah memberikan layanan yang adil kepada
mereka. Mereka diberi peluang untuk menjawat jawatan-
jawatan penting dalam kerajaan.
3. Orang bukan Islam juga diberikan layanan baik selagi
mereka tidak mengkhianati Kerajaan Islam Abbasiyah.
Mereka bebas melaksanakan ajaran agama dan
kepercayaan masing-masing
 Penghayatan Konsep Kerja Sebagai Ibadat
1. Konsep kerja sebagai ibadat mendorong para sarjana untuk
mengkaji tentang muamalat menurut pandangan Islam.
2. Para sarjana Islam telah menjelasakan dengan terperinci
mengenai hukum-hukum yang berkaitan jual beli, sewa,
gadaian, hutang, perkongsian (syarikat), dan sebagainya.
Contohnya apa yang dijelaskan oleh Imam Al-Bukhari
dalam Babul Bayu’ daripada kitab Sahih Al-bukhari, Imam
Muhammad bin Hassan Al-Syaibani dalam kitab Al-maksaib
dan Al-Sair dan Al-Kasani dalam kitab Badai As-Sana’i.
Perkaraini mendorong umat Islam menceburi secara aktif
dalam bidang perkonomian tanpa sebarang keraguan.
Faktor Kemerosotan Kerajaan
Abbasiyah

 Kerajaan Abbasiyah merosot semasa pemerintahan Al-


Wathiq bin Al-Muktasim (227 – 232H/842 – 847M).
 Kemerosotan tersebut adalah faktor utama kejatuhan
Kerajaan Abbasiyah ke tangan Mongul pada 15
Muharam 656 Hijrah bersamaan 22 Januari 1258 Masihi.
 Antara faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Abbasiyah
termasuklah:
 Kelemahan Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah
 Semasa pemerintahan Al-Wathiq, beliau tidak melakukan
sebarang pembaharuan.
 Baginda banyak bergantung kepada pegawai-pegawai Turki
untuk menjalankan polisi pemerintahan yang diwarisi dari
ayahandanya.
 Setelah Al-Wathiq meninggal dunia, puteranya yang terlal
muda tidak dapat menggantikannya.
 Al-Mutawakkil iaitu saudara kepada Al-Wathiq dilantik
sebagai khalifah menerusi keputusan mesyuarat pegawai-
pegawai tinggi kerajaan.
 Al-Mutawakkil cuba mengembalikan kuasa khalifah yang
bebas daripada sebarang campur tangan pegawai-
pegawai berbangsa Parsi dan Turki.
 Tetapi usaha tersebut tidak dapat diteruskan oleh khalifah
selepasnya kerana pengaruh Parsi dan Turki pada ketika itu
sudah terlalu kuat.
 Perpecahan Wilayah-Wilayah Di Bawah
Kekuasaan Kerajaan Abbasiyah:
 Pada akhir kurun ke-9 Masihi, kuasa khalifah semakin
terbatas.
 Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti menteri,
gabenor, dan panglima tebtera banyak dipegang oleh
pegawai-pegawai Parsi dan Turki.
 Ini memberi peluang kepada mereka untuk membentuk
kerajaan sendiri seperti Kerajaan Al-Tahiriah, Al-
Buwaihiah, AL-Tuluniah dan AL-Saljuqiah.
 Perpecahan ini telah melemahkan kekuasaan serta
kedaulatan Kerajaan Abbasiyah.
 Berlaku Perebutan Kuasa
 Khalifah Al-Mutawakkil melantik tiga orang puteranya iaitu Al-
Muntasir, Al-Mu’taz, dan Al-Muayyad sebagai Putera Mahkota (Wali
Al-Ahdi). Baginda memilih Al-Mu’taz iaitu puteranya yang kedua
sebagai bakal penggantinya dengan mengetepikan putera sulungnya
iaitu Al-Mutansir.
 Ini menyebabkan berlaku perbalahan antara Al-Mutansir dengan Al-
Mu’taz.
 Pada tahun 247 Hijrah/861 Masihi, Al-Mutansir merampas kuasa
daripada ayahandanya.
 Sejak itu, jawatan khalifah sering menjadi rebutan dan bertukar
tangan.
 Ini melamahkan institusi khalifah dam memberi banyak peluang
kepada menteri-menteri, panglima-panglima, dan pegawai-pegawai
Parsi serta Turki untuk bertindak sebagai penguasa sebenar kerajaan.
 Kegawatan Ekonomi
 Kerajaan Abbasiyah mula mengalami masalah kegawatan
ekonomi pada Penggal Ketiga.
 Rusuhan dan pemberontakan sering kali menggaggu
aktiviti perekonomian menyebabkan pedagang luar takut
untuk datang ke Baghdad.
 Akhirnya dana yang terdapat di dalam Baitulmal
berkurangan dan tidak dapat menampung keperluannya.
 Perselisihan Aliran Fahaman Keagamaan
 Pemberintakan dalam kalangan Syiah danKhawrij sering
menganggu Kerajaan Abbasiyah.
 Mereka beritikad bahawajawatan khalifah hanya layak
dasandang oleh pemimpin-pemimpin dalam kalangan
mereka.
 Pemberintakan daripada golongan-golongan tersebut
menjejaskan suasana dan ketenteraman awam.
 Serangan Dari Luar
 Kerajaan Abbasiyah sering diserang oleh musuh dari Utara, Timur,
dan Barat.
 Pihak Utara terdiri dari orang Georgia dan Armenia menyerang
Azerbijan dan kawasan-kawasan sekitarnya sehingga
mengakibatkan beribu-ribu umat Islam dibunuh dan harta benda
mereka dirampas.
 Dari sebelah Barat, Kerajaan Abbasiyah berhadapan dengan ancaman
tentera Salib.
 Pada awalnya serangan tentera Salib dapat ditangkis oleh Kerajaan
Abbasiyah.
 Peperangan tersebut menyebabkan Kerajaan Abbasiyah menjadi
semakin lemah.
 Terdapat banyak wilayah kecil yang berada di bawah kekuasaan
Kerajaan Abbasiyah menuntut kemerdekaan.
 Umat Islam di Andalus telah diusir keluar.
 Ini memberi peluang kepada Mongul dari Timur yang dipimpin oleh
Hulagu Khan untuk menawan kota Baghdad pada tahun 656
Hijrah/1258 Masihi.
 Tentera Mongul yang ganas dan kejam tersebut elah membakar
segala khazanah ilmu yang dihasilkan ole umat Islam
Iktibar Daripada Sejarah
Kegemilangan Kerajaan
Abbasiyah
1. Keagungan serta kegemilangan Kerajaan Abbasiyah
sentiasa menjadi kebanggaan umat Islam.
2. Setiap kemajuan yang dikecapi hari ini sebenarnya
berasal dari sumbangan umat Islam pada zama
Abbasiyah
3. Robert Briffault iaitu seorang sarjana Barat telah
mengakui hakikat ini di dalam karyanya ‘The Making of
Humanity’.
4. Kenyataan beliau ini sekaligus menyangkal dakwaan
kebanyakan sarjana Barat kononnya Gerakan
Pembaharuan (Renaissance) bermula di Itali dan tiada
sebarang kaitan dengan umat Islam.
5. Pihak tentera Saib dari Eropah Barat telah berjaya
memindah kan kemajuan sains dan teknologi umat
Islam ke negara mereka walaupun mereka mengalami
kekalahandi medan perang.
6. Walaupun Perang Salib berlaku di Syria, aktiviti
keilmuan rancak berkembang di Andalus dan Sicily.
7. Orang Eropah mengambil peluang ini untuk mempelajari
pelbagai ilmu sains dan teknologi, serta
menterjemahkannya ke dalam bahasa mereka.
8. Mereka juga telah mempelajari taktik peperangan dam
pembuatan manjanik, perisai, Contohnya, kubu
pertahanan Cheeteau Gaillard yang dibina oleh Richard
The Lion Heart di tepi Sungai Seine, Perancis pada tahun
1197 Masihi menyamai reka bentuk kubu-kubu
pertahana orang Islam di Syria.
Sekian Terima Kasih…….

Anda mungkin juga menyukai