Anda di halaman 1dari 4

SMK KAPIT

Masa:2jam
Kertas 2
Bahasa Melayu Tingakatan Dua
Peperiksaan Penggal Pertama 2011

Arahan :
Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B,
Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian
A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian
tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C
mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta menjawab satu soalan sahaja.

Bahagian A (i) : Ringkasan


(Masa yang dicadangkan : 40 minit)
(20 markah)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang panduan pemilihan aliran yang sesuai selepas PMR.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Penilaian Menengah Rendah (PMR) ialah satu peperiksaan wajib yang perlu
diambil oleh pelajar Tingkatan Tiga di seluruh Malaysia. PMR secara amnya
menjadi kayu pengukur untuk mengenalpasti kecenderungan dan kemahiran
pelajar bagi memiih aliran yang sesuai sama ada Sains, Sastera, Perdagangan,
Teknik, ataupun Vokasional. Segelintir pelajar selalunya akan memilih aliran
mengikut kawan atau dorongan orang lain tanpa memikirkan impak atau kesan
jangka panjang ke atas hidupnya.
Pelajar sepatutnya mengetahui minat dan hobi masing-masing disamping
mengetahui kelebihan sendiri untuk merancang masa depan mereka. Mereka
sepatutnya melihat keputusan peperiksaan mereka dahulu. Kecemerlangan
mereka di dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan
mereka pada subjek-subjek tersebut berbanding dengan yang lain. Sekiranya
subjek Matematik dapat A, kebarangkalian untuk bijak dalam aliran perdagangan
sangat tinggi. Sekiranya Matematik dan Sains dapat A, mungkin mereka sesuai
untuk aliran Sains. Walaubagaimanapun, ia turut bergantung kepada cita-cita dan
minat masing-masing. Oleh itu, perhatikan pula minat dan kecenderungan diri
masing-masing. Setiap individu adalah unik dan istimewa kerana masing-masing
mempunyai kekuatan tersendiri. Ini tergambar dari lahiriah mereka. Aliran yang
tepat dapat membantu mereka menggilap bakat dan kelebihan mereka.
Selain itu, ibu bapa juga boleh turut memainkan peranan dengan
berbincang hati ke hati dengan mereka. “Kakak nak jadi apa bila besar nanti?”
Biarkan mereka bercerita tentang impian dan cita-cita mereka. Kita juga boleh
membimbing mereka dengan pertanyaan-pertanyaan yang objektif.
Seterusnya, berjumpalah dengan kaunselor sekolah. Guru kaunselor dan
ahli keluarga yang telah berjaya lebih tahu merancang masa depan dengan baik.
Bertanya pendapat bukanlah sesuatu yang salah untuk diamalkan. Malah
memberi pulangan yang cukup lumayan buat orang yang bertanya. Selain itu, kita
juga boleh berjumpa dengan ahli profesional. Jika anak-anak sudah mempunyai
cita-cita, yang spesifik, contohnya doktor, aturkan masa yang bersesuaian dengan
seorang doktor yang boleh memberi gambaran tentang profesionnya, agar anak-
anak mendapat gambaran yang jelas, adakah ini jenis pekerjaan yang
diminatinya?
Lantaran itu, beristikharahlah. Tidak akan rugi orang yang bermesyuarat
dan tidak akan menyesal orang yang beristikharah. Berbincang dan meminta
petunjuk dari Tuhan adalah langkah yang baik kerana hanya Tuhan yang tahu
perjalanan hidup dan masa depan hambaNya. Pilihlah aliran yang bersesuaian dan
yang tepat kerana ini adalah langkah awal untuk masa depan yang cemerlang.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Panduan Memilih Aliran Selepas PMR”)

Bahagian A (ii) : Pemahaman (10 markah)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa menggilap bakat di dalam petikan


di atas? (2 markah)
2. Bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranan mereka untuk
membantu anak mereka memilih aliran yang tepat? (4 markah)
3. Pada pendapat anda, apakah implikasi yang diterima oleh para pelajar
sekiranya mereka salah memilih aliran selepas PMR? (4 markah)
Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
(Masa yang dicadangkan : 25 minit)
(20 markah)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang
kaedah belajar yang berkesan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C : Karangan Respon Terbuka


(Masa yang dicadangkan : 45 minit)
(40 markah)
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah ini.
Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Anda mempunyai cadangan untuk menarik minat murid-murid


berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah. Tuliskan sepucuk surat kepada
pengetua sekolah untuk menyatakan hasrat anda itu dengan
menyatakan langkah-langkah yang sesuai bagi menyokong cadangan
anda. Tulis surat tersebut selengkapnya.
2. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk minat anak-anak
supaya gemar membaca. Berikan pendapat anda.
3. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian’.
4. Sebagai pengarang majalah sekolah anda dikehendaki mewawancara
seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan
cemerlang dalam PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk
dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tuliskan wawancara anda itu
selengkapnya.
5. Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan
kebakaran hutan merupakan antara bencana alam tersebut.Nyatakan
punca-punca dan usaha-usaha menangani masalah ini.

Bahagian D : Karangan Komsas


(Masa yang dicadangkan : 10 minit)
(10 markah)

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.
 Erti Sebuah Pengorbanan (Zon 1: Perlis, Kedah, Pulau Pinang,Perak)
 Wira Pesona Avatari (Zon 2: Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur,Wilayah Persekutuan Putrajaya,Negeri Sembilan)
 Lestari Bukit Menghijau (Zon3 : Melaka, Pahang, Terengganu, 
Kelantan)
 Di Sebalik Wajah (Zon 4: Johor, Sabah, Sarawak,Wilayah Persekutuan
Labuan)

1. Huraikan tiga perwatakan watak utama dengan memberi contoh


berdasarkan novel yang telah anda kaji.

_______________________soalan tamat____________________

Anda mungkin juga menyukai