Anda di halaman 1dari 8

AKADEMI PENGAJIAN

MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
50603 LEMBAH PANTAI,
KUALA LUMPUR

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


(JXEA 1104)
SEMESTER 1 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
(APM)

NORAFIZA BINTI ARPAI


JEA 080080

SYAIR SI BURUNG NURI


Tersebut pula suatu cerita setelah sampai akan janjinya
Hairan segala di dalam cita Dengan petua kata gurunya
Baharulah kami mendengar warta Ia beramal dengan yakinnya
Nuri konon tahu berkata Kerana cempaka gila hatinya

Mimpi bersunting cempaka kasturi Makrifat itu dengan sentosa


Rupanya indah bersari-sari sehari semalam nuri puasa
Malamnya hampir siang hari Hikmatnya itu nama rakjasa
Adinda kejut seorang diri Siapa kena rosak binasa

Kurus kering akan tubuhnya Nuri pun sangat badannya lemah


Daripada sangat menahankan rindunya Makrifatkan cempaka tiada salah
Tak sedar akan makan minumnya Nyatalah cempaka hatinya gila
Mengenangkan cempaka dalam mimpinya Seperti pelantarkan hatinya gila

Terbanglah murai dengan malunya Kesana sini hatinya bercinta


Sampailah datang kepada istana Kepada gambir cempaka berkata
Si burung nuri segera katanya Rinduku tiada mendapat nyata
Adakah kita akan diterimanya Hanya nuri di hati beta

Terbanglah nuri dengan malunya Ayuh kekanda muda cumbuan


Merah padam warna mukanya Bukannya sahaya benakkan tuan
Ke sana sini membawa dirinya Jikalau abang melayang ke awan
Hendak mencari penutup malunya Padan seorang tanggung rawan

Melayang kesisi awan yang biru Terbang nuri dengan berahinya


Sampailah digunung mahameru Kesana sini penghibur hatinya
Hinggap di pohon cabangnya geru Terkenangkan adinda budi bahasanya
Disanalah tempat nuri berguru Sukar dicari akan gantinya

Nuri bertapa dipohon kayu Tinggallah cempaka hatinya rawan


Ilmunya tajam sudah rebayu Air matanya juga berhamburan
Jikalau terkena cempaka layu Ia berfikir saktinya rawan
Sekalian anggota berasa sayu Lalu masuk ke dalam peraduan

PENGENALAN
Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berbentuk puisi dalam sastera melayu lama.Ia
berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan islam.
Syair telah diubahsuai mengikut kesesuaian bahasa melayu klasik ketika itu. Kata syair berasal
dari bahasa arab,’syu’ur’ yang bererti perasaan. Dari kata ‘syu’ur’ muncul kata ‘syiur’yang
bererti secara umumnya ialah puisi.Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi
kegemaran masyarakat melayu lama pada ketika dahulu. Hamzah Fansuri telah menghasilkan
syair yang bersifat melayu dan tidak lagi mengacu kepada tradisi sastera syair di negara
Arab.Syair bahasa Arab yang tertua tercatat di Aceh iaitu catatan di batu nisan Sultan Malik Al-
Saleh yang ditemui pada 1297M ,manakala syair dalam bahasa melayu pula tercatat di batu
bersurat Minye Tujuh. Yang ditemui di Aceh, Indonesia pada 1380M,bersamaan 781 hijrah yang
menggunakan Bahasa Melayu Klasik bercampur dengan Bahasa Sansekerta dan Bahasa Arab.
Antara ciri-ciri syair ialah terdiri daripada empat baris serangkap tetapi ada juga yang dihasilkan
dalam dua dan tiga baris serangkap.syair tidak mempunyai pembayang maksud,ini berbeza
dengan pantun .Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris
terdahulu .Sebuah syair biasanya menceritakan kisah tertentu . Bilangan perkataan dalam setiap
baris adalah sama iaitu empat perkataan dan lapan hingga 12 suku kata dalam satu baris . Syair
boleh terdiri daripada syair romantik,sejarah,ibarat, dan keagamaan. Fungsi syair ialah sebagai
hiburan yang berunsurkan tauladan,kegiatan keagamaan,media komunikasi majlis,media
penyampai pengajaran dan lain-lain
.

SINOPSIS

Syair Si Burung Nuri adalah syair alegori yang dikatakan dikarang oleh Paduka Rorde yang
selesai ditulis pada 8 Ogos 1827.Pensyair tidak mengemukakan watak manusia biasa sebaliknya
menggunakan dua jenis makhluk yang berbeza iaitu burung yang mewakili golongan lelaki dan
bunga yang mewakili golongan wanita.Burung Nuri dikatakan mempunyai kedudukan yang
istemewa dalam hierarki keluarga burung.Diceritakan pada suatu malam Burung Nuri telah
bermimpi akan Bunga Cempaka yang sangat menawan dan mempunyai wajah yang ayu.Setelah
Burung Nuri terjaga dari tidur,ingatannya pada Bunga Cempaka sangat kuat.Burung Nuri telah
menceritakan mimpinya itu kepada burung-burung yang lain dan menyuruh salah seekor
daripada burung- burung itu pergi melamar Bunga Cempaka bagi pihaknya.Namun lamaran
tersebut ditolak kerana dirinya sudah berpunya. Burung Nuri berasa malu namun tetap dengan
pendiriannya untuk memiliki Bunga Cempaka walaupun mengetahui Bunga Cempaka sudah
berpunya.Tanpa berfikir panjang Burung Nuri telah terbang ke Gunung Mahameru untuk
bertemu dengan Buruna Kedidi lalu menuntut ilmu makrifat atau dikenali sebagai ilmu pengasih
iaitu bertujuan untuk menundukkan Bunga Cempaka.Setelah selesai menuntut ilmunya itu,ilmu
itu terus ditujukan kepada Bunga Cempaka.Akhirnya Bunga Cempaka berasa sangat rindu dan
sering terkenangkan Burung Nuri,keadaan ini berlaku agak lama tanpa pengetahuan Indera
Laksana,iaitu kekasih Bunga Cempaka.Mereka sering melakukan perkara yang ditegah oleh
Allah.Akhir syair ,burung Nuri telah meninggalkan Bunga Cempaka keseorangan dan terus
terbang ke Pulau Pari
Dalam syair Si Burung Nuri ini jelas mengemukakan dan memperlihatkan perilaku

orang-orang pada ketika itu sudah tidak lagi mengendahkan tentang dosa yang dilakukan

dan melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah,serta menegaskan seseorang itu

melakukan sesuatu yang diingini tanpa berfikir secara rasional terlebih dahulu.Agama

Islam dengan tegasnya menolak taklid secara melulu dan sebaliknya mewajibkan

penggunaan akal fikiran dalam segala hal yang bersandarkan kepada aqidah dan syariah

Rasulullah SAW.Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan dan meninggalkan

perintahNya.Faktor yang mendorong seseorang dalam syair ini melakukan dosa tersebut

ialah kerana lelaki itu tetap ingin memiliki wanita itu walaupun mengetahui wanita

tersebut merupakan milik orang dengan mengamalkan ilmu makrifat agar wanita itu

tunduk kepadanya.

Selain itu kurangnya pengetahuan tentang agama juga merupakan faktor seseorang

itu melakukan dosa kerana mereka tidak mengetahui azab yang bakal diterima dan hanya

mengikut nafsu semata-mata. Ini dapat dilihat dalam syair ini yang menyatakan Burung

Nuri(lelaki) pergi menuntut ilmu makrifat untuk menundukkan Bunga

Cempaka(wanita)dan mereka telah melakukan perkara di luar batasan.Ilmu makrifat atau

ilmu pengasih adalah untuk menundukkan seseorang.Ilmu tersebut menimbulkan masalah

yang besar kerana telah kehilangan tujuannya yang benar dan membawa kekecauan

dalam kehidupan manusia.

Ilmu itu seolah-olah ada tetapi pada hakikatnya merupakan hasil dan keraguan

sehingga ciri keraguan dan dugaan diletakkan ke tahap saintifik dalam metologi ilmu dan
keraguan dianggap sebagai alat epistemologi yang sah untuk memperoleh kebenaran.Ilmu

makrifat juga merupakan ilmu sihir yang perlu dihindarkan kerana ilmu tersebut

membelakangkan aqidah islam.Agama Islam menolak segala bentuk khurafat,sihir,tilik

menilik dan segala perbuatan yang tidak bersandarkan pada akal yang terpimpin.

Kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini itu tercapai .Segala

rintangan dan dugaan haruslah ditempuhi dengan akal secara rasional untuk mencapai

apa yang diimpikan.Daripada sudut pandangan penggunaan akal sebagai asas falsafah,

tiada agama lain selain agama Islam yang meletakkan akal manusia di tempat yang paling

tinggi (Mahmud Hamdi Zaqzuq 1989;86 ).Allah memuliakan manusia dan

melebihkannya daripada makhluk-makhluknya yang lain dengan mengurniakan akal

untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.Agama Islam meletakkan akal

sebagai aqidah dan pertanggungjawaban manusia.

Mengabaikan penggunaan akal dianggap sebagai satu kesalahan yang besar atau satu

dosa seperti mana yang ditegaskan dalam Al-Quran ,surah Al-Muluk ayat 10-11, jelas

bahawa Al-Quran menyeru manusia supaya menggunakan akal fikiran dan hal ini akan

dihisab kelak.Sesuai dengan penegasan dalam surah Al-Isra ayat 36.Dosa terbahagi

kepada dua iaitu dosa besar dan dosa kecil.Dosa besar bermaksud kesalahan yang

dikenakan hukuman tertentu di dunia dan azab di akhirat.Dosa kecil pula bererti

kesalahan yang diberi peruntukkan hukuman di dunia.Namun dosa kecil yang berulang

dilakukan berkemungkinan boleh menjadi dosa besar.


Kita sebagai mikrokosmos yang menghuni alam ini perlu merendah diri dan

menjauhkan diri dari dosa agar kehidupan kita dirahmati Allah.Ini jelas dibuktikan dalam

Al-Quran surah Al-Hajj ayat 18 yang menyatakan ‘tidakkah engkau tahu bahawa siapa

yang ada di langit dan siapa yang ada di bumi bersujud kerana Allah,juga matahari,

bulan. binatang, gunung-ganang, pohon-pohon yang melata dan banyak diantaranya

manusia ,tetapi banyak (di antara manusia) yang pantas mendapatkan azab(disebabkan

kekufuran dan kemasiatan)Dan ingatlah bahawa barangsiapa dihinakan Allah tidak

seorang pun yang memuliakannya.Sungguh Allah berbuat apa saja yang

dikehendakiNya.Jika seseorang itu tidak bertaubat dengan apa yang dilakukan maka

seseorang itu akan menerima pembalasan yang telah dijanjikan olehNya.Perbuatan yang

salah boleh diperbaiki dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Ini demikian kerana

Allah maha pengampun dan menerima taubat para umatnya.


PENUTUP

Kesimpulannya syair Si Burung Nuri menjelaskan bahawa manusia pada ketika itu tidak

takut pada dusa dan azab daripada Allah sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk

memenuhi nafsu mereka.Tanpa berfikir panjang seseorang itu sanggup melakukan apa

sahaja bagi mendapatkan sesuatu yang diingini walaupun mengetahui perkara yang

dilakukan itu salah di sisi undang-undang,khasnya undang-undang islam.Kita perlu

berusaha bersungguh-sungguh walaupun terpaksa meharungi pelbagai rintangan. untuk

berjaya.Ini demikian kerana sebuah kejayaan itu amat bermakna jika dengan usaha yang

datangnya dari diri sendiri.


SUMBER RUJUKAN

Awang Sariyan,2007,Falsafah Dan Logika Melayu,

Jabatan Bahasa Melayu,Akademi Pengajian melayu

Universiti Malaya

Hahsim Bin Haji Musa,2001,Falsafah Logik Teori

Nilai.Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Wahyunah Abd Ghani,2007, Syair Si Burung Nuri ,

Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur

Http://en.wikipedia.org/wiki/list_Of _hikayat

Http://ms.wikipedie,org/wiki/sastera _bermula _dengan _syair si burung nuri

Http.dbp.gov.my/klikdbp67mei7.pdf