Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR, BATU BERENDAM

MINIT MESYUARAT GEOGRAFI KALI KE 2

SESI AKADEMIK 2011

Tarikh : 22 April 2011

Hari : Jumaat

Masa : 12.30 -2.00 ptg.

Tempat : Tingkatan 1B

Kehadiran : 1. Puan Lim Lay Neo

2. Puan Yoong Sin Poh

3. Puan Salomi Hj. Naim

4. Puan Punitha Rajindram

5. Puan Lim Kim Chu

Urusetia : Puan Yap Swe Lian (Setiausaha)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi Puan Yoong Sin Poh selaku ketua panitia mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli panitia yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kali ke2
tahun 2011. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama semua guru
geografi dalam usaha meningkatkan prestasi mata-pelajaran geografi. Beliau juga
berharap semua guru terus memberikan kerjasama kepada semua program panitia yang
sedang dan akan dilaksanakan.

Tindakan : Semua guru geografi

2.0 Ucapan GKMP Kemanusiaan, Puan Lim Lay Neo

2.1 Puan Lim Lay Neo mengucapkan salam 1 Malaysia dan terima kasih kepada semua guru
yang hadir pada mesyuarat ini. Beliau ingatkan bahawa Panitia menyediakan KRA,KPI
dan kad laporan panitia. Kad laporan mesti dibentangkan setiap kali mesyuarat panitia
dijalankan sebagai satu cara penilaian program dan perancangan panitia.

Tindakan : Ketua Panitia

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat lalu

Cadangan pengesahan minit mesyuarat yang lalu : Puan Lim Lay Neo
Menyokong pengesahan minit mesyuarat : Puan Salomi Hj. Naim
4.0 Perkara Berbangkit

4.1 (rujuk 2.1.2) Pn Yoong Sin Poh memaklumkan bahawa blog panitia telah dibentuk dan
guru-guru boleh merujuk kepada blog tersebut untuk maklumat selanjutnya. Beliau juga
mengalu para guru jika terdapat sebarang cadangan pengisian tolong maklumkan
kepadanya. Pn Lim Lay Neo memaklumkan bahawa penilaian blog akan berterusan
sehingga bulan Oktober. Dengan itu usaha penambahbaik blog mesti juga berterusan.
Oleh itu guru-guru boleh e-mel bahan-bahan yang releven kepada ketua panitia untuk
dimasukkan ke dalam blog.

Tindakan : Semua guru geografi

4.2 (rujuk 7.1.5) Program Semerak Jaya sedang dilaksanakan. Pn Lim Kim Chu
memberitahu bahawa kedatangan pelajar adalah tidak memuaskan. Masalah
mendapatkan kelas untuk menjalankan program ini kerana kelas-kelas yang lain juga
menjalankan Program Bimbingan Berfokus. Walaubagaimanapun, beliau akan cuba
mengatasi masalah.

Tindakan : Makluman

4.3 (rujuk 9.1) Pn Yoong Sin Poh memaklumkan bahawa modul latihan geografi telah
disediakan untuk Ting. 1, 2 & 3 untuk kelas I, A, J & C. Pn Lim Lay Neo mengingatkan
semua guru untuk menggunakan modul dengan sebaiknya dan memastikan guru
menyemak kerja pelajar. Pentadbir akan memantau penggunaan modul pelajar dari masa
ke semasa.

Tindakan : Semua guru geografi

4.4 (rujuk 9.2) Pn Yoong Sin Poh mengingatkan bahawa untuk penggubalan soalan
peperiksaan pertengahan tahun, guru-guru yang terlibat ialah:

Ting. 1 : Pn Yap Swe Lian

Ting. 2 : Pn Yoong Sin Poh

Ting. 3 : Pn Lim Kim Chu (selaras) membantu menyelaraskan kertas-kertas


soalan yang akan sampai nanti.

4.5 (rujuk 9.4) Pn Lim Lay Neo mengingatkan kepada guru-guru supaya menyediakan
Jadual Spesifikasi Ujian dan Analisis Item untuk semua ujian dan peperiksaan.

Tindakan : Semua guru geografi


5.0 Analisa dan Post Mortem UB1

5.1 Jadual Analisis Ujian Berkala 1 bagi Tingkatan 1

5.2 Jadual Analisis Ujian Berkala 1 bagi Tingkatan 2

5.3 Jadual Analisis Ujian Berkala 1 bagi Tingkatan 3

Tindakan : Semua guru geografi


5.4 Post Mortem UB1

Kekuatan

a. Guru-guru geografi menggunakan bahan bantuan belajar dengan berkesan sewaktu


proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Guru-guru juga turut banyak memberikan latihan intensif (Modul Latihan Geografi)
bagi setiap topic yang telah diajarnya.

Kelemahan

a. Penguasaan bahasa, konsep dan istilah geografi yang lemah dalam kalangan pelajar
kelas 1B, 1D, 1H, 2B, 2D, 2H, 3B, 3D dan 3H. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
memahami kehendak soalan serta tidak dapat menjawabnya dengan baik.

b. Kebanyakan pelajar mempunyai masalah disiplin terutamanya kelas B, D, H


sehinggakan mereka tidak dapat menguasai mata pelajaran dengan baik.

Tindakan : Semua guru geografi

6.0 Program Q-Net Ting. 1, 2 & 3

6.1 Tingkatan 1

Target cemerlang adalah seramai 61 orang pelajar. Capai 7 orang, tidak capai 54 orang .
Target pelajar lulus ialah seramai 144 orang. Capai 82 orang, tak capai 62 orang. Target
pelajar harapan ialah 2 orang pelajar. Kedua-duanya tidak capai.

6.2 Tingkatan 2

Sasaran pelajar cemerlang ialah 69 orang pelajar. Capai 20 orang, tidak capai 49 orang.
Sasaran kumpulan lulus ialah 176 orang pelajar. Capai 47 orang, tidak capai 132 orang.
Sasaran pelajar harapan ialah 9 orang pelajar. Capai seorang dan tidak capai 8 orang.

6.3 Tingkatan 3

Sasaran pelajar cemerlang ialah 72 orang pelajar. Capai 6 orang, tidak capai 66 orang.
Sasaran pelajar lulus 183 orang pelajar. Capai 48 orang, tidak capai 135 orang. 14 orang
pelajar yang disasarkan dalam kumpulan harapan tidak mencapai sasaran.

6.4 Tindakan susulan

Beberapa program sedang dan akan dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi geografi
pelajar. Antara program tersebut ialah:

a. Program Kelas Bimbingan Berfokus

b. Program Semerak Jaya untuk pelajar yang tidak terlibat dalam kelas bimbingan
berfokus

c. Program “Map Drilling” untuk semua pelajar.

Tindakan : Semua guru geografi


7.0 Laporan Kewangan Panitia

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa baki wang panitia sehingga suku tahun pertama (Jan –
Mac) ialah Rm3080.35 Panitia telah membelanjakan sebanyak RM 237.75 untuk
membeli kertas A4, marker pen dan refill ink bagi kegunaan guru-guru geografi tahun ini
( setiap orang guru geografi telah dibekalkan 2 rim kertas A4, 1 marker pen dan 1 botol
refill ink). Bagi suku tahun kedua (April – Jun) panitia telah membelanjakan RM 198.00
untuk Modul Latihan Geografi Ting. 1, RM 199.00 untuk Modul Latihan Geografi Ting.
2 dan RM 315.60 untuk Modul Latihan Geografi Ting. 3. Pengerusi juga memaklumkan
bahawa panitia akan membelanjakan lebih kurang RM 150.00 untuk program “student
reward” pada bulan Mei dan akan membeli koleksi peperiksaan tahun lepas PMR dangan
anggaran sebanyak RM 850.00 pada bulan Jun.

Tindakan : Ketua panitia

8.0 Hal-hal lain

8.1 Perkembangan Staf : Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

Sebelum taklimat mengenai Kerja Kursus Geografi, Pn Lim Lay Neo mengingatkan
bahawa PBS akan menjadi sangat penting pada 2014 apabila PMR dimansuhkan. Mulai
2012, PBS wajib dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 1. Oleh itu semua guru mesti
mengikuti format PBS seperti yang ditetapkan dalam panduan Kerja Kursus Geografi.
Antara beberapa pindaan :

 Lokasi bagi kawasan kajian adalah sekitar kawasan kediaman dan dinyatakan
dengan jelas. Perlu disebut kawasan, daerah, negeri dalam tajuk kajian, objektif
dan pendahuluan.
 Peta daerah mesti diwarna dan mempunyai petunjuk.
 Menggunakan simbol piawai bagi peta kawasan kajian, tidak boleh guna simbol
rekaan sendiri.
 Peta dan petunjuk mesti dalam muka surat yang sama.
 Ciri-ciri yang terdapat pada peta mesti yang sebenar.
 Jika pelajar menggunakan kaedah soal-selidik untuk memperolehi sesuatu
maklumat, mesti ada lampiran borang soal-selidik.
 Mesti tulis sumber rujukan bagi segala definisi.
 Setiap grafik ( graf, gambarajah ) mesti ada tafsiran atau huraian dan disertakan
dalam dapatan kajian mengikut tajuk-tajuk kecil. Tidak digalakkan lampiran
selepas Dapatan Kajian.
 Untuk bahagian penghargaan, nama pihak yang diberi penghargaan mesti diberi.
 Bagi bahagian rujukan, mesti ikut format yang betul.
 Tarikh akhir penyerahan kerja kursus Ting. 3 ialah 31 Julai 2011. Sebelum 31
Julai 2011, pelajar boleh buat pembetulan pada kerja kursus.

Tindakan : Semua guru geografi


8.2 Pembentangan kertas kerja Program Semerak Jaya

Pn Yoong Sin Poh memaklumkan Program Semerak Jaya yang diadakan ialah untuk
membimbing kumpulan pelajar yang sederhana dan tidak terlibat dalam kelas Bimbingan
Berfokus agar mereka boleh mendapatkan gred A dalam mata-pelajaran geografi.

Objektif program tersebut ialah :

a. memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.

b. Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan


peperiksaan.

c. Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka
menjelang waktu peperiksaan.

Pelaksanaan Program Semerak jaya adalah sekali dalam 2 minggu. Guru-guru dan kelas-
kelas yang terlibat dan ketepatan masa adalah seperti jadual di bawah.
JADUAL PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR KUMPULAN PROGRAM
SEMERAK JAYA

BIL TARIKH MASA NAMA GURU KELAS


1 04.04.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A
ISNIN
05.04.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

2 18.04.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
19.04.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

3 02.05.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
03.05.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

4 16.05.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
17.05.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

5 13.06.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
14.06.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J
6 27.06.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A
ISNIN
28.06.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

7 11.07.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
12.07.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

8 25.07.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
26.07.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

9 08.08.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
09.08.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

10 22.08.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
23.08.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
PN LIM KC 3J

11 05.09.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
06.09.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
SELASA PN LIM KC 3J

12 20.09.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A


ISNIN
21.09.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C
PN LIM KC 3J

Tindakan : Semua guru Ting. 3

8.3 Program Kelas Bimbingan Berfokus

Program Kelas Bimbingan Berfokus merupakan satu program untuk membimbing pelajar
yang berpotensi dapat A dan mempertingkatkan prestasi geografi pelajar yang sederhana.
Jadual berikut adalah jadual waktu dan guru-guru yang terlibat.

Hari : Selasa (minggu genap)

Masa : 1.10 – 2.30 petang

KUMPULAN NAMA GURU TEMPAT


K1 Pn Lim LN Kelas 3I
K2 Pn. Punitha Kelas 3A
K3 Pn. Lim KC Kelas 3J
K4 Pn. Yap SL Kelas 5K2

Kehadiran pelajar untuk kumpulan 2-4 kurang memuaskan. Pn Lim Lay neo
memaklumkan bahawa pihak pentadbir telah mula hokum merotan pelajar yang ponteng
kelas bimbingan.

Tindakan : Semua guru geografi

9.0 Penutup

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana meluangkan masa
untuk mesyuarat ini. Dengan ini mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

Disediakan oleh : Puan Yap Swe Lian,

Setiausaha Panitia geografi

Tarikh : 29 April 2011

Anda mungkin juga menyukai