Anda di halaman 1dari 6

ULASAN BUKU MOTIVASI (REVISITING HOW TO SELL

YOURSELF)

Penerbit edisi Malaysia: Advantage Quest Publications, Puchong (dengan izin The Career Press, Inc., USA)

Tahun cetak: 2009

Jumlah muka surat:   256

Harga di rak:   RM29.90

Tarikh beli:   24.11.10

Sinopsis

Buku ini mengandungi 16 bab, tidak termasuk bahagian pengenalan dan lampiran. Pengarangnya
seorang pakar runding wawancara media, persembahan profesional, komunikasi saksi bicara di
mahkamah dan segala yang berkaitan dengan penyampaian mesej. Pengarang berpendirian bahawa
komunikasi bersemuka tidak mungkin dapat digantikan oleh kecanggihan teknologi jaringan terkini.

Murid sekolah tidak menjadi lebih baik hanya kerana dibekalkan komputer pada setiap meja
mereka. Sebaliknya kualiti generasi masa hadapan lebih kuat dipengaruhi faktor kasih sayang,
perkongsian dan perhatian ibu bapa, guru dan pentadbiran sekolah. Aktiviti pembelajaran di bilik
darjah tidak akan lapuk dek panas, tidak lekang dek hujan.

Inti pati buku ini ialah tentang cara penghantar "menjual" mesej komunikasi kepada penerima.
Antara perkara yang perlu dijual ialah kompetensi, jati diri (likability), keyakinan, isyarat yang
betul, keluaran, keterangan, pendapat, kepimpinan dan nasib baik. Pendek kata, komunikasi
bersemuka bermula dengan membuka mulut bagi menjual idea atau mesej supaya dapat diterima.
Pengarang menekankan tentang penggunaan ayat-ayat yang jelas, ringkas dan mudah difahami oleh
khalayak. Ayat yang berbunga-bunga, meleret-leret dan penuh dengan istilah yang janggal akan
memesongkan perhatian khalayak. Jika bercakap kepada sekumpulan khalayak, pastikan bahawa
pakaian dan cara pergerakan yang teratur, sepertimana  saranan berpakaian untuk berjaya (dress
for success).

Seorang yang hendak menjual mesej komunikasi yang baik umpama seorang pencerita yang dapat
menangkap imaginasi khalayak menerusi visualisasi perkataan. Butiran cerita mereka akan lebih
diingati berbanding dengan angka, carta, graf, dan analisis stastistik. Malah, pada tahun 2007
ketika meraikan ulang tahun ke-20 Microsoft PowerPoint, salah seorang pengasasnya sendiri
mengatakan bahawa PowerPoint ialah alat komunikasi yang hebat, tetapi digunakan dengan buruk
sekali: PowerPoint sekadar menjadi pembunuh komunikasi!

Pengarang juga menulis bab (8) yang khusus tentang komunikasi guru di bilik darjah. Disebabkan
guru bertemu dengan murid saban hari, mereka hendaklah sentiasa menampilkan kesegaran setiap
kali masuk ke bilik darjah, bagaikan kali pertama bersua muka dengan murid. Perjuangan guru
memupuk pembelajaran pada akhirnya ialah proses menjual mesej komunikasi sehingga berjaya.

Kebanyakan subordinat dalam organisasi akan mengeluh apabila diarah menghadiri mesyuarat yang
dikendalikan oleh orang yang membosankan, tidak terancang, tidak mematuhi agenda dan tidak
selesa. Mesyuarat yang berjaya perlukan pengerusi yang jelas tentang peranan setiap anggota
mesyuarat, dan bukan hal-hal peribadi. Masa anggota mesyuarat jangan dibazirkan, iaitu bermula
tepat pada waktunya dan berakhir  dengan cepat  sebaik sahaja semua agenda diselesaikan.

Isu anugerah khidmat cemerlang dan naik pangkat sering menjadi bahan gosip dan pertikaian.
Pengarang berpendapat bahawa dalam keadaan biasa, orang yang disukai oleh pembuat keputusan
memiliki peluang yang lebih besar. Hal itu dikategorikan sebagai "nasib baik" (baca: rezeki - penulis
blog) yang ditulis dalam bab 15.

Buku ini sangat bermanfaat kepada sesiapa yang berhasrat untuk memajukan diri dalam komunikasi
yang menjadi asas penting kemahiran interpersonal. Dalam era kepintaran berpasukan lebih
dipentingkan daripada kepintaran individu, kejayaan menjual sesuatu mesej komunikasi wajib
diberi perhatian. Kita perlu mempelajarinya.

Nilai Pengetahuan

1   Kemahiran Interpersonal

2   Perancangan komunikasi

3   Analisis persekitaran komunikasi

4   Motivasi kendiri

Aplikasi p & p

Guru hendaklah peka terhadap elemen komunikasi yang mampu memastikan bahawa mesej berjaya
dijual kepada murid. Begitu juga dengan tahap komunikasi murid ditingkatkan dari masa ke masa
supaya matlamat pembelajaran tercapai secara optimum. Di tangan guru yang memiliki kepekaan
komunikasi yang tinggi, momentum pembelajaran sentiasa dapat disegarkan...

ULASAN BUKU PEDAGOGI KOMSAS (BOOK REVIEW:


PROFESSIONAL KNOWLEDGE)
Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku sebagai tambahan bagi melengkapkan kursus
dalam perkhidmatan (Ladap) berasaskan sekolah diperkenalkan mulai tahun ini. Nisbah bacaan
4:2:1 merujuk kepada komponen bacaan bidang pengetahuan profesionalisme, kemahiran
profesionalisme, serta amalan / nilai profesionalisme keguruan. Bagi maksud dokumentasi dan
pembentangan, format di bawah telah ditetapkan, dan penulis blog (PB) memberikan satu contoh
penyediaannya.

1    Nama Guru:

2    Judul:  Teknik Mengajar Komsas                     Bidang:  Pengetahuan Profesionalisme

4    Tarikh Pembentangan:                                        Masa:

6    Tempat Pembentangan:

  Sinopsis

      Buku setebal 184 muka surat ini dibahagikan kepada 24 bab. Kecuali bab 1 dan bab 2,
      kesemua 22 bab yang lain membincangkan kaedah, model dan teknik mengajar komsas, 
      sama ada secara tradisional, mahupun terkini. Kaedah lama yang dimaksudkan
      termasuklah demonstrasi, penemuan, menyelesaikan masalah, kajian kes, sumbang saran, 
      projek,main peranan, forum dan KBKK. Kaedah terkini menonjolkan model kecerdasan 
      pelbagai, dengan tumpuan terhadap interpersonal, intrapersonal, visual-spatial, dan 
      linguistik.  Kaedah lain yang disarankan ialah ungkapan kreatif, kerusi panas, skema, 
      meramal, mentafsir dan bayangan minda. Turut dihuraikan ialah kaedah CoRT Thinking
      Programme yang diilhamkan oleh Edward de Bono. Penulis buku, Naffi Mat, pensyarah 
      pendidikan bahasa di UPM menggunakan contoh buku teks komsas tingkatan satu hingga 
      lima yang akan digunakan hingga tahun 2010. Menyedari bahawa teks komsas akan ditukar
      apabila tiba masanya, Naffi Mat lebih mengutamakan huraian konsep dan prinsip bagi
      setiap satu kaedah yang dibincangkan. Penggunaan contoh secara minimum bertujuan
      untuk menjelaskan aplikasi pedagogi komsas dalam genre yang berbeza: cerpen, drama,
      prosa tradisonal, puisi dan novel. Setiap kaedah dibincangkan secara berasingan supaya
      dapat diaplikasikan dalam aktiviti p & p mengikut keperluan. Naffi Mat turut 
      mencadangkan beberapa kaedah digunakan serentak untuk mencapai maksud 
      pembelajaran komsas, iaitu menghargai karya sastera dengan cara yang berkesan dan 
      menghiburkan, selain memenuhi hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan 
      kebangsaan, dan kurikulum bersepadu sekolah menengah.
     

8    Nilai Pengetahuan / Pengajaran

      Buku ini banyak membantu guru mengulang kaji kaedah pedagogi secara umum, sebelum
      mempertimbangkannya dalam konteks amalan p & p di bilik darjah. Justeru buku ini ditulis
      oleh seorang ahli akademik yang mengkhusus dalam pendidikan bahasa, input 
      pengetahuan dan saranan pedagogi ialah himpunan teori, konsep, amalan dan pengalaman
      sebenar dalam mengendalikan aktiviti p & p komsas. Buku ini juga dapat membantu guru
      mengorganisasi semula amalan p & p dalam satu pakej yang lebih jelas dan terarah. Dalam
      kata lain, guru dapat menjenamakan kaedah pedagogi yang paling mirip dengan aktiviti
      p & p yang berlaku di bilik darjah selama ini. Kepada guru yang bukan pengkhususan 
      bahasa, buku ini sangat berguna sebagai panduan merancang p & p, selain meningkatkan
      kualiti penyampaian kepada murid. Buku ini juga boleh menjadi senarai semak panitia
      bagi memantapkan p & p komsas supaya dapat membantu murid menyelami degup
      jantung kehidupan masyarakat, cabaran, konflik, harapan dan impian mereka dalam 
      mencapai tahap kesejahteraan yang diinginkan.

9   Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

     Ilmu pedagogi ialah alat dan senjata yang sangat ampuh bagi semua guru dalam 
     menjayakan proses p & p. Maka, sejumlah 22 kaedah, model dan teknik yang dihuraikan
     dalam buku ini sangat relevan dengan matlamat menjadikan aktiviti p & p sebagai berkesan,
     menarik dan menyeronokkan. Guru yang mengajar komsas beroleh input yang mempunyai
     latar teori dan amalan terbaik pendidikan yang dihubung kait secara langsung dengan 
     komsas. Pendekatan lama dan baharu boleh diadunkan supaya kelainan dapat diserlahkan 
     ke arah menangkap imaginasi murid. Bagi memindahkan segala input dan saranan buku,
     lebih baik guru-guru yang mengajar komsas mengadakan sesi perbincangan formal dan 
     tidak formal bagi membuat padanan antara pilihan pedagogi dengan genre komsas yang 
     didapati serasi. Kejayaan sesuatu kaedah, model dan teknik pedagogi boleh diukur secara
     mata kasar apabila murid memberi perhatian, menunjukkan minat yang tinggi, mengambil 
     bahagian dalam aktiviti p & p, dan menunjukkan komitmen terhadap tugasan komsas.
     Berasaskan respons murid, guru boleh merujuk semula senarai semak yang tersedia.

Disediakan oleh,                                                       Disahkan oleh,

..............................................                      ...................................................
(                                                   )                       (                                                   )
1    Nama Guru : Pn.Junainah Bt.M.Buang

2    Judul :  “Kemahiran Interpersonal Untuk Guru”

3. Bidang :  Pengetahuan Profesionalisme

4. Pengarang : Dato’Siti Nor Bahyah Mahamood & Hj Muhammad Zakaria, Telaga Biru

Sinopsis 
Buku ini memberi panduan untuk pelajar, remaja, ibu bapa, guru dan setiap individu yang ingin
meningkatkan keupayaan diri. Buku ini juga mudah untuk difahami kerana teksnya@isi kandungannya
dipermudahkan dalam bentuk byline, nota ringkas, flashers, subtopik, quotation dan kisah. Gambar rajah
dan foto memberi gambaran yang lebih jelas tentang petua dan konsep.
Selain itu juga,mbuku ini banyak memaparkan rajah saintifik dan jadual yang memantapkan penerangan.
Ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan. Bukan itu sahaja malah, di
dalamnya terdapat juga fakta yang menarik lagi mengejutkan yang perlu kita ketahui.Buku ini memberi
bnanyak maklumat kerana kandungan terkini dan dimantapkan dengan fakta dan kajian yang lebih menarik
untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Disediakan oleh,                                                       Disahkan oleh, 

                    
…………………………………………………………. ………………………………………………………

( Pn.Junainah Bt.M.Buang) ( )