Anda di halaman 1dari 6

Publication: Harian Metro

Date of Publication: Jul 9, 2010


Headline: Memperkasa prasekolah
Section Heading: Main Section
Page Number: 036
Zone: A-All
Length count: 963
Archive: Text - Harian Metro

MELAHIRKAN pekerja mahir dan berkualiti memerlukan masa dan bagi mendapat
pekerja mahir itu, mereka memerlukan pengetahuan melalui pendidikan
berkualiti yang hanya boleh dicapai jika sistem persekolahan dan pendidikan
negara juga cemerlang, bermula dengan pendidikan prasekolah.
Tanpa asas pendidikan asas ketika prasekolah yang sempurna, murid akan
menghadapi masalah apabila memasuki sekolah rendah. Berikutan itu, melalui
Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyasar peningkatan kemasukan kanakkanak
berusia lima dan enam tahun ke prasekolah kepada 87 peratus pada 2012
berbanding 72 peratus tahun ini.
Mengikut statistik sejak Januari 2010, 929 prasekolah berjaya dibuka
berbanding sasaran awal 1,353 prasekolah.
Antaranya, Kemas membuka 195 kelas berbanding 500 yang disasarkan, swasta
hampir mencapai sasaran sendiri apabila sebanyak 414 kelas sudah dibuka
daripada 488.
Kementerian Pelajaran, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) masing-masing berjaya menepati sasaran awal apabila membuka 315 dan
50 kelas.
Berikut temu ramah Yusliza Yakimir Abd Talib dengan Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mengenai dasar pendidikan
prasekolah negara.
S: Kenapa kerajaan menekankan pendidikan prasekolah di bawah Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan melalui Tranformasi Kerajaan
(GTP)? Kenapa sekarang, bukannya sejak 50 tahun dulu?
J: Kerajaan sudah menumpukan kepada pendidikan dasar dan prasekolah
khususnya, sejak 1992 ketika program prasekolah pertama ditubuhkan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Melalui program itu, sejumlah besar
kelas prasekolah ditubuhkan di seluruh negeri, dengan fokus pada kawasan luar
bandar tanpa akses pra sekolah sebelum itu.
Selain itu, pendidikan prasekolah untuk kanakkanak berusia lima tahun ke
atas dimasukkan ke dalam sistem pendidikan nasional dalam Akta Pendidikan
1992.
Fokus pada pendidikan asas di bawah NKRA adalah untuk melengkapkan usaha
terkini kerajaan menyediakan langkah permulaan kepada anak Malaysia, tanpa
mengira lokasi atau latar belakang sosio ekonomi. Selain menambah 1,353 kelas
prasekolah pada 2010 kerajaan juga membentuk Jawatankuasa Pra Sekolah
Kebangsaan untuk menyelaraskan kualiti pra sekolah awam dan swasta di seluruh
negara.
S: Kenapa pendidikan prasekolah penting dalam keseluruhan pendidikan
sekolah awam?
J: Malaysia sudah membuat anjakan dalam mendidik anak sejak kemerdekaan.
Negara kita mempunyai tahap celik huruf dan hitung yang tinggi serta tenaga
kerja berprestasi tinggi. Namun, pada 2009, hanya 60 peratus anak Malaysia
menghadiri prasekolah sebelum meneruskan pendidikan sekolah rendah. Mereka
yang tidak dapat menghadiri prasekolah mengalami kesulitan bersaing dengan
rakan sekelas di sekolah rendah dan akhirnya ketinggalan.
S: Berapakah peruntukan kerajaan untuk pendidikan prasekolah?
J: Bagi 2010, KPM memperuntukkan sekitar RM200 juta untuk operasi dan kos
pembangunan. Kos untuk membina kelas prasekolah di bawah KPM adalah sekitar
RM200,000 hingga RM300,000 bergantung kepada wilayah dan lokasi selain
menyediakan makanan prasekolah (RM1.50 seorang pelajar sehari).
S: Bagaimana pendidikan pra sekolah akan dibangunkan?
J: KPM sudah mengembangkan kurikulum semakan untuk prasekolah iaitu
Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (NPCS) di mana operator prasekolah
perlu mengamalkan NPCS untuk menjamin mutu pendidikan prasekolah. Dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) dinyatakan keperluan guru bertaraf diploma
untuk ke tahap Ijazah Sarjana Muda manakala semua guru prasekolah (swasta)
harus menjalani latihan oleh KPM
S: Bagaimana prasekolah kerajaan mempengaruhi pendidikan prasekolah swasta,
sejak prasekolah swasta belum ditetapkan sejak bertahun-tahun?
J: Berdasarkan NKRA Pendidikan, Jawatankuasa Pra sekolah Kebangsaan
dibentuk untuk menyelaras standard pra sekolah, sama ada milik kerajaan atau
swasta. Kerajaan akan memastikan kualiti pendidikan yang diberikan kepada
kanak-kanak tanpa mengira sama ada menghadiri prasekolah awam atau swasta.
Kami juga melancarkan geran untuk pembekal pra sekolah swasta yang membuka
kelas prasekolah baru di kawasan akses rendah.
S: Apa akan KPM lakukan untuk menggalak kemasukan ke prasekolah?
J: Dalam NKRA, tujuh langkah dirancang untuk mendorong penyertaan di
prasekolah iaitu:
* Membentuk Jawatankuasa Pendidikan PraSekolah Kebangsaan dengan Bahagian
PraSekolah untuk menetapkan semua penyedia prasekolah. Peranannya
membangunkan dasar pendidikan prasekolah untuk kerajaan dan penyedia
berdaftar pra sekolah swasta (termasuk kurikulum, keperluan kelayakan,
latihan dan penilaian),koordinasi antara semua penyedia prasekolah dan atau
agensi serta menilaikeputusan pendidikan prasekolah untuk menentukan arah
masa depan.
Diketuai oleh KPM, ahli Jawatankuasa jawatankuasa tetap terdiri daripada
Ketua Pengarah Pelajaran, ketua penyedia prasekolah kerajaan utama seperti
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan JPNIN serta Ketua Bahagian Pendidikan
Swasta KPM.
* Menyelaras sokongan pelajar yang menghadiri prasekolah kerajaan, termasuk
menyamaratakan geran perkapita di prasekolah yang disediakan Kemas, JPNIN dan
KPM serta meningkatkan geran makan sebagai ganti rugi terhadap inflasi sejak
beberapa tahun kebelakangan ini.
* Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah dengan sasaran
program latihan akan ditawarkan kepada guru dan pembantu guru untuk
meningkatkan kemahiran kira-kira 30,000 kakitangan yang ada dan baru selama
tiga tahun akan datang. Bagi guru dan pembantu guru yang baru direkrut,
keperluan minimum kelayakan akan ditingkatkan iaitu lulus peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia. Selain itu, kami akan mengembangkan rangka kerja baru
untuk kecemerlangan prasekolah, memperinci keputusan berdasarkan sasaran
untuk dicapai.
* Meningkat jumlah kelas prasekolah, khususnya untuk anak usia empat tahun
ke atas. Berdasarkan tahap pendaftaran yang disasar dan kapasiti saat ini,
jumlah kelas tambahan yang diperlukan adalah sekitar 10,000. Kami akan
bekerjasama dengan sektor swasta untuk mencapai kapasiti tambahan ini.
* Meningkat kerjasama awam swasta dalam pendidikan prasekolah. Insentif
barudan subsidi akan ditawarkan kepada penyedia prasekolah swasta, khususnya
di kawasan miskin di desa dan kota. Sebagai ganti, pra sekolah swasta akan
mengikut standard yang ditetapkan Jawatankuasa Pendidikan PraSekolah
Kebangsaan.
* Mengembangkan sistem maklumat prasekolah nasional untuk menyusun maklumat
pentadbiran, seperti lokasi sekolah dan butir peribadi pelajar dan
kakitangan, serta data prestasi berkaitan. Ketersediaan maklumat terbabit
sangat penting untuk NPCS hingga dapat memantau dan menilai pendidikan
prasekolah dan mengembangkan dasar baru yang dibina di atas asas fakta yang
telus.
S: Siapa bertanggungjawab mengembangkan Standard Kurikulum PraSekolah
Kebangsaan?
J: NPCS dikembangkan dalam kolaborasi dengan sektor swasta. Gambaran
keseluruhan NPCS meliputi:
* Menggabungkan prinsip pendidikan holistik dan berorientasi pada hasil
pembelajaran.
* Memastikan bahawa pembelajaran dan pengajaran mengira latar belakang
berbeza pelajar.
* Mendefinisikan penggunaan Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Cina
sebagai bahasa instruksional termasuk kegiatan untuk menggalakkan pemahaman
pelbagai kegiatan bangsa dan budaya.
* Standard kurikulum pra sekolah adalah inisiatif yang disambut baik oleh
pengunjung ke gerai Pendidikan semasa Hari Terbuka.
( END )
Publication: Harian Metro

Date of Publication: Jul 9, 2010


Headline: Sasar 100 SBT pada 2012
Section Heading: Main Section
Page Number: 035
Zone: A-All
Length count: 363
Archive: Text - Harian Metro

BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan mempunyai empat sub yang
diberi tumpuan oleh Kementerian Pelajaran iaitu Pra Sekolah, Literasi dan
Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru Kepada
Pengetua/Guru Besar.
Bagi prasekolah, sasaran ialah meningkatkan penyertaan kanak-kanak lima dan
enam tahun kepada 72 peratus menjelang 2010 dan 87 peratus menjelang 2012
serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan pra
sekolah swasta dan agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, berkata bagi memastikan sasaran berkenaan dicapai, kerajaan
menetapkan tujuh strategi utama iaitu penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan
PraSekolah Kebangsaan dan melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan, menyeragamkan bantuan kepada murid pra sekolah Kementerian
Pelajaran, Kemas serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN).
Menurutnya, sejak NKRA Pendidikan dilancarkan pada Januari 2010, sebanyak
987 prasekolah beroperasi daripada 1,353 prasekolah yang dirancang untuk
dibuka, termasuk oleh kementerian dan JPNIN, Kemas serta swasta.
Bagi memastikan pelajar mampu menguasai pembelajaran, program LINUS
dilaksanakan supaya setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi selepas mengikuti tiga tahun pendidikan rendah menjelang 2012.
Kementerian Pelajaran akan mewujudkan jawatan fasilitator LINUS (FasiLINUS)
di semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk memantau dan menyelaras
pelaksanaan LINUS serta membantu guru LINUS dalam pengajaran dan
pembelajaran.
LINUS ialah program pemulihan direka bentuk untuk memastikan murid
menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi dan disasar
kepada murid bermasalah 3M, iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Sasarannya
untuk melihat 90 peratus kanak-kanak menguasai aspek ini pada 2010.
GTP melalui Kementerian Pelajaran juga melancarkan Program Pembangunan
Prestasi Sekolah (SIP) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang mempunyai
karakter dan identiti tersendiri yang bakal melonjakkan kecemerlangan pelajar
ke peringkat paling tinggi dengan sasaran 20 SBT menjelang 2010 sebelum
meningkat sebanyak 100 SBT pada 2012.
Muhyiddin berkata, sebanyak 20 SBT diumumkan pada 29 Januari lalu dan
daripada jumlah itu, 14 buah adalah sekolah menengah, manakala enam lagi
adalah sekolah rendah.
Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar (PGB) pula memperkenalkan penilaian
berasaskan pencapaian untuk menilai PGB dengan menawarkan ganjaran menarik
kepada mereka yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.
Ketika mengumumkan skim itu, Muhyiddin berkata, sasaran kerajaan ialah
memastikan dua peratus guru mendapat ganjaran pada 2010, seterusnya meningkat
kepada empat peratus pada 2012.
( END )
Publication: Harian Metro

Date of Publication: Jul 9, 2010


Headline: 4 sub NKRA
Section Heading: Main Section
Page Number: 035
Zone: A-All
Length count: 716
Archive: Text - Harian Metro

MALAYSIA diharap menjadi negara maju pada 2020 dan bagi mencapai impian
itu, negara memerlukan tenaga kerja mahir dan berkualti dalam semua bidang.
Bagi mencapainya, bidang pendidikan perlu diperkukuh dan melalui Program
Transformasi Kerajaan (GTP), menetapkan empat aspek asas Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) pendidikan iaitu pra sekolah, celik huruf dan nombor,
sekolah prestasi tinggi dan insentif kepada pendidik.
Prasekolah
Menyasar meningkatkan penyertaan kanak-kanak lima dan enam tahun kepada 72
peratus menjelang 2010 dan 87 peratus menjelang 2012 serta meningkatkan
kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi
lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Kerajaan menetapkan tujuh strategi utama iaitu penubuhan Jawatankuasa
Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan, melaksanakan Kurikulum Standard
Prasekolah
Kebangsaan serta menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah Kementerian
Pelajaran, Kemas serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN).
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi meningkatkan kualiti guru dan
pembantu guru, menambah prasekolah di kawasan miskin bandar, luar bandar dan
pedalaman, meningkatkan perkongsian pintar kerajaan-swasta dan mewujudkan
Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.
LINUS
Menerusi LINUS, kerajaan menetapkan sasaran semua kanak-kanak berupaya
menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dan disasar kepada murid
bermasalah 3M, iaitu Membaca, Menulis dan Mengira selepas tiga tahun
pendidikan rendah.
Tiga model utama digariskan bagi memudahkan pengurusan sekolah melaksanakan
LINUS dengan berkesan mengikut kesesuaian dan situasi sekolah, guru dan murid
masing-masing.
Jika kelas terhad, guru aliran perdana boleh berkongsi kelas dengan guru
LINUS kecuali ada ruang lain yang lebih sesuai untuk mengasingkan kedua-
duanya.
Menerusi model kedua, dua kelas yang mempunyai murid pemulihan perlu diubah
jadual waktu harian untuk subjek Bahasa Melayu dan Matematik supaya kedua-dua
dapat dipecahkan antara kelas perdana dan LINUS.
Bagi model ketiga pula, ia membabitkan kumpulan murid yang kecil apabila
kelas dipecahkan kepada tiga membabitkan murid arus perdana, Bahasa Melayu
dan Matematik.
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Program Pembangunan Prestasi Sekolah
(SIP)
Kementerian Pelajaran memperkenal Program Pembangunan Prestasi Sekolah
(SIP)
di semua sekolah bagi membantu melonjakkan prestasi pencapaian masing-masing
sekali gus berpeluang dan layak diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
SIP mengandungi dua perkara utama, Toolkit Pembangunan Prestasi Sekolah
(SIT)
bagi menganalisis kekuatan dan kekurangan sekolah berdasarkan kepimpinan,
guru,ibu bapa dan infrastruktur serta Pelan Pembangunan Prestasi Sekolah.
Berdasarkan ranking, didapati kebanyakan sekolah di luar bandar dan
pedalaman berada dalam kelompok Sekolah Berprestasi Rendah menyebabkan Pelan
Pembangunan
Prestasi Sekolah memberi tumpuan khusus kepada sekolah berkenaan mulai tahun
ini agar sekolah itu dapat melonjakkan prestasi ke tahap lebih baik.
Kementerian turut menitikberatkan teras merapatkan jurang pendidikan di
bandar dan luar bandar dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan
pendidikan luar bandar, meningkatkan bilangan guru terlatih dan serta
menambah baik sistem pengagihan kepada murid miskin, berkeperluan khas dan
kumpulan minoriti.
Kementerian mensasar 100 SBT diwujudkan menjelang 2012 dan merancang
memilih sekolah di negara ini secara berperingkat dimulakan dengan 20 sekolah
pada tahun ini manakala 30 pada tahun depan manakala 50 lagi pada 2012.
Pemilihan SBT melalui dua saringan iaitu saringan pertama berdasarkan skor
komposit diperoleh sekolah membabitkan Gred Purata Sekolah (GPS) untuk Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah rendah.
Bagi sekolah menengah, ia membabitkan gabungan Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) serta skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) yang menggunakan instumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diverifikasikan.
Tawaran Baru Kepada Pengetua/Guru Besar
Insentif pertama ialah isu beban tugas sampingan yang begitu lama
diperjuangkan guru, sejak pertengahan 1970-an implikasi pelaksanaan KBSR dan
KBSM di sekolah rendah dan menengah.
Insentif kedua, berhubung kenaikan pangkat sudah tentu akan menyemarakkan
komitmen semua guru. Kini guru mempunyai peluang lebih luas, iaitu tidak
semata-mata menunggu kenaikan gred perkhidmatan melalui proses mengisi
kekosongan jawatan, tetapi kenaikan berdasarkan Time-based. Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju mempercepatkan pemprosesan kenaikan pangkat
berdasarkan Time-based seperti daripada Gred DG44 kepada DG48.
Melalui kaedah ini seseorang guru tidak perlu menunggu kekosongan seperti
jawatan pengetua untuk dilantik ke Gred DG48, tetapi peningkatan gred
dilakukan berdasarkan tahun perkhidmatan serta kualiti perkhidmatan, lantas
menjadikan peluang kenaikan gred amat terbuka dan berteraskan
profesionalisme.
Sebarang kenaikan gred adalah berlandaskan kekananan dalam gred yang
disandang bukan kerana memperoleh ijazah kedoktoran. Keadaan yang sama juga
dihadapi oleh penyandang Ijazah Sarjana.
Ketiga, tawaran baru (new deals) iaitu ganjaran kewangan kepada pengetua,
guru besar dan guru yang melonjakkan prestasi sekolah melepasi sasaran skor
komposit ditetapkan, iaitu ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua,
guru besar dan guru sekolah menengah dan rendah yang mencatat prestasi
cemerlang Petunjuk Prestasi utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian.
( END )

Anda mungkin juga menyukai