Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH

DAN LOGIKA MELAYU


(JXEA 1104)

TAJUK :PANTUN

NAMA : AZILAH
BINTI AWANG

NO MATRIK : JEA
080006

SESI 2008/2009 SEMESTER 1


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
Hang Jebat Hang Kasturi
Budak-budak Raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata

Adakah perisai bertali rambut


Rambut dipintal akan cemara
Adakah bisai tahu takut
Kami pun muda lagi perkasa

Pantun ini jelas menunjukkan keberanian orang penting Raja Melaka. Mereka

begitu taat kepada raja sehingga sanggup menggunakan nama-nama raja Melaka sebagai

perisai. “Mari kita bertentang mata” memperlihatkan keberanian yang tiada tolak

bandingnya padahal mereka belum kenal siapa lagi musuh mereka. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa mereka tidak gentar untuk menghadapi musuh yang mendatang

sekalipun musuh mereka itu gagah perkasa.

Menurut falsafah, berani itu bermaksud sifat atau perasaan yang lahir dalam diri

seseorang tanpa merasa takut atau gentar terhadap sesuatu perkara. Hal ini kerana

perasaan itu sudah sebati dan taksub pada diri seseorang yang memiliki sifat berani.

Berani juga dikatakan sifat yang sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Contohnya pada zaman

nabi Muhammad s.a.w, beliau tidak takut dan gentar menyebarkan agama Islam

walaupun telah ditentang dan disiksa oleh puak-puak kafir. Malah beliau terus

menyebarkan ajaran Islam dan membuang perasaan takut dalam jiwa dan lubuk hati

beliau.
Dari kaca mata islam, keberanian diperlukan dalam pengurusan organisasi

manusia. Bagi memperkukuhkan lagi pandangan ini, ia perlu disertai dengan keimanan

dan keyakinan kepada Allah s.w.t untuk menegakkan keadilah dan mencegah segala

perkara mungkar. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran surah Saba’:

34:23.

“Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah
diizinkan-Nya memperoleh syafaat itu, sehingga apabila telah dihilangkan
ketakutan dari hati mereka, mereka berkata : Apakah yang tlah oleh tuhanmu?”
“ Mereka menjawab : Perkataan yang benar”, dan dialah Yang Maha Tinggi lagi
Maha Besar”.

Di sini jelas memperlihatkan bahawasanya falsafah berani memainkan peranan

penting dalam perspektif Islam. Sifat berani mestilah beramal dengan sifat-sifat terpuji.

Contohnya kejujuran. Jujur adalah nilai dan etika yang sangat penting dalam organisasi

yang diutamakan dalam Islam. Berani memberi teguran secara bijaksana dari kaca mata

Islam. Sewajarnya insan yang mulia yang bergelar ulama itu selari dengan pepatah

melayu “Berani kerana benar takut kerana salah” dalam segala tindak tanduk mereka.

Masih dalam konteks berani, maksud yang ingin disampaikan dalam rangkap

pantun “kami pun muda lagi perkasa” adalah menunjukkan bahawasanya mereka masih

muda dan gagah serta mempunyai sifat berani yang tinggi bagi melawan pihak musuh.

Menurut Hamka, seseotang itu perlu berani menegakkan keadilan walaupun mengenai

diri sendiri kerana keberanian adalah puncak segalanya. Tanpa sifat berani, seseorang itu

akan mudah berputus asa dan mudah ditindas oleh pihak musuh.
Walau bagaimanapun, keberanian terdapat juga dalam bahasa Arab yang disebut

‘Sya’jaah’ dibagi menjadi dua bahagian iaitu keberanian semangat dan juga keberanian

hati atau budi. Keberanian semangat adalah seperti keberanian menghadapi musuh di

medan perang, keberanian doctor yang mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan ubat

penyembuh penyakit dan sebagainya. Keberanian budi pula ialah berani menyatakan

sesuatu perkara yang diyakini kebenarannya. Dengan keberanian, orang memperbaiki di

tengan jalan apa yang kurang, diinsafinya kekurangan dirinya dan selalu memperbaiki

diri.

Namun begitu, sedar ataupun tidak kita semua mempunyai sifat-sifat berani.

Cuma yang membezakannya sama ada sifat berani yang ada pada kita ini adalah sifat

berani yang negatif ( sifat berani yang ditegah) atau sifat berani yang positif ( sifat berani

yang dituntut) atau kedua-duanya sekali. Sifat-sifat berani yang negatif ialah sifat berani

kepada sesuatu yang patut ditakuti atau berani melanggar syariat dan peraturan yang baik,

termasuk undang-undang yang dibuat oleh manusia. Dengan kata lain, berani yang

merugikan diri sendiri dan sesama manusia. Sebagai contoh berani melakukan maksiat,

berani menyakiti hati sahabat, berani melanggar peraturan lalu lintas dan seumpamanya.

Manakala sifat berani yang positif pula adalah sifat-sifat jika diamalkan akan

mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan kepada sesama insan dan digalakkan oleh

agama kita. Dengan kata lain, berani hanya kepada yang disuruh oleh Allah s.w.t dan

takut melakukan yang salah dan maksiat. Sebagai contoh, berani beramal dengan sifat-
sifat terpuji, berani menjauhkan sifat-sifat yang buruk, berani menghadapi kritikan yang

menyenangkan, berani menghadapi kegagalan dan seumpamanya. Beberapa sifat berani

yang positif yang harus ada pada diri kita ialah :

1. Berani menjauhi sifat-sifat buruk

2. Berdusta (bohong) : iaitu para ulama bersepakat bahawa yang dikatakan berdusta

ialah memberi, menyampaikan maklumat dan laporan yang tidak sesuai dengan

yang sebenarnya.

Selain itu, bagi memperjelas hakikat falsafah berani dengan lebih teliti dan

terperinci kita perlu terokai ia dengan lebih mendalam lagi. Contohnya Saidina Umar bin

Al-Khattab mempunyai sifat keberanian yang tinggi. Antara bukti keberaniannya ialah

sebelum memeluk agama, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah s.a.w.

Selain itu beliau telah mengisytiharkan keislamannya di hadapan masyarakat Arab

Quraisy tanpa merasa gentar walaupun sedikit.

Selain itu juga, semasa berhijrah ke Madinah, sifat berani Saidina Umar semakin

terserlah apabila beliau mencabar secara terbuka sesiapa saja yang berani

menghalangnya. Sifat berani yang ditonjolkan oleh Saidina Umar telah memberi

inspirasi kepada orang Islam untuk terus memartabatkan Islam.


Dengan ini dapat disimpulkan bahawa falsafah berani memainkan peranan

penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana sifat berani sangat dituntut dalam

ajaran Islam kerana ia merupakan sifat yang sangat mulia dan terpuji di sisi Allah s.w.t.

Sebagai manusia yang bertamadun seseorang itu perlulah mempunyai sifat berani dalam

diri mereka supaya mereka lebih bersemangat bagi menghadapi segala cabaran yang akan

dihadapi pada bila-bila masa.


Bibliografi

1. Berita Harian. Isnin. 4 Februari 2008.

2. http://www.google.com.

3. Kassim Ahmad. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Ringkasan buku “Falsafah Hidup” Hamka (2)

Anda mungkin juga menyukai