Anda di halaman 1dari 4

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, para hakim,

guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia
ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Punca-punca kes pembuangan
bayi”.

Hadirin sekalian,

Negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, sosial ataupun politik
dalam menongkah arus globalisasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan
kejayaan yang telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Namun begitu, di sebalik
kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama
bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi.

Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan
antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku. Biasanya golongan remaja yang merupakan
golongan yang terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman hidup menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat
dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas. Remaja yang terlibat dalam pergaulan
bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan
mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama
akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-
tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

Hadirin yang dihormati,

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi
berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya mereka. Rakan-rakan yang negatif , akan mengajak remaja untuk melakukan perkara
di luar batasan.
Sehubungan dengan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah sosial ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak
luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya.
Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah
keluarganya. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut akan mengambil jalan
mudah dengan membuangkan bayinya daripada dipandang jijik oleh masyarakat.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini kerana
bak kata peribahasa Melayu, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”.Sekian,terima kasih.
Gejala pembuangan bayi
Posted on 23 Julai, 2008 by admin

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi.
Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi
yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan
perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya
anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang
bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh
mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan
mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian
kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada
pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-
lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai
sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada
remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang
melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan
agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka
lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa
mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi
diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang
dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan
ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi
anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi
anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka.
Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa
tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya
wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

Anda mungkin juga menyukai