Anda di halaman 1dari 36

OLAHRAGA

LARI BERGANTI-
GANTI

Ash/Nora
P5B
GERKO
PENGENALAN
 Acara lari berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4 x
100 meter, 4 x 200 meter, dan 4 x 400 meter. Suatu pasukan
lari bergantiganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-
gilir di antara satu sama lain, mereka berlari dalam satu
pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan
dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari
seterusnya.

 Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang


menjatuhkannya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada
dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.
SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI

 Acara lari berganti-ganti merupakan acara yang


tergolong dalam acara pecut. Acara lari berganti-
ganti tercetus setelah acara lari pecut
diperkenalkan.
 Acara stade adalah antara acara yang mula-mula

dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.


ALATAN
 Blok permulaan
Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok
permulaan akan digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan harus
boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlet. Cara mengukur blok untuk
keselesaan atlet boleh dilakukan seperti dalam gambar berikut:

a) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan.

b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.

(c) pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis
permulaan

Baton

Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti.
Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin
diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang
penuh, berukuran tidak lebih daripada 30sm dan tidak kurang daripada 28sm.

Ukur lilitnya hendaklah antara 12sm dan 13sm yang beratnya tidak
kurang daripada 50gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika
dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Penyerahan
baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran (20
meter).
Acara Dalam Lari Berganti-ganti

Acara 4 x 100 meter


Acara 4 x 200 meter

Acara 4 x 400 meter


Acara 4 x 100 meter

 Untuk acara 4 x 100 meter, pelari berlari dalam lorong-


lorong di atas balapan bulat berukuran 400 meter.
Balapan tersebut mempunyai 8 lorong.
 Pelari pertama akan memulakan perlumbaan daripada
garisan permulaan yang di atur secara beranjak. Dia
berlari ke arah pelari kedua dan menyerahkan baton.
 Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada
pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang
akan mengakhiri perlumbaan tersebut.
Acara 4 x 200 meter
 Bagi acara 4 x 200 meter, pelari masih berlari
dalam lorong-lorong balapan yang berukuran 400
meter.
 Perbezaan acara 4 x 200 meter dengan acara 4 x
100 meter adalah setiap pelari harus berlari sejauh
200 meter. Semua prosedur dan teknik adalah sama
dengan acara 4 x 100 meter
Acara 4 x 400 meter

 Acara 4 x 400 meter berbeza dengan acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter. Perbezaan
acara ini adalah dari segi prosedur dan teknik larian. Dalam acara ini, pelari pertama
memulakan larian dengan prosedur yang sama dengan acara 4 x 100 dan 4 x 200 meter.
 Perbezaan acara ini dapat dilihat pada pelari kedua. Selepas berlari sejauh 100 meter,
pelari kedua boleh memasuki lorong pertama bersama dengan pelari-pelari yang lain.
Pelari ketiga bagi setiap pasukan akan menunggu pelari kedua masingmasing di lorong
yang pertama dan prosedur ini diteruskan oleh pelari yang keempat.

 Zon Penukaran Baton

 Pada tanda 100 meter, 200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter, ditandakan tiga zon
penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang. Baton mesti bertukar tangan di
antara dua pelari di dalam zon ini. Satu zon lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan
pada 10 meter dibelakang zon penukaran baton. Pelari yang akan menerima baton boleh
mula berlari dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon penukaran
baton.
Teknik Penukaran Baton
a) Pergerakan ke atas (upsweep)
b) Pergerakan ke bawah (downsweep)
Pergerakan ke atas (upsweep)
 Dalam teknik ini, pembawa baton akan
menghantar baton kepada penerima baton dengan
menghayunkannya dari bawah ke atas.
 Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke
tangan penerima baton. Tapak tangan penerima
baton menghadap ke bawah. Penerima baton akan
memegang baton tersebut di antara ruang
berbentuk ‘V’ yang dibentuk ibu jari dan jari
kelingkingnya.
Pergerakan ke bawah (downsweep)

 Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar


baton kepada penerimabaton dengan
menghayunkannya dari atas ke bawah.
 Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas.
Apabila baton dihantarkepadanya, dia perlu
memegang 1/3 daripada bahagian atas baton
tersebut.
Gaya Penukaran Baton

 Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama


yang digunakan iaitu:
 a) gaya selang seli cara pandang
 b) gaya selang seli tanpa pandang
Gaya selang seli cara pandang

 Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari


dalam acara lari berganti-ganti 4x400meter.
 Penerima baton akan menoleh ke belakang dan
memerhatikan pemberian baton kepadanya.
Gaya selang seli tanpa pandang
 Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara
lari berganti-ganti 4x100meter.
 Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki
membawa batondengan tangan kiri, pelari kedua dan
keempat pula menerima dan membawa baton dengan
tangan kanan.
 Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak
menoleh ke belakang.Pembawa baton akan memberi isyarat
supaya penerima baton yang berada dihadapannya akan
menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
GAYA PERSEDIAAN DALAM PENERIMAAN
BATON

 Peserta yang sedang menunggu dalam zon


pertukaran baton dan bersedia untuk menerima
baton boleh menggunakan dua gaya persediaan
yang biasa digunakan seperti berikut:
ZON PENUKARAN BATON
 Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20meter dengan
adanya satu garisan pembahagi di tengah-tengahnya.
 Baton hendaklah diserahkan di dalam zon penukaran baton.
Penyerahan batonbermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang
menerima dan selesai apabilabaton telah benar-benar berada dalam
genggaman pelari yang menerima baton.
 Kebiasaannya, penerima baton akan membuat satu tandaan (check
mark) yang jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang
garisan mula zon penukaran baton.
 Apabila pembawa baton berlari sampai ke tandaan yang dibuat itu,
penerimabaton akan terus berlari dan menunggu isyarat daripada
pembawa baton untukmenerima baton dalam zon penukaran baton.
Cara memberi baton
 Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi
baton.
 Beri isyarat kepada penerima.
 Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.
 Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian
hujung baton ke dalam tangan penerima.
Cara menerima baton
 Selalu berada dalam keadaan sedia.
 Menoleh untuk memandang pelari yang membawa
baton.
 Sediakan tandaan. Berlepas dengan pantas sebaik sahaja
pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu.
Jangan menoleh ke belakang semasaberlari (gaya tanpa
pandan).
 Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar
isyarat daripada pelari yang membawa baton.
 Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
Semasa dan selepas penukaran baton

 Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa melakukan


pertukaran, pembawa baton yang berkenaan dikehendaki
mengutip baton yang terjatuh itu semula dan
memberikannya kepada pelari yang menunggu.
 Pemberi baton perlulah berlari di tepi penerima baton
semasa penukaran baton untuk mengelakkan pertembungan
sesama sendiri.
 Sebelum dan/atau selepas menyerahkan baton, pemberi
baton hendaklah berada dalam zon atau lorong masing-
masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya tidak
menghalang peserta-peserta lain.
PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI
(4X100METER)
Pelari pertama

 Dapat memulakan larian dengan baik.


 Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin
seorang yang kurang cekap semasa menerima
baton.
Pelari kedua
 Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.
 Cekap menerima dan memberi baton dengan
tangan kirinya.
Pelari ketiga
 Pantas berlari di bahagian selekoh.
 Cekap menerima dan memberi baton dengan
tangan kanannya.
Pelari keempat
 Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di
dalam pasukannya.
 Pantas berlari di bahagian lurus.

 Merupakan pelari yang penuh keazaman dan

tenang.
 Ciri-ciri ini amat perlu kerana pelari ini mungkin

terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari


daripada pasukan lawan.
Peraturan
 Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia
hendaklah diambil balik oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliau
boleh meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan
tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskannya
dan tidak mengganggu atlet lain.
 Baton hendaklah diserah di dalam zon pernukaran baton.
Kedudukan baton yang akan menjadi pemutus dan bukannya
kedudukan tubuh. Pertukaran baton di luar zon penukaran akan
mengakibatkan pembatalan.
 Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan
melintas keluardari lorongnya setelah selesai menyerahkan
batonnya akan mengakibatkan pasukannya dibatalkan.
 Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan
pembatalan.
TEKNIK MELAKUKAN HANTARAN BATTON
 Video Teknik Memberi Batton
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai