Anda di halaman 1dari 7

Tarian Asyik 

merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah -


daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan
dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri
bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian
terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian
tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini
ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam
berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan
yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang
penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia
ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian
berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan
gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak
laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya.
Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong.
Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
[sunting]Alatan muzik
Tiga alat muzik penting yang digunakan
ialah rebab, gambang dan gedombak.
[sunting]
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang
mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum
singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa
di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi
oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa
tuah.
[sunting]Sejarah

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat


orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina.
Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap
negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.
Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana
dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa
yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa
Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang
menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka
menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa
betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik
dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar.
Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang
semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan
menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata
yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta
sebatang tanduk di hadapan kepalanya. mata singa itu hitam,putih atau
merah,putih menunjuk kan garang
[sunting]
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India.
Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh
dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa
bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata
yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan
lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan
India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai
Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Isi kandungan
 [sorokkan]

1 Tarian India

o 1.1 Latar belakang dan sejarah Tarian

Bharata Natyam

o 1.2 Cara Bharata Natyam ditarikan

2 Rujukan

[sunting]Tarian India
[sunting]Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan
itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku
kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya
tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah
Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi
dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu
dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata
Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan
ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata
Natyam
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di
bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini
adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari
di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian
zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling
banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari
dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam
dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara,
dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik
Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah
salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air,
dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam
yang asli menyerupai gerakan api.
Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu
perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan
tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan
balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat
sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di
istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu
rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa
menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk
tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari
Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan,
namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam
upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton. Bharata
Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua
aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua
ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan
Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan
kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang
ditelan zaman.
E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial
Bharata Natyam dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula
menarik perhatian Barat pada Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata
Natyam selama tiga tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi Arundale
mendirikan sekolah Kalakshetra luar kota Madras untuk mengajar dan
untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia salah satu guru yang
pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk
mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini
secara khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut
Nattuvanars, hanya pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-
benar melakukannya.
[sunting]Cara Bharata Natyam ditarikan
Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang ditunjukkan dengan jelas
oleh metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya
tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata
Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang
mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun
kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus
dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati
ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian
ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram,
Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang
penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya
kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri,
berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.
Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan
Bharata Natyam), seorang penari profesional Bharata Natyam harus
mempunyai sepuluh sifat utama iaitu: Javaha (Ketangkasan),
Sthirathvam (Kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik), Bhramari
(keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha
(kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho
(pertuturan yang baik), dan Geetam (kemampuan bernyanyi).
Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal
daripada campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa
makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata
Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara unsur-unsur
yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian
asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu
posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan
tangan yang dihias (nritta-hasta).
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak
menutupi sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman
pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan
devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat
membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata
Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain
sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik, kerana tujuannya
adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India
Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan
instrumen iaitu mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang
berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan
veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-
tali dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi
Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan
dalam Bharata Natyam.
Biasanya perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman
sekarang termasuk:

 Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh,


yang menghilangkan halangan.

 Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas


oleh penari. Ini adalah seruan kepada tuhan untuk memberkati
persembahan.
 Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di
sini penari menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan
gerak-geri tubuh yang sopan.

 Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat


kebaktian atau tema cinta kasih.

 Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian


persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang
kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita,
biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.

 Padam – Bahagian persembahan yang paling seksi dimana penari


meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa;
atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih.

 Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana


kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang
kompleks dan pergerakan penari yang menawan.

 Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva


dan salah satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan
dalam gerakan lambat byapti.

Selain perkara-pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang


dahulu kala seperti Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi.
Persembahan disimpulkan dengan lagu daripada beberapa ayat-ayat
agama sebagai satu bentuk ucapan syukur. Gaya tertentu mempunyai
perkara-perkara yang lebih maju, seperti Tharanga Nritham dan Suddha
Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai semua elemen tarian
Bharata Natyam, semasa persembahan, dia biasanya
mempersembahkan Arangetram (debut).
[sunting]

Anda mungkin juga menyukai