Anda di halaman 1dari 13

Pencemaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,
hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan
kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia,
mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan
kenggunaan halal alam sekitar.[1]

[sunting]Bentuk pencemaran
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita,
antaranya:

 Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke


dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon
monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC),nitrogen
dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
 Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke
dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.
 Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam
berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih.
 Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam
alam sekeliling.
 Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan
industri.
 Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan
 Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia.
 Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan
keindahan alam.[2]
Cara pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh
faktor semula jadi, akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor
manusia.pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia
yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara
FRIDAY, OCTOBER 2, 2009

Kepentingan Alam Sekitar, Pencemaran Alam Sekitar


dan Pendidikan Alam Sekitar
• CINTAILAH ALAM SEKITAR

• Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud


secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam
sekitar meliputi beberapa komponen utama:

• Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia,
termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena
semula jadi yang berlaku

• Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan
tertentu seperti udara, air, dan iklim, sertatenaga, sinaran, cas elektrik,
dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

• Kepentingan alam sekitar

• Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa
dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia
juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan
negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik

• kepentingannya adalah:-

• Kesihatan manusia terjamin

• Tarikan pelancong asing

• Pembekalan udara yang segar

• Ekosistem yang stabil

• Habitat hidupan darat dan air terpelihara

• Mengelakkan kepupusan
• Punca-punca

• Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian


dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut
menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu,punca-punca lain
adalah:-

• Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan

• Penebangan pokok-pokok secara berleluasa

• Pembakaran terbuka

• Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida,
hidrokarbon dan lain-lain.

• Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk

• Pembuangan sisa-sisa toksik

• Kesan-kesan

• Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak


kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat
ataupun di air. Antara kesan-kesannya adalah seperti berikut:-

• Pencemaran udara dan jerebu

• Fenomena hujan asid

• Pencemaran bau

• Pencemaran air

• Kemusnahan hidupan akuatik

• Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat

• Keracunan

• Hakisan tanah dan banjir


• Kesihatan terjejas

• Langkah-langkah mengatasi

• Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk


menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak
langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat.
Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar
daripada pencemaran

• Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap:

• peringkat antarabangsa

• pemerintah

• organisasi

• individu.

• Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan


Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini
bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting
dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam
sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai
pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau
pencemaran alam.

• Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah
mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu
alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-
rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan
diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah
atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.

• Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan
syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah
harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di
sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling
bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam
sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan
dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan
himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga
memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai
sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah.

• Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga
sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang
boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari
barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan
barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat
mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada
diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
FRIDAY, MARCH 4, 2011

Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran udara

Alam sekitar yang masih terpelihara

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan


pencemaran udara
ialah :

~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan
dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon
dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas
oksigen melalui proses fotosintesisnya.

~Penggunaan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum
dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah
jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah
kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

~Program kitar semula


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di
sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual
barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara
barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas
terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk
menghasilkan kertas baru.

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap


Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30
meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat
penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat
dan tidak mencemarkan udara.

~penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana
kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi
akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada
PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah
dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai
dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi
akan datang.
Kesan Pencemaran Air
Kegiatan manusia mengejar pembangunan telah mendatangkan kesan
negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran air.
Antara kesan-kesan pencemaran air ialah :

~ Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan menyebabkan
berlakunya bau busuk. Ini boleh mengganggu keselesaan penduduk
yang tinggal berhampiran tebing sungai. Selain itu, timbunan
sampah itu juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan
imej yang tidak baik bagi pelancong! 

~ Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap nelayan
juga telah mencemarkan air sungai. Air sungai ini sudah tidak
selamat untuk digunakan penduduk bagi kegunaan domestik seperti
memasak, membasuh dan mandi.

~ Hidupan Akuatik Terancam


Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman kepada
hidupan akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam sungai,
menjadi ancaman kepada ikan. Jika keadaan ini berlarutan, ikan
akan mati.

~ Habitat Flora dan Fauna Musnah


Kegiatan pembinaan seperti projek perumahan yang melibatkan
penebangan hutan paya bakau telah memusnahkan habitat flora dan
faunanya. Jika keadaan ini berlarutan, hidupan akuatik seperti
udang dan ikan belacak akan musnah. Kemusnahan pokok paya bakau
juga menyebabkan hakisan tebing sungai dan tepi pantai giat
berlaku. Ini merupakan kesan buruk kepada ekosistem paya air
masin!

~ Banjir
Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodak dan lumpur dari
kawasan pembinaan di tebing sungai, juga telah menyebabkan dasar
sungai menjadi cetek. Ketika hujan lebat, kawasan rendah di
tebing sungai akan dilanda banjir. Contohnya, kawasan perumahan
di tebing Sungai Kuantan sering dilanda banjir terutama ketika
musim Monsun Timur Laut.
~ Penyakit
Keadaan banjir yang berterusan, juga boleh membawa risiko
terdedah kepada penyakit seperti taun atau kollera.

Oleh sebab itu, kita perlu menjaga kebersihan sumber air seperti
sungai, tasik dan laut supaya selamat untuk digunakan. Ini
merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan oleh
setiap individu. Sama-samalah kita menjaga sumber air bumi kita!
BUBUNG Buluh perindu dalam Bubung Bambu, seperti namanya
adalah serat yang ada dalam bubung bambu. 
Buluh perindu ini biasanya terdapat dihutan yang Jarang Dilewati
Manusia. 
Diyakini sebagai tempat tinggal dari kuntilanak, Sehingga untuk
mendapatkannya diperlukan laku/ritual khusus yang intinya adalah
bekerjasama dengan sikuntilanak ini untuk merawat rumahnya, dan
sebagai kompensasinya....sikuntilanak akan membantu kita untuk
keperluan urusan hati dan Lainnya. 

Cara menggunakan: 
buluh perindu adalah dengan meniupkan bubung bambu tersebut,
sambil membayangkan wajah calon yang ingin kita buat rindu
terhadap kita. Dimana sebelumnya ada mantra-mantra dalam bahasa
dayak atau melayu, yang berfungsi untuk memanggil sikuntilanak
tersebut agar mau datang dan membantu kita. 
Itulah, kenapa dinamakan buluh perindu dan Merawatnya dengan
Minyak misik putih dan minyak melati keraton.(cara penggunaan ada
yang lain dengan doa2 saja dan olesan) 

Ciri-ciri : Bila batangnya dibelah kita akan menemukan serat-serat


lurus di dalamnya. Serat-serat inilah yang dinamakan buluh perindu.
Untuk mencari bambu jenis ini diperlukan kepekaan bathin, karena
kalau dilihat dari batangnya tidak ada keanehan sama sekali. 
Jadi tidak Mungkin kita menebang semua pokok bambu...walaupun
ada ia akan Hilangsecara ghaib. 
Fungsi : Insya Allah untuk menarik/ memikat tamu/ pembeli/ relasi/
lawan jenis. Disamping itu juga untuk menambah kekuatan tenaga
dalam bagi yang mempelajari ilmu beladiri. Bambu memiliki hati, dan
hati bambu adalah serat/ buluh perindu,perindu adalah hatinya
bambu 
Biar diluruskan, walaupun buluh Perindu banyak digunakan Untuk
Urusan Baik/Jahat Tetap CIPTAAN ALLAH.SWT dan Dengan Izinnya
pun Semua Usaha akan Terkabul....Malah Hanya dengan
Mengharapkan dari Buluh perindu ini dan Tanpa Usaha(dagang) Sama
Halnya Kita menuhankan Benda ini dan Menjadi Musyrik....

SO dimulyakan OK! Disembah NOOO!!!!!!

karna semua akan Kembali pada ALLAH.SWT yang Maha Besar.

Pencemaran air
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencemaran sungai

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku


di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap
sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti
manusia.
[sunting]Malaysia

Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan


sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi
tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis
binatang ternakan seperti ayam,babi,lembu dan lain-lain ke
dalam sungai.Sungai Semenyih,sebagai contoh pernah
dicemari dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi
punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di
Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang,
parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan
dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang
Perai,Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru
berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan
racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di
Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak
mempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan
najis manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini didedahkan
kepada wartawan dan ditontonkan di televisyen. Selepas itu
barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padang untuk
mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.
Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke
Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor,Malaysia.
Beberapa negara maju membuang sisa radioaktif dengan
memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum
membuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh
merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya akan
dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China
Selatan. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan
sampah. Oleh itu wujud 'pulau sampah' secara terancang atau
tidak dirancang. oleh itu, kita mesti menjaga dan memulihara air
kita.
[sunting]

PENCEMARAN AIR
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran
berlaku sama ada dari segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya
berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak.
Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Punca Pencemaran

 Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke


sungai atau laut.
 Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak
dan najis.
 Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian
menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan
berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai
menjadi keruh.

Kesan Pencemaran

 Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
 Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan
tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

Anda mungkin juga menyukai