Anda di halaman 1dari 1

Objektif Kajian

Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui dan belajar tentang sejarah dan

latar belakang serta pentadbiran rumah ibadat Mahindarama Buddhist Temple. Saya akan

mendapat pemahaman yang lebih dalam tentang bagaimana rumah ibadat ini memainkan

peranannya untuk berkhidmat kepada masyarakat di negara kita.

Satu lagi objektif kajian ini ialah saya menjadi lebih peka dengan keadaan dan keperluan

masyarakat sekeliling kemudian menghulurkan apa-apa bantuan yang saya boleh memberi bila

diperlukan.

Di samping itu, kajian ini dapat memupuk beberapa sikap yang baik seperti kerajinan,

bertanggungjawab, bekerjasama dan berkongsi maklumat. Saya patutlah berusaha dan

bertanggungjawab dalam proses melengkapkan kajian ini. Nilai bekerjasama dan berkongsi

maklumat juga saya belajar ketika berbincang pandangan dengan rakan-rakan saya.

Objektif yang seterusnya ialah untuk mendedahkan saya dengan teknik-teknik membuat

penyelidikan, contohnya mendapat fakta-fakta sejarah serta butiran maklumat yang sah dan

boleh dipercayai. Saya juga akan dapat mempelajari cara-cara dan langkah-langkah membuat

suatu laporan kajian yang lengkap.

Anda mungkin juga menyukai