Anda di halaman 1dari 17

April 12

KERJA
KURSUS
SEJARAH 2011
SEJARAH DIRI
DAN
KELUARGA
SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS

Nama : Nur Fatin Amira Mohd Nor


Nombor Kad Pengenalan : 970320-12-5660
Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut

Tajuk Kerja Kursus : Salasilah diri dan keluarga


Nama Guru Sejarah : Cik Halimah Abdul Rahman

Elemen Markah

Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah

Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah

Elemen 3 Penerapan Unsur


Patriotisme

Jumlah Markah

Kod

Tahap Pencapaian

Tandatangan guru,

____________________

2
ISI KANDUNGAN

Bil. Butir-butir Muka surat

1. Tajuk 2

2. Isi Kandungan 3

3. 1.0 - Penghargaan 4

4. 2.0 - Objektif Kajian 5

5. 3.0 - Kaedah Kajian 6

4.0 - Laporan Kajian

4.1 - Salasilah keluarga

6. 4.2 - Perkembangan diri dan keluarga

4.3 - Tokoh dalam keluarga

4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga

7. 5.0 - Rumusan

8. 6.0 - Lampiran

9. 7.0 - Rujukan

10. 8.0 - Esei

3
1.0 - Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya
yang telah banyak memberikan sokongan dan sumber untuk menyiapkan folio sejarah
ini.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Halimah, iaitu guru mata
pelajaran Sejarah saya diatas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi
olehnya semasa saya membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya amat berterima kasih kerana mereka
secara tidak langsung memberi saya sedikit idea bagi memperbaiki lagi mutu dan
kualiti folio ini.

Sekian, terima kasih.

Nur Fatin Amira Mohd Nor

1 Ixora

4
2.0 - Objektif Kajian

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai

beberapa objektif seperti yang berikut:

a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya

b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula

dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya

c) Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota

keluarga saya

d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala

kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya

e) Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai

sesuatu

kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan

kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan

hilang begitu sahaja

f) Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki

sebuah keluarga yang harmoni dan ceria

g) Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan

menganalisis maklumat tentang keluarga saya

5
3.0 – Kaedah Kajian

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

a) Kaedah temuramah

Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi

mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui

penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar

menyaksikannya.

b) Kaedah pemerhatian

Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya

dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

c) Kaedah analisis dokumen

Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa

saya, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul

beberapa gambar dari album keluarga.

6
4.0 – Laporan Kajian

4.1 - Salasilah keluarga


4.2 - Perkembangan diri dan keluarga
4.3 - Tokoh dalam keluarga
4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga

7
4.1 – Salasilah keluarga

8
Salasilah keluarga bermaksud asal-usul keturunan sebuah keluarga. Carta salasilah
keluarga saya (sila rujuk muka surat 8) bermula daripada Haji Awang Piut iaitu datuk
saya dan Hajah Dayang Suasah iaitu nenek saya (rujuk no. 1). Datuk saya berasal
dari Binsulok manakala nenek saya berasal dari Pimping. Mereka telah mendirikan
rumah tangga pada 12 April 1970 dan menetap di Kuala Penyu. Datuk saya bekerja
sebagai seorang renjer hutan manakala nenek saya seorang suri rumah. Hasil dari
perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan enam orang anak, iaitu
Anim ibu saya yang dilahirkan pada 9 Mac 1971, Awang Sufian yang dilahirkan pada
tahun 1972, Dayang Arinah yang dilahirkan pada tahun 6 April 1974, Dayang Anni
yang dilahirkan pada tahun 1978, Dayang Aini yang dilahirkan pada 18 Mei 1983 dan
Dayang Aidah yang dilahirkan pada 26 Mei tahun 1984.

Pada tahun 1973, datuk saya telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke Sandakan.
Datuk saya membawa keluarganya menetap di sana selama 6 tahun. Pada tahun
1980, datuk saya berhenti bekerja sebagai renjer hutan dan pulang ke kampung
halaman, iaitu Kampung Binsulok serta bekerja sebagai seorang nelayan. Di samping
itu, datuk dan nenek menambahkan pendapatannya dengan menanam sayur –
sayuran dan buah – buahan untuk dijual. Hasil penat lelah bekerja setiap hari, telah
menampakkan hasilnya. Datuk dan nenek berjaya memberi semua anak – anaknya
pendidikan dan ilmu agama yang sewajarnya sehingga mereka boleh berdikari dan
berdiri di atas kaki sendiri. Pada tahun 1988, datuk saya menjadi seorang kontraktor
kecil – kecilan sehingga kini dan di samping itu, datuk saya juga mengusahakan
sebuah ladang kelapa sawit di sekitar pantai Kampung Pimping – Binsulok. Manakala
nenek saya menjadi seorang peniaga runcit dari tahun 1988 hingga sekarang. Kini,
semua anak – anaknya sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga masing –
masing.

9
Pada tahun 1996, Anim iaitu ibu saya telah berkahwin dengan bapa saya, Mohd Nor
(rujuk no 2) dan mempunyai empat orang anak (rujuk no 8) iaitu Nur Fatin Amira
(saya), Nur Ain Atiqah, Muhammad Danish Aizat dan Nur Qairina Alisha. Ibu saya
mengajar di sebuah sekolah rendah dan bapa saya bekerja sebagai seorang pegawai
pengurusan pelajaran di Jabatan Pendidikan Daerah Beaufort.

Awang Sufian telah berkahwin dengan Azura (rujuk no 3) di Mesir pada tahun 1999.
Mempunyai empat cahaya mata (rujuk no 9). Bapa saudara saya, bekerja sebagai
seorang pembantu pengurus pentadbiran di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Manakala ibu saudara saya, Azura bekerja sebagai seorang guru mata pelajaran
Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (JQAF).

Pada tahun 2000, ibu saudara saya, Dayang Arinah berkahwin dengan Aliudin (rujuk
no 4) dan dikurniakan enam orang anak (rujuk no 10) . Ibu saudara saya berkerja
sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran biologi di Sekolah Menengah
Lok Yuk dan suaminya bekerja sebagai seorang pensyarah di Politeknik Likas.

Pada tahun 2006, ibu saudara saya, Dayang Anni berkahwin dengan Sahrin (rujuk no
5). Mempunyai tiga orang anak (rujuk no 11). Ibu saudara saya seorang guru dan
suaminya seorang jurutera yang bekerja di kilang pembinaan kereta Perodua.

Pada tahun tahun 2009, ibu saudara saya, Dayang Aini berkahwin dengan Azrul
(rujuk no 6) dan belum mempunyai anak buat masa kini. Pada tahun yang sama, ibu
saudara saya, Dayang Aidah, berkahwin dengan Anas (rujuk no 7) dan mempunyai
seorang cahaya mata (rujuk no 12) yang baru dilahirkan pada awal bulan Ogos tahun
2010 ini.

10
4.2 – Perkembangan Diri dan Keluarga

Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya, ibu saya, saya, dan adik – adik saya.
Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 24 Mei 1996, ibu saya tinggal di rumah
guru Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal manakala bapa saya tinggal di flat guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut namun mengajar di Sekolah Kebangsaan
Sumbiling, Bongawan. Ibu saya berpindah sekolah dari Sekolah Kebangsaan Darau
ke Sekolah Kebangsaan Viking, Bongawan pada awal tahun 1997. Pada masa yang
sama, bapa saya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut. Bapa
dan ibu saya tinggal bersama – sama di flat guru Sekolah Kebangsaan Membakut.

Saya dilahirkan pada 20 Mac 1997 dibesarkan di flat guru tersebut sehingga saya
berusia 6 tahun. Pada tahun 2002, adik saya, Nur Ain Atiqah dilahirkan. Pada tahun
2004, kami sekeluarga pindah ke sebuah rumah yang lebih besar dan selesa iaitu di
Lot. 6, Fasa 1, Taman Emas Takapan, 89720, Membakut. Sehingga kini kami
menetap di sini dengan penambahan dua orang ahli keluarga iaitu adik lelaki saya
yang lahir pada tahun 2004, Muhammad Danish Aizat dan adik bongsu perempuan
saya yang dilahirkan pada tahun 2008, Nur Qairina Alisha. Walaupun keluarga saya
tidak terlalu besar, namun setiap anggota ahli keluarga memainkan peranan yang
besar dan penting bagi mewujudkan suasana ceria dan harmoni di dalam keluarga
saya.

11
4.2.1 – Bapa saya

Nama bapa saya Mohd Nor bin Mohd Said. Beliau dilahirkan di kampung halamannya
iaitu Kampung Palu – Palu, Kuala Penyu pada 27 Mei 1968. Bapa saya mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Palu – Palu, Kuala Penyu pada tahun 1975
hingga tahun 1981. Seterusnya beliau menyambung pengajian sekolah menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut pada tahun 1982 hingga tahun 1989 dan
tinggal di asrama yang disediakan. Pada tahun 1990 bapa saya memohon jawatan
sebagai seorang guru sandaran. Permohonan tersebut berjaya dan bapa saya
mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut selama beberapa bulan
sebelum ditawarkan meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kent Tuaran Sabah.

4.2.2 – Ibu Saya

Ibu saya bernama Anim. Beliau dilahirkan di Hospital Beaufort, Beaufort pada tanggal
9 Mac 1971. Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Binsulok,
Binsulok dari tahun 1 sehingga tahun 6 iaitu pada tahun 1978 sehinggalah tahun
1983. Pada tahun 1985, ibu saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Membakut hingga tahun 1989. Pada tahun 1989, ibu saya mengambil
kursus perkeranian di Kota Kinabalu selama 5 bulan sementara menunggu keputusan
Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) diumumkan. Pada tahun 1990, ibu saya memohon
masuk ke Maktab Pergurua. Setelah beberapa bulan, ibu saya ditawarkan masuk ke
Maktab Perguruan Kent Tuaran, Sabah.

12
4.2.3 – Diri Saya
Nama saya Nur Fatin Amira. Saya dilahirkan di Hospital Beaufort pada 20 Mac tahun
1997. Tahun ini saya berumur 13 tahun. Saya pernah tinggal di Flat guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Membakut dan kini saya tinggal di Lot. 6, Fasa 1, Taman
Emas Takapan, 89720, Membakut. Saya merupakan anak sulung dari empat adik-
beradik. Saya menjejaki alam persekolahan di usia 5 tahun. Pada tahun 2002, saya
pernah bersekolah di Pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Membakut, Tadika KEMAS
Binsulok dan Tadika JHEAINS Pimping. Manakala pada tahun 2003, saya bersekolah
di Tadika JHEAINS Pimping. Ketika saya berusia 7 sehingga 12 tahun, saya
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut. Saya telah berjaya
memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam peperiksaan UPSR. Kini, saya
belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut dalam tingkatan 1 Ixora.

4.2.3 – Adik Perempuan Saya

Nama adik perempuan saya ialah Nur Ain Atiqah. Dia dilahirkan di Hospital Beaufort
pada tahun 2002, 27 hari bulan Mei. Adik saya mula bersekolah pada tahun 2007 di
Tadika Pei You. Pada tahun 2008, adik saya bersekolah di Pra-sekolah Sekolah
Kebangsaan Membakut. Ketika berusia 7 tahun, dia ditempatkan dalam tahun 1
Zamrud di Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut. Kini, dia belajar dalam tahun 2
Mutiara di sekolah yang sama.

4.2.4 – Adik Lelaki Saya

Nama adik lelaki saya ialah Muhammad Danish Aizat. Dia dilahirkan pada 12 Ogos
tahun 2004 di Hospital Beaufort. Adik saya mula bersekolah pada umur 5 tahun iaitu
pada tahun 2009 di Pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Membakut hingga sekarang.

4.2.4 – Adik Bongsu Saya


Nama adik bongsu saya ialah Nur Qairina Alisha. Dia dilahirkan di Hospital Beaufort
pada 12 Jun 2008. Adik saya baru berumur 2 tahun 2 bulan dan belum bersekolah.

13
4.2 – Tokoh dalam Keluarga

Ceritakan dengan ringkas seorang ahli keluarga anda yang boleh dikatakan sebagai
tokoh dalam keluarga. Aspek penulisan seperti Berjaya dalam perniagaan, berkerjaya
dan sebagainya.

14
4.3 – Peristiwa bersejarah dalam keluarga

- Peristiwa pahit atau manis


- Kenangan indah
- Dan sewaktu dengannya.

15
5.0 - Rumusan
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info
mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya
ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga
saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang
sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli


keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta
dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini.
Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang


berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan
menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan
rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam
melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.

Nur Fatin Amira Mohd Nor


1 Ixora

16
6.0 - Lampiran

Lampirkan beberapa salinan fotostat seperti :

- K/P ibubapa
- Surat beranak
- Keputusan UPSR
- Sijil-sijil kejayaan yang lain
Dan beberapa dokumen yang berkaitan dengan diri anda.

17