Anda di halaman 1dari 7

TAJUK : TOKOH

BUYA HAMKA

NAMA : AZILAH
BINTI AWANG

NO MATRIK : JEA

SESI 2008/2009 SEMESTER 1


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
Tokoh yang dipilih ialah Buya Hamka. Hamka merupakan seorang ulama, politisi

dan sastrawan besar yang tersohor dan dihormati di kawasan Asia. HAMKA adalah

nama singkatan dari nama lengkapnya, Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah.

Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di Kampung Molek, Mninjau, Sumatera Barat,

Indonesia. Dia diberikan sebutan Buya iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang

berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab yang bererti ayah kami atau seseorang

yang dihormati.

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga darjah

dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera

Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa

Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang

diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sultan

Mansur dan ulama lain.

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan

Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka lebih

banyak belajar sendiri dan melakukan penyelidikan meliputi pelbagai bidang ilmu

pengetahuan seperti falsafah, kesusasteraan, sejarah, sosiologi dan politik. Hamka juga

aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Selain aktif dalam soal

keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan

penerbit. Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan

antarabangsa. Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981.


Buya Hamka merupakan seorang pemikir Islam yang termasyhur dan tersohor di

Indonesia. Falsafah yang dikeluarkan oleh beliau ialah usaha memperbaharui tanggapan

dan perspektif Islam oleh umat Islam Nusantara. Beliau adalah seorang yang optimis dan

menyatakan bahawa walaupun ancaman yang dihadapi Islam di kerajaan-kerajaan Islam,

Islam itu tidak akan terus dikalahkan oleh mana-mana pihak musuh. Sikap optimisme

hanya boleh tercapai dengan pemimpin-pemimpin yang berpandangan jauh ke depan.

Jika adanya sifat sedemikian, kekuatan untuk melawan pihak musuh dapat ditawan

dengan lebih baik dan tersusun.

Beliau juga berani mengatakan bahawa dalam kitab suci lain, selain al-Quran

tidak ada tuntutan politik Pertahanan dan Keamanan (HANKAM) yang sejelas al-Quran

dalam surah Al-Hajj ayat 40. Beliau menegaskan bahawa apabila seseorang itu berkuasa

seseorang itu harus memandang jauh ke depan. Seseorang itu janganlah hanya

mementingkan kelompok mereka sahaja tetapi harus memikirkan kepentingan orang lain

dan perlindungan agama lain dengan sebaik-baiknya. Teori ini bukan hanya tertulis

dalam al-Quran untuk dinyanyi dan dilagukan tetapi telah diamalkan sepanjang masa

sejarah. Jadi, memandangkan Islam adalah agama yang suci dan sempurna di sisi Allah,

kita sebagai umat Islam mesti bekerjasama melindungi agama Islam yang diperintahkan

oleh Allah s.w.t.

Ada di kalangan masyarakat Indonesia mengatakan bahawa di Indonesia telah

tercipta toleransi umat beragama yang harmonis, sedangkan di negara-negara lain terjadi

pertentangan antara umat beragama. Sebagai Ketua Majlis Ulama, Buya Hamka
menjelaskan bahawa dengan adanya toleransi itu adalah disebabkan di Indonesia

rakyatnya rata-rata beragama Islam. Jadi rakyat di Indonesia mudah bekerjasama dan

mudah diajar bagi mempertahankan agama Islam. Beliau juga menghuraikan keadaan di

negara-negara lain di mana umat Islam menjadi umat minoriti. Contohnya di Filipina

selama belasan tahun terjadi pertentangan umat beragama. Keadaan ini jelas

menunjukkan golongan yang beragama Islam adalah sedikit berbanding golongan yang

bukan beragama Islam. Jadi keadaan ini telah menyebabkan wujudnya kepercayaan yang

berbeza-beza sehingga berlakunya pertentangan agama.

Walau bagaimanapun, Hamka menyeru kepada semua masyarakat Indonesia dan

mubaligh-mubaligh berjuang demi mempertahankan agama Islam supaya menggantikan

tempat beliau pada hari tua kelak. Beliau mengatakan bahawa pemerintah telah

mendekati penduduk dan penduduk pula telah mendekati pemerintah. Tujuan tersebut

adalah untuk kebahagiaan tanah air, bangsa dan negara teguh berdasarkan agama Islam di

Indonesia. Beliau juga telah mengatakan bahawa rakyat Indonesia tidak boleh mundur

lagi. Mundur ertinya malu maju atau hilang kesedaran tentang pentingnya menjaga

maruah bangsa. Jika rakyat Indonesia tidak memperjuangkan dan mempertahankan

negara mereka, mereka mungkin akan ditindas oleh pihak musuh. Pihak-pihak musuh

pula selalu mencari peluang untuk menentang pihak lawannya.

Hamka juga menegaskan bahawa walaupun beliau merupakan seorang yang agak

popular, terkenal atau termasyhur di mana-mana, tetapi kepopularan bukanlah

menunjukkan beliau seorang yang terbaik. Bagi beliau ada yang lebih bagus lagi
berbanding beliau. Hamka merasa lebih lega kerana beliau dikelilingi oleh orang-orang

yang lebih berilmu daripada beliau. Contohnya seperti Tuan guru Haji Abdullah Syafi’i

yang terkenal dengan kegiatan dakwah dan keteguhan hatinya mendidik umat. Selain itu,

ulama seperti Tuan guru Syukri Gahzali merupakan seorang yang tenang, berfikir secara

objektif sehingga sangat sesuai menjadi timbalan Hamka yang sering kali emosional.

Namun begitu, Hamka menjelaskan bahawa walaupun beliau bukan ulama belajar di

pondok atau bermukim di Mekah tetapi jiwanya sudah sesuai dengan jiwa ulama. Oleh

itu, beliau lebih berani melangkah ke depan bagi menempuhi pelbagai cabaran dan

dugaan yang akan menimpa.

Namun begitu, Hamka telah menyatakan bahawa tema terpenting dari Menus

Majlis Ulama ialah untuk mencapai kerukunan beragama sebagai salah satu syarat mutlak

dalam pembangunan. Selain itu, tetap menjaga kerukunan beragama yang telah

digariskan 8 tahun yang lalu. Demi kerukunan agama dan demi ketahanan nasional,

beliau seulama dengan Majlisnya, baik di pusat atau pun di daerah akan memegang teguh

petunjuk presiden yang terlibat. Mereka tidak akan mempropagandakan agama mereka

kepada orang lain yang telah memeluk suatu agama baik dengan paksaan atau dengan

pujuk rayuan. Tidak ada paksaan dalam hal agama, tetapi sudah ternyata perbezaan di

antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.


Jelas bahawa, Buya Hamka merupakan seorang pemikir Islam yang tersohor dan

termasyhur di Indonesia. Walaupun terdapat banyak cabaran dan dugaan yang menimpa

dirinya, tetapi beliau sanggup menempuhi pelbagai halangan dengan penuh tabah demi

mempertahankan dan memartabatkan agama Islam. Pelbagai buku yang dihasilkan oleh

beliau dan sehingga kini buku-buku tersebut masih digunakan sebagai rujukan. Oleh itu,

Buya Hamka merupakan seorang tokoh yang sangat hebat dan tabah dalam membuat

sesuatu kerja demi memperjuangkan agama Islam.


Bibliografi

1. Berita Harian.Selasa.22 Mei 2001.

2. H.Rusydi Hamka.2002.Hamka Pujangga Islam.Pustaka Dini Sdn Bhd.

3. http://www.google.com

4. Kenangan-kenangan 70 tahun Buya Hamka, terbitan Yayasan Nurul Islam, cetakan

Kedua 1979.