Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH

TOKOH FALSAFAH (IBN BAJJAH)

JXEA1104

AL FATIHAH BT AMRAN

JEA080003

PROF. DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

SEM 1 SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih dikenali sebagai Ibn Bajjah. Beliau

telah dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 (M). Ibn Bajjah merupakan seorang

sasterawan Negara, ahli bahasa, ahli muzik, pemain gabus, hafiz al- quran, dan pakar

dalam bidang perubatan dan menaji doctor yang teragung yang pernah di lahirkan oleh

Andalusia (Sepanyol).

Sumbangannya dalam bidang keilmuan amat besar sekali. Dalam bidang falsafah

umpamanya Ibn Bajjah boleh diletakkan setaraf dengan ahli falsafah lain seperti al-

Farabi dan Aristotle. Ibn Bajjah telah mengemukakan gagasan falasafah ketuhanan yang

menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa ‘ al melalui perantaraan

ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Menurut Ibn Bajjah, manusia

boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya amalan tasawuf

yang dikemukakan oleh Iman al-Gazali.

Apabila berfikir menggunakan akal yang waras dan menggunakan ilmu

pengetahuan serta berlandaskan agama Islam seseorang itu akan terhindar daripada

perbuatan atau sifat haiwaniah yang terkurung dalam diri dan hati manusia apabila

keutamaan dan perbuatan yang bermoral dapat mengusai jiwa. Pada pandangan Ibn

Bajjah lagi seseorang atau individu itu harus mengupayakan perjuangannya untuk

berhubung dengan alam sama ada bersama dengan masyarakat ataupun secara terpisah.

Jikalau sesuatu masyarakat atau kumpulan tidak baik atau tidak bermoral maka

seseorang itu harus menyendiri dan menyepi .


Aliran falsafah yang wujud berdasarkan peredaran zaman dan pandangan

pendukungnya berbeza antara satu sama lain. Aliran falsafah Eksistensialisme

umpamanya berbeza dengan pandangan yang dikemukakan oleh Ibn Bajjah. Aliran

eksistensislisme dimonopoli oleh agama Kristian dan di kaitkan dengan Krekergwwrd

(1813-1855) yang menekakan aliran falsafah pewngalaman dan penghidupan sebenar

manusia menjadi focus segala pemikiran dan menolak aliran falsafah lain. Aliran ini

menekakan keutamaan, hak dan tanggungjawab individu dan menolak keutamaan dan

hak masyarakat.

Pada pandangan ibn Bajjah pula seseorang harus mengupakan perjuangannya

berhubung dengan alam secara bersama dengan masyarakat dan jikalau masyarakat tidak

baik barulah seseorang itu harus meneruskan perjuangannya secara sendiri untuk

mendapat kaebahagian dinia dan akhirat. Berbanding dengan aliran falsafah yang

didukung oleh agama Kristian yang menolak konsep secara berjemaah atau

kemasyarakatan.

Ibn Bajjah dikatakan setaraf dengan al- Farabi adalah ketara melalui persamaan

mereka yang meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat

bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu. Apabila akal dan wahyu

dipisahkan akan melahirkan individu, sesebuah masyarakat yang kucar- kacir dan sebuah

negara yang pincang. Ibn Bajjah menekakan bahawa akal dan wahyu menjadi asas dan

menjadi dasar kepada pembentukan peribadi setiap individu dan pembinaan sebuah

negara serta masyarakat yang bahagia dan aman damai.


Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia mengenali apa

sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan. Akal boleh mengenali dengan

sediri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian

melalui amalan tasawuf. Aliran falsafah Rasionalisme menekan hal yang

sebaliknya atau berbeza dengan pandangan Ibn Bajjah. Aliran ini menekakan

falsafah iaitu segala imlu pengetahuan berpunca daripada akal dan bukan daripad

wahyu atau kurnian Tuhan.

Aliran ini juga menekakan bahawa sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh

akal adalah tidak wujud dan segala kejadian dalam alam ini merupakan gejala

alam semula jadi yang biasa bukan daripada kuasa luar biasa atau Tuhan, dan

kepercayaan agama dan etika mulia merupakan bentuk-bentuk aspirasi dan gerak

hati suci insan bukan berpunca daripada petunjuk otoriti yang kudus (Tuhan).

Aliran secara terang menolak kewujudan Tuhan atau wahyu yang ditekankan oleh

Ibn Bajjah yang menekan bahawa akal dan wahyu adalah pekara atau sesesuatu

yang padu dan tidak dapt dipisahkan.

Pada pandangan saya seseoarang itu harus berpegang pada sesesuatu atau

pada sebuah agama yang dapat membawanya kearah yang lebih baik dan

diberkati. Agama Islam umpamanya berpegang teguh kepada al Quran dan

wahyu yang diturunkan oleh tuhan( Allah) kepada umatnya dan bergantung

kepada individu tersebut untuk mengikutinya atau menjalankannya untuk

mendapt kerehdaan Tuhan.


Ibn Bajjah merupakan seoarng ahli falsafah yang dikagumi di negaranya

kerana telah banyak jasa dan sumbangannya kepada negara dan dunia Islam.

Sebenarnya, banyak lagi pekara di dunia ini yang tidak dapat dihuraikan

menggunkn logik akal hal ini di jelaskan. Jadi Ibn Bajjah belajar ilmu-ilmu lain

yang dapat menbantunya memahaminya hal-hal berkaitan dengan metafizik. Ilmu

sains dan fizik misalnya dugunakan oleh Ibn Bajjah untuk menghuraikan

persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda tidak mungkin wujud tanpa

rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud. Oleh sebab itu, kita boleh

menggambarkan sesuatu dalam bentuk dan rupa yang berbeza-beza.

Kemahiran Ibn Bajjah dalam bidangmatematik dan fizik sememangnya

diperakui tetapi beliau tidak cuba menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Sebaliknya ilmu itu digunakan untuk menguatkan hujah dan pandangannya

mengenai falsafah serta persoalan metafizik.

Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui

kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal dan

sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakkan di

beberapa perpustakaan di Eropah. Sesetengah pandangan falsafahnya jelas

mendahului zamannya. Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan

ungkapan manusia sebagai makhluk sosial,sebelum para sarjana Barat berbuat

demikian. Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam

tulisannya secara tidak langsung.


Kesimpulan yang dapat disimpulkan mngenai falsafah yang dipengang

oleh Ibn Bajjah iailah,Ibn Bajjah merupakan seorang pemikir falsafah Islam yang

terulung yang mencipta atau mengusulkan beberapa gagasan yang bermakna dan

berlandaskan sumber agama Islam dan berdasarkan wahyu daripada Tuhan.

Segala gagasan yang dikemukakan olehnya adalah berpandangan dengan

ajaran agama Islam. Beliau juga telah menggunakan kelebihan yang ada padanya

untuk dimanfatkan kepad masyarakat dan negara khususnya agama dan

masyarakat Islam. Ibn Bajjah juga telh menggunakan atau mengikuti perintah

Tuhan iaitu setiap atau segala kejadian yang berlaku atau yang ada di dunia ini

yang dijadikan oleh Tuhan adalah mempunyai makna dan maksudnya tersendiri.

Menjadi tanggungjawab manusia atau sebagai amat Islam untuk menkaji

dan menyelik yang selebihnaya yang tidak di nyatakan oleh Tuhan secar jelas

dalam al Quran. Ibn Bajjah telah meninggal dunia pada usia yang masih muda

akibat diracuni oleh mereka yang berperasaan dengki dan kianat terhadapnya,

beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1138 (M). Biarpun umur

Ibn Bajjah tidak panjang tetapi pemikiran dan sumbangannya telah meletakkan

tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan, (Falsafah dan Logika Melayu)


Selangor : Synergate Sdn. Bhd.

Hashim Musa, 1998. (Falsafah) . Kuala Lumpur. Akademi Pengajian


Melayu

Http://www.friendster

Http://en, wikipedia.org/wiki/Ibn Bajjah