Anda di halaman 1dari 8

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

AMALI 5: LITAR ELEKTIK

Objektif: Mengenalpasti kebaikan dan keburukan litar bersiri dan selari.

Perkakas:
Pemegang bateri, bateri, beberapa wayar penebat, ammeter,voltmeter, mentol.

Aktiviti 1: Membina litar bersiri dan selari yang mudah.

Prosedur:

1. Dengan menggunakan bateri, pemegang bateri, beberapa wayar dan dua mentol
untuk setiap litar, kedua-dua nya telah dibina seperti gambar berikut.

2. Semua wayar disambungkan dan mentol diperhatikan.


3. Kemudian, ammeter dan voltmeter disambungkan pada kedua-dua litar. Satu
jadual dibina untuk merekod data bacaan.
4. Mentol pertama tidak diskrukan untuk setiap litar. Pemerhatian dibuat pada
mentol kedua dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap litar direkodkan.
5. Seterusnya, mentol pertama disambungkan kembali dalam litar A secara bersiri.
Pemerhaian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.
6. sekarang, mentol 1 di litar B disambungkan semula secara selari. Pemerhatian
dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.
Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Keputusan:
Litar bersiri
Prosedur 3
Mentol Voltmeter (V) Ammeter (A) Observation
1 1.8 0.3 Mentol menyala
2 1.4 0.3 Mentol menyala
Prosedur 4
1(tak diskru) - - Mentol 2 tak nyala
Prosedur 5
1(dipasang) M1 M2 M1 M2 Kedua mentol menyala,
tetapi mentol 2 lebih malap

Litar selari
Mentol Voltmeter Ammeter Observation
1 1.7 1.2 Mentol menyala
2 1.7 0.9 Mentol menyala
Prosedur 4
1(tak diskru) 1.7 2.1 Mentol 2 menyala
Prosedur 6
1 (dipasang) M1 M2 M1 M2 Kedua mentol menyala,
1.7 1.7 0.8 0. 7 kecerahannya tetap sama.

Soalan:

1. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar bersiri jika salah satu mentol
terbakar?Jelaskan.
Semua mentol tidak menyala kerana litar bersiri tidak lengkap.

2. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar selari jika salah satu mentol
terbakar? Jelaskan
Mentol yang lain masih lagi menyala kerana tidak memberi kesan pada litar. Ini
kerana terdapat lintasan arus yang lain yang dipasang.
Tarikh eksperimen : 12 April 2011

3. Anda sedang membina satu utas rantaian lampu menggunakan beberapa


mentol. Bagaimanakah kecerahan cahaya lampu berkaitan dengan samada
anda menyambungnya secara bersiri atau selari?
Ya. Jika mentol di pasang dalam keadaan litar bersiri, kecerahan lampu mentol
akan berkurang jika dibandingkan mentol yang dipasang pada litar yang selari.

4. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar bersiri jika satu lagi
mentol ditambah kedalam litar tersebut secara bersiri? Jelaskan.
Mentol yang lain akan menjadi malap kerana beza keupayaan merentasi setiap
perintang adalah berbeza.

5. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar selari jika satu lagi mentol
yang lain ditambah dan dipasangkan secara selari didalam litar tersebut?.
Jelaskan.

Mentol masih menyala seperti biasa, kecerahan semua mentol adalah sama.
Perintang disambung selari mempunyai arus yang berlainan melalui setiap
perintang tetapi beza keupayaan merentasi setiap perintang adalah sama

Aktiviti 2: Membina litar gabungan siri dan selari.

Prosedur:
Tarikh eksperimen : 12 April 2011

1. Satu litar dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa
wayar, 3 mentol.

2. Suis disambungkan dan mentol diperhatikan.


3. Sekarang, ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengukur arus dan
potential difference melalui setiap mentol. Jadual dibina untuk merekod data
bacaan.
4. Mentol 1 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan
ammeter dan voltmeter direkodkan.
5. Mentol 2 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan
ammeter dan voltmeter direkodkan.

Keputusan :
Prosedur 3

Mentol Voltmeter (V) Ammeter (A) Potential Different


Tarikh eksperimen : 12 April 2011

1 1.8 0.18
2 1.8 0.18
3 1.9 0.18

Prosedur 4
Mentol Voltmeter (V) Ammeter (A) pemerhatian
1(dialihkan) - - Mentol 2 dan 3 tidak
menyala.

Prosedur 5
Voltmeter ( V) Ammeter (A) pemerhatian
2(dialihkan) M1 M3 M1 M3 Mentol 1 dan 3
0.3 3.7 0.2 0.2
tetap menyala
Soalan:

1. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 1 dialihkan?
Jelaskan.
Mentol yang lain tidak menyala, kerana, kedudukannya bersiri dengan mentol 1
dan 2. Litar menjadi tidak lengkap kerana salah satu perintangnya telah rosak.

2. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 2 dialihkan?
Jelaskan.
Mentol 1 dan 3 masih lagi menyala kerana mentol 2 dipasang secara selari, ia
tidak menganggu aliran arus. Litar masih lengkap walaupun terdapat perintang
yang telah rosak.

3. Adakah anda mahukan litar dirumah anda dipasang secara bersiri atau
selari atau kombinasi keduanya? Jelaskan alasan anda.
Saya mahukan litar rumah saya dipasang secara selari. Ini kerana, jika salah
satu perintang; mentor atau lampu tidak menyala, rumah saya masih lagi
berfungsi walaupun tidak sepenuhnya. Jika dipasang secara bersiri,
kemungkinan besar rumah saya tidak akan berfungsi sepenuhnya jika salah satu
perintang telah rosak.
Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Penguasaan Pengetahuan Dan Kemahiran Soalan :


1. Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan tersebut :

a) Apa yang dapat anda pelajari daripada aktiviti ini?

Daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari dan mengetahui kelemahan dan
kekuatan litar selari mahupun bersiri. Melalui aktiviti ini juga, saya mengetahui
apa perbezaan antara kedua- dua litar ini. Saya juga belajar bagaimana
memasang kesemua komponen elektrik dan mengetahui fungsinya dalam
mendirikan sesebuah litar. Melalui akriviti ini juga, saya mendapat
pengalaman sendiri dan memahami dengan lebih lanjut tentang perbezaan
litar selari dan bersiri, pengetahuan ini boleh diaplikasikan kelak.

b) Dalam kurikulum sains sekolah rendah, dalam bahagian manakah topik


ini diajar?

Tahun : 5

Tema : Penyiasatan Daya dan Tenaga

Tajuk : Elektrisiti

Objektif : Memahami litar bersiri dan selari.

c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini dalam


pengajaran dan pembelajaran?
Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Pertama, guru perlu menerangkan konsep topik terlebih dahulu. Permulaan


ini adalah penting agar murid berupaya menjana idea dan membina
pengetahuan asas murid dalam topik tersebut. Contohnya, set induksi
dengan menunjukkan video demostrasi dan bagaimana sesuatu litar elektrik
berfungsi. Seterusnya, guru meminta pandangan dari murid apakah jenis
cara penyambungan litar pendawaian di rumah. Untuk slot aktiviti, guru
kemudiannya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan memberi
peluang kepada semua murid untuk menyediakan litar elektrik iaitu bersiri
atau selari mereka dalam kumpulan.
Aktiviti ini haruslah di bawah pemerhatian guru untuk mengelakkan sebarang
kecederaan selain mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Setelah
tamat aktiviti, guru perlu meminta murid-murid mengembalikan kesemua
barang yang digunakan dan kemudiannya menyoal beberapa soalan
berkaitan aktiviti yang telah dijalankan. Pada akhir P&P, guru membuat
kesimpulan mengenai aktiviti yang telah dijalankan.

Pembelajaran berpusatkan murid seperti ini perlu dipraktikkan untuk


meningkatkan pemahaman mereka kerana mereka mengalami sendiri
pengalaman/aktiviti tersebut.

d) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

Pertama, sebagai fasilitator untuk mengajar dan memberi taklimat. Kedua,


perekacipta bermaksud perlu mempunyai ilmu yang sentiasa baru. Ketiga,
sebagai pembimbing dalam menolong pelajar. Keempat sebagai penilai
terhadap tugasan yang diberikan. Kelima sebagai pemberi motivasi kepada
pelajar.
Tarikh eksperimen : 12 April 2011