Anda di halaman 1dari 6

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA,
50603 KUALA LUMPUR.

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


(JXEA 1104)

• NAMA : THEIVANAYAGI SUBRAMANIAM

• NO MTRK: JEA080152

• NO KP : 880107055238

• TAJUK : HIKAYAT MASYUD HAK


KUPASAN FALSAFAH DALAM HIKAYAT MAHSYUD HAK

}> Suka Berdoa :

Kupasan pertama adalah tentang hubungan manusia dengan tuhan. Suka berdoa ini
terdapat pada tokoh saudagar Buka Sakti. Saudagar yang tidak mempunyai anak
memberikan sedekah kepada fakir miskin. Ia juga meminta para fakir miskin itu
mendoakannya agar mempunyai anak.
> Maka saudagar itu tiada ia anak. Hatta maka beberapa lamanya ia duduk dengan
masgul di dalam hatinya. Setelah itu maka diberinya sedekah akan segala fakir dan miskin,
disuruhnya pinta doa supaya dikurniai Allah akan dia anak….(Jusuf,1984:116)

Nilai ini juga dapat dilihat pada tokoh pendeta, ayah Putri Marika Dewi yang dikahwinkan
kepada orang celaka. Namun, putri itu diambil oleh Raja Wadirah. Ia terungkap dalam surat
Pendeta kepada anaknya. Pendeta itu menyatakan dalam suratnya bahawa ia selalu mendoakan
raja, seperti dalam kutipan berikut ini.
>Setelah sudah surat itu lalu dibungkusnya, kemudian maka lalu diberikan hulubalang
itu, katanya,”Hai Tuan-tuan, katakana sembah pakir ke bawah Duli yang Dipertuan dan yang
hamba senantiasalah meminta doakan Duli yang Dipertuan.”(Jusuf,1984:137)

Seterusnya, suka berdoa ini juga terdapat pada anak-anak perempuan yang mendoakan Raja
Semang Jiran dapat dikalahkan Negeri Wakat sebab binatang kendaraannya tidak dapat makan
karena tidak dapat keluar atau masuk
>Syahdan maka sekarang akan segala anak-anak perempuyan sangat ia pinta doa
barang segeralah dialahkan oleh Tuanku dengan sebab saying akan kenderaannya lagi tiada ia
berolel keluar masuk dan tiada kuasa ia di dalam kampong itu, berapa tahun sudah
lamanya.(Jusuf,1984:195)

Nilai ini juga terdapat pada seluruh isi negeri, baik miskin mahupun kaya semuanya berdoa
kepada Allah agar Masyud Hak tetap memerintah di negeri itu.
>Maka segala isi negeri pun kaya semuanya serta meminta doa akan Allah Subhanahu
wa Ta’ala supaya tetap akan Masyud Hak itu m emerintahkan negeri itu. (Jusuf, 1984:277)

}>Suka Bertaubat :

Kupasan seterusnya adalah mengenai budaya suka bertaubat. Ia boleh dilihat pada tokoh
Bedui yang membawa kabur isteri orang tua. Masyud Hak yang mengadili perkara itu
menyeluruh Bedui itu bertaubat dan tidak melakukannya lagi.
> Maka ia pun mengakulah akan dirinya Bedui. Maka lalu didera oleh Masyud
Hak akan Bedui itu serta dengan perempuan celaka itu lima ratus kali. Maka disuruh
taubat Bedui itu jangan lagi ini ia berbuat pekerjaan demikian itu.(Jusuf,1984:121)

Ia juga terdapat pada tokoh setan yang me\nyerupai anak perempuan yang anaknya
diambil. Ketika anaknya itu akan dibelah oleh Masyud Hak, setan membolehkan,
sedangkan ibu kandungnya meminta agar anaknya tidak dibelah. Hal itulah yang
menentukan Masyud Hak bahawa ibu kandung anak itu adalah yang tidak tega melihat
anaknya dibelah, sedangkan yang bukan ibu kandungnya atau setan akan suka hatinya
melihat anak itu mati terbelah. Oleh kerana itu, Masyud Hak segera menghukum setan
yang mengakui anak perempuan itu sehingga setan itu mengakui perbuatannya. Masyud
Hak menyuruh setan bertaubat agar tidak melakukan perbuatannya lagi, seperti terungkap
dalam kutipan berikut ini.
>Maka kata ibunya “Janganlah dibelah budak ini, berikanlah ia lamun selamat
juga budak itu dengan tolong Allah, jangan juga ia mati sudahlah”. Maka kata Masyud
hak, ‘ Bahawa engkau telah nyatalah budak itu bukan anakmu dan jikalau ialah anakmu
ada juga rahim akan dia, tatkala engkau sampai dahulu itu merebut budak itu sekarang
engkau setan cahaya pantas daripada manusia.”Syahdan maka dikerasi oleh Masyud
Hak akan dia. Maka ia pun berikrar akan taubat dan bersumpah jangan lagi khianat
akan manusia mengerjakan yang demikian itu.(Jusuf,1984:122)
}> Bersyukur :
Kupasan seterusnya adalah mengenai budaya bersyukur yang terdapat pada tokoh
pendeta dan Putri Marika Dewi. Di dalam surat itu, pendeta itu menyatakan bahawa anak
mmenantunya, Raja Wadirah, harus bersyukur mempunyai saudara Masyud Hak, seperti
kutipan di bawah ini.
>maka serta ia berkirim surat akan anaknya demikian bunyinya, katanya. “hai
anakku setelah dikurniakan Allah ta”ala engkau dengan sebab saudaramu Masyud Hak
maka mengucapkan syukurlah akan tuhan yang mempunyai rahim dan rahmat, maka
hendaklah enhgkau berbuat bakti akan tuanmu itu dan engkau turut perangai saudaramu
Masyud Hak itu kerana orang bijaksana dan…(Jusuf,19847:137)

Budaya bersyukur ini terdapat pada tokoh Masyud Hak dalam episode Raja Waskat
hendak meminang Putri Pancala Candi, anak Raja Semang Jiran dan Brahma Kebut
Menteri membuat perangkap untuk mengalahkan Raja Wakat dengan cara memberikan
Putrinya. Namun, hal itu dapat segera diketahui dengan bantuan burung bayannya. Itulah
sebabnya Masyud Hak mengucap syukur kepada tuhan.
>Maka Masyud Hak pun mengucap syukur kepada Allah serta ia memohonkan
tolong kepada Allah akan pekerjaan itu demikianlah adanya.(Jusuf, 1984:215)

Rasa syukur itu juga dilakukan oleh Masyud Hak kerana ia dengan bantuan burung
bayannya dapat mengethui rencana jahat musuhnya.
>Maka sekali peristiwa, burung bayan terbang ke negeri Pancaralah. Maka
dihinggap oleh burung bayan itu pada kemuncak mahligai Semang Jiran. Maka dengan
takdir Allah kepada hari itu Semang Jiran dab Brahma Kebut duduk Berkata-
Kata.(Jusuf,1984:215)

***********************************************************************
}>Memohon Pertolongan Dan Perlindungan Tuhan:
Kupasan seterusnya ialah tentang pertolongan kepada tuhan terdapat pada tokoh
Mahsyud Hak dalam episode Raja Wakad meminang Puteri Pancala Chandi, anak Raja
Semang Jiran. Mahsyud Hak tidak percaya kepada kesungguhan Raja Semang Jiran akan
memberikan anaknya kepada Raja Wakad. Oleh kerana itu ia menyuruh bayan menjadi
mata-mata di istana Raja Semang Jiran untuk menyelidiki kebenaran hal itu. Ternyata,
kecurigaan Mahsyud Hak itu benar. Pemberian Puteri Pancala Chandi itu adalah tipu
daya Raja Smang Jiran dengan Perdana Menteri Kebut untuk mengalahkan negeri Wakad.
Setelah kebenaran itu diketahuinya, Mahsyud Hak meminta pertolongan Allah agar
terhindar dari kekalahan.
> Serta ia burung jantan itu, maka dihinggapnya kepada bahu Mahsyud Hak dan
paruhnya itu dihamparkan kepada telinganya Mahsyud Hak. Setelah itu maka segala
cetera khabar burung perempuan itu semuanya dikatakanya kepada Mahsyud Hak. Maka
Mahsyud Hak pun mengucap syukur kepada Allah memohonkan tolong kepada Allah
akan pekerjaan itu demikianlah dengannya.(Jusuf,1984: 215)

Seterusnya budaya meminta pertolongan kepada tuhan terdapat pada tokoh Mahsyud Hak
dalam episode Raja Semang Jiran hendak berpura-pura mengambil Raja Wakad sebagai
menantunya.Rencana Raja Semang Jiran dengan Brahmana Kebut menteri itu diceritakan
oleh Bayan Betina kepada Bayan Jantan kepunyaan Mahsyud Hak. Itulah sebabnya,
Mahsyud Hak yang mengetahui rencana mereka, memohon pertolongan kepada tuhan
agar terhindar dari rencana busuk mereka.

>Maka Mahsyud Hak pun mengucap syukur kepada Allah serta ia memohonkan
tolong kepada Allah akan pekerjaan itu demikian adanya. (Jusuf,1984:215)

***********************************************************************
*
}> Percaya Kepada Takdir :

Kupasan seterusnya adalah mengenai kepercayaan kepada takdir. Ia terdapat pada tokoh
Mahsyud Hak dalam episode Mahsyud Hak menyuruh Bayannya mencari khabar ke
negeri Pancalarah. Dengan takdir Allah Bayan itu dapat mendengarkan percakapan Raja
Semang Jiran dengan Brahmana Kebut Menteri yang hendak menaklukkan seratus buah
negeri dan negeri wakad. Oleh kerana itu Bayan pun mendengarkan percakapan itu dan
memberitahukannya kepada Mahsyud Hak.

> Alkisah maka tersebutlah perkataannya Bayan, tatkala ia terbang ke negeri


jiran . Maka segala perkataan Raja Jiran dengan Brahmana Kebut itu didengar oleh
Bayan itu. Syahdan maka semuanya itu disampaikan kepada Mahsyud Hak itu dan peri
dengan tipunya dan muslihatnya tiada siapa mengetahui dia. Maka sekali peristiwa,
burung bayan terbang ke negeri Pancalarah. Maka dihinggap oleh burung Bayan itu
pada kemuncak mahligai Semang Jiran. Maka dengan takdir Allah kepada hari itu
Semang Jiran dan Brahmana Kebut duduk berkata-kata. Setelah itu maka berdatang
Berahmana Kebut “duli tuanku yang maha mulia, adalah suatu bicara patik hamba
hendak persembahkan kebawah duli tuanku, bicara yang baik juga…(Jusuf,1984:174-
175)

***********************************************************************
*