Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAT

PERINGATAN HUT RI

‫ت‬
ْ َ‫ت قُ ْد َرتُ هُ َوَت َع ال‬ ِ ‫اهلل الَّ ِذي أَ ْكرمنَا بِنِ ْعم ِة الْح ِّر َّيـ ِة و‬
ْ ‫اال ْسـتِ ْقالَ ِل َو َعظُ َم‬ ِ ‫الحم ُد‬
َ ُ َ ََ ْ َْ

‫ََّّن‬2َ َ‫َش َه ُد ا‬ ْ ‫ِح ْك َمتُ هُ َو َع َّم‬


ْ ‫ت نِ ْع َمتُ هُ أ‬
َ ْ‫َش َه ُد أَ ْن الََّ إِلَ هَ إِالَّ اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬
ْ ‫ َوأ‬،ُ‫ك لَ ه‬

‫َص َحابِ ِه‬ ِِ ٍ ِ


َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬.ُ‫ُم َح َّم ًدا َع ْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬
ْ ‫ص ِّل َو َس لِّ ْم َعلَى َس يِّدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آل ه َوأ‬
ِ ‫ واُو‬،‫ َّات ُق وا اهلل‬،‫اد اهلل‬
‫ص ْي ُك ْم‬ ‫ب‬ ِ ‫ َفيا‬،‫أ ََّم بع ُد‬. ‫ان إِلَى ي وِم ال دِّي ِن‬
‫ع‬ ٍ ‫ومن تَبِع ُهم بِِإ ْحس‬
َْ ْ َ َ َ َْ ْ َْ َ ْ َ ْ ََ
. ‫اعتِ ِه لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْفلِ ُح ْو َن‬ ِ
َ َ‫اى بِتََِ ْق َوى اهلل َوط‬
َ َّ‫َواي‬

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah s.w.t.;

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah, dengan


mengikhlaskan ibadah kepada Allah s.w.t. serta meningkatkan khidmat bakti
kepada agama dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Tawbah ayat
105 berbunyi:

ِ ‫س َي َرى اللَّهُ َع َملَ ُك ْم َو َر ُس ولُهُ َوال ُْم ْؤ ِمنُ و َن َو َس ُت َردُّو َن إِلَى َع الِ ِم الْغَْي‬
‫ب‬ َ َ‫َوقُ ْل ا ْع َملُوا ف‬
.‫اد ِة َف ُينَبِّئُ ُك ْم بِ َما ُكنتُ ْم َت ْع َملُو َن‬ َّ ‫َو‬
َ ‫الش َه‬

Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah (bekerjalah) kamu,


maka sesungguhnya Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)
Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian
Dia menerangkan kepada kamu tentang apa yang telah kamu kerjakan".

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah s.w.t,

Tahun ini, genaplah 51 tahun kita mencapai kemerdekaan. Marilah kita sama-
sama bersyukur kepada Allah s.w.t. atas segala nikmat yang Allah telah

1
anugerahkan kepada kita dengan memperbanyakkan amalan soleh dan
melakukan ibadah dengan tulus ikhlas kepadaNya.

Kemerdekaan negara yang diraikan dengan penuh meriah pada hari ini, menuntut
kita agar merenung sejenak apakah yang telah kita kerjakan dalam mengisi
kemerdekaan. Tuntutan ini telah diabadikan oleh Allah s.w.t. dalam sepotong ayat
yang baru kita dengar tadi. Seterusnya, bagi memastikan pekerjaan yang kita
lakukan bertepatan dengan tuntutan Islam, satu penelitian terhadap sirah
perjuangan Rasulullah s.a.w perlu dilakukan. Dalam konteks ini, Sayyidina Umar
Ibn al-Khattab r.a pernah berkata: “Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah
dengan Islam, bilamana kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kita
akan dihina oleh Allah”.

Sesungguhnya, junjungan besar Baginda Rasulullah s.a.w adalah seorang tokoh


agung perjuangan pembebasan dan kemerdekaan. Bagindalah yang
bertanggungjawab membebaskan umat manusia dari segala bentuk penjajahan
dan perhambaan. Penjajahan minda dan pemikiran, penjajahan akidah dan
kerohanian, sehinggalah kepada penjajahan fizikal dan sistem kehidupan, sama
ada dalam bentuk ekonomi, politik mahupun sosial.

Sejarah membuktikan kepada kita bahawa di saat terutusnya Baginda, umat


manusia telah terlalu jauh dari hidayah para rasul terdahulu. Mereka menjadi
hamba kepada hawa nafsu, sesat dalam mencari hala tuju kehidupan, serta jahil
dalam memenuhi tuntutan kerohanian sehingga sanggup menyembah patung dan
berhala yang mereka sendiri tahu tidak mampu mendatangkan apa-apa faedah
mahupun mudarat. Golongan yang kuat bermaharajalela merebut kuasa,
merampas takhta. Golongan bijak pandai meracun minda menyebarkan tahyul dan
khurafat. Golongan yang lemah terus terjajah. Kejahilan terus mencengkam
sehingga zaman mereka dikenali sebagai zaman jahiliah.

Hakikatnya, risalah suci Baginda adalah untuk memerdekakan masyarakat Arab


dan manusia umumnya daripada segala bentuk penjajahan sama ada dari sudut
fizikal, pemikiran mahupun rohani. Perjuangannya bermula di Mekah dan
direalisasikan sepenuhnya dengan pembinaan Daulah Islamiah yang pertama di
Madinah. Modul dan strategi perjuangan Baginda inilah yang perlu dihayati dan
dijadikan panduan demi untuk membina sebuah negara merdeka yang berdaulat
dan menjulang martabat bangsa.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan;

2
Sebaik sahaja baginda berjaya mengasas sebuah negara yang bebas dan
merdeka, agenda utama Rasulullah s.a.w adalah mengisi kemerdekaan yang
ditempa dengan membina sebuah kehidupan baru yang selesa, selamat,
sejahtera, saksama, harmoni, kompetitif dan progresif. Setiap warga perlu
berusaha dan berdikari mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga. Segala
sumber kekayaan yang ada diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya menerusi
kepakaran modal insan yang pelbagai. Kaum Muhajirin yang arif dalam selok belok
perdagangan dan keusahawanan, berkongsi kepakaran dengan golongan Ansar
yang mahir dalam sektor pertanian. Hasilnya, industri pertanian, penternakan,
pembuatan dan perdagangan berkembang maju. Dalam masa yang singkat
kekuatan ekonomi yang dahulunya dimonopoli oleh golongan Yahudi kini dapat
dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Oleh yang demikian, umat Islam dalam hal ini perlu perihatin dan serius
memperkasakan sektor pekerjaan sekalipun bertaraf rendah dan sederhana. Ini
adalah kerana sikap terlalu memilih kerjaya akan mengundang pekerja-pekerja
luar memonopoli peluang dan sumber pendapatan dalam negara di waktu yang
sama membawa kepada pengaliran wang ke negara luar. Bukan sekadar itu
sahaja, malah kemasukan pekerja-pekerja asing yang tidak dibendung dengan
bijak membawa bersama “budaya-budaya asing” yang mengugat keamanan dan
kesejahteraan negara dan warganya.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian;

Dalam usaha menjamin harapan dan wawasan negara tercapai pula, Baginda
telah meletakkan satu garis panduan yang tegas dan jelas dalam memilih dan
melantik para penjawat awam yang akan menjadi medium pelaksana bagi pihak
kerajaan. Ciri-ciri modal insan unggul seperti yang telah dibina selama 13 tahun di
Mekah menjadi asas pertimbangan. Integriti yang tidak mendahulukan kepentingan
peribadi atau kelompok sendiri menjadi imej pentadbiran negara. Baginda s.a.w
mempunyai satu sistem pemantauan yang berkesan dan mampu mendidik jentera
pentadbirannya dari masa ke semasa. Dalam isu penerimaan hadiah daripada
pelanggan-pelanggan atau orang ramai misalnya, Baginda menegur pegawai-
pegawai terbabit di atas mimbar, melalui sabdanya;

Apakah halnya dengan pegawai-pegawa kita ini? Kita telah menghantar mereka
untuk memungut hasil. Lalu mereka kembali dan mengatakan bahawa yang ini
milik kerajaan dan yang ini pula hadiah untuk kami! Adakah sekiranya mereka itu

3
berada di rumah ibu atau bapa mereka, mereka akan dapat hadiah seperti itu?
Demi Allah, tidak seorangpun yang mengambil dari hasil ini, kecuali pada hari
kiamat kelak, dia akan memikul barang itu di atas lehernya. Sekiranya barang itu
seekor unta ia akan memekak, jika ia seekor lembu ia akan menguak dan jika ia
seekor kambing ia akan mengembek. Lalu baginda mengangkat kedua tangannya
sehingga kelihatan ketiak baginda lalu menyeru (sebanyak tiga kali): Ya Allah!
Sesungguhnya aku telah menyampaikan! (hadis riwayat al-Bukhari).

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah s.w.t.;

Kita patut bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas nikmat kemerdekaan yang telah
kita kecapi. Kita bebas ke sana ke mari beribadah, bekerja, belajar, makan angin
dan menjalani kehidupan kita dalam persekitaran yang aman dan harmoni. Ada
negara di mana rakyatnya hidup dalam ketakutan kerana perang saudara,
peperangan dengan kuasa luar, darurat, bencana alam, konflik kaum dan lain-lain
lagi.

Kita mampu mengekalkan intipati kemerdekaan kerana kita bersatu padu, bertolak
ansur, saling memahami dan berkerjasama antara umat Islam dengan bukan
Islam. Nilai keamanan dan keharmonian perlulah kita pelihara dan kita bajai
sesama kita. Inilah juga merupakan manifestasi kemerdekaan. Kita sepatutnya
merealisasikan pengertian kemerdekaan yang lebih bermakna dengan cara
menyumbang kepada organisasi tempat kita bekerja dan juga masyarakat
setempat dengan menjana pembangunan dan kemajuan fizikal, emosi, dan juga
spiritual.

Kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan kemerdekaan, erti keamanan
lebih bermakna dalam diri kita. Kita mengecapi pelbagai kemakmuran,
pembangunan dan kemajuan. Kita berdoa semoga Allah s.w.t. mengekalkan
nikmat ini dan menambahkannya agar kita lebih sayangkan agama dan negara
tercinta ini. Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim, ayat: 7 telah menegaskan:

‫ش ِدي ٌد‬
َ َ‫َوإِ ْذ تَأَذَّ َن َربُّ ُك ْم لَئِ ْن َش َك ْرتُ ْم َألَ ِزي َدنَّ ُك ْم َولَئِ ْن َك َف ْرتُ ْم إِ َّن َع َذابِي ل‬
Maksudnya: “Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu,
sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah s.w.t;

4
Sebagai tanda syukur kita kepada Allah yang Maha Kuasa atas kurniaan
kemerdekaan ini dan simbol terima kasih kita kepada pejuang-pejuang negara,
maka kita sewajarnya tidak mensia-siakan nikmat dan peluang yang ada ini. Untuk
itu, marilah sama-sama kita bersatu padu, berganding bahu membina umat yang
kuat. Dengan perpaduan sahajalah, kita akan mampu membina ketamadunan
yang unggul dalam negara, kita akan mampu membangunkan negara dengan
stabil dan saksama lantaran perpaduan adalah elemen yang amat penting dalam
membina ketamadunan sesebuah negara. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali
‘Imran ayat 103 berbunyi:

‫ص ُموا بِ َح ْب ِل اللَّ ِه َج ِم ًيعا َوالَ َت َف َّرقُوا‬


ِ َ‫وا ْعت‬
َ

Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama
Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.

Sabda Rasulullah s.a.w:

ْ ُ‫س ِد إِ َذا ا ْشتَ َكى ِم ْنهُ ع‬


‫ض ٌو‬ ِ
َ ‫احم ِه ْم َوَت َعاطُف ِه ْم َمثَ ُل ال‬
َ ‫ْج‬
ِ
ِ ‫ِّهم وَتر‬ ِ ِ‫(مثَل الْم ْؤ ِمن‬
ُ َ َ ْ ‫ين في َت َواد‬
َ ُ ُ َ
‫ْح َّمى) متفق عليه‬ َّ ِ‫س ِد ب‬
ُ ‫الس َه ِر َوال‬ َ ‫ْج‬
ِ
َ ‫اعى لَهُ َسائ ُر ال‬
َ ‫تَ َد‬
“Perumpamaan orang-orang yang beriman itu seperti sebatang tubuh, apabila satu
anggota mengadu sakit maka seluruh tubuh akan berjaga malam dan demam”

Dalam masa yang sama kita juga perlu menjaga perpaduan dan keharmonian
dengan bangsa-bangsa lain, kerana ini merupakan tuntutan Islam yang bukan
sahaja menjaga hak umat Islam tetapi juga prihatin terhadap penganut agama-
agama lain. Sabda Rasulullah s.a.w:

ِ ‫ص هُ أ َْو َكلَّ َف هُ َف ْو َق طَاقَتِ ِه أ َْو أَ َخ َذ ِم ْن هُ َش ْيئًا بِغَْي ِر ِط‬


‫يب‬ ِ
َ ‫(أَال َم ْن ظَلَ َم ُم َعاه ًدا أَ ِو ا ْنَت َق‬

‫يجهُ َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة ) أخرجه أبو داود‬ ِ ٍ ‫َن ْف‬


ُ ‫س فَأَنَا َحج‬
Maksudnya; “Barangsiapa yang menzalimi orang kafir yang telah berjanji taat setia
dengan negara Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebaninya denga

5
sesuatu yang tidak mampu dipikul olehnya, atau mengambil sesuatu darinya tanpa
keredaan hatinya. Maka aku akan menjadi penentang mereka pada hari kiamat”.

Sesungguhnya kita tidak mahu perbalahan dan persengketaan menjadi pemangkin


kepada kelemahan negara. Kita tidak mahu pengalaman- pengalaman pahit yang
dilalui oleh negara-negara lain seperti Iraq, Palestin dan lainnya menular ke negara
tercinta ini. Di Iraq, perbezaan mazhab dan aliran pemikiran menyebabkan umat
Islam saling bunuh-membunuh antara satu sama lain. Mereka berperang tanpa
mempedulikan pihak musuh yang hanya ketawa dan tersenyum mengaut hasil
negara yang dikurniakan Allah di negara mereka. Manakala di Palestin pula, ketika
pihak Zionis sedang rakus meratah umat Islam tanpa rasa belas kasihan sama ada
terhadap wanita, orang tua atau kanak-kanak, terdapat sesetengah pihak di sana
berbalah sesama sendiri semata-mata kerana perbezaan ideologi.

Sesungguhnya kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam
negara berulang kembali. Cuba kita renungkan sejenak apa akan jadi sekiranya
lembaran sejarah pahit ini berulang kembali. Sudah pasti amat sukar untuk kita
mengecap nikmat kemajuan dan kemakmuran seperti yang kita kecapi pada hari
ini. Dalam masa yang sama, sudah pasti kita akan menjadi sasaran kepada pihak-
pihak tertentu yang sentiasa mengambil peluang untuk campurtangan dalam
urusan negara kita.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah s.w.t;

Akhirnya, marilah sama-sama kita menjadikan kemerdekaan ini sebagai anugerah


Allah s.w.t sangat bermakna dalam usaha membentuk negara ini seperti mana
yang disifatkan Allah sebagai;

ٌ‫ب غَ ُفور‬
ٌّ ‫َب ْل َدةٌ طَيِّبَةٌ َو َر‬

Al-Hafiz Ibnu Kathir r.hm menjelaskan ayat ini dengan katanya: “Kamu akan
mendapat keampunan jika kamu sentiasa dalam keadaan mentauhid kan Allah
s.w.t”.

Ahli tafsir yang lain pula berpendapat bahawa maksud Baldah Tayyibah ialah
negeri yang banyak tanaman-tanaman, negeri yang tidak kering kontang, negeri
yang tiada sebarang serangga perosak dan baik udaranya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran, ayat 26 berbunyi:-

6
َ َ‫ْك ِم َّم ْن ت‬
‫ش اءُ َوتُ ِع ُّز َم ْن‬ َ ‫ش اءُ َوَت ْن ِزعُ ال ُْمل‬ َ ‫ْك ُت ْؤتِي ال ُْمل‬
َ َ‫ْك َم ْن ت‬ ِ ‫ك الْمل‬ ِ
ُ َ ‫قُ ِل اللَّ ُه َّم َمال‬
‫ك َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ٌير‬
َ َّ‫شاءُ بِيَ ِد َك الْ َخ ْي ُر إِن‬
َ َ‫شاءُ َوتُ ِذ ُّل َم ْن ت‬
َ َ‫ت‬
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang
memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya
segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Pada hari ni, kita boleh berbangga kerana sebagai satu bangsa dan sebagai satu
negara, kita diiktiraf oleh seluruh dunia sebagai lambang kejayaan negara dunia
ketiga. Lebih pada itu, banyak negara Islam dan negara dunia ketiga mengiktiraf
Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh. Ramai pemimpin negara dunia
ketiga dan negara Islam yang melawat ke Negara kita untuk mempelajari dan
memahami dasar-dasar kita yang telah membolehkan kita maju sedemikian.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan;

Dalam pada kita berbangga dengan kemajuan yang tercapai, kita harus ingat dan
jangan lupa sama sekali bahawa segala nikmat yang kita kecapi hari ini tidak akan
tercapai jika kita masih lagi dijajah oleh kuasa asing. Kesemua ini berubah hanya
apabila kita mencapai kemerdekaan pada tarikh keramat 31 Agustus 1957.

Pejuang-pejuang kemerdekaan inilah yang menanam semangat kemerdekaan


dalam sanubari kita melalui pengorbanan mereka. Mereka dibunuh, digantung dan
dipenjarakan kerana memperjuangkan hak bangsa untuk bebas dari penjajahan.
Pada hari ini, ramai para pejuang sudah tiada lagi. Sebagai tanda bagi mengenang
jasa dan perjuangan mereka yang telah kembali ke hadrat Ilahi, marilah sama-
sama kita berdoa untuk mereka semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan
maghfirah ke atas roh mereka.

ِ ‫ و َن َفعنِى وإِيَّا ُكم بِما فِ ْي ِه ِمن ْاآلي‬،‫ان ْالع ِظ ْي ِم‬


ِّ ‫ات َو‬
‫الذ ْك ِر‬ ِ ِ ِ
َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ‫بَ َار َك اهللُ ل ْي َولَ ُك ْم فْى ال ُق ْر َء‬

‫ أَقُوْ ُل َق ْولِ ْي َه َذا‬.ٌ‫الس ِميْ ُع ْال َعلِيم‬


َّ ‫ إِنَّهُ ُه َو‬،ُ‫ َوَت َقبَّ َل ِمنِّىْ َو ِمنْ ُك ْم تِالَ َوتَه‬،‫ْال َح ِك ْي ِم‬

7
‫ات‪َ ،‬وال ُْم ْؤ ِمنِْين‬
‫وأَسَت ْغ ِفر اهلل ْالع ِظ ْيم لِْي ولَ ُكم‪ ،‬ولِسائِ ِر الْمسلِ ِم ْين والْمسلِم ِ‬
‫ُْ ََ ُْ َ‬ ‫َ ْ ُ َ َ َ َ ْ َ َ‬
‫الر ِح ْي ُم‬
‫اسَت ْغ ِف ُروْ ُه إِنَّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر َّ‬ ‫ِ ِ‬
‫‪َ .‬وال ُْم ْؤمنَات‪ ،‬فَ ْ‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai